Ramai IbuBapa Bimbang Bila Anak Bergaduh, Kan?
Saya cuma katakan:
Fahami:
💡 Anak bergaduh (adik beradik), adalah normal, sedang lidah lagi tergigit;
💡 Anak bergaduh ni nanti pasti lebih rapat. Sebab ada konflik (cuma syaratnya perlu ada penyelesaian dan solusi positif).
(Macam orang dewasa, bila terlalu rapat (kawan baik), atau pasangan suami isteri sebab ‘sangat rapat’ sebantal sekatil sehidup bersama, pergaduhan nilah yang akan merapatkan lagi hubungan. Mereka akan lebih kenal mengenali kepantangan dan kesukaan masing-masing. Jika dengan orang luar (kawan sekolah biasa), kenalan biasa, memang akan 'cover' personaliti sebenar dan kuranglah gaduhnya. Masa bercinta awal dulu anda pun tak bergaduh sangat, dah rapat mulala ada konflik gaduh, usai lepasi tahap konflik, hubungan akan lebih rapat sebab lebih kenal… So syukurlah anak kita ni ada bergaduh kan.
.
KENALPASTI
🔑 Walau bergaduh pun, ada momen tertentu, saat tertentu, mereka menyayangi, berkasihani, tolong menolong, mengucapkan I love u, terima kasih Kakak, terima kasih Abang, sorry (meminta maaf), memaafkan dsb… --> Maka ia sebenarnya tahap OK.
🔑 Jika bergaduh sentiasa dan tak pernah ada momen sayang, kasihani, berterima kasih (penghargaan), meminta maaf --> ini yang kita risau. Ada antara adik beradik hingga tahap rasa macam nak ‘berbunuh’ ? Benci sangat.
.
JADI CAMANA NAK BUAT?❓
✔ Kerapkan aja masukkan nama mereka dalam doa kita, untuk mereka jadi apa yang kita mahu mereka jadi, sebab ingat, yang pegang Hati Hati manusia ni adalah Tuhan.
✔ Zikirkan selalu Ya Jami’ minta Allah himpunkan mereka.
--> Ya Allah Ya Jami’, himpunkan ketiga anakku (keempat anakku/kedua anakku) agar berbaik dan berkasih sayang selalu berkongsi mainan selalu bermain bersama dengan baik selalu (masukkan saja apa kita nak mereka jadi) agar menjadi penolong dan penyokong satu sama lain untuk agama.
✔ Sentiasa cari momen sesuai untuk kita masukkan skrip berkasih sayang/ berterima kasih/ menghargai / meminta maaf dsb sebaik saja ada peluang.
--> Contoh, Adik tak sampai ketinggian ambil aiskrim di peti ais beku atas. Adik minta tolong ibu. Sengaja ibu minta Abang ambilkan dengan guna kerusi. Bila abang sudah berjaya ambil, sengaja beritahu adik : Adik, cakap kat Abang: “Terima kasih Abang tersayang, I love u abang”, dan ‘dan dan’ si adik akan ulang sebab dia happy dapat capai hasrat aiskrim dia kan? Kat situlah sebenarnya kita ‘induce’ kan skrip hypnotise itu secara tak sedar dalam situasi sebenar harian, subconsciously. Ia sangat powerfull sebab ia situasi sebenar bukan sewaktu menasihati waktu sedar (anak rasa dibebel/ atau dipaksa memaafkan).
✔ Bersikap adil sebaiknya untuk kesemua anak mengikut tempat dan tarafnya. Anak sentiasa menilai kita 🕶 dan mahu 'ADIL'.
--> Jika katakan abang dapat aiskrim besar, adik dapat aiskrim besar juga, tahu adik tak habis, channelkan atau uruskan untuk si adik bila tak habis untuk ‘memberi/menghadiahkan’ aiskrim tak habis itu untuk si abang. Kat sini mereka sendiri akan belajar untuk memberi dan berkongsi. Jika si abang dibelikan hadiah material mainan harga RM15, si adik harga RM5, keduanya seronok kerana dapat 'hadiah benda', mereka tak tahu harga mainan mereka, yang mereka tahu mereka sama sama dapat sesuatu, tetapi kitalah yang tahu ini sesuai dan layak mengikut keperluan usia dan tahap kognitif mereka...
.
Maznah Ibrahim
Saya ada senaraikan idea kosa kata bersesuaian untuk banyak situasi anak anak kita seharian, ikut perkembangan usia mereka, boleh dapatkan di sini ya 😍.
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch0621