fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 15 719 مشترک است و جایگاه 960 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 316 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 15 719 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 02 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -143 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -7 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 3.92% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.07% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 616 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 325 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 03 نوامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

15 719
مشترکین
-724 ساعت
-367 روز
-14330 روز
آرشیو پست ها
~~~ Punching Bag Corner /~~ ~~~~~~Angry Corner / ~~~~ ~~~~~Me Time Corner / ~~~ ~~~~~Release Corner / ~~~ . https://www.insider.com/public-punching-bags-new-york-city-2019-6?utm_content=bufferd70a5&utm_medium=social&utm_source=facebook.com&utm_campaign=buffer-home Haha mana satu nak digunakan term nya. Pilih yang lebih mendekati positif dan matlamat akhir anda. Mungkin Hero Corner (Hero sebab berjaya tak pukul orang hehe) Sejujurnya saya amat setuju dan sokong kewujudan corner ini, namun saya sarankan ia diwujudkan di setiap rumah. Tujuan dan Kebaikan : . 1) satu tempat CEPAT & EFEKTIF untuk luah emosi secara fizikal iaitu menggunakan tangan. -- Ketahuilah yang emosi pabila dirasai, perlu keluar / dibuang dengan pantas, dan memang fitrah anak kecil akan pantas luahkan emosinya, bukan 'simpan simpan' 'fikir fikir' 'tahan tahan'. -- Ketahuilah, tidak mudah anak kecil untuk tahan dan 'let go' (serta memamafkan) secara rasional seperti orang dewasa (hatta orang dewasa pun ramai berperawakan seperti anak kecil kan ) -- ketahuilah, anak bawah usia 6 memang immature dari segi otak dan badannya, maka bertukar ke level fizikal adalah layak (tanya diri, adakah kita 30-40an ini juga seperti anak bawah 6 tahun). . 2) Ia cara TEPAT & SELAMAT, -- Sesuai dengan fitrah anak kecil, rasa dan terus luah (macam poin atas atas tu) -- Ketahuilah 3 anggota badan yang cepat sekali luah emosi adalah tangan, kaki dan mulut. (orang dewasa banyak di mulut jika bukan tangan dan kaki) -- Berbanding tangan diguna untuk luah marah, kecewa (memukul, menepuk, memulas, memicit manusia lain) secara tidak selamat (sakit, cedera) baiklah tangan diguna untuk pukul / tepuk punching bag yang best ini 3) Ia di dalam kawasan dalam rumah, dikawal oleh kita ibubapa. -- isunya jika di luar rumah, sekolah, tempat awam bagaimana? -- ha part ini, punching bag corner ini ada syarat nya atau cara yang betul untuk digunakan. Baca sampai habis naa. CARA : 1⃣. Sediakan corner ini. contoh satu punching bag berharga sekitar RM20 dan digantung di antara pintu masuk bilik, atau mana mana ruang . 2⃣. Intro, perkenalkan kepada anak, pabila marah, kecewa, ada 3 Rule NO dan 1 YES YES untuk boleh rasa marah. Marah adalah satu perasaan, dan menunjukkan kita seorang manusia yang normal bila ada rasa marah (sebenarnya manusia marah bila ada ancaman, terancam, dan tidak selamat, panjang ceritanya). Walaupun boleh ada rasa marah, namun bukan bermakna boleh buat sesuka hati aja bila wujud rasa marah. Ini ada 3 NO kepada Marah selepas YES boleh rasa marah NO, untuk i. Cederakan diri ii. Cederakan orang lain (adik, abang, ibu, bapa dll) iii. Cederakan barang di sekitar kita spt mainan dan barang lain. Lalu corner ini diwujudkan untuk anak urus emosi marah dengan CARA SELAMAT 🤗 . 3⃣. Modelkan. Beri contoh situasi Adik pukul abang. Abang rasa marah. Abang bijak terus pergi ke punching bag dan pukul punching bag. Abang rasa apa? 'Lead' kan, sebab anak kecil kurang vokabulari. "Abang rasa lega sangat .. betul kan?" "Abang rasa kurang dah marah.. kan?" 4⃣. Refleksi peristiwa Ini amat PENTING Selepas kejadian sebenar dan anak diingatkan "punching corner punching corner", dan anak berjaya pergi dan lakukan, Lakukan sesi perbincangan post event Bincang dengan anak apa berlaku tadi. 3 P (Peristiwa, Perasan, Perlakuan) PERISTIWA:- Adik pukul abang tiba tiba bila Abang tegur adik PERASAAN:- Abang rasa sangat marah geram PERLAKUAN:- Abang hampir rasa nak tumbuk anak. Tapi bila Mama ingatkan Punching bag, Abang terus pergi ke punching bag dan buat. . Tindakan Ibu/Bapa i. Puji sebab abang berusaha sabar ii. Puji sebab abang dengar dan ikut cakap mama/ayah. iii. Puji abang level spiritual: Katakan bila marah, abang sabar, syurga untuk Abang. Malah Allah dan Rasul suka 😍👍 iv. Lain kali, abang ada CARA LAIN iaitu tarik nafas, dan beritahu adik : "Adik, adik tak boleh pukul abang. Abang rasa sakit. Abang tegur adik benda yang betul". v. Kemudian Abang BERLALU DARI SITU dan beritahu ibu/ayah. . . SOALAN LAGI SEKALI... isunya jika di luar rumah, seko

Kepentingan SQ (Spiritual Quotient) / Kecerdasan Spiritual untuk anak anak kita. Ia harta tak ternilai, tak terbanding, ia jatidiri dalam yang amat kuat, tunjang seluruh Kecerdasan manusia. Jika berhadapan dengan pilihan antara religious dan bukan, pilih religious dulu, ilmu SQ dan ilmu IQ / EQ, pilih ilmu SQ dulu - untuk diri ibu bapa, dan wajib warisi / turunkan kepada anak anak. . Maznah Ibrahim https://stream.org/new-study-reveals-religious-upbringing-better-kids-health-well/

ialah hanya Allah. Hanya Allah. Tiada lain. . Refleksi, Maznah Ibrahim 3 Oktober 2016 (Fateh 4 tahun)

Bila Anak Minta Sesangat Barang Mainan, Bagaimana Nak Negosiasi, Seimbangkan Antara Kemahuan dan Keperluan ================================ Semalam di pasar raya besar Tesco, Fateh nak sesangat satu mainan ni masa dia duk tenung semua mainan. Sah dia tak tahu mana satu dia perlu. Last dia pilih satu bola jernih ni berlampu dan ada tali. Ala-ala macam Yoyo pula. Saya terfikir memang dia nak sangat Yoyo dan Gasing. Saya cuma katakan belum jumpa maka tak ada lah belinya. Cara saya semalam. 1. Saya katakan, kita naik atas dulu, mungkin ada benda lain lebih best. Sabar. Kita tengok semua dulu. 2. Dia bising di atas dan masih mahu yang tadi. Jenis anak strong willed dan Otak Thinking ini memang nak menang dan darah O tu buat dia sebut-sebut berulang kali, dia marah. Dia nak cepat. Anak Te memang mahu kejayaan cepat-cepat dan reward jangka masa pendek-pendek. 3. Dari sederhana jauh, saya ucapkan dalam hati, komunikasi dengan Allah zikir Asmaulhusna, terbayang skrip untuk pekerja yang saya baca untuk diri ditampal di tepi dinding, "Ya Allah Ya Sami', jadikan aku pekerja yang patuh dan taat kepada organisasiku" Saya modify dan sebut dalam hati dengan penuh rasa, "Ya Allah Ya Sami', jadikan anakku Fateh anak yang patuh dan DENGAR kata-kataku Ya Allah". (3 kali dalam hati laju-laju). 4. Tiba-tiba dia datang kepada saya dan katakan dengan marah tapi surrender, " Oklah Mummy, Fateh DENGAR kata Mummy, kita jalan dulu tengok-tengok. (Perasan tak, perkataan yang sama, 'DENGAR') 5. MasyaAllah apa lagi saya tunduk level dia sambil hug tepi dia dan bisik kepadanya : "Fateh anak soleh dengar kata Mummy. Mummy suka dan syukur pada Allah bila Fateh boleh sabar dan dengar kata Mummy". Dia angguk-angguk. 6. Dari bising-bising tak beri saya masuk kedai DIY, dia follow dan lama lepas tu, dia sendiri pilih mainan ini (dalam video). Saya setuju kerana harga tak mahal dan ia baik untuk aktiviti otot tangan dan matanya. 7. Dia main segera dalam mall ini, dan praktis skill dia. Tingkat atas, tingkat bawah, sampai dia expert. Macam mengail pun ada. Lama saya tenung ada khasiat mainan ini, hehe. Point di bawah bahagian refleksi ya. . . Refleksi: 1. Masa dia nak sangat sesuatu, negotiate kerana tak semua pilihan anak adalah yang terbaik dan dia perlu. Dan biasanya ia adalah 'kehendak/kemahuan' bukan keperluan, kan. - Jika rasa ia keperluan, boleh sahaja asalkan dia bayar dengan sesuatu cth dia kumpul 10 sticker senyum atas pekerjaan baik dilakukan, dia baca surah dsb. Saya amat jarang terus belikan, biasanya saya tangguh keinginannya sama ada beli yang lebih baik dan murah tapi kualiti (beli online) atau saya survey dulu lah. Dia faham style saya sebenarnya. . 2. Mainan ini saya terima untuk beli kerana saya dapati ia lebih baik untuk kedua otot tangannya dan matanya. Point logik saya beri kemudian di dalam kereta ialah, bola tali tadi Fateh akan guna sebelah tangan sahaja, tapi yang ini Fateh guna kedua belah tangan. - kebetulan dia ada masalah mata/visual belum matang, tidak boleh fokus. Jadinya latihan seperti mainan ini amat baik dan sesuai dengannya, iaitu mata fokus pada objek hijau itu walau dia pusing bagaimanapun. Tambahan lagi guna kedua tangan serentak lagi elok skill imbangan dan kawalannya. . 3. Sesuatu miracle telah berlaku. Magic Allah. Keperluan dia - aktiviti / latihan fokus mata, Kemahuan dia - permainan. Maka keduanya matched! Titik pertemuan antara keduanya. Bagaimana boleh dapat? Sebenarnya Kuasa Suatu Doa. Saya doa / b.a.d dalam hati mohon Allah beri terbaik dan saya tidak silap dalam buat keputusan. . 4. Magic juga bab saya doa guna zikir AsmaulhlHusna. - Tips, semasa anak tak tenang, marah, mengamuk, resah, sebutkan Ya Allah Ya Salam, tenangkan anakku Khairunnisa' / Muhammad Al Fateh (sebut nama penuh anak). Sebutkan dengan penuh rasa dan bergantung kepadaNya. - Tips, Bila anak-anak kurang bermain elok, bergaduh dsb, sebutkan sahaja Ya Allah Ya Jami', himpunkan kedua anakku, jadikan mereka adik beradik yang baik dan selalu bersama menyokong satu sama lain. - InsyaAllah, yang pegang hati hati manusia

photo content
+2

Apa kita rasa, fikir dan cakap adalah juga satu doa. Jadi bila ada kebimbangan / bayangan yang kurang baik, cepat cepat syuhkan dari minda kita. Saya tengok Mama Omar dan Hana sangat bagus, bila segera 'Syuh' kan bayangan mengenai kesedihan kek harijadi Papa yang dah terjatuh, kemudian terus usaha untuk 'SOLUSI' iaitu buat semula kek baru 😊 Jadi, benar, bila ada bayangan tak elok aja, terus "syuh, syuh, pergi, jangan ganggu aku", terus ambil tindakan, ok 😉, ada yang pm saya bimbang jika anak autism, saya kata kebimbangan puan tu akan ganggu lagi perkembangan sihat anak, segera lah pergi cek kat klinik kesihatan, nurse memang akan pantau perkembangan anak kita 6 tahun pertama, ada senarai carta perkembangan lagi bagi tiap kali 'check up'. kan. Bimbang anak speech delay, cek juga dengan nurse, panduan asasnya, jika anak kita 3 tahun, 3 perkataan sudah ada dalam ayatnya, walau tak penuh (pelat, atau sukukata saja) contoh, "Ma, nak cu" (Mama, nak susu) "Ma, nak kut" (Mama, nak biskut) Cuma perlu reply anak dengan ayat dan perkataan lengkap, "Ya, Omar nak susu ya?" "Ya, Omar nak makan biskut..." Anak mendengar, dan ia adalah satu rangsangan / stimulasi. Cuma jika kita OKU, kita boleh minta orang sekeliling bantu, seperti pasangan, dan guru taska (hantar anak ke taska separuh hari), sebab perlu sangat 'two way communication' tu, bukan tv yang pasif semata. Ok. Saya doakan yang baik baik untuk kalian semua ❤️ Maznah Ibrahim

photo content

ProjekBalangGembira ••••••••••••••••••••••••••••• Biasa buat balang kuih raya ? Ha kali ni jum buat "Balang Gembira Saya". (My Happiness / Gratitude Jar) . Kita tak tahu, bila masanya momen kecil indah ini akan boost emosi down anda. . Caranya semasa setiap hari, setiap momen kecil yang anda rasa best sesangat, . ✔sekecil telah bersedekah senyum kepada orang yang menyakiti kita ✔berjaya tarik nafas sabar dengan kerenah anak ✔momen lihat senyuman anak di awal bangun paginya ✔anak ucapkan, "bersabar ya Mama", ✔suami berikan ucapan terima kasih sayang sebab xxyyzz, ✔anak say terima kasih ibu buatkan air sedap abang hari ini dan lain lain lagi, . . 1⃣ tuliskan di jaluran kecil kertas itu, . ➡ tuliskan sekali date, masa, selain perkara berlaku beserta emosi anda. cth, "Hari ini 2 Jun saya rasa syukur sangat sebab anak saya Fateh ucapkan "Bersabar ya Mummy" ketika Khairunnisa' mengamuk kegatalan, dalam keadaan dia mengantuk juga tu. Saya syukur dia ada sifat empati dan prihatin walau dia macam Thinking sangat, keras, namun ada kelembutan jiwanya. Semoga Fateh jadi pemimpin prihatin yg faham hati anak buah nanti". (#post setahun lalu) *Apa apa saja, asal ia happy moment untuk anda, pedulikan judgement orang lain, sebab tak da orang tahu, memori dan perasaan ini, adalah milik anda 🤗 2⃣ Gulung dan masuk ke dalam balang. 3⃣ Buka nanti-nanti, bila emosi down, santai santai, ambil satu secara rawak, Baca dan anda akan rasa best, syukur dan hidup bererti. ❤❤❤ . Maznah Ibrahim.

photo content

Untuk anda yang belum dapatkan EBOOK PERCUMA 10 TIPS ATASI MARAH saya, boleh dapatkan di sini ya 😍 . https://ebook.maznahibrahim.com/10tipsatasimarah

photo content

Cuti Cuti Macam Ni Biasa Ibu Terlepas Marah . Ya lah, menghadap anak 24 jam ya? Boleh bayangkan untuk ibu fulltime home engineer camana? PERINGATAN UNTUK DIRI KITA ❗ Sentiasa ingatkan diri kita, ✔ Anak anak adalah tetap anak. Mereka jauh usia dengan kita yang dikatakan dulu makan garam ya 😂 Mana sama anak 3 tahun pengalaman dengan anda 30 tahun pengalaman hidup. Mereka perlu, dan nak kan perhatian, didikan, asuhan dengan sebaiknya. . Nak nak setelah mereka dah sibuk dengan rutin mereka (dah sekolah). Rutin mereka ada, rutin kerja kita juga ada. Kita dan mereka sama saja, Dua entiti berbeza dengan tanggungjawab berbeza. Pekerjaan kanak-kanak memang bermain, menconteng, buat sepah, yang semuanya adalah 'proses pembelajaran kehidupan' untuk mereka. [>>> Bila cuti beraya, rutin biasa weekend mereka laaagi jadi luar biasa, setahun sekali aidilfitri] . ✔ Mereka ialah tanggungjawab kita untuk diasuh, dididik, dibimbing apa betul, apa salah, dan bagaimana berhadapan dengan konflik. .. Konflik dengan mak ayah di rumah, (lain suruh lain dibuat), Konflik minat berbeza (interest) antara dia dan adik beradik dia, (berebut siaran tv dsb), . Bagaimana kita hadapi atau atasi konflik, begitulah mereka belajar dan akan lakukan nanti. . Contoh jika kita marah si abang/kakak dan menangkan si adik, Adik belajar, boleh marah si abang/kakak camtu juga. Adik tak hormat abang/kakak. [>> Sentiasa asingkan si besar dan buat one to one bercakap dan didik mereka] . ✔ Sebenarnya masa cuti inilah ibubapa banyak nak dalami pengalaman anak anak di luar lingkungan kita; mereka di sekolah, mereka dalam lingkungan kawan kawan sebayanya. . Jangan terkejut, Anda tak pernah ajar anak pasal kahwin-kahwin, Anak usia 5 anda dah sebut pasal dah besar nak kahwin dengan orang ni, nak buat macam ni itu ini bila dah kahwin. . Cerita cerita macam ni, Hanya dapat bukan masa primer time anak jumpa kita lepas sekolah terus cerita kat kita, . Sebab ia info tak utama. Anak pun tak ingat sangat. Tapi, ia akan muncul bila santai-santai, Bila tetiba dia trigger. . Jadi waktu santai dan rehat camni amat penting. Masa nilah nak banyak asuh dia pasal apa yang betul, apa yang salah, Amar makruf, nahi munkar. Ikut aja guidelines apa diberi Allah dalam Quran. Masa nilah nak cerita banyak pasal kisah nabi nabi terdahulu.... Masa senggang, lebihan waktu dari waktu sibuk biasa Isnin-Jumaat. . . APA NAK BUAT BILA MULA RASA NAK MARAH? Kalau rasa nak marah, 1⃣PAUSE dengan TARIK NAFAS DALAM sekurangnya sekali hingga tiga kali dulu, 2⃣BERGERAK untuk release energy marah. 3⃣CAKAP/TEGUR hanya bila dah tenang sikit, Masa marah, pasti ayat keluar ayat yang tak baik, [>> Maka, keluarkan dulu emosi negatif, Untuk masuk emosi sedikit positif, Baru deal/berhadapan dengan si anak]. . . CEK TANGKI EMOSI ANAK KITA HARI INI: . Banyakkan penuhi tangki emosi asas anak-anak: ❤️ Hugs peluk mereka full dada ke dada, ❤️ Ucapkan sayang dan hasrat anda ke mereka, ❤️ Main sebentar dengan mereka, temani mereka dengan aktiviti mereka pilih bukan kita pilih, ❤️ Hadiahkan mereka dengan perkara kegemaran mereka, ❤️ Layan mereka baik dan istimewa seperti Tuan Muda atau mak bapa mertua, atau anak kawan tumpang rumah (yalah orang luar kita layan baik, anak sendiri layan tak baik😐), ❤️ pandang mata mereka dengan kasih sayang seperti mereka baru lahir. . . . Salam Cuti Weekend, Renungan, Maznah Ibrahim

Nak Raya Ni, Sepanjang Masa Dengan 'Anak Anak' Yang Ramai, Suasana Bukan Rutin, Akan Ada Banyak Kerenah Sebab Mereka Excited Sebenarnyaa..... . Ini 5 "ALTERNATIF KEPADA SAYING NO" agar anak-anak bijak kita kurang buat hal dan beri kerjasama kepada kita. (Kita Usaha untuk guna alternatif yang lebih positif dan baik, ok) . 1. Berbanding berkata tidak/jangan, beritahu apa yang BOLEH atau yang KITA MAHU DIA BUAT. Cth Jangan panjat, katakan "Turun, sayang, sofa untuk diduduk. (Nanti petang kita gi panjat kat playground)". Jangan sepak, katakan "Kaki untuk jalan atau lari bukan sakitkan badan orang lain". . . 2. Berbanding JANGAN/BERHENTI MERENGEK, katakan: "Cuba Adik cakap betul-betul apa yang Adik mahu, Mama akan lebih faham kalau Adik cakap elok-elok". . . 3. Berbanding Mama TAKKAN BELIKAN X (apa yang anak nak sangat), katakan "Mama TAK DAPAT belikan barang X, TAPI APA KATA MAMA BELI yang Y ni atau kita buat Z sendiri 😍". . . 4. Berbanding Jangan sedih/marah-marah, tetapi katakan : "Jika mama jadi abang, mama pun akan rasa sangat marah, tapi mama akan beritahu orang tu tak boleh rampas, minta elok-elok, .... bukan pukul dia". . . 5. Berbanding "Papa tak boleh main dengan adik sekarang", katakan : "BOLEH, kita main itu selepas Papa siapkan sikit lagi kerja ini/ sembang 5 minit dengan uncle ni. Sementara tu adik main dulu / buat xxxxx dulu, ok. Adik ingatkan Papa kalau Papa terlupa. TQ Sayang!". . . . Beri RUANG, ALTERNATIF & SOLUSI, bukan tutup terus. . Refleksi, Maznah Ibrahim.

Perhatikan lirik lagu anak anak kita nyanyi, katanya dia belajar dari kawan di sekolah.. Bukan apa, kalau berbaur negatif tu kita betulkan lah, (entropy and parenting, jika dibiarkan tak buat apa apa pun, confirm menghala negatif, maka perlu intervene/ masuk campur / tegur). Jika tak, walau main main aja, gurau gurau, ia membentuk sistem kepercayaan tanpa sedar, akan perkara perkara kurang enak, negatif, yang datang dalam hidup si anak, kerana sebenarnya menarik aura Law of Universal Attraction yang tak baik ❌. Sekadar share, Tadi saya mendengar Fateh menyanyi satu lagu, laitu tune lagu yang biasa biasa kita nyanyikan masa kecil dulu, cumanya lirik bertukar 🙄. Saya terkejut sebab ia seperti berturutan bad energy, kesiannya budak yang alami tu. . Bunyinya begini: "ABC Cekodok Basi Pergi sekolah, cikgu benci, Pergi klinik, klinik tutup, Pergi rumah tok mama, tok mama tak da." 😧😱 Apa punya lagu la, dah la cikgu benci bila gi sekolah, pastu ... (bla bla bla, saya taknak ulas panjang). Argument ayah dia, cikgu tak mungkin akan 'benci' anak murid walau tak gosok gigi ke, tak mandi ke, nakal ke, cikgu mungkin cuma kurang gemar aja perlakuan tak betul anak murid tu, tak mungkin sampai tahap benci. Kan cikgu. . Saya terus minta dia tukar lirik kepada yang baik, . Tup, terus dia boleh buat, spontan tanpa saya ajar. Hmm, ok, means budak budak tahu, tapi jadikan ia sebagai seronok-seronok. Isunya kita tak mahu ia jadi habit / kebiasaan, kerana perkataan kan ada 'kuasa'. Biarlah mereka menyebut, berfikir, dan berasa yang baik baik... menjemput yang baik baik. . Lirik Fateh tukar ialah (cuma cekodok basi lupa suh dia tukaq jadi positif macam cekodok sedap ke 😁) "ABC Cekodok Basi Pergi sekolah, cikgu happy, Pergi klinik, klinik buka, Pergi rumah Tok Mama Tok Mama ada..." Allahu.. Ok, ingat kawan kawan, betulkan bila terdengar anak cakap benda tak elok, kasar ngan adik beradik, nyanyi lagu tak elok dsb Peranan kitalah untuk betulkan. Didik, beritahu, beri idea, agar mereka berupaya berfikiran positif, berbaik sangka dan seangkatan dengannya. Refleksi, Maznah Ibrahim *sharekan mesej penting ini dengan pasangan dan sahabat anda.

MUSIM PERAYAAN, EMOSI MULA TAK TERKAWAL... . Cek keperluan asasi kita (Maslow Hierarchy), 2 paling bawah tu: . 1⃣. FISIOLOGI ✅ Makan - banyak makan kuih raya sangat ? Anak lapar nasi, mak ayah pun, nak nak kurang sayur dan buah, lagi tak seimbang, otak kacau, buat hal, emosi meledak. - Caranya : Cari nasi dan lauk seimbang, legakan tekak, perut, otak. . ✅. Tidur - tidur adalah istirehat. Penat fizikal melampau, ibubapa pun mula marah-marah, kan bila anak buat kerenah. Anak pula dah tak rutin nap tidur siang, tidur merata di dalam kereta, di riba, di lantai rumah orang, otak kacau, mula buat hal (perangai). - Caranya : orang dewasa, jaga solat, solat tu sebelum perform kena ambil wudhu', insyaAllah jaga solat, energy kekal tahap baik. Bila bawa anak sekali, mereka juga akan dapat tempias aura baik ibubapa, dan juga basahkan badan (mandi bertukar baju) untuk fresh up. . ✅. Cuaca - panas berlebihan, orang ramai keliling, mandi sejukkan badan amat penting, bawa set baju tukar dan pampers. - Caranya : Mandi bersih diri di masjid sangat ok, masjid besar dan sejukk walau tengahari panas. Air mineral jangan lupa stok untuk minum kerap ya. . 2⃣. SAFETY Tengah ramai, di rumah orang, jarang ketemu, anak rasa tak biasa, tak secure. Senang buat hal bila di ruang tak biasa. Bawa mainan/barang kegemaran anak, untuk tambah rasa selamat tu. Ajar anak ingat yang Allah jaga, baca Al Fatihah sekurangnya sebelum ke mana-mana. Ingat rule sentuhan selamat, say No Run n Tell. Asertif beritahu tidak/jangan kepada perilaku tak suka, tapi elak pukul dengan fizikal kepada orang lain. . 3⃣. TANGKI EMOSI i. perkataan (cakap elok2, ucapkan penghargaan kepada mereka: thanks) ii. layanan/perbuatan (pandang mata, dengari keperluan mereka, senyum pada mereka) iii. sentuhan (peluk usap) iv. masa istimewa (masa one to one, dan all in one contoh di bawah) v. hadiah (benda material kecil habuan untuk mereka) . . °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° 3 Tips Mudah & Pantas Penuhi Tangki Emosi Anak Musim Cuti . cuba lakukan 3 steps ini dengan sepenuh hati😉 . 1) Pandang tepat mata nya, sama level . 2) sentuh bahu nya dengan sebelah tangan (sentuhan fizikal - boleh juga usap belakang/kepala sebentar) . 3) beri perhatian penuh tanpa berbelah bagi. dengar, angguk, respond. . . 30 SAAT (atau tak sampai pun, sebab anak dah habis bercerita, terkesima mak layan best macam raja/puteri), . TANPA celah atau bertanya atau menegur. . Full beri perhatian dengan dorongan minima suara (hmm, ooh, aaa, ahaa, oohh) jika tak tahan nak keluarkan suara juga 😂. . Tengok hasil. . Tangki emosi positif meningkat. . Anak gembira lain macam. . Anak mudah dengar kata, ikut kata, bekerjasama. . Mengapa? . Kerana anak rasa didengari, dihargai dan disayangi. Saya penting. . Yelah di celah-celah event orang dewasa banyak sangat, kan? . Rupanya suara hati kecil saya ini juga penting 😊😉😚. . . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content