fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 15 719 مشترک است و جایگاه 960 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 316 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 15 719 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 02 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -143 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -7 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 3.92% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.07% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 616 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 325 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 03 نوامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

15 719
مشترکین
-724 ساعت
-367 روز
-14330 روز
آرشیو پست ها
Terima kasih Pn Haniati Karim sudi share secara umum soalan dan reply saya ini. Moga kita sama sama ambil pelajaran dari proses dan kisah ini. Soalan: Just nak share inside di sekolah anak, kawan sekelasnya telah mematahkan pembaris kesayangan anak, balik sekolah mengadu Kat kami... Dia dah suruh kawanya tu ganti tapi kawannya Tak mahu..... Dia begitau Kat kawan dia kalau awak tak ganti Saya beritahu Kat emak awak... Saya Dan suami berpandangan.... (Puan apakah Jalan penyelesaian TERBAIK utk anak Saya happy Dan kawannya juga Tak tercedera emosi??? Win win situation) Mohon pencerahan dari puan Maznah Ibrahim yang Ariff.... Terima kasih atas ilmunya😍 .. Reply saya Haniati Karim salam pn hani, pada pengamatan saya,tindakan anak tu dah baik sangat, dia minta kawan ganti, cuma dia tambah, untuk bgtau mak kawan tu (ala ala ugut la bagi kawan tu kecut, hehe) 1. dari 1 sudut sy nampak dia dah laksana peringkat level dia iaitu bgtau kawan itu minta ganti 2. tambahan utk bg kawan empati dgn situasi dia, anak puan blh diajar utk bgtau kawan perasaan dia : saya rasa sgt sedih pembaris kesygn sy patah, sy juga rasa marah sgt sbb awk patahkan, -- then baru solusi, sy mnta awk ganti balik. 3. yg bagusnya slps level dia dia dh cuba selesaikan, dia go to level superior iaitu mak dia, puan dan suami la 4. so sbnrnya dh mula peringkat kita utk bantu 5. blh bgtau dia i) interpretation / sangkaan baik, kawan tak sengaja, kawan tak tahu itu pembaris ksygn dia, kawan xmampu beli / ganti balik, atau tak tahu how to solve/ganti sama camtu, ii) bawa ke empati satu level lagi, klu anak jadi kwn, tak sengaja ter patahkan, tak tahu pun itu pmbaris kesygn dia sesangat, apa anak akn lakukan ? (tgk prob solving dia nya thinking skill). iii. alangkah baiknya if dia dpt maafkan kawan, dan sbg hadiah kpd sifat pemurah penyayang dia maafkan kawan dan letgo, puan dan suami ganti beli yg lain / sama sejenis pembaris itu, iii. if dia boleh laksana maaf, dia dah go to 1 level, self emotion management, sangka baik, maafkan, letgo. Allah suka hamba yg pemaaf dan maka Allah beri ganti yg lbh baik lagi. * puan, anak sy banyak kisah dia dari 4-6 tahun, hehe, antaranya sejenis macam ini, juga, itulah yg sy lakukan, masukkan perspektif baru dlm kotak pemikiran dia yg immature dan penuh dgn emosi * sbb, kita xnak dia terlalu berkeras, dan berdendam. byk skil urus emosi baru dan skil urus konflik yang dia belajar dan tanamkan -- insyaAllah, usia 7 nya dia lbh matang dalam pengurusan emosi dan perhubungan rakan sebaya Maznah Ibrahim

*4⃣ dia cerita kat 'crush' dia dan BFF dia aja.

Mesej Yang Perlu Kita Sampaikan Pada Anak Bawah 6 Tahun Berkaitan Dia Buat Salah di Sekolah: 1⃣. Apa jua anak lakukan, sama ada dia buat bagus atau tidak di sekolah, ibu ayah SUDI dan SUKA nak dengar. Sebab ibu ayah suka nak tahu semua yang dia alami. 2⃣. Cerita sajalah kat ibu ayah apa berlaku di sekolah, walau dia buat benda salah macam pukul kawan ke, balas kawan nya tindakah fizikal ke dll, 3⃣. Bercakap benar itu lebih Allah suka, Rasul suka, dan ibu ayah suka berbanding bercakap tidak benar (selindung atau bercakap sebaliknya). . SEBENARNYA, sebab kita nak: 1⃣. RAIKAN dan SUPPORT fitrah dia yang suka bercerita semua yang berlaku kat dia di sekolah itu tadi. Biar dia cerita tu semua yang dia ingat dan excited, bukan selindung yang buruk cerita yang elok aja. 2⃣. Dia tahu yang ibu ayah ni adalah PENYOKONG setia dia dan tempat dia bercerita nanti, susah senang dia sampaila dia besar. 3⃣. Nak masuk port - masuk input - nak bentuk karektor dia dari pengalaman kisah dia hari hari YANG KECIL TAPI SEBENARNYA IMPAK BESAR (untuk 'mental health' dia besar nanti) -- sebab dari situ ibu ayah nak tahu dan nilai 'pattern' / cara dia selesaikan isu perhubungan sesama rakan sebaya (mahupun jika ada isu dengan guru hehe) (ini skil EQ dia) -- kita perkenalkan konsep : ✔ 'Orang Yang Menang Ialah Orang Yang Sabar, Bukan Balas dengan Fizikal'. ✔ Dan peperangan zaman kini dan akan datang ialah berperang/jihad guna otak kebijaksanaan dan hikmah bukan kekerasan fizikal'. ✔ Terbaik ialah dia beritahu perasaan dia dan solusi apa dia nak kawan lakukan, bukan dia balas balik, itu takkan ke sudah selesaikan root cause. . 4⃣. Dia tahu dengan jelas yang Ibu Ayah TERIMA dia walau apapun dia lakukan (betul atau salah), sebab anak ini adalah tetap anak ibu ayah, jantung hati ibu ayah, yang salah ialah tindakan dia saja. Nanti dia buat silap masa remaja nanti, dia crush dia dan BFF dia aja. 5⃣. Jalankan peranan dan tanggungjawab kita sebagai guru kehidupan dia, bimbing dia agar selamat dan sukses dunia akhirat nanti. Kita pun nak jawab kat Tuhan nanti masa kat akhirat... . Boleh Ibu Ayah? . Sama sama Remember😉👍❤ Maznah Ibrahim

photo content

Switch Minda Pulang dari Kerja Jumpa Anak 🖍🔍✏️🎈🗝🥦🥛🍼☕️ Mommy Ayah, penting sangat switch kan topi jawatan anda di pejabat / tempat kerja kepada 'topi Parent' bila jumpa anak. . Anak tak tahu anda siapa di pejabat, yang anak tahu anda adalah ibu atau ayah mereka, kehidupan mereka. Andalah dunia mereka, anda penting. Maka, anak anda adalah penting❗️ . Set kan minda, hati, dan telinga untuk: . 😍 fokus kepada fungsi diri sebagai ibu ayah 😍 dengar cerita si anak ✅ layan dengan respon "Hmm Haa Owh Waah Iyer? Lagi?" ✅ Self Affirmation Script: "Aku akan mendengar dengan baik setiap cerita anak aku, selagi anak mahu bercerita kepada aku. Fokus, beri perhatian penuh, (My Name)". Jum, Maznah Ibrahim

Fahami Psikologi kepada Time Out, Ketidaksesuaian Time Out dan Strategi Kaedah Alternatif bagi Anak Bawah Usia 3 dan Lebih 3 Tahun 😊😊😊 https://www.positiveparentingsolutions.com/discipline/time-out-problems-and-alternatives . Penulisan Lama Saya Dahulu Mengenai Time Out, Cara Nak Guna Time Out (Sesuai Anak Usia 4 ke Atas) dan Ganti Time In https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/photos/a.488469814660941/643641955810392/?type=3

Sedarkah kita yang anak kita juga sama aja macam kita, stres dan kadangkala rasa macam ada 'butterfly in my stomach' 😂 (psikosomatik). Cuma mereka ni belum ada keupayaan untuk bercerita dengan baik, serta mengaitkan dengan satu satu situasi atau perkara yang berlaku. Namun, uruslah dengan tenang, bijak dan 'complete the puzzle' sebab jika bukan kita siapakah lagi. Saya berkongsi menulis panjang di sini untuk dua situasi tanda depres anak kecil perempuan saya yang pastinya beremosi lain sedikit naturenya dengan anak lelaki yang lebih keras dan mudah memberontak sebab strong willed, kan. Jemput baca dan share untuk manfaat kita bersama ya 😃 👇👇👇👇👇 https://maznahibrahim.com/management-anak-tetiba-tunjuk-tanda-depress/

photo content

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera, Untuk warga Utara, Julai ni saya akan share mengenai Hypnoscript Skills untuk anak anak kita. Silakan, kot berminat 😊😊😊 Contact Person En Sharul spt no di poster yang tertera.

Ramai Ibu Surirumah Meluah Kepenatan Emosi kepada Saya. . Saya akui, ia amat tidak mudah bila saya sendiri 'surirumah sementara' waktu cuti Sabtu Ahad'. . Maafkan saya, manalah layak saya bandingkan diri dengan sahabat ibu 'home manager' di luar sana yang 24 jam dan 7 hari seminggu dengan anak-anak. . Ini 5 RUTIN ASAS yang selalu saya katakan kepada ibu 'fulltime home manager' bagi mengurus emosi harian: . 1⃣ Jaga ketat ketat keperluan diri Spiritual: Jaga waktu solat, solat awal waktu. Dahulukan solat fardhu ini (disusuli sunat jika dah amal) berbanding kerja atau tugasan rumah yang lain, insyaAllah urusan lain Allah Al Bari pasti bantu uruskan dan permudahkan. --> Saya sentiasa membayangkan solat ini sebagai tiang utama aktiviti. Aktiviti lain akan masuk di celah celah tiang ini. --> Contohnya bangun pagi waktu Subuh, dahulukan siapkan diri untuk Solat Subuh berbanding cek handphone atau basuh pinggan / cawan lebihan di sinki. --> Sebaik sahaja kita dahulukan kerja lain selain yang wajib (solat fardhu ini), kerja lain ini bukan saja takkan kesudahan, ia berantaian dan sentiasa ada kerja lain tak sudah sudah, pastu masa berjalan pantas, tup tup si kecil sudah memanggil ibunya bila depa bangun :) --> Individu yang tenang ialah individu yang 'dekat' dengan Maha Pencipta dan selesai hutang dengan Maha Pencipta (solat). --> SQ ialah tunjang utama bagi keseluruhan kecerdasan diri kita, manusia. . 2⃣ Dahulukan keperluan anak dan suami, berbanding kerja optional diri yang lain (seperti business online, membaca whatsap anda dll), insyaAllah bahagian lain akan mudah lagi. --> Pabila anda dahulukan keperluan orang yang berada di bawah tanggungjawab anda ('primary care' orang di rumah seperti makan minum, mandi mereka, baju dll), insyaAllah urusan peribadi anda yang tak berkaitan mereka tu akan jadi lebih fokus dan berkesan jadinya. . 3⃣ Cuba selitkan dan rutinkan, baca Quran (saranan saya Terjemahan untuk fahami maksud bacaan, sebagai contoh) walau satu ayat, insyaAllah masa sahabat akan semakin berkualiti. --> Ini memang amazing, buat aja walau tak percaya. --> Konsep berkah dan sumpah Masa oleh Allah. --> walau satu ayat, mungkin baca kuat kuat bagi anak dengar (jika anda pilih Mahgrib), ia ada beza berbanding tak buat apa apa dengan Quran. . 4⃣ Selitkan, rutinkan, wajibkan senaman 'basic' untuk diri semudah 'breath in & out' 6 kali fokus tutup mata, waktu awal pagi sambil sebut 'self affirmation script' "(Nama Anda) tenang, sabar, efisien, positif, bijaksana, lemah lembut" dan . 5⃣ Senamanlah walau jalan kaki semata selama 10 minit, atau bangkit tubi untuk perut slim 30 kali atau lain-lain fizikal. Lakukanlah infaq diri 'simple' ini demi kesejahteraan mental dan emosi anda.... . . SYABAS SYABAS SYABAS ❤ IBU Home Engineer semua Anda adalah tunjang keluarga, Suri (Induk) kepada keluarga tercinta anda... Kejayaan mereka adalah kerana anda tulang belakang mereka yang hebat dan sihat 💪. 💐 Maznah Ibrahim . Baca lanjut lain berkait perkara ini: https://maznahibrahim.com/ibu-cepat-marah-apa-sebenarnya-punca-dan-cara-kendali-diri-dan-anak/

Ramai IbuBapa Bimbang Bila Anak Bergaduh, Kan? Saya cuma katakan: Fahami: 💡 Anak bergaduh (adik beradik), adalah normal, sedang lidah lagi tergigit; 💡 Anak bergaduh ni nanti pasti lebih rapat. Sebab ada konflik (cuma syaratnya perlu ada penyelesaian dan solusi positif). (Macam orang dewasa, bila terlalu rapat (kawan baik), atau pasangan suami isteri sebab ‘sangat rapat’ sebantal sekatil sehidup bersama, pergaduhan nilah yang akan merapatkan lagi hubungan. Mereka akan lebih kenal mengenali kepantangan dan kesukaan masing-masing. Jika dengan orang luar (kawan sekolah biasa), kenalan biasa, memang akan 'cover' personaliti sebenar dan kuranglah gaduhnya. Masa bercinta awal dulu anda pun tak bergaduh sangat, dah rapat mulala ada konflik gaduh, usai lepasi tahap konflik, hubungan akan lebih rapat sebab lebih kenal… So syukurlah anak kita ni ada bergaduh kan. . KENALPASTI 🔑 Walau bergaduh pun, ada momen tertentu, saat tertentu, mereka menyayangi, berkasihani, tolong menolong, mengucapkan I love u, terima kasih Kakak, terima kasih Abang, sorry (meminta maaf), memaafkan dsb… --> Maka ia sebenarnya tahap OK. 🔑 Jika bergaduh sentiasa dan tak pernah ada momen sayang, kasihani, berterima kasih (penghargaan), meminta maaf --> ini yang kita risau. Ada antara adik beradik hingga tahap rasa macam nak ‘berbunuh’ ? Benci sangat. . JADI CAMANA NAK BUAT?❓ ✔ Kerapkan aja masukkan nama mereka dalam doa kita, untuk mereka jadi apa yang kita mahu mereka jadi, sebab ingat, yang pegang Hati Hati manusia ni adalah Tuhan. ✔ Zikirkan selalu Ya Jami’ minta Allah himpunkan mereka. --> Ya Allah Ya Jami’, himpunkan ketiga anakku (keempat anakku/kedua anakku) agar berbaik dan berkasih sayang selalu berkongsi mainan selalu bermain bersama dengan baik selalu (masukkan saja apa kita nak mereka jadi) agar menjadi penolong dan penyokong satu sama lain untuk agama. ✔ Sentiasa cari momen sesuai untuk kita masukkan skrip berkasih sayang/ berterima kasih/ menghargai / meminta maaf dsb sebaik saja ada peluang. --> Contoh, Adik tak sampai ketinggian ambil aiskrim di peti ais beku atas. Adik minta tolong ibu. Sengaja ibu minta Abang ambilkan dengan guna kerusi. Bila abang sudah berjaya ambil, sengaja beritahu adik : Adik, cakap kat Abang: “Terima kasih Abang tersayang, I love u abang”, dan ‘dan dan’ si adik akan ulang sebab dia happy dapat capai hasrat aiskrim dia kan? Kat situlah sebenarnya kita ‘induce’ kan skrip hypnotise itu secara tak sedar dalam situasi sebenar harian, subconsciously. Ia sangat powerfull sebab ia situasi sebenar bukan sewaktu menasihati waktu sedar (anak rasa dibebel/ atau dipaksa memaafkan). ✔ Bersikap adil sebaiknya untuk kesemua anak mengikut tempat dan tarafnya. Anak sentiasa menilai kita 🕶 dan mahu 'ADIL'. --> Jika katakan abang dapat aiskrim besar, adik dapat aiskrim besar juga, tahu adik tak habis, channelkan atau uruskan untuk si adik bila tak habis untuk ‘memberi/menghadiahkan’ aiskrim tak habis itu untuk si abang. Kat sini mereka sendiri akan belajar untuk memberi dan berkongsi. Jika si abang dibelikan hadiah material mainan harga RM15, si adik harga RM5, keduanya seronok kerana dapat 'hadiah benda', mereka tak tahu harga mainan mereka, yang mereka tahu mereka sama sama dapat sesuatu, tetapi kitalah yang tahu ini sesuai dan layak mengikut keperluan usia dan tahap kognitif mereka... . Maznah Ibrahim Saya ada senaraikan idea kosa kata bersesuaian untuk banyak situasi anak anak kita seharian, ikut perkembangan usia mereka, boleh dapatkan di sini ya 😍. https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch0621

Anda sudah tonton ini? Sharekan kepada pasangan anda dan kenalan anda. https://www.facebook.com/watch/?v=2302885273082307

[3 Sebab Ayah Penting] Video Tertunda sempena Hari Bapa :) Semoga Bermanafaat :) p/s: Tinggalkan pandangan/pengalaman/ucapan anda di link bawah ini, saya suka nak baca (y) :D https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2302885273082307&id=477691842405405

photo content

Anda mahu tahu lebih lanjut bagaimana nak pengaruhi anak supaya mudah ikut apa kita kata guna Teknik Hypnoscript ? Dapatkan di sini, https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch0614

photo content

Anak Anda Kuat Merajuk ? Anak kedua saya usia 4, kuat merajuk dan nak kita ikut aja apa dia mahu.. i- Jenis begitu, dan ii - sensitif sikit orangnya. 😊 Tapi fahamilah perkembangannya dan bertindak ikut keperluan perkembangannya. -- caranya :- 1⃣ at first, memang kita penuhi dan layan aja 😅 sebab egosentrik adalah fasa dia (usia 2-7) egosentrik makna dia ego dan berpusatkan dia, bukan ibubapa iaitu dia sahaja betul, cara dia aja betul, fasa dia boss, dan kita perlulah follow selagi kita boleh cope (breath in, out, sebab faham ini perkembangan normal dia, maka..) SABAR dan ikut dulu, Give in First orang kata. NAMUN... tetap perlu ditambah intervensi sedikit untuk bentuk dia jadi apa kita nak dia jadi karektornya iaitu boleh 'tolerate, flexible' dll 👇 . 2⃣ lepas mood dia ok baru kita add on kaedah hypnotise, "kakak, lain kali bila mummy atau ayah guna sudu lain, tak apa, sebab tujuan guna sudu ialah untuk kacau air, tengok ni, tetap dapat kacau kan, air kosong tadi pun dah berjaya jadi air susu kambing kakak yang sedaaappp...". "kakak, lain kali tak perlu lah kata 'eiii mana boleh, kena macam tu ....', tapi kakak kata lah 'Mummy, macam tu ke, kakak rasa kena macam ni...', sebab kan dalam hidup ni ada baaaanyak cara lain untuk buat, ok 😃👍" . 3⃣ Ulang ulang aja nanti sehinggalah dia ulang semula ayat kita sebut dulu >>> means dia dh percaya apa kita cakap tu hehehe 😅(✔ yess) "Mummy, kita boleh kacau guna sudu ni juga kan" - ok so ni kira dah suksess la ya, heheh. "Mummy, itu straw abang..." (walhal awal dulu tu mati mati merajuk itu straw besi dia... kaler campur, abang dia berjaya hypnotise dia). Belajar sesuatu? Sharekan pengalaman anda, saya suka baca. di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1182307525277163&id=477691842405405 . Refleksi, Maznah Ibrahim

Anak anak kecil yang kuat tenaga tangannya, sering terlepas sehingga melukakan hati / fizikal orang yang dikenakannya secara fizikal itu. Boleh mula latih sejak anak usia 1.6 tahun ok. Dan ia akan berakhir sekitar usia 3, . Jika anak sahabat sudah usia 3, tidak mengapa, lagi cepat ia selesai, dalam 3-6 bulan saja.😊 . Di sini ada dua penulisan lama saya berkenaan tenaga di tangan anak kecil 👇👇👇 1) Berkenaan aktiviti alternatif berkait tangan👇 http://maznahibrahimscorner.blogspot.com/2014/05/pabila-hati-anak-kecil-terluka.html?m=1 . 2) pasal self control tangan anak dilatih 👇 https://maznahibrahim.com/self-control-tangan-anak-kecil-perlu-salur-dengan-betul-energinya/ Sharekan dengan sahabat anda yang mengalami anak fasa ini dan jenis ini (tak semua anak jenis sangat cepat tangannya naik 😊).

photo content

lah, tempat awam bagaimana? Sebenarnya, sekecil kecil USAHA pendidikan dan sebesar besar KESAN pendidikan ialah datangnya dari RUMAH. Bila anda dah mulakan pendidikan URUS EMOSI marah anak kecil di rumah, insyaAllah di luar rumah anak boleh guna teknik asertif :- i) Tarik nafas ii) Beritahu perasaan dia iii) Berlalu dari situ . Percayalah. Cubalah. . Latih dengan ibu / ayah buat dulu kepada anak. . Anak buat hal, ibu ayah :- i) Tarik nafas ii) Beritahu anak, Ibu marah bila xxx (peristiwa) dan lain kali ibu ayah nak anak buat camana iv) Berlalu dari situ . Contoh aktiviti lain guna tangan. http://maznahibrahimscorner.blogspot.com/2014/05/pabila-hati-anak-kecil-terluka.html?m=1 . Pabila sudah dibuat punching corner ini sewaktu anakanda usia 2, hasilnya corner ini sudah tidak perlu ada lagi, 😍👍 manakala ketika usia 4 cubaan diwujudkan satu 'Release Corner' (khemah dan penuh bantal besar /soft toys) dan pernah guna 1-2 kali sahaja, dan seriously selepas itu tak guna dah corner ini, 😍👍 kerana anak sudah boleh 'asertif' 😊, tahan marah, beritahu dan solusi. Refleksi, Maznah Ibrahim ps : Sharekan dengan pasangan dan rakan anda ya 😃👍