cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Sembang Sihat | Mazliana Mazlan

Perkongsian tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
42 611
مشترکین
+224 ساعت
-197 روز
-10130 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Tips dan petua. Semua ni hanya ikhtiar, ia bukan ubat harini ambil dan esok sembuh. Supplement paling mahal sekalipun kita bagi pada anak, tapi tak amalkan gaya hidup sihat, ia tetap tak akan bantu proses penyembuhan anak. 1. Picky eater, tak suka nasi, ketagih gula/suka manis, suka jajan, anak yang minum susu formula, berat badan tak/susah nak naik, sembelit 👉 Almanna dan minyak kelapa dara 2. Cirit muntah 👉 Almanna, habbatussauda' 3. Susah tidur malam 👉 Magnesium flakes & oil 4. Batuk, kahak, resdung, tonsil 👉 Magnesium flakes & oil, minyak kelapa dara, minyak habbatussauda'. 5. Demam, sawan, chicken pox, influenza, HFMD, tonsillitis 👉 Magnesium flakes & oil, minyak kelapa dara 6. Kecacingan, ulcer, luka kecil 👉 Minyak kelapa dara, habbatussauda' Korang boleh cuba k. Kalau serasi, kejap je nampak kesan. Tapi yang paling utama, jaga makan minum anak, tidur kena kualiti, sunning grounding selalu, jauhi gadjet. P/S : Jualan dibuka hanya untuk harini dan esok. Bermula jam 10 pagi. Klik sini ye. t.me/anakdanibu
نمایش همه...
👍 17 9🔥 1🙏 1
Influenza. Siapa yang dah pernah kena je tahu betapa perit nak lalui kan, terutama kalau datang sekali dengan sakit sendi satu badan. Sekarang musimya. Hati-hati ya korang, terutama anak kecil, yang ada asthma, ibu mengandung. 5 saranan untuk anak-anak. 1. Bila anak balik sekolah atau taska, bersihkan diri anak dulu. Mandi dan tukar baju baru. Sentiasa ajar anak untuk jaga kebersihan diri. Sebelum makan kena basuh tangan. Buat rendaman magnesium setiap petang, atau 3 kali seminggu. Bukan je kuatkan imun anak, tapi juga bantu mudahkan tidur malam anak. 2. Kuatkan imun anak, dengan makanan berkhasiat dan berkualiti. Sup tulang, singgang, bone broth, kerapkan dalam seminggu. Elakkan dan kurangkan makanan tinggi proses yang boleh tambahkan keradangan dalam tubuh anak. Roti, biskut, susu, makanan favourite anak ni, sebenarnya kurang sesuai ambil tiap hari. Ambil makanan tambahan yang boleh beri kesan penyembuhan, contoh minyak kelapa, minyak zaitun, madu, habbatussauda’. 80% imun dari usus anak. Jaga usus, baiki usus, anak akan makin kuat imunnya. 3. Kerapkan bawa anak bermain di tanah, di bawah cahaya matahari. Bermain di luar, bukan je buat hormon happy anak meningkat, tapi imun anak pun makin kuat. Kurangkan screen. Lebih banyak kesan buruk dari kesan baik untuk kesihatan tubuh, otak dan jiwa anak. Radiasi dan blue light beri kesan pada tubuh, ketagih dan sensori beri kesan pda otak, dan paling penting apa anak tengok dan dengar dari screen, membentuk jiwa dan hati mereka. 4. Bila anak tak sihat, demam, batuk, selsema, elakkan ke sekolah. Antara simptom influenza; demam, sakit tekak, batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan, letih, lemah. Bila demam panas dan suhu terlalu tinggi, atau demam berpanjangan, bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan. Batuk sampai berlekuk dada dan sesak nafas pun, jangan lengah ke klinik atau hospital. Magnesium mungkin membantu waktu ni, bukan sebagai ubat, tapi untuk bantu penyembuhan dan kurangkan komplikasi. Baiki usus dan dalaman juga, dengan minyak kelapa, minyak zaitun, madu dan habbatussauda’, cari yang berkualiti untuk kesan yang optimum. 5. Bila diuji dengan influenza, doa Allah bantu kita redha dengan ujian yang diberi. Nabi kata, sedekah juga boleh jadi ubat. Banyakkan sedekah, niatkan untuk penyembuhan anak kita. Sakit dan sihat itu dari Dia, bukan sebab kita jaga makan minum, amalkan gaya hidup sihat ataupun tidak. Tapi usaha jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat, ini adalah dituntut dalam Islam. Kuatkan imun anak, ini kuncinya. InsyaAllah risiko berjangkit makin kurang, penyembuhan dan kesan sampingan juga cepat beransur reda. Kita usaha sama-sama ya. P/S : Saya buka jualan semua item dalam gambar ni, hanya sekali je sebulan. Untuk Julai, jualan 3 & 4 Julai, jam 10 pagi. Stok terhad. Ada support group untuk cara penggunaan dan pertanyaan. Korang yang nak dapatkan, boleh masuk waiting list di Telegram Anak & Ibu. t.me/anakdanibu
نمایش همه...
👍 16 13
4 perkara yang anak kecil kena pantang untuk tubuh sihat dan otak cerdik. Tak kisah apa pun struggle kita, 4 perkara ni perlu kita utamakan dalam mendidik dan membesarkan anak. Latih sejak usia anak masih kecil. 1. GULA PUTIH - Kurangkan gula tambahan dari anak-anak. Jauhkan terus gula tambahan dari anak umur 2 tahun ke bawah, elakkan, tak perlu bagi langsung lebih baik. - Ada yang kata, kalau tak bagi nanti, tak ada tenaga, anak makin picky eater. Risiko anak ketagih gula, lebih bahaya dari anak memilih makanan ye. - Kurangkan makanan tinggi gula, candy, biskut, roti, air kotak, coklat. - Ganti gula putih dengan; Gula kelapa : https://shope.ee/10WW1QfFdb Madu : https://my.shp.ee/gHv6d88 Puree kurma untuk anak bawah 2 tahun : https://s.shopee.com.my/6zzFgkWEC3 2. GARAM PUTIH - Elakkan untuk anak bawah 1 tahun. - Selepas setahun, boleh kenalkan anak dengan garam. Pilih garam berkualiti, bukan garam putih. - Limitkan kuantiti makanan tinggi garam, contohnya frozen food, mi segera, potato chips, jajan. - Ganti garam putih dengan; Garam Himalaya - https://s.shopee.com.my/10i2XxeLf6 3. SCREEN - Sekarang zaman screen. Kita tahu banyak sangat keburukan screen untuk anak. Jangan ambil mudah, dengan biarkan anak bersama screen supaya anak duduk diam, tak bising, tak kacau kita buat kerja. - Kawal dari anak kecil, sebaiknya elak terus untuk anak bawah 2 tahun. Screen untuk anak bawah 2 tahun, akan buatkan anak ada masalah sensori bila semakin membesar. - 2 hingga 6 tahun, maksimum 1 jam je setiap hari. Kalau 1 jam seminggu, itu lebih baik. Kalau tak ada langsung, ini paling baik. - Ganti screen dengan dengan buku dan educational toys. Tak perlu yang mahal pun, banyak je murah di Shopee. - Pengganti screen paling baik untuk anak, adalah diri kita sendiri, ibu dan ayah. 4. DUDUK - Anak tak boleh duduk dalam jangka masa yang lama kalau kita nak dia jadi anak yang sihat tubuh badan dan bijak otaknya. - Biarkan anak bergerak, berlari, berjalan, memanjat, merangkak, meniarap, bergayut. Kita cuma pantau, dan jauhkan anak dari bahaya. Bukan menghalang. - Kita risau anak tak boleh fokus dan beri perhatian, sebab dia tak reti duduk diam. Tapi sebenarnya, kalau kita bagi ruang dan peluang yang betul, tak duduk diam itulah buatkan otak dia bergerak dengan sangat aktif. - Anak kecil tak mampu duduk diam lebih 30 minit tanpa buat apa-apa. Tapi zaman sekarang, hanya screen yang mampu dudukkan anak diam tanpa buat apa-apa, lebih 3 jam pun boleh. - Ganti screen dengan taman, playground, pantai. Jangan kita sekat kemampuan anak kita bergerak dengan screen. Kita usaha sama-sama ya. Zaman sekarang dah tak macam dulu. Banyak faktor luar yang main peranan untuk lemahkan tubuh dan otak anak kita. Kita kena usaha belajar tambah ilmu. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
نمایش همه...
👍 18 4
4 supplement tanpa gula putih untuk anak. Semuanya dari bahan makanan. Jadi, boleh juga dimasak atau dimasukkan dalam makanan pagi anak. 1. Minyak kelapa dara lemak baik untuk berat badan berkualiti, juga bersifat antiradang. Kalau anak korang berat tak naik, di line kuning, sesuai sangat masukkan minyak kelapa dara ni dalam makanan anak. Bagi setiap hari. Yang kerap tak sihat, batuk, tonsil, resdung, pun elok ambil setiap hari. 2. Minyak habbatussauda' ejen antiparasit, nak elak cacing boleh amal yang ini. Juga agak mujarab untuk batuk, tonsil dan resdung untuk sesetengah anak. Minyak yang kena ada di setiap rumah yang ada anak kecil. 3. Almanna dibancuh dengan madu asli. Almanna prebiotik untuk usus. Banyak masalah kesihatan berpunca dari usus yang tidak sihat. Almanna untuk baiki ekosistem bakteria di usus. Imun anak akan makin kuat. 4. Madu banyak sangat khasiatnya kan. Antibakteria, antivirus, antifungus, antiraradang, antioksida. Antara item yang kena ambil bila anak kerap tak sihat. Ganti gupa putih dengan madu asli, dalam minuman anak. Dan, semua ni pun baik untuk otak anak. Minyak kelapa dara, habbatussauda', madu, boleh tingkatkan fokus dan kuatkan ingatan anak. Yang belum ada lagi kat rumah, boleh dapatkan k. InsyaAllah banyak perubahan kesihatan yang lebih baik akan korang nampak pada anak-anak, jika amal dengan konsisten dan cara yang betul. P/S : Saya buka jualan semua item dalam gambar ni, hanya sekali je sebulan. Untuk Julai, jualan 3 & 4 Julai, jam 10 pagi. Stok terhad. Ada support group untuk cara penggunaan dan pertanyaan. Korang yang nak dapatkan, boleh masuk waiting list di Telegram Anak & Ibu. t.me/anakdanibu
نمایش همه...
👍 30
Photo unavailableShow in Telegram
Saya compile kan tips ringkas macam dalam gambar. Anak kerap tak sihat. Anak demam lambat sembuh. Duduk rumah cuti sekolah sihat, masuk sekolah je berjangkit dengan kawan. Kita tak dapat lari dari makanan tinggi proses, setiap hari kita kadang terpaksa makan, kerana mungkin itu je pilihan yang ada. Tapi, dalam masa yang sama, usahakan ambil makanan berkualiti, yang boleh bantu penyembuhan, yang boleh up kan imuniti anak. Korang boleh tengok di sini k. https://www.facebook.com/share/p/7XfciWe11PwqpKcD/?mibextid=WC7FNe P/S : Saya buka jualan sekali je dalam sebulan. Untuk bulan depan, jualan dibuka 3 & 4 Julai, jam 10 pagi, insyaAllah. Support group disediakan selepas pembelian, untuk pertanyaan dan juga cara penggunaan. Korang boleh join sini untuk waiting list ye. t.me/anakdanibu
نمایش همه...
👍 20 8
Teringat kisah susu tahun 2018 masa saya kerja di klinik swasta. Ada syarikat susu datang. Nak promote susu kotak dan susu tepung, supaya doktor bertugas dan staff klinik cadangkan susu diorang pada pesakit. Masa talk tu, diorang cerita tentang; - Kepentingan minum susu untuk umur anak 1 hingga 6 tahun. - Umur sekian dan sekian, perlu ambil susu jenis sekian dan sekian. - Setiap jenis susu diadun formula nya bergantung kepada tahap umur anak. - Penting anak ambil susu mereka untuk perkembangan tulang, gigi, otak dan fizikal yang optimum. Saya dengar dan diam je. Diorang tanya, saya bagi anak minum susu apa. Masa tu anak saya setahun lebih, dan sorang lagi 4 bulan. Saya jawab susu ibu kedua-duanya. Mereka sambut jawapan saya, dengan tanya pulak saya minum susu apa, dan cadangkan susu mereka. Kemudian bagi sampel susu tepung ibu dan susu kotak anak, untuk saya bawa balik. Hmmm. Susu bukan tak elok. Malah ia minuman Rasulullah SAW. Mana mungkin susu tak bagus untuk kesihatan jika ia adalah minuman Baginda Rasul. Cuma, susu sekarang dah tak macam dulu. Susu dulu dari ladang terus ke dapur. Susu sekarang masuk kilang, tambah gula perisa perasa pewarna pemanis. Dan ini bukan kali pertama dan terakhir syarikat susu datang iklan di klinik. Berkali-kali, malah siap bagi free gift untuk diberi pada pesakit. Kadang kita pelik, mana datang banyak betul penyakit kronik zaman sekarang yang melibatkan anak-anak. Batuk lama tak sembuh. Asthma attack. Asyik berkahak. Kerap demam. Eczema kulit gatal. Resdung asyik bersin. Tonsil tak surut. Sembelit najis keras je selalu. Ia bukan lah semata-mata penyebabnya dari susu. Tapi cuba pantang kejap apa-apa jenis susu dalam sebulan, dan lihat sendiri tahap kesihatan anak korang. Susu zaman sekarang, banyak gula. Maltodekstrin banyak dalam susu tepung. Maltodekstrin ni berselindung di sebalik nama gula. Gula, racun dalam selimut untuk kita semua. Sebab ianya kita anggap 'makanan', dan banyak nama lain digunakan sebagai ganti gula/sugar. Jadi, kita kadang tak ada rasa bersalah pun makan gula dengan banyaknya tanpa kita sedar. Terkejut juga saya tengok fakta ni, peratusan dibandingkan, sekarang dan tahun 1970; - Autism : meningkat ~ 9000% - ADHD : meningkat ~ 200% - Eczema : meningkat ~ 100% - Mental health disorder : meningkat ~ 71% - Diabetes type 2 : terlalu banyak untuk dikira, tak terkira, secara kasar macam tak ada pun anak-anak kencing manis type 2 pada tahun 1970 Kalau kita sekadar baca "dulu tak ada better diagnosis macam sekarang". Kita mungkin tak akan jumpa punca sebenar dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh. Sihat itu tuntutan dalam Islam, sihat itu sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasul. Antara tips paling utama untuk sihat adalah, jauhi gula. Gula ada dalam 99% makanan tinggi proses, termasuk susu formula untuk bayi umur 1 hari, susu yang diformulakan untuk pesakit, susu yang diformulakan untuk ibu mengandung, susu yang diformulakan untuk warga emas. Kita memang tak dapat lari dari susu kan. 😢 Susu terbaik untuk anak, adalah susu yang disebut dalam Al-Quran, iaitu susu ibu, untuk anak baru lahir sehingga paling kurang 2 tahun. Selepas 2 tahun, banyakkan makanan segar dan sunning untuk tulang dan gigi yang kuat. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
نمایش همه...
60👍 31
Antara cara express untuk jaga kesihatan keluarga adalah dengan usaha tekan dan tahan NAFSU MAKAN. Ibu ayah dengan berpuasa, anak-anak dengan pantang makanan tinggi proses. 5 kebaikan kita akan nampak sedikit demi sedikit bila usaha pantang makan minum tinggi proses untuk anak. 1. Anak jarang tak sihat dan imun makin kuat, bila kita jadikan makanan halal dan tayyib (baik) sebagai makanan harian. Makanan tinggi proses banyaknya adalah makanan tinggi radang. Masuk dalam tubuh anak, antara faktor terbesar anak kerap tak sihat dan lambat semnuh. 2. Kualiti tidur malam makin baik, mudah nak tidur awal, tak senang mengantuk waktu belajar di sekolah. Makanan berkualiti bantu nyenyakkan tidur anak. 3. Fokus anak makin tajam, ingatan makin kuat bila kita kurangkan makanan tinggi proses. Makanan macam ni sedikit demi sedikit melemahkan otak anak. 4. Anak makin mudah dilentur, kurang tantrum, kerana tak ada makanan syubhah yang masuk ke usus menjadi darah daging. Anak akan makin mendengar kata. 5. Anak-anak tak malas nak belajar tentang ibadah. Makin rajin solat tanpa disuruh, makin suka baca Quran, makin kerap dengar zikir dan selawat. Semuanya akan lebih mudah bila masuk makanan yang halal, suci dan bersih ke perut anak. Kita cuba usaha sama-sama ya. Didik anak ni tak mudah. Sangatlah susah. Banyak ujian, sana dan sini. Dan paling utama, mulakan dengan diri kita dulu, banyakkan berpuasa, dan kurangkan makanan tinggi proses. Kita sendiri pelik nanti, lama-lama anak akan mengikut. 💪🌸 Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
نمایش همه...
👍 35 23
Lepas raya biasanya musim anak tak sihat. Batuk, kahak, selsema, muntah, cirit. Faktor makan minum main peranan penting. Masa raya makan macam-macam, minum pun nak yang manis je. Buat 5 perkara ni kalau nampak anak mula tak sihat. 1. Cari air kelapa. Yang ori lebih baik. Atau yang kotak pun ada, cari tanpa campuran. 2. Ramai dapat daging korban, boleh buat sup daging, singgang daging. Bahan penting yang kena ada, bawang putih, serai, kunyit, halia, 3 sekawan, ini bahan kuatkan imun. 3. Banyakkan air putih. Stop terus semua air manis. Nak anak cepat sembuh, kena biar dia berkawan dengan air putih. 4. Sekat apa saja makanan tinggi proses, kalau nak anak cepat baik. Susu kotak, air kotak, aiskrim, biskut, roti, jajan. Ini makanan tinggi radang, makanan lemahkan imun, buat anak lambat nak baik. 5. Boleh up kan imun anak dengan minyak kelapa, minyak zaitun, habbatussauda’, magnesium. Penting buat 4 yang atas tadi, seiring dengan pengambilan makanan berkualiti yang ini. Mak ayah akan makin terkejut, dengan keupayaan body anak sendiri melawan jangkitan kuman dalam tubuh. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
نمایش همه...
41👍 14
Ada ketikanya, bila anak terlalu obses dengan ultra processed food dan taknak langsung ambil real food. Ada juga masanya, anak taknak makan apa yang kita masak, sebab dia tak suka menu tu. Dia nak makan nasi dengan ayam goreng je. Sebenarnya, tak ada salah pun kita biarkan anak lapar seketika. Tak ada salah pun kita biarkan anak tidur dalam kelaparan. Tujuannya hanya untuk mengajar anak, yang kita memang nak stop makanan tinggi proses dari anak, kita taknak anak memilih makanan, ini sahaja. Bila anak faham yang kita nak anak makan makanan sihat, dia akan makan juga bila lapar nanti. Ini semuanya proses. Proses yang mak ayah kena lalui, dengan sabar. Tapi kebanyakkan dari kita, kerap kesian dan kemudian offer roti biskut pada anak bila anak taknak nasi. Ingat, dapur kita bukan restoran, yang anak boleh pilih dan minta apa saja yang dia nak makan. Kita chef di dapur, kita yang kena pilih makanan yang halal, baik dan sihat untuk masuk ke tubuh keluarga kita. *Susu formula juga adalah makanan tinggi proses. Anak umur 2 tahun ke atas, tidak perlukan susu secara harian. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
نمایش همه...
👍 43 10😢 1
Ibu mengandung. Alahan teruk. Muntah. Pening. Mengidam pelik-pelik. Sakit lenguh badan. Lemau tak produktif. Tidur asyik terjaga. Kerap tarik mengkarung. Boleh cuba rendam kaki dalam magnesium flakes 3 kali seminggu, dan sapu magnesium oil tiap malam. Beza sungguh hasilnya. Magnesium kena jadi bff ibu mengandung okay! Dapatkan harini, last day ye korang. Nanti boleh join support group Anak Sihat Ibu Bahagia. Klik sini untuk pembelian. 👉 https://ezy.la/anaksihatibubahagia
نمایش همه...
👍 11👎 2 2
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.