es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 269 suscriptores, ocupando la posición 963 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 369 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 269 suscriptores.

Según los últimos datos del 21 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -128, y en las últimas 24 horas de -6, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 7.26%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.52% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 1 182 visualizaciones. En el primer día suele acumular 410 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 22 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 269
Suscriptores
-624 horas
-367 días
-12830 días
Archivo de publicaciones
photo content

Alumni EHSABAR dan pembeli Ebook saya bertanya PM kepada saya mengenai apa saya share dalam seminar saya dan support group pembeli ebook, Mainly pasal LuA dan STIFIn. . . Alhamdulillah Ada sahabat yang arif telah dan akan menjawab isu ini. SAya kerap tidak tahu or sedar isu viral apa apa kerana saya hanya menarik yang baik baik dan yang saya mahu saja. LuA saya tidak ke arah itu, Newsfeed saya semua positif belaka. Sehinggalah orang bertanya kepada saya. Sungguh ilmu Allah itu amat luas Setitik pun kita takkan habis mendalaminya Ilmu dijumpai sesiapa bernama manusia Tetap asalnya, sumbernya dari Allah jua. Sandar pada Allah semata. Mengenai LoA dan LuA saya jelas sebab dah berguru (Tuan Zuhairi Nopiah) dan membaca buku2nya. LoA dan LuA tidak sama. STIFIn juga saya jelas dan yakin sebab saya dah go through course nya dan sampai level WSL 1 (walau tidur dalam kelas tapi highest mark masa kursus wsl tu heheheheh: intuiting dengan belajar separa sedarnya tidak terpisah dengan izin Nya). Jadi bila kita dah faham, kita tahu apa yg kita pegang dan bawa. Pada saya orang yang kata ia tak betul ialah orang yang tak tahu dan tak faham. Itu aja. Kasihani lah mereka. Jadi bila manusia ni menyatakan pendapat atau berbalah, manusia ni sebenarnya niat baik nak manusia lain tidak terlalu taksub pada seseorang manusia lain bimbang ganggu iman. Cumanya balik pada Allah dan Rasul Dan balik pada Al Quran dan AsSunnah, Dua ini aja insyaAllah tak tersesat selama2nya (wasiat Nabi Muhammad) An Nisa 59 Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.(QS al Nisa’ :59). “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih Ingat, Pabila kita berbalah Kembali kepada Allah dan Rasul Al Quran dan As Sunnah Dan apabila kita berpegang kepada keduanya Al Quran dan As Sunnah maka kita takkan tersesat selama lamanya. InsyaAllah Buat apa apa dengan ilmu Kefahaman akan bantu keyakinan. Yakin dan laksana aja Amal usaha yang dikira. Maznah Ibrahim P/S Sahabat saya Pn Mashitah dah tulis. Elok dan tenang penjelasannya. Insting personaliti genetiknya. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218085940953382&id=1033074440

Selamat Berhujung Minggu dengan Anak-anak Comel Tersayang Kita Bila terdetik aja rasa macam nak penat, ingat 3 tu 1) Smile 😃 2) Breath (In Out dalam-dalam) 3) Alhamdulillah . Nak kick lagi, rahsianya : - PIES ( ✌️ ) Bukan sekadar guna Physical kita (kekuatan badan fizikal, otot badan), Juga tenaga akal kita (INTELEK), bila nak jawab soalan anak, dan penuhi keperluan serta demand anak semua, Malah tambahkan EMOSI kita iaitu aku gembira melakukannya (main dengan anak, masak dengan anak, sepah dengan anak, etc) Dan SPIRITUAL - aku buat ini semua kerana Allah, Ini investment aku untuk perkembangan rohaniah anak dan lunaskan tanggungjawab diriku, semuanya keranaMu Ya ALLAH ... Share with LOVE and CARE, Maznah Ibrahim p/s: Baru selesai latihan jati diri dengan adik adik IKBN yang berkemahiran cat dan spray kereta, saya gunakan PIES aja untuk balancekan tenaga fizikal, intelek saya dengan emosi dan spritual, saat terdetik rasa penat dan berbelah bagi untuk perasaan berkaitan anak ditinggalkan sampai 12 malam, insyaAllah memang rasa lebih kuat dan semangat dan bermanfaat. Allah jaga kita semua. Kongsikan dengan pasangan dan kenalan anda ya 😃 #HappyPositiveParenting #GoldenAgeParenting #Video15saat #MZParentingStudio

photo content

BUAT SESUATU DENGAN SUNGGUH SUNGGUH DAN GEMBIRA❤️😍 . Alhamdulillah saya bangga dan syukur dapat bersama Persatuan Perpaduan Lestari Perlis dalam menawarkan khidmat profesional saya untuk pembangunan kendiri para peserta IKBN Perlis. Puas rasa. Autonomi. ~ Saya berpeluang men design sepenuhnya modul mengikut pengalaman dan penilaian saya dari pengalaman selama 14 tahun dengan kanak kanak remaja ini. Juga dari matlamat yang ingin dicapai penganjur juga. Mereka ni remaja bertuah tau.😊 InsyaAllah akan ada rezeki bekerja dengan syarikat automotif. Cuma, Sikap yang tepat + matlamat yang jelas saja perlu dikeluarkan dari dalam diri yang hebat itu. . Saya banyak menggunakan kaedah Art Expressive and Play dalam latihan modul saya. . Selesa. Sesuai. Sebati dalam diri. Sebab ia dapat hubungkan antara pemikiran konkrit dan abstrak, Sedar dan bawah sedar, Trigger kekuatan dalam diri yang unik dan berpotensi luas. Ia tepat dan berkesan. InsyaAllah. . Alhamdulillah . Suami saya yang sama sama Intuiting juga ibarat arkitek, banyak bantu beri perspektif yang tepat untuk saya design modul dan flow latihan khusus untuk golongan adik adik seperti ini... . Hmm Peluang kerja sudah menunggu. Apa lagi tak cukup ya ? 😊Kesedaran Diri dan ❤️Passion aja. . Teknikal sudah cukup, Jiwa / emosi aja perlu di topup. Betullah otak kiri dan kanan saling melengkapi 😉. Refleksi, Maznah Ibrahim

Salam Jumaat Bila stres dengan kerenah anak, Apa nak buat ? Lakukan 3+1 ini. Kongsikan ya 😊👍 CARE, Maznah Ibrahim #video1minit #happypositiveparenting #goldenageparenting #refleksikeibubapaan #MZParentingStudio https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/453611775231021/

n kehidupan dan perasaan dirinya itulah jawapan sebenar kepada 'problem' (tingkahlaku) yang ditunjukkannya. Ia ada perkaitan tetapi anak tidak dapat kaitkan, ibubapalah yang kaitkannya, ok. Belajar sesuatu tak?😄 Katakan "YA belajar sesuatu", Sharekan dan tag pasangan ya. Kita sama sama tambah skil kita. CARE, Maznah ibrahim

Jika ibubapa sering pening dengan tingkahlaku anak-anak dan mahu memahami punca stres kanak-kanak, ibubapa perlu sentiasa memahami PERSPEKTIF ANAK-ANAK itu sendiri. Saya mempercayai tingkahlaku kanak-kanak itu adalah hasil PERSEPSI ATAU PANDANGAN KANAK-KANAK TERHADAP DUNIANYA (dari sudut mata kecilnya), dan PERASAAN DIA TERHADAP DIRINYA SENDIRI (Landreth, 2012; mengenai CCPT child centred play therapy). Jika best, baiklah tingkahlakunya, Jika tak best, tidak baiklah tingkahlakunya. Contoh, anak bayi melihat kakaknya bergurau dengan ibunya dengan menampar badan si ibu. Anak ini dalam PERSEPSI DAN PANDANGAN KEHIDUPANNYA menyentuh orang perlulah secara kasar dan menampar begitu. Maka anak bayi ini juga menampar badan ibunya (ini adegan sengaja dan positif, tapi jika adegan tak sengaja dan negatif seperti abangnya memukul ibubapanya, pasti itulah pandangan dunianya yang dipelajari si anak bayi untuk diulangi. banyak lagi contoh sebegini seperti bercakap menjerit dsb. ). Contoh, anak melihat ibu ayah konflik dan ada kekasaran fizikal, Anak masih ingat dan terngiang di ingatan dan memorinya. Anak rasa tak seronok, rasa bercampur baur; marah benci keliru dan sebagainya. PERASAAN TAK BEST ini membuatkan anak boleh buat hal mencabar di sudut atau waktu lain sama ada di sekolah atau rumah jua. ---------- Jadi, Caranya bagaimana untuk tahu punca sebenar stres anak? Boleh saja tanyakan si anak. Cara 1 : Terokai secara umum bertanya khabar. Apa anak alami hari ini, perasaannya, fikirannya dan tindakannya. Baik pandangan kehidupannya atau tak baik, baik perasaan terhadap dirinya atau tak berapa baik? . . Cara 2 : Refleksi emosi anak-anak dan nyatakannya (provoke sikit), ini direct tanya. Ayah NAMPAK abang / kakak harini MACAM monyok aja, ada apa-apa yang takbest berlaku hari ni? (beritahu apa yang kita nampak, elak sesekali interpret atau judge dia punya perasaan). Contoh ada 1 kali Fateh saya kelihatan cemas dan mood tak berapa baik selepas sekolah, asyik tekan-tekan dan paksa kami. Saya tanyakan soalan di atas dan saya jumpa jawapannya, iaitu dia masih keliru dan marah sebab jam kesayangannya hilang dan jumpa petang, dia tak faham kenapa abang-abang tak bagitahu awal yang mereka simpankan. Peranan sayalah berikan perspektif baru yang positif mengenai abang-abang itu. See, dia tekan-tekan kami tapi sebenarnya dia struggle dalam dirinya yang tak terluah yang takda kaitan dengan kami pun... . . Cara 3 : Ibu ayah lakukan refleksi (muhasabah) sendiri, apa tingkahlaku misteri mencabar si anak, apa tindakan ibu ayah telah lakukan kepada si anak yang mungkin silap, dan apa pengalaman lampau si anak yang pernah diceritakan si anak. Contoh ada satu kali ni Fateh saya bertingkahlaku pelik gaya jalan macam ganster, saya tanya direct seperti Cara 2 di atas (tanyakan 'apa sebab' bukan 'kenapa') dan dia kata memang budak tak baik macam ni jadi gangstar. Saya pelik dan saya muhasabah, relatekan semuanya guna Cara 3 di atas. Rupanya dia punya persepsi 'budak dapat red card' adalah budak TAK BAIK dan gangstar. Saya pula baru aja tersilap beri dia 'red card' (for my first time in life) ala ala macam di sekolah dia untuk kesalahannya pada masa tu (sekarang saya tak ingat apakah ianya) sedangkan dia bukan kategori budak 'nakal' dan dapat 'red card'. Saya terus betulkan dengan meminta maaf sungguh sungguh dan buat surat khas dan beritahu 'red card' itu Mummy tarik balik, Dan saya nyatakan dalam tu Fateh anak yang baik dan soleh selalu dengar kata Mummy Ayah, abang yang baik kepada Khairunnisa dan Yumna. Kaedah di sekolah tak sama kaedah di rumah. Rumah Mummy, Mummy punya territory dan terpulang Mummy nak buat macam mana peraturannya. Alhamdulillah dia terus ok dan tak ulangi lagi gaya begitu. Kami berdamai. Pada saya, persepsi dia, image dalam gambaran mindanya, budak dapat 'red card' = budak takbaik dan budak tak baik gaya memang macam itu. Allahu ... ....... Hasilnya kelak kitalah ibubapa yang relate kan puzzle iaitu tingkahlaku mencabar yang anak tunjukkan + apa dia beritahu. Sebab kita percaya dia punya perspektif / pandanga

PERNAH GUNA REWARD DAN ANCAMAN? GUNAKAN APA ANAK MAHU SEBAGAI REWARD UNTUK APA ANDA MAHU Senang aja. Jika anak suka sangat kelas swimming, jadikan ia sebagai 'REWARD' selepas anak buat apa anda mahu, seperti mandi awal pagi walau cuti hujung minggu. Ini untuk mendorong buat permulaan. Lama-lama anak nak dibiasakan rutin mandi awal pagi. Ini sesuai untuk anak otak ekstorvert, dorong dia dengan penuhi apa dia mahu (kita ni sumber dorongan luaran dia). Anak saya pertama, Fateh memang sesuai dorongan, Tidak sesuai sama sekali ancaman, Nanti memang lagi 'memberontak' dia. Untuk anak otak introvert, anak ini keras dan hanya akan gerak dari dalaman, mengikut apa dia prefer. Sesuaikan dengan TIDAK BERI apa dia MAHU. Contoh dia suka cheese cake, Kakak tak dapat cheese cake kalau Kakak tak mandi lagi. InsyaAllah ia akan menjentik rasa dalam hati nya, dan lebih berkesan berbanding dorongan dari luaran. Anak kedua saya otak introvert, sesuai ancaman kecil-kecilan macam ni, Dorong luaran mati mati kalau dia tak mahu, tak mahulah dia. (Anak ketiga tunggu usia 3 genap saya akan test la dia😊) Macam mana nak tahu anak ni otak introvert atau otak ekstrovert? Boleh test dengan personaliti genetik STIFIN, layari di www.stifinmalaysia.com untuk info lanjut mesin terdekat dengan tempat anda tu. CARE, Maznah Ibrahim. * Mak ayah pun sesuai sangatlah tahu untuk sama sama kenal personaliti pasangan.😁😁 * Boleh test seawal anak usia 3 tahun. * Ini bukan introvert ekstrovert personaliti sosial tak berapa sosial atau friendly tak berapa friendly tu, tapi ini berkaitan lapisan di otak untuk stimulus rangsangan dalaman dan luaran. * Setiap anak unik dan tersendiri, faham karektor personaliti dia bantu kita banyak releks dan gunakan kekuatan kelemahan dia untuk kebaikan bersama. * Kepelbagaian ini buat rumah meriah dan menguji leadership kita sebagai ibubapa 😊👍

Ramai Tahu Penting EQ ini berbanding IQ, ~ Memikirkan nanti anak kita bekerja sekitar tahun 2040-an, Kejayaan dia dalam kehidupan dia (keluarga dan kerjaya) bergantung kepada survival skill termasuk EQ skil dia Bukan IQ dia semata. Di sini saya kongsikan 3 strategi boleh guna sejak anak kecil untuk develop EQ skill mereka, Boleh share video ini setelah tamat tonton dengan taipkan 3 strategi itu, ok. * sebenarnya SQ lah pusat kecerdasan seluruhnya, nanti saya buatkan videonya. Care, Maznah Ibrahim #positiveparenting #video2minit #refleksikeibubapaan #MZParentingStudio https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/240726746849455/

Jum bantu sahabat saya Liyana nak clearkan stok kedainya untuk kumpul duit untuk masukkan anaknya baru 4 tahun ke sekolah tahfiz tahun depan, Perlu confirmation minggu ni nak masuk. Most of the item memang saya sudah beli dengan sahabat yang baik dan rajin ini.😊 Semua item juga ready stock dan elok bukan reject ke apa.. https://shopee.com.my/aladdinsentral Mudahan InsyaAllah Semua urusan kita juga akan dilancarkan oleh Nya Asbab kalian semua membantu beliau.

photo content

kanak: Personal Safety, Peraturan Sentuhan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787200204787899&id=477691842405405 . . (3) Seksualiti Kanak-kanak, Personal Safety, Peraturan Sentuhan (sambungan) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787215634786356&id=477691842405405 Maznah Ibrahim. *terima kasih puan kerana sudi soalan jawapan ini di share ke umum.

BERKENAAN SEXUALISED BEHAVIOUR KANAK-KANAK ================================= salam puan maznah, boleh tak jelaskan berkenaan seksualised behavior yg penah puan cakap masa puan live aritu... sy mohon diperjelaskan.. sebab banyak kanak2 yg sy nampak cendurung ke arah yg sama... seolah mcm tengah buat seks... sy jadi takut tengok dan nak tegur.. salah 1 contoh, berkenaan baby 2tahun 8bulan pandai bukak pampers sendiri dan mengesel2kan penis secara baring meniarap tue.. kemudian, ada yg sy nmpak bdk perempuan umur 7-8 tahun mengesel2kan kemaluan nya dan mengejangkan kakinya... cukup masa dia stop then buat berulang2 kali... kemudian, ada yg sy nmpak bdk perempuan umur 7-8 tahun mengesel2kan kemaluan nya dan mengejangkan kakinya... cukup masa dia stop then buat berulang2 kali... tolong bg solution mcm mana nk tegur parent atau penjaga budak2 ni... JAWAPAN SAYA : . 1) Firstly, ia bukan keinginan seksual macam orang dewasa, tetapi sensualiti. Budak rasa pleasure bila disentuh atau sentuh alat sulit dan gesel, dia rasa pleasure. Ia dalam sensori sentuhan. Jarang dibincangkan sebab orang normal tak sentuh suka suka pun. - kita as adults, betulkan dulu persepsi silap ini ya puan. . 2) budak 2.8 thn tu, dia gesel di lantai, maybe dia ter explore dan experience sendiri, rasa pleasure, maka ia memang sexualised behaviour. . 3) Sama budak girl 7-8 thn, juga sexualised behaviour, then jadi masturbation, rangsangan pleasure buat sndiri dalam konteks belum akil baligh. Memang ada budak kecil masturbate macam cucur air ke bahagian sulit dia. (ramai adu kes sebegini) - masturbation ialah dalam bahasa melayunya Onani, iaitu individu yang rangsang seksual diri dengan alat kelamin sendiri. . 4) Dua keadaan sahaja kanak-kanak boleh potray/menunjukkan sexualised behaviour, i. dia melihat, yes, di tv smua tu atau live (terlihat/diperlihatkan/dipaksa lihat) orang dewasa lakukan. Ini namanya copy cat behaviour. Monkey see, monkey do. ii. ada orang lain buat kat mereka, mereka telah alami, jadi mereka manifestasi dengan lakukan sendiri, lagi, sebab mereka dah rasa seronok, ala ala ketagih, kerana dirangsang - ini memang child sexual abuse & exploitation. Cuma, observe adakah hingga tak buat aktvt kegemaran lain, hanya buat aksi aktiviti itu sahaja. Jika masih ada minat ke arah aktiviti kegemaran dia yang lain, dia still kategori ok, kategori self exploration saja. cara: 1) Keep repeating touching rules yang 3 tu. (dlm video saya ada sentuh 3 tu in details, sila tonton yang belum). Touching Rule No 1: Tiada sesiapa boleh sentuh bahagian sulit badan saya kecuali untuk kebersihan dan kesihatan, dan tiada sesiapa boleh suruh saya sentuh bahagian sulit badan mereka. --> Jadi keep beritahu anak yang self explore alat sulit badan dia, "Adik, tak boleh sentuh alat sulit badan sendiri sebab peraturan sentuhan kata, sentuh HANYA tujuan bersih dan sihat. Adik sentuh tu untuk bersih dan sebab nak sihat ke?" (struktur ayat peraturan: SEBUT APA TAK BOLEH DISUSULI APA BOLEH) Touching Rule No 2: Jika berlaku sentuhan tidak selamat (disentuh bahagian sulit/sentuhan tak selamat lain), saya akan berkata "Tidak/Jangan Sentuh Saya", Kemudian Lari pergi dari situ, dan Beritahu. Touching Rule No 3: Saya akan beritahu dan terus beritahu orang yang saya percaya, hingga saya mendapat bantuan. 2) Alihkan perhatian dan masa, minat mereka ke arah aktvt luar beramaian, sosial sihat. Ini kerana mostly yang musturbation ni buat berseorangan di ruang private. Yang buat di tempat awam ni samada terlalu muda, copy cat, tak tahu ia benda salah, atau ada satu jenis ni excessive sexualised behaviour, dah jadi ketagihan, ada budak bawah 6 jadi begini, akibat diperlakukan berpanjangan. Ini kena treatment dengan pakar terlatih dalam topik ini. . °°°°°°°°°°°°° Video FB Live Berkenaan Seksualiti Kanak-kanak yang ditonton puan ini: . (1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405 . . (2) Seksualiti Kanak-

photo content

Bila anak minta kita ambil mereka awal, "jangan lambat tau ibu", Bila anak senyum gembira melihat kelibat kita, mahu didukung, mahu bercerita tak henti, Petanda baik, Anak mahu kita, Anak suka dekat dengan kita, Anak suka dan rasa best, selamat di rumah kita. Jadikan Rumah Kita, Syurga Dunia Anak. Maznah Ibrahim

Salam Cuti Hujung Minggu Personal touch and love reminder, Refleksi keibubapaan bersama, Dari saya. Jum. Maznah Ibrahim #refleksikeibubapaan #happypositiveparenting #goldenageparenting #1MinVideo

Jika ditanya saya seawal usia berapa ajak anak buat kerja rumah, Saya akan katakan seawal usia 1. Sebab usia 1, kebanyakan anak kita sudah mula bunga bunga fasa autonomi, Nak lakukan sendiri, Cara sendiri. Usia 1 ini juga mereka sudah boleh laksanakan single instruction, Contoh : => Tolong masukkan baju kotor ini ke dalam bakul baju sana tu => Tolong buang tisu ni ke bakul sampah tu. --------- Namun perjalanan mereka jauh lagi, kan. Seiring dengan siri pengalaman mereka diberi peluang melakukan 'kerja rumah' ini, Mereka akan membentuk persepsi terhadap 'kerja rumah' ini, Sama ada best atau tak best, Yang bersekali pengalaman ini ialah emosi terbentuk dari pujian / kritikan / kecaman / marah, Juga bersekali ini adalah kognitif (makna kerja rumah ini dinilai secara pemikiran), dan ekspektasi ibubapa terhadap 'hasil' 'kerja rumah' ini. Ikut perkembangan usia mereka, Maka insyaAllah sebenarnya ia seiring saja, Tiada paksaan pun. ------- InsyaAllah soalan2 ditanya oleh Pn Sheela journalist The Star yang saya jawab detail itu akan saya tuliskan semula, versi perspektif saya sepenuhnya. Silakan. https://www.star2.com/family/2019/08/23/children-chores/