cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Sembang Sihat | Mazliana Mazlan

Perkongsian tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Больше
Рекламные посты
42 551
Подписчики
-524 часа
+1917 дней
-1230 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Contoh 'baby food' dan 'kid food' yang boleh buatkan anak kita jadi picky eater, taknak makan nasi dan tak suka real food. 1. Nestum. - Ganti dengan bubur atau puree homemade. 2. Biskut baby. - Ganti dengan homemade finger food. 3. Susu formula. - Ganti dengan susu ibu. - Setahun ke atas, boleh ganti susu segar atau susu tepung tanpa gula. 4. Milo atau minuman coklat tinggi gula. - Ganti dengan air kelapa. 5. Yogurt berperisa. - Ganti dengan natural yogurt + madu + buah. 6. Susu kotak perisa coklat dan strawberi. - Ganti dengan susu segar lembu atau kambing tanpa perisa 7. Biskut dan roti. Kosong mahupun perisa. - Ganti dengan pelbagai jenis buah-buahan. 8. Cereal Koko Krunch, Honey Star. - Ganti dengan keledek. 9. Gula-gula, coklat, cikedis, jajan. - Ganti dengan telur. 10. Air kotak, susu kultur. - Ganti dengan air madu. Semua makanan ni, rasanya sama, teksturnya sama, gulanya tinggi. Tak sama dengan real food yang punya rasa berbeza, tekstur berbeza dan kebanyakannya tawar. Susah pada awalnya, perit nak latih anak, penat nak tunjuk ajar anak. Tapi ini yang bawa kebaikan buat anak, insyaAllah. 💪💪💪 Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
22👍 16
Фото недоступноПоказать в Telegram
Hidup ini tentang pilihan. Apa makan minum yang kita pilih sekarang untuk anak-anak dan keluarga kita, sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan anak-anak kita 5 - 10 tahun mendatang. Ia bukan saja beri kesan jangka pendek, tapi lebih utama kesan jangka panjang. Semoga kita semua berusaha setiap hari, untuk cuba berikan yang terbaik, semampu yang boleh. Kita cuba sama-sama ya. 💪🤍 Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
👍 26 12
Bukan anak yang kena tentukan apa mereka nak makan. Tapi kita ibu ayah kena lebih bijak tackle anak untuk makan makanan yang kita pilih. 5 ciri makanan yang kena ada dalam makanan anak. 👇 1. Berkualiti Yang berikan khasiat dan nutrisi pada tubuh badan anak. 2. Seimbang Karbohidrat, protein, lemak, serat. 3. Pelbagaikan Bukan makanan yang sama je, tidak tertumpu hanya beberapa jenis makanan. 4. Padat nutrisi Seimbang tak semestinya padat nutrisi. Kalori dalam pisang sama dengan roti. Tapi pisang padat nutrisi, roti pasaran tak ada khasiat pun untuk tubuh. 5. Tidak toksik Tak timbulkan radang pada badan Tanpa pengawet. Tanpa aditif. Tanpa gula dan garam berlebihan. Tanpa MSG. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
👍 13 8
Supplement untuk anak kerap batuk dan asthma. Untuk kuatkan imun. Murah je semua ni. Konsisten buat sebulan, imun anak makin kuat, batuk makin kurang dan jarang. Ada 6 jenis supplement. 👇 1. Berjemur matahari, awal pagi atau lewat petang. 2. Berkaki ayam atas tanah, grounding, main di pantai. 3. Tidur berkualiti, tidur awal, tutup lampu. 4. Banyakkan bergerak, buat aktiviti fizikal. 5. Limit screen time, off wifi waktu malam. 6. Jaga emosi anak, sentiasa peluk dan sayang anak. Inilah supplement sebenar untuk anak. Kuatkan imun anak dengan 6 cara ni. Semuanya murah, tak perlu beli, tak perlu bayar, percuma je dapat. Hanya perlukan modal masa ibu dan ayah. Cuba konsisten buat sebulan, imuniti anak kita insyaAllah akan lebih baik dari sebelum ni. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
👍 23 4🥰 1
Junk food. Frozen food. Fast food. Elak lah fake food macam ni dari anak-anak. Kurangkan pengambilan. Kalau anak tak kenal pun tak apa. Penyakit zaman moden banyak datang dari sini. Zaman semua nak cepat, nak instant, sebab semua busy. Kita usaha sama-sama ya. 💪 Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
👍 24 6
Berbillion dihabiskan setiap tahun untuk promosikan junk food dan fast food. Kitalah kena belajar dan usaha sendiri promosikan real food pada anak. Bantu anak bezakan mana yang baik dan buruk. Ajar anak 5 ilmu penting ni. 1. Keropok ada MSG, nak pandai tak boleh makan keropok banyak sangat. 2. Roti biskut ada tepung, kalau nak sihat tak boleh makan selalu. 3. Candy ada banyak gula, nak gigi cantik, kena kurang makan candy. 4. Sosej dengan nugget ada pengawet, tak boleh ambil kalau nak badan sihat. 5. Aiskrim ada pewarna, kalau nak senang faham apa cikgu ajar, kena kurangkan. Marketing mereka, bukan dalam kawalan kita. Yang kita boleh usaha jaga dan kawal, adalah anak-anak kita. Beri ilmu pada anak, ini yang akan bantu anak buat keputusan yang betul dan baik. Kita usaha sama-sama ya. 💪 Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
👍 50 9🫡 2
6 makanan untuk otak anak mudah hafaz dan ingat ilmu. Cepat dapat, mudah fokus, tajam fikiran dan kuat ingatan. 1. Kurma 2. Kismis 3. Air nabeez 4. Madu 5. Habbatussauda’ 6. Minyak zaitun Boleh cuba ya. InsyaAllah hasil luar biasa, bila amalkan makanan macam ni. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
38👍 10
Anak sakit tekak, tonsil bengkak atau ulcer. Makan langsung taknak sebab pedih dalam mulut, buat kita bertambah risau. 5 tips kurangkan sakit, cepatkan sembuh, kuatkan imun, dan anak masih dapat khasiat dari makanan. 1. Buat sup ayam. Atau singgang. Bagi anak hirup kuah. 2. Beli air kelapa kosong tanpa air dan gula. Bagi sekerap yang boleh. 3. Buat aiskrim dari air kelapa. Masukkan dalam aiskrim mould, kemudian bekukan. Tak perlu letak air, tak perlu letak gula. Boleh tambah madu. 4. Buat aiskrim buah. Blend buah, dan masuk dalam aiskrim mould atau bekas ais kiub. Contoh; buah naga, betik, tembikai susu. 5. Air limau madu. Limau kasturi campur sedikit madu, masukkan dalam peti sejuk. Bagi anak minum. Untuk 2 tahun ke atas. Boleh try k! Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
👍 27 10👏 1
Usaha untuk jadikan anak kita seorang adventurous eater takkan pernah berhenti. Panjang prosesnya. 5 kriteria adventurous eater yang perlu ada pada anak untuk sihat tubuh badan dan bijak otaknya. 1. Boleh menerima apa saja makanan yang terhidang. 2. Tidak memilih dan membazir makanan. 3. Tahu membezakan sesuatu makanan itu baik atau buruk untuk kesihatan. 4. Berani mencuba makanan baru. 5. Pandai menolak dan tidak ketagih dengan jajan dan makanan tinggi proses. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Показать все...
👍 22 7
Allergy asthma boleh sembuh. 60% anak asthma adalah allergy asthma. Kenalpasti punca alahan, elakkan punca tersebut. Dalam 3 bulan, jaga ketat makanan dan persekitaran anak, insyaAllah akan nampak perubahan. 8 contoh trigger allergy asthma. 👇 1. Alergi dengan habuk. Carpet, asap kereta, bedak talkum. 2. Alergi dengan bulu binatang. Bulu kucing, air liur kucing, bulu arnab. 3. Alergi keadaan sejuk. Waktu malam, hujan, bilik aircond, air sejuk, buah simpan dalam peti sejuk. 4. Makanan. Gandum, gula, MSG, produk tenusu, pewarna tiruan, perasa tiruan, pengawet, aditif. 5. Alergi dengan asap rokok dan vape. Yang nak jadi ayah, yang dah jadi ayah, sudah-sudah lah ye merokok tu. 6. Alergi dengan pewangi tiruan. Fragrance. Banyak ada dalam sabun mandi, minyam rambut, shampoo, bedak, alatan pencuci, semburan penyegar rumah. 7. Alergi dengan bahan kimia toksik. Sabun pencuci tandas, sabun mandi, sabun basuh pinggan. 8. Alergi dengan kulat. Check almari dalam bilik, check dinding di rumah. Anak tak sembuh selagi kita tak cuba elak faktor yang trigger asthma dia. Nak tahu mana satu? Ibu ayah kena observe sendiri, monitor sendiri keadaan anak. Ini hanyalah contoh. Bila dah dapat detect anak alergi apa, terus elak semua benda tu. Konsisten buat, jaga makan minum sama, jaga persekitaran anak juga. InsyaAllah dalam setahun je, akan kurang ulang alik anak ke hospital sebab neb. Belajar ilmu urus anak asthma. Jualan harini last day ye korang. Esok dah tutup, saya tak buka dah jualan dalam masa terdekat. Yang ada anak asthma, kena dapatkan ebook ni ya. 👉 imunsihat.com.
Показать все...
17👍 11