fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 15 717 مشترک است و جایگاه 960 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 316 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 15 717 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 03 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -141 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -3 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 3.84% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.06% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 603 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 324 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 04 نوامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

15 717
مشترکین
-324 ساعت
-357 روز
-14130 روز
آرشیو پست ها
photo content

Alhamdulillah Sabtu lalu saya berjaya bersama 11 anak remaja berusia 13 tahun, di Santika.co Hulu Langat, sangat mengujakan, kerana mereka amat responsif kepada topik psikologi remaja ini, saya bebas menyusun modul pengisian dan latihan untuk 3 jam ini, dengan aktiviti seni kreatif dan real showing bantu nampakkan lebih jelas akan konsep dan penekanan kepada info dan skill asas untuk remaja ini. Ya, Ia info, dan skil penting bagi mereka, termasuk personal safety😍😃.. Ini sebagai salah satu slot dalam program persediaan untuk mereka belajar di luar dari Malaysia. . 3 Jam bersama, Saya mulakan dengan energiser biasa saya, Say My Name, berkenalan nama masing masing dengan movement, (boleh tengok siapa yang berani, konfiden, malu malu, tegas, kreatif, dll). Slot 1 : Info psikologi perkembangan remaja dari sudut emosi, kognitif, fisiologi, fasa storm n stress, fasa conflict identity nya, peer pressure nya, tuntutan utama anak remaja kepada ibu bapa mereka (trust n freedom) dan apa yang mereka perlu tahu dari perspektif ibubapa, harapan ibubapa, dan fokus tanggungjawab mereka (tidak perlu fokus kepada kebimbangan akan masalah parents mereka tapi bayar dengan laksana tanggungjawab asasi mereka) . Slot 2 : People in My Life, dan boundary, support system, siap buat boundary people in my life secara real, diri mereka di pusat, dikelilingi rakan sebagai orang di dalam circle mereka, ketahui hak, batasan, kenalpasti orang dipercayai, enemies, personal space.. dan final pilih 5 orang dipercayai untuk minta pertolongan, juga latih berkata tidak dan request apa nak kepada orang yang dia kurang selesa (selalu disakat)😁, bagi rehat sat, . Slot 3 Traffic light model : Decision Making Skill, beserta berlatih skrip katakan tidak dengan berhemah dan tegas diri.. nampak apa isu mereka hadapi seharian di kalangan mereka: isu substance abuse, buli, lgbt dll... dari modul ini, Slot akhir, buat pokok matlamat dengan akar, dari surah Ibrahim 14:24-25. . . Apapun mereka tetap anak yang sangat perlu digiring, dibicarakan secara terbuka topik sebegini, dan terus dibimbing sebaiknya, dengan kepercayaan mereka adalah generasi penerus bagi memimpin negara kita kelak. All the best buat anak anak ini, dan syabas penganjur, bengkel selama 4 kali sekali setiap bulan, pertama kali masukkan slot psikologi sebegini, saya pasti ia amat bermanfaat sebagai persediaan mereka untuk ke luar dari lingkungan comfort zone mereka kelak.... . Maznah Ibrahim

photo content

Selamat bercuti dan berjalan jauh, semua sahabat dalam Channel ini 😊😊😊 . Saya doakan anda semua dalam keadaan terbaik, dan sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang, dan selamat, dalam apa jua aktiviti yang dilakukan di sepanjang cuti sekolah ini. insyaAllah ukhwah, dan silaturrahim dengan sesama keluarga, serta sahabat handai anda akan terus tertaut dengan erat😃. . 👫👭👬🚶‍♀🚶‍♂ Bersama dengan anak anak comel ribenas dan meriah kita ni,😄 . ***Bayangkan nanti, Kita Pasti akan rindui celoteh, dan keletah mereka, bila tiba masa mereka melangkah jauh, dan fasa empty nest rumah kita nanti... kan Jadi, hargai masa sekarang, ok.😊 . Syukur, Ucapkan Alhamdulillah. . . Maznah Ibrahim Kembali ke ibu kota pulang ke 'kampung'

photo content

Dulu ramai bertanya bab tangki emosi 'masa istimewa' bagaimana untuk anak yang ramai seperti 5-7 orang, Saya menjawab, dua (2) sahaja keadaan membolehkan pukul rata semua anak terlibat, 'then' boleh lah beri ala ala 'tazkirah' / nasihat kepada anak secara general (isu tertentu seperti tanggungjawab setiap anak, hormat menghormati, azam, matlamat keluarga, tanya khabar dll) :- . 1⃣ solat berjemaah (part ni suami perlu sporting dan yakin untuk lead solat keluarga ini), 2⃣ waktu makan berjemaah (part ni perlu sabar untuk setting dan tunggu makan bersama - andaikan / bayangkan saja suasana berbuka puasa, ia amat 'mahal' dan 'manis' kan ? (bersama syarat tiada hp dibawa bersama). . Boleh buat, kan ?😊 ❤️ Maznah Ibrahim p/s: selain 'one to one' dengan anak tertentu yang ada isu khusus

photo content

Ibu Ayah yang ada isu terpendam masa lalu, segeralah proses ia di dalam terapi, sungguh, anda akan sangat ringan, dan boleh 'move on' sepertimana anda sendiri mahu, Demi impian keluarga bahagia dan sihat seperti anda perlu. Maznah Ibrahim

photo content

MENANGANI BULI BULI kerap terjadi bukan sahaja kepada orang dewasa malahan kepada anak kecil seawal usia prasekolah. Ini antara yang boleh ibubapa ajarkan kepada anak-anak sejak anak kecil lagi seawal usia 4. . LANGKAH 1: Katakan TIDAK / JANGAN kepada tindakan salah si kawan, dengan: i) Perkataan ‘No’ itu JELAS, bukan ‘blur / grey’ – gunakan perkataan “tidak / jangan / stop / taknak” dan bukannya berdiam diri atau senyum aja tanpa jelas maknanya. . ii) Tidak kepada ‘APA’ itu perlu dinyatakan juga – nyatakan apa tingkahlaku salah kawan tu. . iii) Beri solusi sekali – lain kali kawan kena buat macam mana (cara alternatif lain). . Contoh: 1) “Jangan ambil pemadam saya, ini saya punya. (Beri solusi) Awak perlu minta kebenaran dulu, kalau saya beri izin, baru boleh ambil”. . 2) “Jangan tepuk belakang saya, saya rasa terkejut dan sakit. (Beri solusi) Lain kali, awak tepuk pelan-pelan atau panggil saya untuk beritahu”. . 3) “Taknak, aku taknak merokok. Terima kasih. (Beri solusi) Kau tak perlu ajak aku lagi sebab aku takkan setuju untuk cuba ambil rokok”. (kalau tak pesan untuk stop menggoda / ajak, kawan akan ‘usha’ atau cuba ajak lagi, jadi kena beritahu ‘stand’ atau pendirian kita iaitu kita takkan terima ‘offer’/ ajakan dia) . 4) “Taknaklah jumpa lewat malam. (Beri solusi) Kalau nak berjumpa, kita jumpa masa ramai-ramai, tak apa”. (kes ‘dating’ berdua remaja) . LANGKAH 2: BEREDAR DARI SITU . Selepas berkata ‘Tak’ tadi tu, beredar atau pergi dari situ, usah tunggu lagi. Ini kerana jika kekal berada di situ, anak akan kena ‘buat’ lagi, ni memang kena berlatih agar berlalu pergi dari situ setelah berkata tidak. Biasanya bila kekal di situ dengan tak berkata apa-apa, kemungkinan besar akan kena lagi. . LANGKAH 3: BERITAHU / KONGSIKAN KEPADA ORANG YANG ANAK PERCAYA Maksud di sini berkongsi atau luah. Jika simpan, ia kategori RAHSIA TAK SELAMAT. Ia penting agar jika ada apa-apa berlaku, anak sekurangnya telah maklumkan kepada seseorang dan beban emosi anak akan sangat kurang (lega). . PENTING: Latih dengan anak, iaitu ibu/ ayah buat sentuhan tak selamat kepada si anak, kemudian si anak beritahu ibu / ayah, dan ibu / ayah respon dengan mendengar, dan puji si anak sebab 'share' (beritahu, tak simpan). ❤ Maznah Ibrahim. p/s: Seminar EHSABAR pertama tahun ini 2019 adalah di Seberang Perai Penang pada 28 April 2019, Jemput share Earlybird sebelum 21 Mac ya 😊. https://ehsabar.com/?utm_source=t1

Ramai tidak sedar betapa jauhnya impak skil urus emosi yang lemah, kepada diri seorang individu, apatah lagi anak yang masih perlu dibimbing. Jemput baca dan share 😊 👇👇👇👇 https://maznahibrahim.com/pentingnya-skil-urus-emosi-untuk-kita-dan-anak-kita-2/

MasyaAllah best dan betul sekali apa diucapkan oleh beliau, banyak dalam EHASABAR, point nya, dan situasi ibu yang bertanya itu, sangat common, ramai hadapi. kepercayaan terhadap kanak-kanak, kepercayaan dan harapan untuk ibubapa, perasaan seorang kanak-kanak yang hadir ke dunia ini, tunjukkan kepada anak (demonstrate), how to regulate your emotions - Ini EQ (breathe : bernafas) anak fully brained usia 28 - ini IQ, fakta untuk kita , jangan risau, walau first 6 years tu 90%, saya berhadapan dalam terapi, remaja dan dewasa yang balance nya 10% tu, (ada juga over than 28y.o), dan saya katakan, dengan niat yang betul, strategi yang tepat, insyaAllah isu anda orang dewasa sebagai anak anak dahulu, boleh diproses, asal anda terbuka, demi, generasi anda seterusnya, ia tanggungjawab kita, ibubapa dan orang dewasa untuk pastikan dunia ini selamat untuk mereka membesar. Maznah Ibrahim. ehsabar terdekat di Seberang Perai, Penang daftar earlybird sebelum 21 Mac https://ehsabar.com/?utm_source=t1

👆 Untuk warga Perlis, jemput untuk perkongsian pendek mengenai Cara Bentuk Ayat Hypnoscript untuk Anak dan Pasangan.

Photo from imaznah.ibrahim
Photo from imaznah.ibrahim

Anda Susah Nak Potong Kuku Anak? Boleh cuba 1 dari option cara ini. 👇👇👇👇👇 https://maznahibrahim.com/anak-susah-potong-kuku-camana-nak-bagi-dia-sukarela-gembira-dipotongkan-kukunya/

photo content

Anak Kecil Memang Selalu Misteri. Anda Ibubapa bijak boleh usaha dalami Puzzle dan selesaikan. Fahami model iceberg Dengari sahaja dengan aktif, supportive, ajar skil solusi InsyaAllah 90% punca itu akan selesai 😊😊😊 Boleh Ibu Ayah ? Maznah Ibrahim Coach Emosi Kanak-kanak >>> Join telegram channel perkongsian saya di t.me/ehsabar

photo content

Assalamualaikum selamat pagi Hari yang lebih baik dari semalam Dan positif menuju kebaikan. . Usaha senyum sampai telinga ok😃😃😃 Maznah Ibrahim.