fa
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 16 270 مشترک است و جایگاه 969 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 365 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 16 270 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 23 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -121 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -3 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 5.56% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.43% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 904 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 395 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 24 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

16 270
مشترکین
-324 ساعت
-377 روز
-12130 روز
آرشیو پست ها
Alternatif cara tegur anak bila anak buat salah. Silakan. https://maznahibrahim.com/time-out-anak-buat-salah-dengan-kaedah-time-in-pillow-talk/

[Anak Jawab Yg Tak Baik] - Macam Mana Nak Buat . Bila kita cakap "Abang rajin,abang suka buat baik", dia jawab "Abang malas,abang suka buat jahat" Pening juga kepala, naik angin pun ada. So apa nak buat? . Tonton video ni, saya terangkan juga kenapa jadi macam tu dan juga kenapa penting kita kena respon dengan betul. . Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya. . p/s: Kongsikan cara,kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) Maznah Ibrahim #keibubapaan #parentingskill #parentingguide #skillkomunikasi https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/363385117907986/

photo content

Anak Mencabar untuk Didik Anda Jadi Sabar... Kenapa Anak Sengaja Jawab Terbalik dari Apa Yang IbuBapa Kata? Pernahkah anda alami, pabila anda beritahu sesuatu kepada anak, nasib baik anak ulang balik dan sebut yang baik baik dan sama dengan anda sebutkan, Tetapi nasib tak baik, anak jawab dengan sebut terbalik dari apa anda cakapkan. Contohnya anda kata masa anak usia 2-3 tahun, A anak soleh. Bila usia dia 3, tak lama kemudian, dia ulang semula “A kan anak soleh, Mama?” Wah sejuknya hati dan perut anda.😍😍😍 Tapi apabila usia dia mencecah 5, 6 tahun, dan dia semakin membesar, Dia boleh ulang sebut terbalik pula, Terutama bila dia marah dan nampak macam sengaja nak mencabar anda. “A kan anak jahat!” “A kan anak tak baik”. “A kan anak tak soleh”. Atau anda katakan, buat baik masuk syurga, tetiba dia kata, “A buat jahat nak masuk neraka!” Aduh sakitnya hati sang ibu dan ayah… Anak yang dikandung dan dinasihati baik baik tetiba jadi macam ni pula. Apa nak buat, kenapa jadi macam tu? Saksikan video pendek saya mengenai ini ya. Maznah Ibrahim ____________ Tidak Mahu Ketinggalan post dan input psikologi dan parenting dari saya ? >>> https://t.mazn.me/chan

Anak Rampas Barang? Ada 1 ketika ni, lama dulu, saya telah ajar Fateh, untuk meminta pada Baby Yumna dengan perkataan "Yumna, nak" dan tidak ambil barang dari tangan Yumna secara kasar. Berjaya untuk Fateh. Fateh masa tu Happy sebab "Eh Yumna faham la", katanya. "Tentulah, kata saya. Kita taknak nanti Yumna pun ambil kasar barang Abang nanti". Selalu beri dia 'view' besar dan mendatang. . Kemudian ada 1 time tu dalam kereta saya perasan KN ambil dengan cepat apa yg Yumna pegang (kategori 'rampas') untuk sesuatu yang KN rasa dia punya. Jadi saya ajar KN pula. Saya katakan, beri Yumna puas dulu pegang, sebab dia nak explore/main, lepas tunggu seketika, minta dengan skrip "Yumna, nak", Mummy pasti Yumna akan beri pabila diminta. . Jadi KN mula lakukan. Dan KN berjaya. . . Bab mengambil dengan rampas ni kadangkala ibubapa jua lakukan dengan cepat, tanpa sedar apa anak sedang pegang. Jadi apatah lagi anak kecil, mereka memang belum ada skil menunggu/social skill. Jadi cek diri dulu, kalau ada buat begitu, tukar, ambil dari tangan anak dengan meminta izin/maklum dulu. "Sayang, Mama nak. Mama nak simpan". . Untuk sesama anak pula, modelkan (i) skrip dan (ii) caranya. . InsyaAllah mereka sangat cepat belajar sebenarnya. Ia skil atau kemahiran sosial dan empati. . Selamat ajar anak cara ambil barang 😊 Maznah Ibrahim Join telegram saya: t.me/ehsabar

[Anak Minta Gadjet] - Macam Mana Nak Buat . Ketahui juga sebab psikologinya kenapa mereka automatik nakkan gadjet di tangan kita, mudah nak atasi bila dah tau reason ni. . p/s: Kongsikan cara, kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/481041302690597/ Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya >>> https://t.mazn.me/chan . .

Kesan 'Gajet' atau alat perkakasan berteknologi kepada kanak-kanak memang telah diketahui umum yang ianya banyak buruk berbanding baik. Antara cara nak atasi ialah kita kembali kepada sumber ASAL, dan SEBENAR seperti sumber manusia (ibubapa, kawan, guru), dan benda sebenar seperti tumbuhan, haiwan dan benda yang diintegrasikan ke dalam kehidupan anak anak kita seharian. Sesuatu yang jauh lebih menarik daripada apa yang ditawarkan oleh gajet (Handphone, TV, laptop, Ipad) kepada anak-anak ialah sumber Ibu dan Bapa kepada anak, iaitu menerusi aktiviti dan komunikasi yang berkesan, menarik dan impak (fitrah manusia adalah 'sosial'). Katakan anak ingin meluahkan perasaan sunyi dan bosannya, dia memilih untuk menonton kartun berbanding bercakap dengan ibubapanya (andaikan ibubapa sibuk) atau bermain dengan ibubapanya (andaikan bermain dengan ibubapa tidak atau kurang menarik). Bezanya anak akan jadi pasif dan tidak bercakap pun semasa menonton kartun, sebaliknya hanya menerima maklumat santai dari TV, atau alat perkakasan lain seumpamanya yang menayangkan kartun, dan ia kurang memberi faedah kepada kanak-kanak melainkan mengisi lompong tangki emosi bosan dan tangki emosi lain yang menyusut; perhatian / layanan, perkataan baik/ mengesahkan, sentuhan selamat, dan aktiviti di dalam masa senggang yang ada. 'Under stimulate' adalah salah satu sebab kenapa anak kecil boleh tantrum atau menunjukkan tingkahlaku luar kebiasaan, dan amukannya (dalam Buku Science of Parenting / What Every Parent Needs to Know : Margot Sunderland). Anak kecil, fitrahnya memang sentiasa aktif, dahagakan ('hunger for') input atau maklumat baru, menerusi aktiviti pelbagai, yang melibatkan seluruh sensorinya (bau, dengar, lihat, rasa dan sentuh), iaitu mereka perlukan stimulasi, terutama untuk anak di peringkat usia emas (0-6 tahun). Dan melihat TV hanya melibatkan deria mata - 'Lihat', bermakna keseimbangan tidak berlaku, seterusnya berlakulah 'over stimulate' kepada kanak-kanak melalui maklumat yang diperolehi menerusi MATA sahaja. Justeru, apakah perlu dilakukan oleh ibubapa? Kenapa kanak-kanak minat sangat untuk memegang, menggunakan atau memiliki perkakasan itu seperti ibubapa? Dan mengapa penting kita 'tukar' atau 'gantikan' dengan aktiviti dan sumber ASAL dan SEBENAR ini? Nantikan video 'pendek' saya sebentar lagi ya ☺. Maznah Ibrahim

Salam Jumaat semua. Beberapa pertanyaan berulang dari ibubapa kini kepada saya (pm, seminar, group telegram) ialah tentang bagaimana nak kawal penggunaan gajet anak. Cerita panjang, untuk teknik. Saya ada banyak teknik. Cuma untuk anak sangat suka minta Handphone ibubapa, ada 1 cara confirm berkesan. Nantikan #videoparenting saya hari ini ya. Stay Tune. ❤️

[Ayah Sudah Tiada] - 3 Langkah untuk hadapi kehilangan (grief) & move on . Point Pertama tak boleh skip - ramai yang terperangkap & susah nak move on kerana ini. Terutama anak-anak. . . Elakkan diri & Anak dari terperangkap dalam perasaan itu bertahun-tahun lamanya. Kita tak mahu perkara ini jadi penghalang kepada diri dan anak-anak untuk nikmati hidup yang lebih baik. . Kasihankan diri & anak. . Bantu diri & anak, tonton video ini :) . Sampaikannya kepada rakan, keluarga yang mungkin memerlukan. . p/s: Kongsikan pandangan, kisah, pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/2398205490468698/

[Ayah Pjj - Ibu Stress] - 4 Cara Mudah Ayah Boleh Bantu . Kalau tak dibantu boleh lead kepada stress yang berlebihan dan menganggu kesihatan mental ibu & anak. . . [PJJ - Perhubungan Jarak Jauh] . Mohon tonton dan sampaikan sepada rakan-rakan yang lain ye :). . p/s: kongsikan pengalaman serta pandangan anda dibahagian komen, saya suka nak baca :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/2293673197389129/

Anda ada berjauhan dengan suami ? Nantikan satu video pendek saya esok berkenaan topik ini ya 😊. Sungguh, dalam zaman ini, ada banyak pro n cons nya, . . Zaman dulu berjauhan, isteri tidaklah bekerja dan support system banyak (ramai), Zaman kini, isteri bekerja, nak urus anak seorang diri, dan tidak tinggal dengan support system nya (keluarga luas terdekat), ditambah dengan kehadiran gajet pengganti pengasuh/teman. . Ada 4 Perkara kecil tetapi penting, para suami boleh lakukan 💪, dan ia amat besar maknanya dan kesannya kepada isteri dan anak anak. . . p/s Merefleksi topik ini, saya trigger, sebab saya menyaksikan 'kesan' dari ibu/ayah jarak jauh yang lama dengan ayah/ibu, kepada isteri (kini), dan kesan kepada anak (kemudian, berbelas tahun kemudian) dalam aspek masalah 'mental health' mereka 😔. . . Break the Cycle, Maznah Ibrahim

photo content

Memancing Hati Anak dengan Kuasa Perkataan 😍😍😍 Siri Ketiga nanti di Dewan Arkib Negara, Alor Star untuk Ibubapa Ilmi Orchard Montessori, 20 Julai 2019, 8.30 pagi - 12.00 tengahari. " . . P/S Untuk yang nak hadir Parenting Talk ini, Sempat daftar jika mahu En Sharul +60174158135 Investment cuma RM100 Dengan Makan, Penjagaan Anak, Ebook Premium Hypnoscript Bernilai RM97, Support Group dengan Saya

[Anak Yakin, Berani & Berinisiatif] - perkara yang kita biasanya terlepas pandang Part 2 Semoga Bermanafaat :) p/s: Tinggalkan pandangan/ pengalaman/ ucapan anda di komen, saya suka nak baca. Sharekan dengan pasangan dan sahabat anda. https://youtu.be/N7A2DXraUs8

[Anak Yakin, Berani & Berinisiatif] - perkara yang kita terlepas pandang Beberapa hari lepas ada ramai orang share gambar tulisan seorang murid tentang peranan anak lelaki dan perempuan...jadi saya rakamkan video ini untuk kongsikan sedikit pengalaman saya. Semoga Bermanafaat :) p/s: Tinggalkan pandangan/pengalaman/ucapan anda di bawah ye, saya suka nak baca https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/486176708620488/

KN excited menunjukkan skill melipat 'kainnya' (penutup kepala renang abg Fateh) Fasa usia 2 thn juga ialah fasa MENUNJUK kan skill mereka, memanjat, menumbuk alu, melompat, apa saja kerja sendirinya kerana ia fasa AUTONOMI, buat dengan cara aku sendiri, dan jika tidak dibenar/dirai, akan boleh mencipta kepada rasa RAGU-RAGU (doubt). RAIKAN. perhatikan KEYWORD mereka: "mami, ayah, TENGOK NI, TENGOK NI" (nak tunjuk skill apa apa la 😂) . di sudut sana, abgnya sibuk tunjukkan skill juga, menjadikan gasing laju berpusing dengan jayanya, Fasa INITIATIVE (berusaha) dengan pelbagai gaya usaha, jika tidak dirai, boleh mencipta RASA BERSALAH kerana telah usaha tetapi tidak disokong malah dimarahi ats usahanya. . raikan. maznah ibrahim.

photo content