uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi πŸ‘‰ Belgini koβ€˜rmoqchi boβ€˜lsangiz, obuna boβ€˜ling

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da oβ€˜tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

πŸ“ˆ Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 15 729 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 958-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 342-o'rinni egallagan.

πŸ“Š Auditoriya koβ€˜rsatkichlari va dinamika

Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ sanasidan buyon loyiha tez oβ€˜sib, 15 729 obunachiga ega boβ€˜ldi.

30 Oktabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga koβ€˜ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -148 ga, soβ€˜nggi 24 soatda esa -6 ga oβ€˜zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya oβ€˜rtacha 4.00% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.10% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni toβ€˜playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post oβ€˜rtacha 630 marta koβ€˜riladi; birinchi sutkada odatda 331 ta koβ€˜rish yigβ€˜iladi.
  • Reaksiyalar va oβ€˜zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga oβ€˜rtacha 0 ta reaksiya keladi.

πŸ“ Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 31 Oktabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli boβ€˜lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini koβ€˜rsatadi.

15 729
Obunachilar
-624 soatlar
-327 kun
-14830 kun
Postlar arxiv

Roda impian KN. At first bila diorang tahu Mummy sedang siapkan aktiviti ni diorang sibuk dan rajin nak menggunting. Berhari kemudian baru dpt on aktiviti last ini, dua hari lepas (rakaman ni) sebab saya dah ada butang besi yang saya buat pada 26 Jan anak remaja ke M.A.Z tu. Tu pun saya ambil masa nak lubangkan dan masuk butang bagi jadi. Sementara tu mereka berdua memilih sendiri gambar coping strategies yang saya dah print, laminate dan mereka dah gunting last week. . KN otomatik pilih emosi Sedih untuk dirinya. Dan Marah untuk abangnya. (Pada saya sebab dia eczema dan ada halangan dalam makanan sedap org lain, dan kesedihan nanah2 dia darah2 semua tu, Pada dia sebab Abang Fateh tak beri dia tengok cerita.. hehe πŸ˜‚ Fateh Te dominan). . 8 perkara aktiviti ini saya kaji kemudiannya, Saya ambil rakaman pertama ini sebagai benar dirinya usia 5 yang tiada persediaan / preparation dan saya tak tahu dia pilih apa pun 😁, dan share dengan kawan kawan yang membaca ini ya. . Sebab rakaman kedua dan ketiga, Dia dah mula guna perkataan keyword saya macam minum air, makan bersama keluarga, punching bag, dll. . So rakaman pertama ini, saya senaraikan 8 perkara dia pilih sebagai coping strategies dia yg saya dapati benar, dan sesuai untuk dirinya : . 1. "Kakak Happy" - ini saya fikir semula sebab last year saya ajar dia untuk memilih "happy" instead off sedih. Dia sedih bila konflik dengan kawan kawan sebaya dia yang majoriti girl dan anak kedua, sama sama keras tegas 😁. Dan dia buat. Iaitu memilih happy walau orang taknak kawan or main dengan dia, dia boleh main dengan orang lain πŸ’β€β™€οΈ 2. Peluk Mummy dan Ayah - ini juga sama macam abang Fateh sebab kami amalkan peluk setiap orang selepas solat jemaah keluarga everyday. Anak anak suka sebenarnya ...πŸ˜ŠπŸ‘ . 3. Lompat-lompat - heheh sebenarnya gambar orang menyanyi tapi sebab saya tak explain semua gambar, mereka tak tahu gambar tu apa seperti saya maksudkan bila saya pilih gambar asal tu. . 4. Makan πŸ˜‚ orang peremp memang coping skill kita makan, kan haha - sebenarnya gambar minum air. . 5. Makan bersama mama dan ayah - makan bersama keluarga adalah satu event penting untuk anak kecil ini. . 6. Punching bag - sebenarnya dia tak tahu pun gambar tu apa tapi dia pilihnya - later on saya tekankan dia bila geram boleh pukul bantal heheheh . 7. Peluk mummy dan ayah - dia tak perasan dia dah pilih dua gambar ini - later on dia pilih tambahan lain iaitu - Berkebun dengan abang πŸ˜πŸ˜πŸ‘ . 8. Memasak - ha memang dia suka memasak juga macam pankek pisang kek pisang nasi dll. Sikit sikit la bukan selalu.πŸ˜ŠπŸ‘ . . See beza anak peremp n lelaki. Dan anak peremp more to makan, masak, peluk, Sebab dia anak kecil dia just pilih happy bila diajar untuk switch rasa sedih kepada pilih rasa happy. . Gambar happy tu sebenarnya bila dilihat detail ialah berenang 😊 . So rakaman ini adalah rakaman pertama, pure punya perspektif anak girl khairunnisa, 5 tahun (bln dua nanti). . Simple aja kan. Tapi boleh tahu apa dalam hati. . Bila waktu senggang lain, dalam kereta (dia suka bawa benda ni), kita tekankan coping strategies dia yang positif tu... . Lelama anak akan pandai pilih dan buat coping strategis positif berbanding negatif . (Coping strategies negatif seperti merokok, pandu laju motor haram, makan dadah, ekstrim sukan bahaya, cubaan kelar tangan bunuh diri, makan pil banyak biji, main game berejam, tidur berhari2 dll....).... #MummyFatehKNYumna

Menarik diperhatikan 'roda impian' Yang sebenarnya coping strategies anak anak bila ada stres... Mereka diminta memilih 8 gambar Iaitu 8 perkara boleh buat Bila ada emosi... KN pilihkan dirinya emosi Sedih Manakala abangnya KN pilihkan emosi Marah.πŸ˜‚ Pandai KN. . . Fateh pilih 8, dan 8 itu adalah : 1. Hug mummy dan ayah - suka mummy dengar😍 ) 2. Allah - hmm bagus Fateh sentiasa ingat Allah (kat situ istighfar sebenarnya) 3. Tidur - orang T memang perlu Tidur sebab selalu stres pikiaq banyak πŸ˜‚ 4. Main dengan kucing - ok mummy terima coping strategies dia main dgn kucing , tu beri izin dia bela kucing 5. Berdoa atau solat - ok part ni bagus juga, sebab dia selalu diingatkan Allah first, nak apa2 minta Allah bukan Mummy. Dia kadang2 akan solat hajat (atau doa terus) bila stres fikir dan nak sangat sesuatu. 6. Kayuh basikal - dia bila emosi marah atau stres aja terus keluar rumah, kayuh basikal. Lepas dah kool dia balik rumah. 7. Main taman. Panjat pokok. - taman sebelah rumah aja 😊 alhamdulillah 8. Counting 1,2,3 - ni sebab dia Thinking, dan pernah di train counting 1-10 sambil jogging dalam rumah bila emosi tak ok dulu dulu masa kecil. Kesimpulannya Anak juga manusia biasa, Ada emosi, Ada stresnya, Dan uniknya ada cara tersendiri dia untuk release stres, yang sesuai dengan cara pemikiran, kecenderungan dan minat dia... Menarik. Nanti saya share 8 coping strategies si KN pula. Memang beza walau Thinking, Sebab faktor jantina 😊. Yang sama ialah Hug Mummy dan Ayah 😚😊 #MummyFatehKNYumna

Antara yang kita kurang didedahkan sejak kecil sama ada menerusi pendidikan formal dan informal ialah komponen emosi termasuk pertumbuhan, perkembangan dan pengurusan emosi diri dan anak-anak. . . Untuk seiring dan seimbang, Pengurusan diri yang baik dan stabil di kemudian hari, Ialah individu yang cerdas emosi, dan spiritualnya, atau tinggi EQ dan SQ nya. . . Mudahan sedikit perkongsian saya nanti dapat membantu para ibubapa memahami aspek ini dan mewariskan ilmu dan skil ini kepada anak-anak kita pula. . . Jangan lepaskan peluang, Untuk yang berada di Utara dan yang berminat, boleh hubungi penganjur sebelum 5 Feb untuk dapatkan harga early bird ya. 😍β™₯️ Maznah Ibrahim

photo content

photo content

12 Ayat Pengesahan Kepada Anak . . "Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".πŸ€” "Mama tak pernah pun puji saya".😩 "Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik".😀 "Mama tak suka peluk saya ke?"☹ "Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?".😒 . . Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal. Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat. . Anak rasa tak dihargai, Tak disayangi, Tak betul. . Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan. Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak, Cuma ibuayah terlepas pandang.πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” . Lupa nak #jadilebahbukanlalat. Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini. 12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita. . Mudahan, ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka.. . Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka. Subur. Mekar. Mewangi dan merahmati Alam. CAREβ™₯️, Maznah Ibrahim. . p/s : Apa khabar sahabat #IbuBapaKini saya yang hormati? Join telegram saya di t.mazn.me/chan

Dengan suasana teknologi kini, anak-anak akan mudah sangat terdedah kepada tontonan cerita yang kurang sesuai untuk usianya. Saya sediakan tips untuk anak usia bawah 6, usia 7-12 dan usia sekolah menengah. Bagaimana nak ajar mereka untuk self control dan buat keputusan kepada apa dilihat iaitu jika tak baik, terus stop tidak tonton. Saya lebih kepada bimbing dan latih anak, kerana kelak kita tiada di sisi mereka, mereka perlu ada skil pertahanan dalaman diri ini di mana jua mereka berada. Baca lanjut di sini : https://maznahibrahim.com/anak-tertengok-benda-tak-baik-di-youtube-handphone/

Usia berapa sesuai teknik ini? Mulakan semasa anak sudah masuk fasa autonomi, Mahu buat sendiri semua (sekitar usia 1 +). "Nak makan sendiri atau mama suap?" Of course dia nak makan sendiri. Tukar skrip bila rasa nak suapkan dia makan sebab nak cepat siap dan ada urusan lain : Nak Mama suap guna tangan Atau Mama suap guna sudu? Nak Mama suap adik duduk kerusi atau Mama suap adik duduk atas riba Mama ? 😁 Cuba dulu. Ia lebih selamat dari bertekak bercakau berebut sudu Mak 30 tahun dengan anak 1 tahun 😜 Maznah Ibrahim

photo content

Untuk Teknik Bertanya Soalan dan Beri Pilihan, Kebaikan dari sudut sains otak perkembangan kanak2 : 1) Anak akan rasa ada power di saat dia mula hilang punca (powerless) Kerana ibu ayah beri dia PILIHAN. . 2) Anak akan move dari OTAK EMOSI ke OTAK RASIONAL kerana perlu berfikir sebentar akan pilihan jawapan dan membuat pilihan terbaik untuk dirinya. . Maznah Ibrahim

Tips Parenting #26 ( Beri Pilihan Yang Mana 2 Pilihan Itu Adalah Pilihan Anda) Sewaktu anak nak tantrum, Ibu ayah boleh beri DUA PILIHAN kepada anak. Namun 2 pilihan itu adalah pilihan ibu ayah, bukan pilihan anak. Anak akan rasa ada power di saat dia mula hilang punca (powerless) Kerana ibu ayah beri dia PILIHAN. . Contoh 》》》 πŸ‘‰ Adik nak mandi sekarang atau mandi lagi 5 minit. --> bila anak leka menonton tv lambat mandi πŸ‘‰ Adik nak makan nasi kosong atau nasi dengan ikan. --> bila anak nak makan jajan πŸ‘‰ Kakak nak jalan sendiri atau atau ayah terbangkan ke bilik air ? --> bila nak minta anak mandi sekarang πŸ‘‰ Abang nak buku sticker atau puzzle ini ? --> bila anak nak mainan lain. .. Namanya anak diberi kuasa. Bukan Kuasa Boboboi, Tapi Kuasa Memilih.πŸ˜ŠπŸ‘ CAREβ™₯️, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Apa Nak Buat Bila Stres sebagai #IbuBapaKini? Saya kongsikan beberapa idea bagi pengurusan stres ibubapa /individu dari aspek πŸ‘ mental πŸ‘ fizikal πŸ‘ emosional πŸ‘ dan spiritual Paling cepat bantu lega stres ialah :- πŸ‘ secara fizikal Paling sustainable dan bawa kestabilan diri individu ialah :- πŸ‘ secara spiritual Jum amalkan Kongsikan Buka minda . CAREβ™₯️ Maznah Ibrahim p/s : terus ke channel telegram saya bagi tak ketinggalan dapat info parenting dan psikologi anak anak ya t.mazn.me/chan

photo content

Didoakan semua #IbuBapaKini yang berada dalam Channel Telegram ini dikurniakan : β™₯️ Kesihatan Fizikal dan Emosi yang baik, β™₯️ Tenang dan Positif selalu, β™₯️ Fokus yang baik-baik aja, β™₯️ Murah + luas rezeki. Agar kita menjadi tempat yang selamat Untuk anak-anak bernaung Dan terus membesar Dengan cemerlang. Amin Maznah Ibrahim. ....... t.mazn.me/chan