Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 717 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 960,并在 马来西亚 地区排名第 2 316 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 717 名订阅者。
根据 03 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -141,过去 24 小时变化为 -3,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.84%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.06% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 603 次浏览,首日通常累积 324 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 04 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 717
订阅者
-324 小时
-357 天
-14130 天
帖子存档
15 717
Alhamdulillah
Sabtu lalu saya berjaya bersama 11 anak remaja berusia 13 tahun,
di Santika.co Hulu Langat,
sangat mengujakan,
kerana mereka amat responsif kepada topik psikologi remaja ini,
saya bebas menyusun modul pengisian dan latihan untuk 3 jam ini,
dengan aktiviti seni kreatif dan real showing bantu nampakkan lebih jelas akan konsep dan penekanan kepada info dan skill asas untuk remaja ini.
Ya,
Ia info, dan skil penting bagi mereka,
termasuk personal safety😍😃..
Ini sebagai salah satu slot dalam program persediaan untuk mereka belajar di luar dari Malaysia.
.
3 Jam bersama,
Saya mulakan dengan energiser biasa saya, Say My Name, berkenalan nama masing masing dengan movement, (boleh tengok siapa yang berani, konfiden, malu malu, tegas, kreatif, dll).
Slot 1 : Info psikologi perkembangan remaja dari sudut emosi, kognitif, fisiologi,
fasa storm n stress, fasa conflict identity nya, peer pressure nya, tuntutan utama anak remaja kepada ibu bapa mereka (trust n freedom) dan apa yang mereka perlu tahu dari perspektif ibubapa, harapan ibubapa, dan fokus tanggungjawab mereka (tidak perlu fokus kepada kebimbangan akan masalah parents mereka tapi bayar dengan laksana tanggungjawab asasi mereka)
.
Slot 2 : People in My Life, dan boundary, support system, siap buat boundary people in my life secara real, diri mereka di pusat, dikelilingi rakan sebagai orang di dalam circle mereka, ketahui hak, batasan, kenalpasti orang dipercayai, enemies, personal space.. dan final pilih 5 orang dipercayai untuk minta pertolongan, juga latih berkata tidak dan request apa nak kepada orang yang dia kurang selesa (selalu disakat)😁,
bagi rehat sat,
.
Slot 3 Traffic light model : Decision Making Skill, beserta berlatih skrip katakan tidak dengan berhemah dan tegas diri.. nampak apa isu mereka hadapi seharian di kalangan mereka: isu substance abuse, buli, lgbt dll... dari modul ini,
Slot akhir, buat pokok matlamat dengan akar, dari surah Ibrahim 14:24-25.
.
.
Apapun mereka tetap anak yang sangat perlu digiring, dibicarakan secara terbuka topik sebegini, dan terus dibimbing sebaiknya,
dengan kepercayaan mereka adalah generasi penerus bagi memimpin negara kita kelak.
All the best buat anak anak ini,
dan syabas penganjur,
bengkel selama 4 kali sekali setiap bulan,
pertama kali masukkan slot psikologi sebegini,
saya pasti ia amat bermanfaat sebagai persediaan mereka untuk ke luar dari lingkungan comfort zone mereka kelak....
.
Maznah Ibrahim
15 717
Selamat bercuti dan berjalan jauh, semua sahabat dalam Channel ini 😊😊😊
.
Saya doakan anda semua dalam keadaan terbaik,
dan sentiasa dilimpahi rahmat,
kasih sayang, dan
selamat,
dalam
apa jua aktiviti yang dilakukan
di sepanjang cuti sekolah ini.
insyaAllah ukhwah, dan
silaturrahim dengan sesama keluarga, serta
sahabat handai anda akan terus tertaut dengan erat😃.
.
👫👭👬🚶♀🚶♂
Bersama dengan anak anak comel ribenas
dan meriah kita ni,😄
.
***Bayangkan nanti,
Kita Pasti akan rindui celoteh, dan keletah mereka,
bila tiba masa mereka melangkah jauh,
dan fasa empty nest rumah kita nanti... kan
Jadi, hargai masa sekarang, ok.😊
.
Syukur,
Ucapkan Alhamdulillah.
.
.
Maznah Ibrahim
Kembali ke ibu kota pulang ke 'kampung'
15 717
Dulu ramai bertanya bab tangki emosi 'masa istimewa' bagaimana untuk anak yang ramai seperti 5-7 orang,
Saya menjawab, dua (2) sahaja keadaan membolehkan pukul rata semua anak terlibat,
'then' boleh lah beri ala ala 'tazkirah' / nasihat kepada anak secara general (isu tertentu seperti tanggungjawab setiap anak, hormat menghormati, azam, matlamat keluarga, tanya khabar dll) :-
.
1⃣ solat berjemaah (part ni suami perlu sporting dan yakin untuk lead solat keluarga ini),
2⃣ waktu makan berjemaah (part ni perlu sabar untuk setting dan tunggu makan bersama - andaikan / bayangkan saja suasana berbuka puasa, ia amat 'mahal' dan 'manis' kan ? (bersama syarat tiada hp dibawa bersama).
.
Boleh buat, kan ?😊
❤️
Maznah Ibrahim
p/s: selain 'one to one' dengan anak tertentu yang ada isu khusus
15 717
Ibu Ayah
yang ada isu terpendam masa lalu,
segeralah proses ia di dalam terapi,
sungguh,
anda akan sangat ringan,
dan boleh 'move on' sepertimana
anda sendiri mahu,
Demi impian
keluarga bahagia dan sihat
seperti anda perlu.
Maznah Ibrahim
15 717
MENANGANI BULI
BULI kerap terjadi bukan sahaja kepada orang dewasa malahan kepada anak kecil seawal usia prasekolah.
Ini antara yang boleh ibubapa ajarkan kepada anak-anak sejak anak kecil lagi seawal usia 4.
.
LANGKAH 1:
Katakan TIDAK / JANGAN kepada tindakan salah si kawan, dengan:
i) Perkataan ‘No’ itu JELAS, bukan ‘blur / grey’ – gunakan perkataan “tidak / jangan / stop / taknak” dan bukannya berdiam diri atau senyum aja tanpa jelas maknanya.
.
ii) Tidak kepada ‘APA’ itu perlu dinyatakan juga – nyatakan apa tingkahlaku salah kawan tu.
.
iii) Beri solusi sekali – lain kali kawan kena buat macam mana (cara alternatif lain).
.
Contoh:
1) “Jangan ambil pemadam saya, ini saya punya.
(Beri solusi) Awak perlu minta kebenaran dulu, kalau saya beri izin, baru boleh ambil”.
.
2) “Jangan tepuk belakang saya, saya rasa terkejut dan sakit.
(Beri solusi) Lain kali, awak tepuk pelan-pelan atau panggil saya untuk beritahu”.
.
3) “Taknak, aku taknak merokok. Terima kasih.
(Beri solusi) Kau tak perlu ajak aku lagi sebab aku takkan setuju untuk cuba ambil rokok”.
(kalau tak pesan untuk stop menggoda / ajak, kawan akan ‘usha’ atau cuba ajak lagi, jadi kena beritahu ‘stand’ atau pendirian kita iaitu kita takkan terima ‘offer’/ ajakan dia)
.
4) “Taknaklah jumpa lewat malam.
(Beri solusi) Kalau nak berjumpa, kita jumpa masa ramai-ramai, tak apa”.
(kes ‘dating’ berdua remaja)
.
LANGKAH 2:
BEREDAR DARI SITU
.
Selepas berkata ‘Tak’ tadi tu, beredar atau pergi dari situ, usah tunggu lagi.
Ini kerana jika kekal berada di situ, anak akan kena ‘buat’ lagi, ni memang kena berlatih agar berlalu pergi dari situ setelah berkata tidak.
Biasanya bila kekal di situ dengan tak berkata apa-apa, kemungkinan besar akan kena lagi.
.
LANGKAH 3:
BERITAHU / KONGSIKAN KEPADA ORANG YANG ANAK PERCAYA
Maksud di sini berkongsi atau luah. Jika simpan, ia kategori RAHSIA TAK SELAMAT.
Ia penting agar jika ada apa-apa berlaku, anak sekurangnya telah maklumkan kepada seseorang dan beban emosi anak akan sangat kurang (lega).
.
PENTING: Latih dengan anak, iaitu ibu/ ayah buat sentuhan tak selamat kepada si anak, kemudian si anak beritahu ibu / ayah, dan ibu / ayah respon dengan mendengar, dan puji si anak sebab 'share' (beritahu, tak simpan).
❤
Maznah Ibrahim.
p/s: Seminar EHSABAR pertama tahun ini 2019 adalah di Seberang Perai Penang pada 28 April 2019,
Jemput share
Earlybird sebelum 21 Mac ya 😊.
https://ehsabar.com/?utm_source=t1
15 717
Ramai tidak sedar betapa jauhnya impak skil urus emosi yang lemah, kepada diri seorang individu, apatah lagi anak yang masih perlu dibimbing.
Jemput baca dan share 😊
👇👇👇👇
https://maznahibrahim.com/pentingnya-skil-urus-emosi-untuk-kita-dan-anak-kita-2/
15 717
MasyaAllah best dan betul sekali apa diucapkan oleh beliau,
banyak dalam EHASABAR,
point nya,
dan situasi ibu yang bertanya itu,
sangat common, ramai hadapi.
kepercayaan terhadap kanak-kanak,
kepercayaan dan harapan untuk ibubapa,
perasaan seorang kanak-kanak yang hadir ke dunia ini,
tunjukkan kepada anak (demonstrate),
how to regulate your emotions - Ini EQ
(breathe : bernafas)
anak fully brained usia 28
- ini IQ, fakta untuk kita , jangan risau, walau first 6 years tu 90%, saya berhadapan dalam terapi, remaja dan dewasa yang balance nya 10% tu, (ada juga over than 28y.o),
dan saya katakan,
dengan niat yang betul,
strategi yang tepat,
insyaAllah isu anda orang dewasa sebagai anak anak dahulu, boleh diproses,
asal anda terbuka,
demi,
generasi anda seterusnya,
ia tanggungjawab kita, ibubapa dan orang dewasa untuk pastikan dunia ini selamat untuk mereka membesar.
Maznah Ibrahim.
ehsabar terdekat di Seberang Perai, Penang
daftar earlybird sebelum 21 Mac
https://ehsabar.com/?utm_source=t1
15 717
👆 Untuk warga Perlis,
jemput untuk perkongsian pendek mengenai Cara Bentuk Ayat Hypnoscript untuk Anak dan Pasangan.
15 717
Anda Susah Nak Potong Kuku Anak?
Boleh cuba 1 dari option cara ini.
👇👇👇👇👇
https://maznahibrahim.com/anak-susah-potong-kuku-camana-nak-bagi-dia-sukarela-gembira-dipotongkan-kukunya/
15 717
Anak Kecil Memang Selalu Misteri.
Anda Ibubapa bijak
boleh usaha dalami Puzzle
dan selesaikan.
Fahami model iceberg
Dengari sahaja dengan aktif,
supportive,
ajar skil solusi
InsyaAllah 90% punca itu akan selesai
😊😊😊
Boleh Ibu Ayah ?
Maznah Ibrahim
Coach Emosi Kanak-kanak
>>> Join telegram channel perkongsian saya di t.me/ehsabar
15 717
Assalamualaikum
selamat pagi
Hari yang lebih baik dari semalam
Dan positif menuju kebaikan.
.
Usaha senyum sampai telinga ok😃😃😃
Maznah Ibrahim.
