Sharing by NFAM
Open in Telegram
Disclaimer : Mengumpul info dan rujukan sepanjang scamdemic,penipuan dlm bidang kesihatan,isu semasa,topik random dan pandangan peribadi. Make your own research too.
Show more7 148
Subscribers
No data24 hours
-97 days
-3530 days
Data loading in progress...
Similar Channels
Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
September '26
September '26
+8
in 0 channels
August '26
+56
in 2 channels
Get PRO
July '26
+105
in 1 channels
Get PRO
June '26
+33
in 0 channels
Get PRO
May '26
+104
in 0 channels
Get PRO
April '26
+46
in 2 channels
Get PRO
March '26
+25
in 1 channels
Get PRO
February '26
+27
in 2 channels
Get PRO
January '26
+40
in 2 channels
Get PRO
December '25
+39
in 3 channels
Get PRO
November '25
+129
in 2 channels
Get PRO
October '25
+162
in 3 channels
Get PRO
September '25
+261
in 3 channels
Get PRO
August '25
+211
in 2 channels
Get PRO
July '25
+49
in 3 channels
Get PRO
June '25
+73
in 4 channels
Get PRO
May '25
+178
in 2 channels
Get PRO
April '25
+451
in 2 channels
Get PRO
March '25
+112
in 3 channels
Get PRO
February '25
+81
in 1 channels
Get PRO
January '25
+515
in 2 channels
Get PRO
December '24
+172
in 3 channels
Get PRO
November '24
+48
in 2 channels
Get PRO
October '24
+104
in 1 channels
Get PRO
September '24
+216
in 1 channels
Get PRO
August '24
+147
in 1 channels
Get PRO
July '24
+277
in 0 channels
Get PRO
June '24
+481
in 3 channels
Get PRO
May '24
+1 669
in 1 channels
Get PRO
April '24
+434
in 1 channels
Get PRO
March '24
+206
in 1 channels
Get PRO
February '24
+107
in 1 channels
Get PRO
January '24
+293
in 3 channels
Get PRO
December '23
+79
in 1 channels
Get PRO
November '23
+97
in 0 channels
Get PRO
October '23
+130
in 2 channels
Get PRO
September '23
+140
in 0 channels
Get PRO
August '23
+56
in 0 channels
Get PRO
July '23
+38
in 0 channels
Get PRO
June '23
+212
in 0 channels
Get PRO
May '23
+287
in 0 channels
Get PRO
April '23
+35
in 0 channels
Get PRO
March '23
+6
in 0 channels
Get PRO
February '23
+13
in 0 channels
Get PRO
January '23
+138
in 0 channels
Get PRO
December '22
+26
in 0 channels
Get PRO
November '22
+8
in 0 channels
Get PRO
October '22
+17
in 0 channels
Get PRO
September '22
+31
in 0 channels
Get PRO
August '22
+98
in 0 channels
Get PRO
July '22
+40
in 0 channels
Get PRO
June '22
+78
in 0 channels
Get PRO
May '22
+158
in 0 channels
Get PRO
April '22
+107
in 0 channels
Get PRO
March '22
+328
in 0 channels
Get PRO
February '22
+217
in 0 channels
Get PRO
January '22
+1 045
in 0 channels
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 07 September | 0 | |||
| 06 September | 0 | |||
| 05 September | 0 | |||
| 04 September | +1 | |||
| 03 September | +2 | |||
| 02 September | +4 | |||
| 01 September | +1 |
Channel Posts
Hari Jumaat ni, berhenti sekejap. Muhasabah.
Allah cipta tubuh kita bukan kosong tanpa pertahanan. Ada sistem imun yang sangat kompleks, bekerja siang malam tanpa kita sedar pun. Demam, keradangan, antibodi, sel2 pertahanan; semuanya sebahagian daripada sistem tubuh yang Allah izinkan berfungsi.
Tapi kadang2 manusia terlalu kagum dengan apa yang manusia cipta sampai terlupa menghargai apa yang Allah dah cipta.
Tugas kita sebenarnya besar. Jaga tubuh ni. Jaga makan, tidur, emosi, persekitaran dan fikir betul2 sebelum benarkan apa saja dimasukkan ke dalam tubuh. Lagi2 bila melibatkan anak yang belum mampu bercakap dan membuat keputusan sendiri.
Saya bukan jenis yang percaya setiap perkara berlaku disebabkan cucuk semata, kita sedar ada juga faktor lain yang jadi punca atau yang memburukkan lagi keadaan.
Tapi saya juga tak boleh terima budaya setiap kali orang mengadu selepas cucuk, jawapannya awal2 lagi “tak ada kaitan”.
Kalau begitu, apa fungsi sistem AEFI?
AEFI diwujudkan memang untuk kejadian yang berlaku selepas imunisasi dilaporkan, direkod dan dinilai. Dilaporkan tak bermaksud automatik terbukti berpunca daripada vaksin. Tapi kalau tak dilaporkan dari awal, macam mana kita nak tahu ada signal atau tidak?
Kemudian kita ditunjukkan angka AEFI yang rendah dan angka itu digunakan untuk meyakinkan masyarakat bahawa kejadian serius sangat jarang.
Saya pula nak tanya benda yang lebih basic.
Berapa ramai mak ayah sebenarnya tahu apa itu AEFI?
Berapa ramai tahu mereka sendiri boleh melaporkan kejadian yang disyaki?
Berapa ramai sebelum vaksin diterangkan dengan betul tentang manfaat, risiko, kemungkinan kesan advers dan apa perlu dibuat jika sesuatu berlaku selepas itu?
Dan kalau garis panduan pemberian maklumat (GPFKV) kepada parent memang sudah tersedia, sejauh mana ia benar2 dilaksanakan di lapangan?
Ini bukan soalan remeh.
Sebab kalau sistem pelaporan bergantung kepada manusia melapor, tetapi manusia yang sepatutnya melapor tak tahu mereka boleh melapor, angka yang rendah itu perlu dibaca dengan konteks tersebut. Tak tahu atau sengaja tak nak?
Dan bila parent datang mengadu, dengarlah dulu.
Rekodkan. Nilai. Siasat.
Kalau selepas penilaian memang tak berkaitan, terangkan kenapa.
Jangan terbalik. Belum siasat dah dismiss, kemudian angka laporan yang rendah pula digunakan sebagai bukti bahawa hampir tiada masalah.
Produk apa yang hanya mahu rekod cerita baik, tapi cerita buruk dianggap mengganggu naratif?
Dalam pharmacovigilance, feedback buruk bukan musuh. Ia sebahagian daripada data keselamatan.
Sebab tu hari Jumaat ni saya cuma nak pesan satu benda.
Jangan terlalu taksub kepada manusia sampai takut bertanya. Dan jangan pula terlalu yakin dengan pendirian sendiri sampai kita tak mahu menyemak.
Allah bagi akal. Allah suruh kita tabayun.
Gunakan kedua2nya.
Kita menjaga amanah tubuh dan anak2 ni bukan kerana takut kepada manusia.
Kita akan ditanya tentang amanah yang Allah beri.
Fikir2kanlah.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1BFHFbKWrg/?mibextid=wwXIfr
| 2 | Sekali suntik je, terus dapat “perlindungan”untuk 3 penyakit sekaligus ;
Tetanus (Kancing Gigi)
Difteria
Pertusis (Batuk Kokol)
Suntikan ni “paling bagus “ diambil masa kandungan masuk minggu ke 28 hingga 32 minggu. “Paling best” vaksin Tdap ni diberikan secara PERCUMA dekat semua Klinik Kesihatan Kerajaan untuk warganegara Malaysia. 🥰
Tujuan utama KKM tukar ke vaksin 3-dalam-1 ni sebab nak “lindungi “bayi baru lahir daripada jangkitan batuk kokol yang bahaya, sementara tunggu bayi tu cukup umur untuk ambil vaksin sendiri masa umur 2 bulan.
Anda percaya?
Kesian..
Sekian.
https://www.facebook.com/share/p/18LjCaYWox/?mibextid=wwXIfr | 1 181 |
| 3 | Bab sejarah pun manusia boleh pilih apa yang nak diceritakan dan apa yang nak ditinggalkan. Ingat bab sains tak boleh jadi macam tu ke?
Janganlah naif sangat.
Kajian pun dibuat oleh manusia. Ada dana. Ada sponsor. Ada kepentingan. Ada industri yang membiayai penyelidikan. Sebab tu conflict of interest bukan benda rekaan. Dalam dunia akademik sendiri pun benda ni wajib didedahkan.
Dan sains bukan kitab suci yang sekali keluar kajian terus tak boleh dipersoalkan. Satu kajian boleh kata A, kajian lain mungkin dapat hasil berbeza. Methodology lain, sample lain, population lain, endpoint lain. Sebab tu wujud replication, peer review dan systematic review.
Jadi siapa yang akhirnya kena cerdik?
Kita sendiri.
Jangan sebab nampak ayat “kajian membuktikan” terus tutup buku. Tengok siapa buat. Siapa biayai. Berapa besar sample. Apa sebenarnya result dia. Absolute risk ke relative risk? Ada conflict of interest tak?
Sama juga jangan sebab satu kajian menyebelahi apa yang kita percaya, terus kita angkat tanpa semak. Tabayun kena jalan dua2 belah.
Dan sebagai orang Islam, selepas segala usaha membaca dan menilai tu, banyakkan juga minta petunjuk daripada Allah. Ilmu manusia ada batas. Kita pun boleh tersilap.
Yang bahaya bukan sains.
Yang bahaya ialah ketaksuban kepada manusia atas nama sains sampai pertanyaan pun dianggap satu kesalahan.
Sains yang sihat sepatutnya boleh dipersoalkan. Kalau tak boleh ditanya, itu bukan lagi budaya ilmu.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1Gt2YYDCug/?mibextid=wwXIfr | 1 838 |
| 4 | Selamat merdeka daripada ketakutan yang tak berasas dan segala macam fear mongering yang selama ni buat manusia takut nak berfikir, takut nak bertanya dan takut nak buat pilihan sendiri.
Tahniah pada yang dah mula faham erti merdeka yang sebenar. Bukan sekadar kibarkan bendera setahun sekali, tapi cara fikir masih terjajah. Apa sistem kata ikut. Apa majoriti buat, buat. Bila ada yang bertanya sikit terus dianggap pelik dan melawan arus.
Kadang2 saya terfikir, kita ni lupa kot macam mana orang dulu2 hidup.
Sebelum semuanya datang dalam paket, botol, pil dan prosedur, manusia dah lama belajar menjaga makan, bergerak, berjemur, berehat, menggunakan tumbuhan dan makanan di sekeliling mereka serta memahami tubuh melalui pengalaman turun-temurun. Bukan bermaksud semua cara lama betul atau semua benda moden salah. Ilmu perubatan moden pun ada yang ok jadi ambil yang bermanfaat. Ilmu alternatif pun ok sebab ikut sunnah dan fitrah manusia. Tak salah pun kalau pilih salah satu atau gabung bila perlu contoh kes teknikal.
Tapi jangan sampai kemajuan buat kita hilang kemampuan untuk menilai.
Merdeka bagi saya ialah bila kita boleh dengar sesuatu tanpa terus takut. Boleh baca pandangan berbeza tanpa menggelupur. Boleh tanya doktor. Boleh tanya pihak berkuasa. Boleh semak dokumen. Boleh minta data. Dan kalau sesuatu tak masuk akal, kita berani kata, “kejap, saya nak faham dulu.”
Tak perlu serahkan akal kita bulat2 kepada sesiapa.
Penjajahan paling mudah bukan bila tanah kita diambil.
Tapi bila manusia sendiri dah takut menggunakan akal yang Allah bagi.
Jadi tahun ni saya nak ucapkan…
Selamat merdeka kepada yang dah merdeka daripada ketakutan. Merdeka daripada budaya ikut tanpa tabayun. Merdeka daripada rasa bahawa kita tak layak bertanya hanya kerana kita bukan “pakar”.
Belajar daripada orang terdahulu. Ambil manfaat ilmu hari ini. Timbang kedua2nya dengan ilmu, bukti dan panduan agama.
Jangan hidup dalam kotak hanya kerana kotak itu diwariskan kepada kita.
Merdekakan negara. Merdekakan juga cara kita berfikir.
https://www.facebook.com/share/1E4qfbmcr6/?mibextid=wwXIfr | 1 369 |
| 5 | Kebelakangan ini ramai yang sakit macam2.
Nak ikhtiar alternatif tapi tak tahu cara. Yang ada cara pula ada yang tak mampu. Kat sini saya ada share cara asas untuk pelbagai jenis penyakit. Yang anda boleh buat tanpa sebarang produk. DIY sendiri di rumah dan apa yang ada di sekeliling.
Kanser boleh sembuh. Di group ni ada ajar protokol program 21/42 hari. Guna apa yang ada di rumah dan sekeliling sahaja.
Nak belajar sihat cara alternatif dan remedi untuk kesihatan holistik ?
Jemput belajar secara percuma di sini :
Whatsapp (saya lebih aktif di sini,boleh tanya dan tag saya)
Kelemahan group WhatsApp; tak nampak chat sebelum
https://chat.whatsapp.com/GtfOxbXhf2xGi1HBSXD7Ai?s=cl&p=i&ilr=0&amv=1
GROUP WHATSAPP 1 DAH NAK PENUH. INI ADALAH GROUP KE 2.
Update terkini biasa di whatsapp group sebab tak sempat sangat ke group tele buat masa ni.
Telegram (group paling lama,lebih banyak info dan ahli baru boleh search topic terdahulu)
https://t.me/+25Q2hM4jfBEwMWU1
P/s: Untuk newbies sahaja,bukan untuk yang dah ada cara lain dan bukan untuk masuk promote cara anda untuk mengelakkan terlalu banyak solusi yang mengelirukan orang yang baru nak belajar.
Jemput share pada yang memerlukan. | 1 507 |
| 6 | Fasa seterusnya yang saya rasa kita kena lebih peka; semakin banyak cerita orang muda sakit dan kematian mengejut yang lalu depan mata kita. Apatah lagi yang memang ada sejarah penyakit.
Satu demi satu. Kadang2 umur pun buat kita terdiam. Ada yang nampak sihat, aktif, masih muda. Tiba2 dapat berita dah tak ada. Ada juga yang masih hidup tapi bergelut dengan macam2 masalah kesihatan.
Yang paling saya takut bila benda macam ni lama2 jadi terlalu biasa sampai kita sendiri dah tak bertanya.
“Sekarang memang macam ni.”
“Muda pun boleh sakit.”
“Dah sampai ajal.”
Ya. Mati itu pasti dan ajal memang ketentuan Allah. Tapi sebagai manusia kita tetap disuruh melihat, berfikir dan mencari sebab. Kalau ada perubahan corak kesihatan masyarakat, kajilah. Kalau ada peningkatan, bentangkan data. Kalau tak meningkat pun, tunjukkan data supaya masyarakat tahu perkara sebenar.
Jangan sekadar normalisasikan semuanya.
Dan jangan pula bila orang mula bertanya tentang vaksin,ubat2an, jangkitan, kesan selepas sesuatu rawatan atau apa saja pendedahan yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ni, terus dianggap mengarut.
Siasat semua kemungkinan. Jangan pilih2 kemungkinan yang dibenarkan untuk dipersoalkan.
Kami mungkin tak mampu menentukan puncanya hanya dengan melihat satu kes. Tapi kalau dah coraknya sama je lepas cucuk ramai mengadu sakit dan kematian mengejut meningkat,takkan nak diam?
Kami takkan lupa apa yang kami lihat dan lalui sepanjang beberapa tahun ni.
Terus simpan rekod. Terus bertanya. Terus tabayun. Dan terus pertahankan hak untuk tahu apa yang berlaku kepada tubuh kita dan keluarga kita.
Jangan kerana sesuatu sudah biasa dilihat, kita mula menganggap ia semestinya normal.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/1F7qQrujSu/?mibextid=wwXIfr | 1 482 |
| 7 | HAK no 7: Hak Menolak Rawatan Tertentu, Tanpa Perlu Menolak Semua
Ada satu salah faham besar yang ramai orang pegang.
Mereka fikir bila kita masuk hospital, kita kena terima semua bulat-bulat. Satu pakej. Ambil semua atau jangan datang langsung.
Itu tak betul.
Dan ayat yang selalu dilempar tu, “kalau tak nak semua, jangan datang hospital”, tu sebenarnya ayat emosi. Ia bukan berdasarkan undang-undang, dan bukan berdasarkan etika perubatan.
Sebab consent tu berasingan untuk setiap prosedur.
Setiap prosedur, setiap rawatan, setiap suntikan, masing-masing perlukan persetujuan sendiri.
Bukan satu tandatangan untuk semua benda sampai bila-bila.
Maknanya seseorang boleh terima satu rawatan, dan menolak yang lain. Boleh terima pemantauan, tapi tolak prosedur tertentu yang bukan wajib. Dan itu bukan sikap tak konsisten. Itu memang cara consent berfungsi.
Contoh mudah. Seorang ibu boleh bersalin di hospital, terima bantuan perubatan dan pemantauan sepanjang proses, tapi menolak suntikan tertentu pada bayinya.
Dua-dua boleh wujud serentak. Satu tak membatalkan yang lain.
Dan jangan biar orang pusingkan logik ni.
Bila kita ke bengkel kereta, kita boleh minta tukar minyak tapi tolak servis lain yang mekanik cadang. Tak ada siapa kata kita tak percaya mekanik, atau suruh kita jangan datang bengkel langsung.
Tapi bila kita buat benda sama dengan tubuh kita sendiri, tiba-tiba kita jadi degil dan menyusahkan.
Kenapa berbeza?
Macam mana nak guna hak ni?
Bila kita nak terima sesuatu tapi tolak yang lain, sebut dengan jelas dan tenang.
“Saya setuju dengan rawatan ini, tapi saya tak bersetuju untuk yang itu.”
Minta ia direkodkan dalam fail. Isi borang penolakan kalau ada. Simpan salinan.
Kalau kita ditekan dengan ayat “kalau macam tu baik tak payah datang”, ingat satu benda. Itu bukan penjelasan perubatan. Itu tekanan.
Dan tekanan tu tak boleh membatalkan hak kita.
Yang saya nak korang faham.
Menolak satu prosedur bukan bermakna menolak seluruh sistem kesihatan.
Kita boleh hargai kepakaran doktor, hargai bantuan yang mereka beri, dan pada masa sama tetap berpegang pada keputusan kita untuk perkara tertentu.
Dua benda ni tak pernah bercanggah.
Sebab hak untuk memilih tu bukan bermaksud hak untuk menolak segalanya. Ia bermaksud hak untuk memilih dengan sedar, satu demi satu.
Dan hak yang kita tak tahu kita ada tu, sama je macam hak yang tak pernah wujud.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening #tentanghak
https://www.facebook.com/share/p/1ZJTdCiVQN/?mibextid=wwXIfr | 1 635 |
| 8 | Lagi baby meninggal lepas cucuk
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DccbxIMmhX9?xmt=AQG0t_7w4PVeqw3bUCzBPBmSXesI1vZz-DrthCA2y2hM2yfG2Gj8PwLCLCJv3Z3LIfmqB3OZ&slof=1 | 1 385 |
| 9 | Ada satu benda yang ramai ibu bapa tak pernah tahu. Bukan sebab ia rahsia. Tapi sebab ada pihak rasa tak perlu bagitahu kita.
Sebahagian vaksin dihasilkan guna talian sel yang berasal dari janin manusia yang digugurkan tahun 1960-an.
Namanya MRC-5 dan WI-38.
MRC-5 diambil dari tisu paru-paru janin lelaki 14 minggu, tahun 1966. WI-38 dari tisu paru-paru janin perempuan 3 bulan, tahun 1962.
Ni bukan cerita saya. Ia tertulis dalam insert rasmi pengeluar sendiri. Boleh semak sendiri.
Vaksin yang terlibat antaranya MMR terutama komponen rubella, Varicella, MMRV, Zoster, Hepatitis A, sesetengah vaksin rabies, dan sesetengah formulasi polio.
Dalam insert Varicella tu tertulis terang-terang, residual components of MRC-5 cells including DNA and protein.
Hitam putih. Dalam dokumen mereka sendiri.
Dan bukan tu je.
Gelatin babi jadi penstabil dalam MMR, Varicella, MMRV dan Zoster.
Serum janin lembu tertinggal sebagai sisa dalam beberapa vaksin.
Trypsin babi guna dalam proses pembuatan.
Embrio ayam untuk influenza. Sel buah pinggang monyet untuk polio dan rotavirus.
Semua ni dalam dokumen rasmi. Bukan forward rekaan dari group WhatsApp.
Sekarang saya nak cakap awal-awal apa mereka akan balas, supaya korang tak terkejut.
Mereka akan kata takde sel manusia dalam produk akhir, cuma sisa DNA dan protein.
Mereka akan kata takde janin baru digugurkan, sel tu membiak sendiri sejak 60-an.
Mereka akan kata majoriti fatwa mengharuskan atas dasar darurat. Darurat celah mana kalau ada pilihan lain?
Kalau semuanya terbuka dan takde apa nak disorok, kenapa benda ni tak pernah dimaklumkan pada ibu bapa sebelum sign?
Kenapa kita kena gali sendiri, baca insert sendiri, baru tahu?
Dan kenapa bila kita tanya, kita dicop jahil dan degil, sedangkan yang kita tanya tu tertulis dalam dokumen mereka sendiri?
Dalam garis panduan consent MMC, persetujuan yang sah kena ada maklumat yang mencukupi sebelum keputusan dibuat.
Sebelum. Bukan lepas kita terjumpa sendiri kat internet.
Dan untuk kita orang Islam, benda ni bukan perkara kecil.
Kita tetap berhak tahu apa yang masuk badan anak kita, dan berhak timbang sendiri.
Sebab dalam Islam kita diajar berhati-hati.
Nabi SAW bersabda,
“Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.” Riwayat Tirmizi.
Kalau kita ragu, kita berhak berundur. Tu ajaran agama kita, bukan sikap melampau.
Sepatutnya maklumkan. Tunjuk insertnya. Terangkan asal usulnya. Biar ibu bapa putuskan dengan mata terbuka.
Kalau lepas tahu semua tu mereka tetap pilih teruskan,terpulang.
Tapi jangan rampas hak mereka untuk tahu.
Sebab keputusan yang dibuat tanpa maklumat penuh tu bukan pilihan.
Ia cuma tandatangan.
P/s: Ada ke orang nak ambik kalau dah tahu?
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/1bTmhxGQA3/?mibextid=wwXIfr | 4 062 |
| 10 | Semakin kantoi ..
Penyokong Fauci diam lebih baik dari spin entah apa2
Satu perkembangan besar kes COVID-19 dari mahkamah US.Dr. David Morens, bekas penasihat kanan kepada Dr. Anthony Fauci, secara rasmi telah mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi menipu Amerika Syarikat.
Mengikut dokumen mahkamah, beliau mengaku berkomplot dengan pihak luar untuk memadam dan menyembunyikan rekod-rekod persekutuan berkaitan geran penyelidikan koronavisus serta perbincangan asal-usul COVID-19.
Mereka sengaja guna e-mel peribadi (Gmail) semata-mata nak elak daripada dikesan oleh Akta Kebebasan Maklumat (FOIA).
Beliau kini berdepan hukuman maksimum penjara 5 tahun yang dijadualkan pada November ini.
https://www.facebook.com/share/p/1DGKbLdrxf/?mibextid=wwXIfr
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DcQOJofmqaD?xmt=AQG0STEcn3pDVWPBqp5oRrE29oLCeVlrGw8yXmhUw0a7BzcGzdW629iBsAnIIOtdE_df4E0H&slof=1 | 2 069 |
| 11 | Sebab Kesannya Perlahan, Kita Ingat Ia Tak Wujud
Bukan semua yang cucuk hari ni, esok terus sakit atau mati.
Kalau semudah tu nak nampak kesannya, dah lama orang persoal. Dah lama benda ni berhenti.
Dan di situlah masalahnya.
Yang datang cepat, kita akui. Yang datang bertahun kemudian, kita cari sebab lain. Kata genetik. Kata makanan. Kata memang dah takdir. Betullah tu. Tapi langsung tak nak salahkan yang satu tu kan?
Kami terima je semua faktor termasuk vaksin. Tapi kenapa kalian susah nak terima semua faktor termasuk vaksin? Langsung tak boleh disalahkan.
Pernah ke anda berhenti tanya, ada tak kaitan dengan apa yang anda terima bertahun dulu?
Bukan sebab kaitan tu mustahil. Tapi sebab kita tak pernah diajar nak tanya soalan tu.
Sekarang mari cakap pasal duit.
Ramai ingat sebab pergi klinik kerajaan bayar RM1, maka takde siapa untung. Macam semuanya percuma dan bergerak atas dasar kebajikan semata.
Alahai. Naif betul.
Setiap vial ubat tu ada harganya. Setiap mesin ada kontraknya. Setiap pembekalan ada syarikatnya. Setiap dos yang masuk badan kita tu ada pihak yang hasilkan, jual, dan tuntut bayaran.
Duit tu tetap mengalir. Cuma bukan keluar dari poket kita terus, jadi kita rasa ia tak wujud.
Industri farmaseutikal tu antara industri paling bernilai di dunia. Bertrilion.
Dan ia bukan sebab manusia makin sihat.
Ada untung bukan bermakna semuanya jahat.
Tapi ada untung bermakna ada kepentingan.
Dan di mana ada kepentingan besar, di situ kita wajib buka mata. Bukan sebab semua orang jahat. Tapi sebab manusia tetap manusia. Ada tekanan, ada sasaran jualan, ada kajian yang dibiayai oleh pihak yang untung dari hasilnya.
Tu bukan teori konspirasi. Tu cara perniagaan berjalan dalam setiap industri di dunia.
Cuma bila ia melibatkan kesihatan, tiba-tiba kita diharamkan bertanya.
Dan tu yang paling pelik.
Beli kereta, kita semak spesifikasi. Baca ulasan. Banding harga. Takde siapa kata kita tak percaya jurujual.
Tapi nak semak apa yang masuk badan anak sendiri, tiba-tiba kita jadi degil, jahil, dan ancaman pada masyarakat.
Kenapa berbeza?
Yang saya minta cuma satu. Jangan naif.
Jangan ingat bila sesuatu datang atas nama kesihatan, ia automatik bebas dari kepentingan dan tak boleh disoal.
Tanya. Semak. Baca insert rasminya. Tengok siapa biaya kajian tu, dan siapa untung dari kesimpulannya.
Bukan nak tolak semua membuta tuli. Tapi nak buat keputusan dengan mata terbuka.
Sebab keputusan yang dibuat tanpa maklumat penuh tu bukan pilihan.
Ia cuma ikutan.
Dan ingat satu benda ni. Ilmu yang benar tak pernah takut disoal.
Yang takut disoal tu, itu yang patut kita perhatikan.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/1Bqrwx58jA/?mibextid=wwXIfr | 1 820 |
| 12 | Kepada mak ayah yang sampai sekarang masih pening nak sign atau tak Surat Aku Janji untuk anak sekolah tu kan…
Kalau tanya saya, kalau saya berada di tempat korang saya memang takkan sign selagi benda yang saya persoalkan tak dijelaskan dengan terang. Simple.
Kenapa nak paksa diri sign sesuatu yang kita sendiri masih ragu2 dan tak faham sepenuhnya implikasi dia?
Lagi saya baca, lagi saya rasa surat ni ada banyak benda yang boleh dipersoalkan. Wording dia luas, ada terma yang umum dan bila dikaitkan pula dengan polisi serta garis panduan lain yang beratus muka surat, memang logiklah parent nak tahu sebenarnya sejauh mana persetujuan kita bila turunkan tandatangan tu.
Tambahan pula kita dah jumpa dalam Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat tu ada satu bahagian yang menyebut parent hendaklah “melengkapkan imunisasi dengan memastikan anak mendapat vaksin yang disarankan oleh KKM”.
Saya dah ulas benda ni sebelum ni. Setakat yang saya semak, saya tak jumpa ayat yang kata tak sign Aku Janji = anak tak boleh sekolah. Saya juga tak jumpa ayat yang kata tak lengkap vaksin = terus boleh dikenakan tindakan.
Jadi buat apa gelabah sangat?
Kalau tak yakin, jangan sign dulu. Tanya sekolah apa implikasi kalau tak sign. Kalau mereka kata wajib, minta tunjuk pekeliling/peruntukan mana yang menyatakan wajib dan apa tindakan jika ibu bapa memilih untuk tidak tandatangan.
Jangan kita sendiri yang overthinking sampai benda yang belum berlaku pun dah bayang macam2.
Saya ni kalau dokumen terang, saya faham dan saya setuju, saya sign.
Kalau dokumen ada lompong, banyak persoalan belum terjawab dan saya sendiri tak sedap hati, memang saya takkan turunkan tandatangan semata2 sebab “semua orang sign”.
Tandatangan tu kita punya.
Jangan bagi sebab takut.
Baca dulu. Faham dulu. Tanya kalau tak jelas. Lepas tu buat keputusan sendiri.
Dah. Jangan pening2 sangat. 😅
https://www.facebook.com/share/1CQf9gnXNw/?mibextid=wwXIfr | 2 250 |
| 13 | Sebenarnya Bukan Kita Yang Melawan Arus
Setiap kali kita pilih jalan yang berbeza, mesti ada yang kata kita melawan arus.
Tapi cuba fikir balik. Siapa sebenarnya yang melawan?
Kita makan makanan yang tumbuh dari tanah dan diproses sesedikit mungkin. Itu cara manusia makan selama ribuan tahun. Yang baru tu makanan yang direka dalam kilang, penuh pewarna dan perasa yang lidah kita tak pernah kenal sebelum ni.
Kita jaga tubuh dengan apa yang Allah sediakan. Madu, herba, bekam, puasa, rehat. Itu yang diamalkan turun temurun. Yang baru tu sistem yang wujud baru lebih kurang seratus tahun, tapi dianggap satu-satunya kebenaran.
Kita didik anak dengan tangan sendiri. Itu yang manusia buat sepanjang sejarah. Yang baru tu model persekolahan yang direka zaman industri untuk melahirkan pekerja yang patuh.
Kita berpakaian menutup. Itu perintah yang dah lama. Yang baru tu fesyen yang berubah setiap musim, direka supaya kita rasa tak pernah cukup.
Jadi siapa sebenarnya yang melawan arus?
Kalau arus tu bermaksud fitrah, sunnah, dan cara hidup yang terbukti selamat selama beribu tahun, maka kita sebenarnya sedang berenang mengikutnya.
Yang melawan tu mereka yang meninggalkannya.
Cuma sebab yang meninggalkan tu ramai, ia jadi nampak normal. Dan yang kekal pada asal, terus nampak pelik.
Tapi bilangan tak pernah jadi ukuran kebenaran.
Allah berfirman,
“Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.”
-Surah Al-An’am ayat 116.
Ayat ni jelas. Ramai bukan bermakna betul.
Dan Rasulullah SAW bersabda,
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.”
-Riwayat Muslim.
Beruntunglah. Bukan kasihanilah.
Masalahnya, orang yang selesa dalam kotak takkan nampak dinding kotak tu. Dia ingat itulah seluruh dunia.
Dan selagi dia tak berhenti untuk bertanya, selagi dia tak tabayyun, dia akan terus fikir orang di luar kotak tu yang sesat.
Jadi kalau hari ni kita dikata melawan arus, terima je.
Sebab kita tahu arus mana yang kita ikut.
Dan kita tahu ke mana arus yang satu lagi tu menuju.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/1DPmyKkdGu/?mibextid=wwXIfr | 1 868 |
| 14 | Kenapa Kita Berhenti Mencari?
Kepada yang sedang sakit dan cuba satu cara je, saya nak tanya satu benda.
Kenapa tak pernah terfikir nak cuba cara lain?
Bukan nak gantikan. Cuma kenapa kita rasa ikhtiar tu ada satu pintu je?
Cuba fikir balik. Sebelum wujud sistem perubatan moden yang baru lebih kurang lebih seratus tahun ni, manusia hidup, sakit, dan sembuh juga.
Mereka berikhtiar dengan apa yang ada. Ilmu yang diwarisi turun temurun. Dan sunnah.
Madu. Habbatussauda. Bekam. Puasa. Herba. Makanan jadi ubat.
Semua tu bukan khurafat. Sebahagiannya Allah sendiri sebut dalam Quran.
“Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, padanya terdapat penyembuh bagi manusia.”
An-Nahl 69.
Dan Nabi SAW bersabda, “Berubatlah kamu, wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah tidak menurunkan satu penyakit melainkan Dia turunkan juga penawarnya.”
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Baginda suruh berubat. Tapi baginda tak pernah kata penawar tu ada dalam satu bentuk je.
Saya tak kata perubatan moden tak berguna. Kemalangan, pembedahan, kecemasan, memang ia yang selamatkan.
Yang saya persoalkan, kenapa ia jadi satu-satunya jalan yang kononnya diiktiraf?
Kenapa yang lain dicop karut sebelum sempat dikaji?
Dan kenapa kesan sampingannya diperkecilkan, sedangkan ia tertulis hitam putih dalam insert ubat tu sendiri? Kalau memang selamat sepenuhnya, kenapa perlu disenaraikan?
Yang paling menyedihkan, ramai yang tak pernah tahu mereka ada pilihan lain.
Bukan sebab pilihan tu tak wujud. Tapi sebab tak ramai yang ambil tahu. Tak ramai yang share.
Jadi kalau anda sakit dan rasa buntu selepas cuba satu jalan je, cubalah buka mata sikit.
Kaji. Tanya. Timbang sendiri.
Allah dah bentangkan banyak pintu di bumi ni. Rugi kalau kita berhenti di satu, semata-mata sebab kita tak pernah diberitahu cara lain yang wujud.
Dan yang menyembuhkan tetap Allah. Kita cuma cari sebabnya.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/p/1HMNW1bs8a/?mibextid=wwXIfr | 1 489 |
| 15 | Selain vaksin; kita sebenarnya diserang pelbagai penjuru. Antara sedar dengan tak je. Sebab tu kalau sedar kena usaha untuk elak semaksimum yang mungkin. Apa yang kalian dah cuba elak?
https://www.facebook.com/share/p/19cqNxFTPe/?mibextid=wwXIfr | 573 |
| 16 | Kemudian menyalahkan mereka atas masalah yang jauh lebih besar dari kemampuan mereka. Kemudian mencadangkan mereka dinafikan hak yang orang lain nikmati. Corak ni berulang dalam sejarah manusia. Cari satu kumpulan kecil, jadikan mereka punca segala masalah, dan orang ramai akan bersorak. Sebab menyalahkan satu golongan tu jauh lebih senang dari menghadapi masalah sebenar. Hospital sesak sebab kekurangan kakitangan, kekurangan katil, kekurangan peruntukan, dan beban kerja yang tak berpenghujung. Itu masalah struktur yang besar dan rumit. Sebab lain; mereka merawat simptom bukan punca. Orang yang makan ubat ramai yang pakej dapat penyakit lain. Mana tak bertambah. Tapi menuding jari pada segelintir ibu bapa yang buat pilihan berbeza? Itu senang. Dan ia bagi rasa puas sekejap tanpa menyelesaikan apa-apa.
Jadi ini jawapan saya. Kami bayar cukai yang sama. Kami warganegara yang sama. Dan kami berhak pada perkhidmatan yang sama. Kalau ada yang tak berpuas hati dengan prinsip tu, bukan kami yang perlu berubah.
Dan tentang madu, terima kasih atas cadangan tu. Kami memang amalkan. Sebab ia disebut dalam Al-Quran, dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Kalau itu yang korang gelakkan, saya cuma boleh doakan supaya Allah beri kefahaman. Itu pun kalau nak la. Kalau jenis rasa diri tu pandai walaupun bodoh sombong memang sampai bila pun takkan jumpa kebenaran.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/p/17j89rUSuU/?mibextid=wwXIfr | 695 |
| 17 | Cadangan Yang Mendedahkan Kebenakan Sendiri
Ada yang cadangkan, untuk kurangkan kesesakan di hospital dan klinik kerajaan, halang antivaksin dari datang. Halau mereka pulang. Suruh balik minum madu.
Jom kita check cadangan ni satu-satu.
Pertama, matematik yang tak menjadi. Nak kurangkan sesuatu, maknanya benda tu mesti banyak dulu. Jadi cuba jawab. Sejak bila majoriti pesakit di hospital dan klinik kerajaan tu golongan antivaksin? Kadar imunisasi di negara ni tinggi. Maknanya majoriti besar yang beratur di kaunter tu adalah orang yang dah lengkap divaksin. Kalau survey pun memang majoriti kat hospital tu golongan yang dah cucuk. Jadi kalau logik cadangan ni diikut sampai habis, siapa sebenarnya yang patut dihalau untuk kurangkan kesesakan? Saya biarkan korang jawab sendiri.
Dan cadangan tu kelakar sebenarnya. Sebab golongan yang dia sebut tu dah lama pun kurangkan kebergantungan pada hospital. Kami jaga makanan. Kami jaga air. Kami jaga tidur dan gaya hidup. Kami ikhtiar dengan herba dan cara yang lebih fitrah untuk perkara ringan yang tak perlukan campur tangan perubatan.
Kami pergi ke hospital bila memang perlu. Kecemasan, kemalangan, keadaan teknikal yang memerlukan kepakaran dan peralatan. Bukan setiap kali demam. Bukan setiap kali selesema. Bukan setiap kali batuk tiga hari. Bukan juga untuk masalah yang timbul sebab pemakanan dan gaya hidup. Jadi kalau nak bercakap tentang mengurangkan beban petugas kesihatan, kami dah lama buat tanpa perlu diumumkan. Cuma kami tak jadikannya bahan post untuk menghina orang lain.
Kedua, kenapa berhenti pada kami? Kalau menghalau pesakit boleh selesaikan kesesakan, kenapa setakat antivaksin je? Kenapa tak halau perokok, yang penyakitnya berkait terus dengan pilihan sendiri? Kenapa tak halau yang tak jaga makan sampai kena kencing manis dan darah tinggi? Kenapa tak halau yang tak bersenam langsung?
Semua tu pilihan peribadi juga. Dan semua tu jauh lebih ramai. Tapi tak ada siapa cadangkan mereka dihalau, kan? Maknanya cadangan tu bukan tentang beban kesihatan. Ia tentang menghukum satu kumpulan yang tak disukai.
Ketiga, undang-undang mana? Cadangan tu nak dilaksanakan di bawah peruntukan apa? Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8, menjamin kesamarataan semua warganegara di sisi undang-undang. Hospital kerajaan dibiayai oleh cukai. Cukai yang dibayar oleh semua rakyat, termasuk yang tak divaksin. Jadi menghalau satu golongan rakyat dari perkhidmatan yang mereka biayai sendiri, atas dasar pilihan peribadi, itu bukan dasar kesihatan. Itu diskriminasi. Dan kalau seseorang tak selesa dengan prinsip kesamarataan dalam perlembagaan negara ini, maka masalahnya bukan dengan kami.
Keempat, petugas kesihatan terikat dengan etika merawat sesiapa yang memerlukan, tanpa mengira pilihan peribadi pesakit. Kalau prinsip tu boleh diketepikan untuk satu kumpulan hari ni, siapa pula esok? Yang berlainan pendapat politik? Yang tak ikut cara hidup tertentu? Yang tak disukai ramai? Sekali pintu tu dibuka, ia tak pernah tertutup pada satu kumpulan sahaja.
Kelima, dan ini yang paling berat. “Pi balik minum madu.” Ayat ni dilempar sebagai ejekan. Tapi cuba fikir apa sebenarnya yang tengah diperlekehkan. Allah berfirman tentang lebah, “Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, padanya terdapat penyembuh bagi manusia.”
-Surah An-Nahl ayat 69.
Padanya terdapat penyembuh. Itu firman Allah, bukan kata-kata saya. Dan Allah namakan satu surah penuh sempena lebah. An-Nahl. Rasulullah SAW pula bersabda, “Penyembuhan itu pada tiga perkara, minuman madu, bekaman, dan besi panas.” Riwayat Bukhari.
Jadi bila seseorang menjadikan madu sebagai bahan ejekan, dia bukan sekadar mengejek saya. Dia sedang mempersendakan sesuatu yang Allah sendiri sebut dalam Kitab-Nya, dan yang Rasulullah SAW sendiri anjurkan. Saya harap dia tak sedar apa yang dia buat. Kerana kalau dia sedar, itu urusan yang jauh lebih besar antara dia dan Allah.
Dan akhirnya, kenapa seseorang boleh sampai ke tahap ni? Dalam psikologi, ada satu proses namanya dehumanisasi. Ia bermula dengan melabel satu kumpulan. | 431 |
| 18 | Bila Produk Dipertahankan Macam Akidah
Persoalkan jenama kereta, orang balas dengan data.
Persoalkan telefon, orang tunjuk spesifikasi.
Persoalkan yang satu ni, tiba-tiba kau jadi ancaman kepada masyarakat.
Kenapa reaksinya berbeza?
Sebab benda ni dah lama berhenti jadi soal perubatan. Ia dah naik jadi soal kepercayaan.
Dan bila sesuatu dah jadi kepercayaan, ia jadi kebal. Tak boleh disoal. Tak boleh dikaji semula. Sesiapa yang cuba, terus dicop sesat.
Itu bukan sains.
Sains dibina atas keraguan yang sihat. Yang menghukum keraguan tu bukan sains. Itu doktrin.
Tengok reaksinya, bukan hujahnya.
Bila seseorang mempersoalkan, apa yang datang bukan penjelasan. Yang datang marah. Terasa. Melabel. Mengumpul geng. Sanggup putus silaturahim.
Itu bukan reaksi orang yang memegang fakta.
Itu reaksi orang yang memegang kepercayaan yang dia sendiri tak berani semak.
Dan ni yang saya risau sebagai Muslim.
Kita diajar jangan bergantung mutlak pada mana-mana makhluk.
Nabi Ibrahim AS berkata, “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”
-Asy-Syu’ara 80.
Dia tak kata ubat yang menyembuhkan. Dia kata Allah.
Jadi bila seseorang letak keyakinan mutlak pada satu produk komersial, sampai dia sanggup bermusuh dengan saudara seagama kerananya, di situ yang patut dimuhasabah.
Bukan soal kaedah dia pilih. Soal siapa sebenarnya yang dia percaya menyembuhkan.
Silakan buat pilihan masing-masing.
Saya tak pernah halang sesiapa. Itu hak korang.
Tapi bila pilihan tu dipertahankan sampai orang lain tak dibenarkan bertanya langsung, ia bukan lagi tentang kesihatan.
Ia tentang kuasa. Dan tentang siapa yang dibenarkan berfikir.
Yang benar tak pernah takut disoal.
Yang takut disoal, itulah yang patut kita perhatikan.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/p/18xRwxCZHW/?mibextid=wwXIfr | 291 |
| 19 | Sihir moden hanya perlukan botol dan jarum yg ditonjolkan atas nama “penyelamat” walhal bahan2 nya ada banyak persamaan dengan sihir purba. Yang terkena sihir ni susah nak sedar. Siap promote dan taksub ada la. Tahniah pd yg dh sedar👏
Ulangkaji sikit
1. https://www.facebook.com/share/1Z4MhB5Ge7/?mibextid=wwXIfr
2. https://www.facebook.com/share/1Jbcofy5pm/?mibextid=wwXIfr
3. https://www.facebook.com/share/1WrV113DnD/?mibextid=wwXIfr
4. https://www.facebook.com/share/1E9sT7H9gy/?mibextid=wwXIfr
Post asal : https://www.facebook.com/share/p/1H2rD18KUM/?mibextid=wwXIfr | 249 |
| 20 | Satu Persatu Tirai Terbuka
Dulu sesiapa yang sebut nama Epstein dan senarai kenalannya terus digelar penganut teori konspirasi.
Sehinggalah 3 juta muka surat dilepaskan oleh Jabatan Kehakiman Amerika sendiri. Lebih 2,000 video. 180,000 imej.
Bukan dari blog. Bukan dari forum gelap. Dari kerajaan sendiri, di bawah undang-undang yang diluluskan khas untuk memaksa pendedahan.
Dan akibatnya nyata. Ada yang ditangkap. Ada yang meletak jawatan dari kedudukan tertinggi dalam institusi kewangan dan akademik dunia. Nama-nama yang selama ini dianggap terlalu tinggi untuk disentuh.
Dan ada satu benda tak boleh dinafikan. Perkara yang dulu dicop sebagai khayalan orang gila, hari ni menjadi rekod rasmi kerajaan.
Dan minggu lepas, satu lagi babak.
Anthony Fauci berdiri di hadapan Senat.
Dan dia enggan menjawab. Guna hak Pindaan Kelima, iaitu hak untuk berdiam supaya kata-katanya sendiri tak digunakan terhadapnya.
Cuba fikir sekejap ye.
Ini orang yang selama bertahun-tahun menjadi neraca rasmi menentukan apa dunia patut percaya. Sesiapa yang membantahnya dipadam, disekat, dilabel penyebar maklumat palsu.
Sekarang bila giliran dia yang disoal, dia pilih diam.
Orang yang menuntut seluruh dunia bercakap mengikut skripnya, kini memilih untuk tidak bercakap langsung.
Inilah corak yang saya nak korang nampak.
Bukan tentang siapa bersalah dan siapa tidak. Itu urusan mahkamah dan siasatan.
Yang saya bangkitkan adalah corak yang berulang.
Peringkat satu, sesuatu dipersoalkan. Peringkat dua, yang bertanya dihukum, dilabel, dipadam. Peringkat tiga, bertahun kemudian, dokumen keluar dan perbicaraan bermula.
Dan yang paling menyakitkan, tak pernah ada permohonan maaf kepada mereka yang bertanya awal.
Sebab tu saya sentiasa cakap benda yang sama.
Tabayyun. Semak dulu. Jangan telan bulat-bulat, dari mana-mana pihak sekalipun.
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, maka selidikilah.”
-Al-Hujurat 6.
Perintah ni turun 1400 tahun dulu. Tapi macam ditulis khas untuk zaman kita.
Yang jenis tabayyun, dia akan terus buka mata sedikit demi sedikit. Dia tak perlu tunggu izin sesiapa untuk berfikir.
Tapi yang jenis tibaiyun, hentam dulu tanya kemudian, memang akan terus hidup dalam penafian. Sampai bila-bila.
Dan saya tak minta sesiapa percaya saya.
Saya minta satu benda je. Berhenti hukum orang yang bertanya.
Sebab sejarah dah tunjukkan berulang kali, soalan yang dianggap gila hari ini, kadang menjadi rekod rasmi esok hari.
Wake up gaisss.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/p/18xAKgDqtX/?mibextid=wwXIfr | 242 |
