Roda impian KN.
At first bila diorang tahu Mummy sedang siapkan aktiviti ni diorang sibuk dan rajin nak menggunting.
Berhari kemudian baru dpt on aktiviti last ini, dua hari lepas (rakaman ni) sebab saya dah ada butang besi yang saya buat pada 26 Jan anak remaja ke M.A.Z tu.
Tu pun saya ambil masa nak lubangkan dan masuk butang bagi jadi.
Sementara tu mereka berdua memilih sendiri gambar coping strategies yang saya dah print, laminate dan mereka dah gunting last week.
.
KN otomatik pilih emosi Sedih untuk dirinya. Dan Marah untuk abangnya.
(Pada saya sebab dia eczema dan ada halangan dalam makanan sedap org lain, dan kesedihan nanah2 dia darah2 semua tu,
Pada dia sebab Abang Fateh tak beri dia tengok cerita.. hehe 😂 Fateh Te dominan).
.
8 perkara aktiviti ini saya kaji kemudiannya,
Saya ambil rakaman pertama ini sebagai benar dirinya usia 5 yang tiada persediaan / preparation dan saya tak tahu dia pilih apa pun 😁, dan share dengan kawan kawan yang membaca ini ya.
.
Sebab rakaman kedua dan ketiga,
Dia dah mula guna perkataan keyword saya macam minum air, makan bersama keluarga, punching bag, dll.
.
So rakaman pertama ini, saya senaraikan 8 perkara dia pilih sebagai coping strategies dia yg saya dapati benar, dan sesuai untuk dirinya :
.
1. "Kakak Happy" - ini saya fikir semula sebab last year saya ajar dia untuk memilih "happy" instead off sedih. Dia sedih bila konflik dengan kawan kawan sebaya dia yang majoriti girl dan anak kedua, sama sama keras tegas 😁. Dan dia buat. Iaitu memilih happy walau orang taknak kawan or main dengan dia, dia boleh main dengan orang lain 💁♀️
2. Peluk Mummy dan Ayah - ini juga sama macam abang Fateh sebab kami amalkan peluk setiap orang selepas solat jemaah keluarga everyday. Anak anak suka sebenarnya ...😊👍
.
3. Lompat-lompat - heheh sebenarnya gambar orang menyanyi tapi sebab saya tak explain semua gambar, mereka tak tahu gambar tu apa seperti saya maksudkan bila saya pilih gambar asal tu.
.
4. Makan 😂 orang peremp memang coping skill kita makan, kan haha - sebenarnya gambar minum air.
.
5. Makan bersama mama dan ayah - makan bersama keluarga adalah satu event penting untuk anak kecil ini.
.
6. Punching bag - sebenarnya dia tak tahu pun gambar tu apa tapi dia pilihnya - later on saya tekankan dia bila geram boleh pukul bantal heheheh
.
7. Peluk mummy dan ayah - dia tak perasan dia dah pilih dua gambar ini - later on dia pilih tambahan lain iaitu - Berkebun dengan abang 😁😁👍
.
8. Memasak - ha memang dia suka memasak juga macam pankek pisang kek pisang nasi dll. Sikit sikit la bukan selalu.😊👍
.
.
See beza anak peremp n lelaki.
Dan anak peremp more to makan, masak, peluk,
Sebab dia anak kecil dia just pilih happy bila diajar untuk switch rasa sedih kepada pilih rasa happy.
.
Gambar happy tu sebenarnya bila dilihat detail ialah berenang 😊
.
So rakaman ini adalah rakaman pertama, pure punya perspektif anak girl khairunnisa, 5 tahun (bln dua nanti).
.
Simple aja kan.
Tapi boleh tahu apa dalam hati.
.
Bila waktu senggang lain, dalam kereta (dia suka bawa benda ni), kita tekankan coping strategies dia yang positif tu...
.
Lelama anak akan pandai pilih dan buat coping strategis positif berbanding negatif
.
(Coping strategies negatif seperti merokok, pandu laju motor haram, makan dadah, ekstrim sukan bahaya, cubaan kelar tangan bunuh diri, makan pil banyak biji, main game berejam, tidur berhari2 dll....)....
#MummyFatehKNYumna