It's Not Your Fault - Tak, Bukan Salah Kamu.
-------
Tahukah anda, anak kecil mudah salah faham, yang mereka punca kepada permasalahan orang lain terutama orang dewasa, ibubapa mereka sendiri.
.
Ini peringkat perkembangan kanak-kanak usia 3-6, guilty vs initiative.
.
Apa jua reaksi sekeliling, mereka mudah rasa bersalah dan rasa mereka puncanya.
.
Contoh, air tumpah, oops saya salah, saya tak hati-hati.
.
Ya, benar, namun yang lebih utama ialah usaha mereka nak solusikan isu/perkara itu, dengan i) mengaku dan ambil tahu kesilapan sendiri, ii) mengambil tisu dan lap - itu yang perlu fokuskan (initiative).
.
Usaha itu adalah peringkat perkembangan positif, amat wajar diberi perhatian, pujian, berbanding tak diberi apa-apa pengesahan dengan kata-kata (words assurance), lalu mereka akan salahkan diri sendiri.
.
Contoh saya perhatikan Fateh 5 tahun, bila dia tak dapat reward macam rakan, dia sendiri kata "sebab Fateh tak solat elok-elok, Fateh x baik".
.
Hmm..
🤔 jadi peranan maknya untuk mengesahkan, dengan words encouragement, "Tak, ia mungkin sebab semua budak bagus dan hadiah tak cukup nak diberi kepada semua. Jadi buat kerana Allah, bukan kerana nak hadiah, ok. Mami tetap sayang kan Fateh sebab Fateh anak Mummy yang soleh, dengar kata teacher, dan ingat, usaha tu yang Allah pandang lebih lagi".
.
Dua hari lepas, dapat reward sebab solat elok-elok pula. 😁.
.
Maksud saya di sini, anak kecil tanpa disuruh fikir lebih dalam, otomatik mereka akan mudah rasa bersalah.
.
Jika penceraian atau perbalahan berlaku antara ibubapa, ramai juga saya perhatikan anak kecil ini rasa mereka jahat, salah, bad, maka ibubapa bercerai kerana mereka.
.
Ingat lagi buku omputeh, cara dia explain ke anak kecil mengenai perpisahan ibubapa, ditekankan mengenai ia isu ibubapa (orang dewasa), dan bukan sebab / punca si anak maka mereka bercerai. Ia tiada kena mengena.
.
(Ini juga sangat common untuk kanak-kanak sexually abused, mereka rasa mereka punca kejadian buruk itu berlaku, sedangkan totally NO, mereka kecil dan tanggungjawab dan kesalahaan sebenarnya atas pelaku yang lakukan itu).
.
=============
Petikan Boss Baby
.
"You see, babies are not getting as much love as we used to".
(Si boss baby beritahu dengan tegasnya kepada tim dia).
.
Si Stacey ni terus judge "Why? Have we been bad?".
.
"No, bla bla bla bla ", terang si Boss Baby dengan tegas nya...
-------
.
Jadi pesanan dan peringatan dari saya, sentiasa bantu ubahkan sisi pandangan anak kecil, yang dia tidak salah, dan ada perkara lain lagi yang merupakan punca kepada permasalahan /perkara lain berlaku.
.
Ayat mudah seperti "Tak, awak tidak bersalah", juga amat power untuk orang dewasa sahabat keliling kita, pabila mereka dirundum rasa bersalah. Berikan ayat ini kepada mereka.
.
I am bad mother.
Beritahu mereka. No, you are wonderful mother (petikan ayat pengesahan dan supportif di kalangan Alumni EHSABAR).
.
Amat berkemungkinan besar ramai antara kita yang dimarahi dan dipersalahkan atas usaha kita semasa kecil yang membawa kepada rasa salah dahulu.
.
Key words, Its Not Your Fault, Bukan Salah Anda, Anda Tak Salah, bla bla bla.
.
.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.