en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels πŸ‘‰ If you want to see the tag, subscribe

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 718 subscribers, ranking 958 in the Family & Children category and 2 320 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 718 subscribers.

According to the latest data from 02 November, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -143 over the last 30 days and by -7 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.92%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.07% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 616 views. Within the first day, a publication typically gains 325 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 03 November, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 718
Subscribers
-724 hours
-367 days
-14330 days
Posts Archive
Sahabat saya Pn Aishah Suhaimi dan anakandanya Aisyah Humaira, yg awesome. Saya berpendapat semua anak perlu dapat peluang ini untuk bentuk, groom skil bercakap di depan, secara perlahan-lahan, tiada paksaan. Bila kita pun tak berapa mampu nak buat dgn baik, elok hantar kelas macam ni, Kalau kita buat di rumah pun ok cuma anak2 kita usia berbeza dan bilangannya pun maybe sedikit 2-3 anak kan. So di sana dia dapat persekitaran membina (supportive) untuk minat dan bakat dia, Surrounded by rakan sebaya, Memang mempercepat proses pembinaan skil ini. Ada anak minat tapi mungkin bakat bukan ke situ -- πŸ‘Masuk ini untuk pengalaman awal dan pendedahan skil - asal minat, ia boleh bawa jauh (passionate) Ada anak berbakat tapi tak da peluang macam ni -- Elok sangat masuk iniπŸ‘ especially anak Feeling, anak Drh O Ada anak tak bakat kat sini, juga sangat jelas tak minat --- Takyah masuk, nanti memaksa pula, eloklah masuk kelas lain ya 😁 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH BANTU ANAK?* Alhamdulillah, minggu lepas saya dapat berjumpa anak-anak Smart IQ. Ramai datang keliling teacher. Datang untuk bersalaman, ada yang nak bercerita dan ada yang datang peluk. Rindu teacher agaknya. Teacher pun rindu lama tak jumpa. πŸ˜‡β€πŸ₯° Tiba-tiba Aishah Humaira Ikhwanus datang cuit teacher. *_Aishah_* : Teacher…teacher ingat tak performance kita hari tu? *_Saya_* : MasyaAllah…mestilah teacher ingat, Aishah. Aishah pun tersenyum-senyum malu dan berlalu masuk kelas. Terserlah kegembiraan diwajah Aishah. Mungkin teringat kenangan persembahan Julai lepas. Selepas berborak-borak sekejap dengan anak-anak, saya pun mula melangkah kaki untuk pulang. Dalam masa itu terfikir betapa anak-anak sangat ternanti-nantikan peluang untuk menonjolkan bakat mereka. Sebagai ibu bapa kita hanya perlu memberi peluang serta sokongan dalam proses menggilap bakat anak-anak. Tn/Pn nak jadi ibu bapa yang *supportive* ? Tn/Pn sedang mencari *jalan* untuk *bantu* anak: πŸ”ΉοΈ *Menjadi lebih yakin diri* πŸ™‹β€β™‚οΈπŸ™‹β€β™€οΈ πŸ”ΈοΈ *Dapat berkomunikasi dengan lebih baik* 🀝 πŸ”ΉοΈ *Berani bercakap di khalayak ramai* πŸŽ€πŸŽ™ πŸ”ΈοΈ *Mempunyai kelebihan di sekolah, institut pengajian tinggi dan seterusnya di dalam bidang pekerjaan* πŸ‘¨β€πŸŽ“πŸ‘©β€πŸŽ“πŸ‘¨β€πŸŽ¨πŸ‘©β€πŸš€πŸ‘¨β€βš–πŸ‘©β€πŸ«πŸ‘¨β€βš•οΈπŸ‘©β€πŸ³ Jika " *YA* " jawapannya. *Program Intensif 12 Minggu KIDS PUBLIC SPEAKING* oleh *AHM Speaking Academy* adalah untuk anak anda. Program ini akan membantu anak-anak: ✴ *Membina keyakinan diri* πŸ’ͺ βœ… *Mengawal perasaan gugup apabila berada di hadapan ramai orang* πŸ§˜β€β™‚οΈπŸ§˜β€β™€οΈπŸ‘πŸ‘πŸ‘ ✴ *Meningkatkan kemahiran sosial* πŸ‘¬πŸ‘¬πŸ‘­πŸ‘­ βœ… *Bersedia untuk masa depan mereka* πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Jom sertai *Program Intensif 12 Minggu KIDS PUBLIC SPEAKING* dibawakan khas oleh *AHM Speaking Academy* πŸŽ™πŸŽ€πŸ—£πŸŽ¬πŸŒŸ πŸ—“ Program ini akan bermula pada bulan *September 2019* . 🎀 *12 Minggu KIDS PUBLIC SPEAKING* terbuka kepada anak-anak berumur : *6 – 12 tahun* . πŸ“£Kelas *Percubaan* dan *Penilaian* *PERCUMA* disediakan. 🀩 Bagi pengambilan kali ini anak-anak akan menjalani 2 aktiviti luar, iaitu: 🎀 Menjadi *Host* di *SPP Bookstore* , Bangi dan πŸ‘¨β€πŸŽ“πŸ‘©β€πŸŽ“ *Graduasi di De Centrum Mall* , Bangi. https://www.wasap.my/60132097982/12mingguKPSAHMSpeakingAcademy *Program Intensif 12 Minggu KIDS PUBLIC SPEAKING* oleh *AHM Speaking Academy* akan diadakan di: πŸ“ *SMART IQ Academy* , Taman Putra Kajang, Seksyen 7, Bangi. Jom mulakan dari awal πŸ‘¨β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§πŸ’“ Berikan anak-anak anda peluang untuk menyerlah🌟🌟🌟🌠🌠🌠 Hubungi kami untuk info lanjut https://www.wasap.my/60132097982/12mingguKPSAHMSpeakingAcademy Dan saksikan kehebatan anak-anak anda nanti πŸ“ˆπŸš€πŸ”₯πŸ‘πŸ˜πŸ˜‡πŸ’₯

5 KESILAPAN BIASA IBUBAPA BILA ANAK BUAT SALAH ELAKKAN ( X ): 1. Kritik / kondem anak: β€œHa tu lah berlagak lagi, kata pandai sangat nak buat sendiri air susu, kan dah tumpah”. 2. Salahkan anak : β€œSebab Abang tak dengar cakap Mama, sebab tu Abang jatuh. Sakit tak?” 3. Ketawakan anak : β€œHaha, padan muka Abang”. 4. Sindir anak : β€œIyerlah, kan Kakak kata Kakak pandai buat sendiri. Hah, buatlah Mama nak tengok jadi tak kek Kakak tu”. 5. Marah/Herdik : β€œHey kamu ni, tak dengar kata. Menyusahkan betul Mama ni penat nak sapu mop banyak kali tau!”. . Jadi, macam mana nak tegur anak bila dia buat silap? . BILA ANAK BUAT SILAP, INI CARA NAK CAKAP BUAT ( / ) 1. Beri perkataan menenangkan: β€œAllahu akhbar, sakit sangat ni, nanti Mama sapu ubat ya”. 2. Beri perkataan mendidik: β€œOh.. tumpah dah. Macam ni sebenarnya cara tuang susu dari skop ni, Kakak”. Atau β€œAbang nak tahu tak cara tulis huruf 8 dengan cara betul dan cikgu suka?” 3. Beri perkataan tegah dengan cara betul: β€œTak boleh lari laju, jalan aja. Sebab lantai sini tak rata”. 4. Beri kata pujian dulu baru tegur kesalahan: β€œWah semangatnya Kakak buat kek sendiri. Adalah lebih baik Kakak buat kerja satu tempat, dan barang dah pakai satu tempat. Taklah pening nak kemas nanti”. Gantikan kepada sudut pandang yang baik dan sampaikan niat positif anda tu dengan cara lebih baik sahaja ya ;) . Sama-sama kita usaha ya, jadi ibubapa prihatin, bercakap elok-elok, kelak anak juga akan prihatin dan cakap elok-elok kat kita. Maznah Ibrahim. Kongsikan dengan pasangan anda ya.

Mahu Anak Jadi Kreatif? Ini 3 Syaratnya.. Ramai sebenarnya ibubapa yang nak anak jadi kreatif, dan sebenarnya ibubapa sendiri ada ciri fitrah kreatif itu. Cuma kita tak sedar 3 perkara ini menghalang anak kita dan kita jadi kreatif. https://maznahibrahim.com/nak-anak-jadi-kreatif-ini-3-syaratnya/

photo content

Tiada yang lebih teruji pabila berada dalam satu satu kekurangan sepanjang hayat. Boleh bayangkan yang ujian kita biasanya datang dan pergi. Namun sedarkah kita ada jenis ujian yang kekal bersama kita selamanya. Iaitu keadaan atau kondisi kekal sama ada semulajadi sewaktu kita lahir atau sebab insiden semasa seperti kemalangan. Apa pilihan yang mereka ada adalah hanya satu, iaitu hidup bersama kekurangan itu sepanjang hayat, dengan baik dan terima ia. Jika mereka hidup juga dengan kondisi itu tetapi secara negatif, tidak terima dan keluhan banyak, maka banyaklah perkara tidak enak datang dalam hidup mereka kerana mereka akan menarik aura dan perkara tidak baik sama seperti doa mereka. Sebab itulah banyak orang yang kurang upaya amat hebat kerana tenaga besar ujian untuk diri mereka itu, mereka telah pilih untuk sambut, dan terus mara ke depan tidak toleh belakang. Rasanya semangat mereka 'double triple' dari kita, kefokusan mereka untuk capai matlamat mereka amat menakjubkan, berbanding kita yang serba lengkap dan terlalu banyak leka pabila fokus kepada perkara remeh remeh sebab ada banyak sangat nikmat tak dihitung dan banyak sangat kesukaran yang nak dihitung. Fikir fikirkanlah. Jadi, bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, mari bersama renungkan, apa sangat lah ujian kita selama ini berkaitan anak dan pasangan. Kerana, ia bersifat sementara dan boleh diurus. Percayalah yang Tuhan beri ujian ini bukan seperti kita mahu atau tidak mahu tetapi seperti apa yang kita PERLU. Apa yang kita perlukan ialah satu siri bimbingan dari Nya untuk pembentukan karektor kita, seperti doa kita mahupun seperti apa Allah telah tetapkan dan putuskan untuk kita. Ingat, Dia Yang Paling Tahu kita sebab Dialah yang menciptakan kita ;). . Maka, padanglah setiap ujian itu dengan sepositif, dan sangkaan yang baik sebaik mungkin. Pasti ada ketenangan akan hadir pabila kita memilih untuk bersangka baik dan menerima, serta bertindak secara positif terhadap β€˜ujian’ itu. . . Salam Maal Hijrah 1441 H/ 2019, Pandang positif selalu. Maznah Ibrahim

photo content

Salam Kemerdekaan 62 Ya telah 62 tahun negara kita bebas dari jajahan. Taklukan. Tentunya sebagai ibubapa kita juga mahu bebas dari taklukan atau perangkap kisah yang memberi emosi tidak enak berkaitan kehidupan dan perjalanan parenting kita. Boleh. Pasti, InsyaAllah. . . Katakan Ya kepada Apa Yang Anda Idamkan, Hasratkan, Impikan, . Contoh: kesembuhan anak, sikap anak, matlamat famili, 'break the cycle', dan bermacam lagi. InsyaAllah, CARANYA:- (1) HATI - Emosi Full Mahu bermula dengan niat, Mahu diri berubah, Mahu ia berubah, (2) MINDA - FOKUS, Sungguh2 doa Doalah secara spesifik, Fokus, Jalan akan hadir depan mata. InsyaAllah..... . (3) BADAN - Bergerak Laksana Perubahan Perlu ada aksi/tindakan/gerakan. . KATAKAN BOLEH! . MOTIVATION : MOTIVE+ACTION . Maznah Ibrahim. (motivasi diri sendiri) πŸ˜ƒ (Apa Jua Ujian) (=Allah sayang kita)

photo content

Yes Social Pain is real pain. Long term can effect your overall health. "Social pain is real, we need to give it a voice to express" - Hiro Koo Come n register, My friend Hiro n Dr Azzy Azizah the one who is leading this professional art therapy area in Malaysia. https://www.facebook.com/1170086734/posts/10218764710726769/

photo content

Merdekakan Jiwa dan Minda Kita 🎊 Pagi Rabu semalam sebenarnya bersama staf Pusat Kesihatan Universiti UUM, untuk 2 jam slot khusus ini. (Menariknya LUA kami, sahabat penganjur Dr Firdaus doktor gigi, MC nya farmasis, dan pengarah PKUUUM semuanya asal bertugas dengan KKM Perlis dulu 😁) Ya, untuk bebas dari perangkap emosi negatif dan peristiwa lampau yang kurang enak, Perlu buat keputusan. Iaitu simpan ia cuma untuk kurang dari 16 saat, Maknanya bebaskan, lepaskan iaπŸ‘. Lebih dari itu, ia tersimpan sebagai sel memori kekal. Aduh, memang amat singkat, Namun pilihan di tangan anda. Bersama nanti untuk sahabat online lain yang tidak berkesempatan mengalami sesi tadi, InsyaAllah kita sama sama lakukannya ok πŸ˜ŠπŸ‘ Selepas #QuranHour pada 30 Ogos ini, Mudahan vibrasi anda sangat tenang untuk melakukan proses ini. Allah mudahkan urusan kita semua. . *mood teruja 😊 ------------------------- Daftar di Sini >>> https://eb.mazn.me/BebasEmosi Dan ikut arahan selanjutnya ya πŸ˜‰ Maznah Ibrahim

photo content
+2

InsyaAllah tarik ahli keluarga kita ke syurga sama sama, Jadikan Quran sebagai OS (operating system) kita, Root cause masalah memang kerana manusia tidak kembali kepada Pencipta, Allah. Dan jadikanlah Al Quran (dan As Sunnah) sebagai harta utama kita nak pelihara, dan wariskan harta bernilai ini kepada anak anak kita. Inspiring sharing from Dato Hussamuddin Yaacub. #QuranHour 30 Ogos 2019 Al Kahf

[Webinar Percuma: Bebaskan Emosi Anda] - Free From Your Emotional Trap Sempena Sambutan Kemerdekaan. Dari video video lepas yang saya kongsikan, banyak juga yang bertanya mengenai apa nak buat bila dan terlepas marah anak. Ramai masih terbelenggu dengan kesilapan lalu. Ramai tertanya bagaimana, apa nak buat jika anak sudah melepasi tahap usia emas, malah ada yang anak sudah usia dewasa. Mudah aja sebenarnya. Komunikasi jelas dan berkesan. Saya akan kongsikan dengan anda bagaimana nak hubungkan gap antara belenggu emosi anda dengan kemungkinan salah sangka anak kepada anda dari momen atau peristiwa yang tak enak itu. Kongsikan dengan rakan kenalan anda, dan segera dapatkan seat anda ya. Daftar Disini >>> https://eb.mazn.me/BebasEmosi p/s: anda akan diminta sharekan post ini sebelum mendaftar. Steps: 1. Tekan link Daftar sini : https://eb.mazn.me/BebasEmosi 2. Buka dengan pilihan Messenger 3. Tekan 'Button 1', dan ikut arahan selanjutnya, iaitu share post kemudian boleh isi borang daftar ya πŸ˜ŠπŸ‘ . . .

photo content

Ada sharing mengenai seluruh peringkat perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja anak kita. 😊 Nanti dah baca sharekan dengan pasangan dan kenalan anda ya. https://maznahibrahim.com/keibubapaan-didik-tanpa-marah-tunjuk-tanpa-arah/

photo content

Betullah, What You Give You Get Back Saya telusuri gambar beberapa bulan lalu sebab nak delete pics. dan trigger, mencari gambar lama (kiri - Khairunnisa' (KN) bawah setahun disuap oleh abang Fateh penuh kasih sayang sebab maknya selalu suap adik) Lepas tu KN pula suap Abang dengan kasih sayang bila besar sikit (walau abang dah ada aiskrim, abang saja nak manja-manja la tu)... Bila KN ada adik Yumna, memang suka benar dia suap Yumna sejak solid food masa mula usia 6 bulan dulu. Senang mak πŸ˜‚ . . Ini antara skrip kami bila mereka gaduh gaduh biasa, Abang, nanti adik ni la yang akan tolong buatkan air sedap untuk abang, masakkan mee goreng untuk abang bila abang lapar, jadi selalu share dan buat baik pada adik tau. (Selain educate si abang akan peringkat perkembangan si adik dan transfer skill handle emosi adik kepada si abang). . Di angle yang lain, Apa kita buat pada anak, Anak buat balik pada kita 😧, Usaha jadi uswah hasanah yang baik depan mata untuk anak-anak, sebab mata kecil mereka amat fokus dan lihat 'besar' aksi 'kecil' kita, walau betul atau salah, mereka tiru . . *Doa dan bayang yang baik baik dan elok untuk anak anak kita, ok. Yang kurang baik pejamkan mata yang baik kita highlightkan. Itu dalam LUA. . . Refleksi, Maznah Ibrahim p/s Ebook Percuma Tips Adik Beradik Ngam Sejak Dalam Kandungan ebook.maznahibrahim.com/ngam

photo content

[Selalu Menangkan Adik - Apa Kesannya] . Kesan ketiga paling kita tidak mahu berlaku di hari tua kita. Di saat kita mahukan ketenangan yang sebaliknya boleh berlaku. . Terutama jika kita ni selalu kelihatan bias kepada anak-anak. . Ini sambungan video minggu lepas (Anak Bergaduh), saya terangkan disini kesannya jika kita respon dengan cara yang tidak tepat. . p/s: Kongsikan pandangan,kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya di sini πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1231380120369903&id=477691842405405 . . #tipskeibubapaan #parentingtips #parentingguide #parentingvideo #keibubapaan #maznahibrahim . .