uz
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 16 272 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 969-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 365-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 16 272 obunachiga ega bo‘ldi.

23 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -121 ga, so‘nggi 24 soatda esa -3 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 5.56% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.43% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 904 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 395 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 24 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

16 272
Obunachilar
-324 soatlar
-377 kunlar
-12130 kunlar
Postlar arxiv
photo content

photo content

7 MATLAMAT KEIBUBAPAAN HARI INI Ramai berusaha dan berniat nak jadi ibubapa positif setiap hari, tapi ramai juga tersasar, tiap kali tersasar, ingatlah anda di 'track' yang betul, sebenarnya 😉 Sebab yang diuji ialah yang berniat dan mengaku mahu berubah, Ia tanda Allah sayang, Allah dekat, Allah perhati, Allah nak BERI apa anda hasratkan itu, dan Allah nak naikkan darjat ibubapa sabar diri anda itu. BERTUAHNYA diri kita diuji. Jadi, DOA, SABAR, SANGKA BAIK, TERUS PERBUAT BETUL. Mulakan yang kecil kecil dulu, matlamat anda hari ini. Contoh: 1⃣. Niat dan AIM kan nak RESPOND' pada anak, tidak react. . ❗ sebab kerapkali mak ayah tersilap react dulu tidak respond kepada apa anak nak sampaikan sebenarnya. . 2⃣. Nak anak nampak wajah baik anda, yang manis, iaitu anda SENYUM pada anak, pandang matanya 😍 . ❗ Sebab kerapkali anak nampak wajah mak ayah masam serius, bila nak marah / tegur, mereka jadi takut nak cakap / cerita. . 3⃣. DENGAR dulu cerita anak, baru kita bercerita padanya. (konsep give first). . ❗ Kerapkali mak ayah cakap dulu baru anak boleh cakap. . 4⃣. Katakan YA kepada permintaan anak, BOLEH, kemudian baru TAPI .. (Boleh main kat playground, tapi kita tak boleh beli mainan/makanan manis, Mama dah bawa air masak dan bekalan buah). . ❗ Kerapkali mak ayah kata 'tak boleh' tanpa fahami seluruh makna permintaan anak itu kerana trigger momen lampau dengan anak. . 5⃣. PUJI anak dulu tiap kali sebelum TEGUR dia. "Bagus berani kakak nak kacau air panas ni, tapi kacaulah pelan pelan agar tak merecik", "Berani dan kreatif abang nak gayut dalam kereta, tapi kita HANYA boleh gayut kat playground, lebih selamat dari dalam kereta". . ❗ Kerapkali mak ayah terus tegur silap anak, lupa nak puji niat sebenar dan bakat anak bijak aktif ini. . 6⃣. Aim kan dapat PELUK setiap anak, sebaiknya waktu pagi, untuk mulakan hari dia. Peluk minima 16 saat, buat sekurang nya SEKALI sehari. Kemudian tambah bilangan ke 3 dan 5 kali sehari. . ❗ Kerapkali mak ayah terlupa nak hadiahkan pelukan lama powerful untuk anak ni, sebab masa terhad sangat. Kualiti sekali sehari dah memadai. . 7⃣. Masa nak tidurkan anak malam tu, DOA kan untuk dia, sebutkan hasrat dan apa kita nak pada dia, bagi DIA TAHU dan DENGAR, sebut yang positif dan elok sahaja perkataannya, > contoh tak nangis bangun pagi kepada bangun pagi ceria dan senyum gembira. [ Ammar senyum bangun pagi esok, Ammar gembira nak ke sekolah esok, Ammar solat subuh awal pagi esok, Ammar cepat siap ke sekolah, etc...] . ❗ Kerapkali mak ayah doa dalam solat aja anak tak dengar apa kita doakan untuk dia, atau dia tidur dengan doa sebelum tidur saja, tak ada mesej untuk tingkahlaku baik mereka esok. . . Kongsikan dengan pasangan anda dan rakan anda ya ❤❤❤ Terima kasih😃 Maznah Ibrahim.

MACAM MANA NAK HYPNOTISE DIRI ANDA JADI IBU YANG KEKAL POSITIF . 1. Baca (LIHAT) banyak-banyak bahan bacaan positif kaedah kendali anak, seperti buku skrip teknik mendorong anak gaya nabi. Ni semua pada masa kini ia mudah didapati, dan bantu cepat. Bila kita baca banyak banyak bahan baik, minda kita mudah ke arah bertingkahlaku baik. . - Sama sebaliknya, kisah ibu negatif, abuse, video negatif semua elakkan dibaca dan dilihat ya, sebab kita nak pelihara LUA positif kita. . - Jujurnya saya jarang tahu kes viral sebab saya set LUA positive parenting. Bukan jadi katak bawah tempurung, tapi nature kerja saya sahaja memang banyak energi negatif, jadi itu cara saya nak pelihara LUA saya. Anda juga boleh pilih begitu. . . 2. DENGAR banyak banyak perkara baik-baik. Untuk ini, selalu dengar ayat dan kata-kata perangsang positif mungkin dari ikon kegemaran anda, di audio atau video youtube (Contoh Ibu Rose - Mesejnya Kasih set audio, atau live video) ia membantu menge set dan menghala minda ke arah positif - emosi dan pemikiran. . Contoh jika selalu dengar lagu berjiwa sedih kecewa, jiwa anda mudah terbawa-bawa ke emosi dan pemikiran negatif. . . 3. HATI - akan tersentuh dari dua deria di atas iaitu penglihatan dan pendengaran. Boleh juga sentuh hati dengan kata kata benar dari Qalamullah - baca Quran konsisten setiap hari, jangan tinggal. Sebaiknya baca juga terjemahan agar faham, jika nak baru mulakan, baca aja arab Al Quran tu bagi vibrasi positif circulate dalam menggetarkan jiwa hati kita ni. . OK itu 3 tips untuk kekal Positif ya. . Cuba amalkan secara konsisten. . PPH - Pendengaran Penglihatan Hati . Ibu Biasa Berusaha Seperti Anda, Maznah Ibrahim

photo content

Benda ni murah saja, magnet dalam plastik kedai runcit kecil, RM1 sekali ada dua belon, magnet 6 keping, comel belaka. Beli semalam dengan KN berdua. 1 untuk dia dan 1 untuk KN, Kemudian kami pergi lagi bertiga dengan Fateh dan KN, nak beli 12 pek untuk kawan kawan dia, dia kan suka memberi. Total RM12 sahaja. Gembira untuk 12 kanak kanak. Itu setelah dibincang bersama nak beli untuk siapa, kelas mana. Balik dari sekolah, dia sudah ada total 2 set. 1 lagi Fateh dapat sebab dia ingat ada lebih, beli 12 untuk rakan sekelas, dia kata ada lebih, sedangkan Fateh dah ada dah mummy beli semalam. (Mak nya memang niat 12 tu sekali tuk dia, tapi memandangkan dia jujur gitu, adil saksama, mak senyap aja tak kata apa apa haha 😊😊😉) Dia request nak lagi. Sebbaik mak senyap, apply teknik RESPOND bukan react, biasa ada react juga, jawab tak boleh terus, harini senyap aja, tapi tanya: "Fateh nampak excited. Fateh nak buat apa?" dia jawab, Fateh nak buat robot, Fateh ada idea. "Fateh nak berapa lagi untuk buat robot?" dia kata, dia perlu 2 lagi untuk idea dia, siap jadi robot. "OK boleh". Malam nya, dia tunjukkan, rupanya tak cukup, dia plan kena tambah lagi 4 sebab baru dapat 1 tangan. Layan. Raikan. Simple, tapi itu level idea dia. Mak bangga dan support kamu, Fateh ku. #FatehInitiativeStageDevelopment

photo content

Hilang penat ayah jaga anak anak bila anak kecil KN buatkan kopi untuk ayah masa mak tiada. Anak 3-6 Tahun Yang Berusaha (Initiative vs Guilt) Anak yang berusaha buat sendiri semua, diberi galakan dan pujian, diletakkan kepercayaan yang dia boleh proceed idea, dan daya usahanya, sebaliknya anak mudah rasa bersalah jika / bila dimarahi sebab berusaha buat sesuatu lepas tu silap/tak sempurna dan kecah (sepah) semua, dimarahi dipersalahkan semua, anak akan rasa bersalah.... (sampai besar mudah trigger tau, sikit sikit rasa bersalah, sikit sikit rasa bersalah, tak konfiden...😔) Minggu lalu penuh hari kursus di UPSI, ayahnya KN ttiba anta report ini, Allahu, bangganya rasa hati ibu, sayu juga ada, tak sangka, dan, hmm kagum lagi ada sebab si ayah sangat supportive, semua pun 'boleh!" hehehe, mak ni beri juga la kadang tertahan juga, dari 10 kali dia nak buat nak buat (cth cedok beras, basuh beras, buat pankek, masak pankek kuali panas semua), dalam 8 kali mak beri, dua kali mak saja saja delay sebab nak siap sendiri cepat (hahahahaha tetiba dah siap baru beri dia buat, mcm mop tu hehehe 😄😄😄) ayah dia jarang, tapi tiap kali anak request itulah, 100% ayah beri ruang peluang, always said "BOLEH!". bab kopi tu, KN biasa buat bersama, semudah tlg pegangkan tangan saya sekali untuk cedok pun dia dah rasa puas hati, macam dia buat sendiri 😁 Biasa kami dua kata, "Ayah, kopi dah siap, kakak buatkan" Ayah puji melambung, KN muka happy benor, bangga anak kecil yang tulus suci hatinya, self esteem. Mahal harganya, tak dapat dibayar, tapi dapat diraih percuma, bila kita tahu ilmu perkembangan kanak2, oh ya, ada pernah tulis di blog, baca sini ya. https://maznahibrahim.com/bagaimana-nak-buat-anak-tak-mudah-putus-asa-yakin-diri-dan-berinisiatif/ #KNInitiativeStageDevelopment

Ahad semalam, gi cuci kereta di tempat cuci robot (namanya dipanggil oleh si anak). Hmm.. Takut juga bila kena gear N dan jangan picit minyak 😁. Fateh kata, "Tak pa Mummy, Sabar dan Doa.. ++++(apa tah dia kata lagi)". (Aik, macam pernah ku dengar dua keyword itu 🤔) Oh ya, baru sebut pagi itu. Fateh bising kereta robot dia hilang. Saya ajak dia baca Innaliahi wa inna ilaihi rojiun... Moga barang hilang akan kembali pada dia. Saya keep sebut Sabar dan Terus Doa, Allah akan tolong. Always relate dengan kuasa lebih besar iaitu Allah, bukan pada manusia. Masa cuci kereta ni, dia tenangkan saya. Saya cepat cepat repeat lakonan emosi mak dan tengok dia respond ayat itu camana. Inilah dia rakamannya. 1. anak ikut skrip kita sama da baik or buruk 😔 (part buruk tu Allah, sedih rasanya, part baik, kita kongsikan). 2. keep sebut keyword penting sewaktu event berlaku, macam Nabi Muhammad hero, Ayah hero, Fateh usaha pasti boleh. Tetiba teringat tadi KN panjat motor nak sidai baju, dia hypnoscript sendiri "Kakak boleh, kakak berusaha pasti berjaya"😁😂 hebat kakak), agar terkesan dan boleh relate benda abstrak dengan kehidupan sebenar. Itu aja nak share. #MummyMazMoment video Fateh: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214462182600733&id=1004411173

Ada Yang Bertanya Pasal Time Out, Begini cerita dan methodnya. Penulisan penuh di sini beserta link artikel kajian berkenaan di dalam penulisan saya ini. 👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=741145909393329&id=477691842405405 . suka quote dlm ayat artikel berkenaan: "Misbehavior is often a cry for help calming down, and a bid for connection". - ingat pasal iceberg yang selalu saya bentangkan, misbehaviour / tingkahlaku mencabar anak adalah satu petanda di atas iceberg (10%), dan puncanya ialah dalaman mereka, ada sesuatu yang mereka perlukan tak dipenuhi (90% punca adalah bawah dari iceberg kelihatan itu), 1) hayati berkenaan 5 tangki emosi? 2) do self reflection / muhasabah diri selalu, 3) TIME IN selalu. . Maznah Ibrahim.

photo content

TUNE IN SKILL FOR PARENTS Antara teknik dalam EHSABAR LEVEL 2 ialah belajar dan praktis skil 'Tune In' secara verbal dan nonverbal untuk komunikasi berkesan dengan sesiapa yang kita mahu deal. Anak, suami, rakan, etc. Bagaimana ya? Saya share asas. Jika emosi anak excited No 9/10, ibubapa sebaiknya respons excited juga tahap 9/10. Baru Matched. Puas. Sebaliknya jika anak sedang sangat marah 9/10, ibubapa sebaiknya respons SABAR 9/10 ya 😅. Sabar, sabar... Jangan sama kan mereka anak kecil dengan diri kita. Usia mereka jauh beza dengan usia kita. Maka tanggungjawab kita memang besar untuk mengasuh, mendidik dan melindungi mereka. Maznah Ibrahim

photo content

Kadangkala, atau biasanya tiap anak ujiannya lain - lain, Kadangkala, atau biasanya kita bila penat terungkap perkataan tak enak di telinga si anak, Kadangkala, atau biasanya anak anak ada rasa diri mereka menyusahkan ibu bapanya,..😔 Moga anak anak percaya dan rasa, kita walau susah macam mana pun, kita tetap enjoy dan gembira besarkan mereka.. Andai ada buat salah pada anak anak, Mohon lah maaf spesifik kepada mereka, atau umum sahaja buat permulaan jika ego / segan.. Mengharap keredhaan Allah jua, atas setiap ujian dan kesukaran yang kita rasai. Sesungguh nya doa anak kecil itu tak kurang hebatnya macam doa seorang ibu. Maznah Ibrahim.

photo content

GUNA PERKATAAN INI BILA ANAK BUAT SILAP Kerapkali kita mudah marah bila sesuatu berlaku di luar jangkaan kita. Sebab apa? Sebab fitrah kita manusia ni mahu semuanya baik-baik, 'in order and in place', teratur. (BACA LANJUT DI SINI..) https://maznahibrahim.com/perkataan-power-bila-anak-buat-silap/

👆 sahabat seperjuangan IPN saya buatkan 😊😃😍. Terima kasih adik Rodhiah.

photo content

Apa saja yg anda lakukan untuk si anak, walau sekecil zarah, atau cuma pasang niat, tiada satupun yang sia-sia pada Nya, Anak mungkin tidak 'nampak' sekarang, tidak 'hargai' sekarang, tapi ibarat mengukir di batu dengan air, lama lama ada kesan jua, dan tiada satupun yang sia-sia pada Nya. Teruskan buat yang baik dan terbaik! ❤ Maznah Ibrahim.

photo content