Alhamdulillah
Mari Kita Besarkan Pujian dan Kesyukuran Kita Setiap Hari...
Secara sains, ini yang berlaku kepada otak kita, bila kita sentiasa amalkan kesyukuran
https://realfarmacy.com/neuroscience-gratitude-brain-happy/
.
.
2 rutin yang saya dan suami amalkan untuk anak anak ialah:
.
1⃣ Sentiasa ajar anak relate dan ucapkan syukur Alhamdulillah atas apa jua yang anak rasa suka dan berterima kasih.
.
✓ Katakan, anak happy dapat 1 mainan kecil, kami sentiasa katakan,
"OK bila dah dapat XYZ (benda mereka suka), kita kata apa?"..
"Syukur Alhamdulillah, Terima kasih Allah.." (anak anak menjawab)
⏩ Kat sini kami nak anak panjangkan / panjatkan kesyukuran mereka direct kepada Allah, Maha Pemberi, bukan kepada kami sahaja.
* Awal-awal dulu anak tanya sebab apa, saya katakan sebab Allah bukakan pintu hati Mummy beli apa yang Fateh nak sangat tu, (kalau ikut Mummy, Mummy taknak beli😁😅), jadi secara tak langsung saya nak anak anak sentiasa bergantung harap kepada Allah, bukan kepada manusia.😊
⏩ Jadi apa apa pun, mereka sentiasa akan berdoa dan meminta kepada Allah apa saja mereka teringinkan.
"Ya Allah berilah Fateh XYZ, sebab Fateh nak buat aaaabbbccc, tolonglah Ya Allah" ... (kedengaran Fateh terus berdoa bila dia nak sangat sesuatu)
2⃣ Sebelum tidur. Ini memang Teknik Hypnoscript juga.
Masa tidurkan anak-anak (ibu/ayah baring sama dalam gelap gelap sebelum storytelling kelakar semua tu), sama ada suami atau saya, akan ajak anak anak untuk SEBUT 3 KESYUKURAN mereka hari ini.
Mereka perlu ingat semula apa yang mereka dah lakukan hari ini yang buat mereka amat gembira.
Biasanya yang hujung hari punya memori (sama lah macam kita pun).
Tanpa sedar kita tahu APA DALAM HATI dia, sebab mereka nyatakan dalam Gratitude Statement sebelum tidur,
Contoh dua malam lepas, suami kata, bagus rupanya anak anak suka sangat dapat buat aktiviti slime tu sebab Fateh dan Kakak sebut dalam Kesyukuran pertama mereka..
(lama dah mereka minta, suami awalnya tak beri sebab bahaya bahan kimia, saya berfikir perlu juga sebab kasihan so saya belikan juga bahannya, seronok sangat depa walau tak jadi kan 😂)
Dan malam tadi Gratitute Statement pertama Fateh ialah "dia syukur sebab dapat mengaji lancar dengan Mummy" (yang mana tc dia takda malam jadi patah balik rumah mengaji ngan Mummy).
*Saya tak sangka itu kegembiraan dia yang besar, saya terharu sangat.. Alhamdulillah (yelah dalam keadaan cabaran banyak untuk dia bab membaca).
.
Then suami saya akan tambah,
"Minta maaf Ayah, Mummy, Kakak.. Yumna
I Love U Ayah,
I Love U Mummy,
I Love U Kakak,
I Love U Yumna.."
(walau Mummy dan Yumna tiada di situ)
⏩ Hasilnya bonding dua anak yang kadangkala bergaduh ni maintain baik
* Sebab Forgiving and Letting Go ni amat penting untuk manusia MOVE ON dan lepas bebas, tak simpan / pendam apa apa dalam hati, biasanya budak memang tak simpan, tapi penting untuk memori otak jangka masa panjang dia 😉
.
⏩ Hasilnya anak anak akan tidur lena dan selesai untuk hari itu,
.
KESIMPULANNYA
Di sini saya simpulkan sebelum tidur Teknik Hypnoscript dan Gratitude Statement ya :-
.
1⃣ Nyatakan 3 kesyukuran harini yang buat mereka gembira
2⃣ Memaafkan semua orang, sebut satu persatu terutama setiap ahli keluarga
3⃣ Sayang - Sebut I Love You setiap ahli keluarga
4⃣ Ibu/Ayah sebutkan tambahan ayat Hypnoscript untuk apa apa isu spesifik yang anda mahu anak jadi bagaimana,
Contoh untuk Khairunnisa, saya katakan:
"Kakak tidur lena, aman, selesa,.... dan bangun tidur senyum senyum happy.."
Cubalah ya,
banyak manfaatnya untuk diri kita sendiri sebagai Ibubapa dan untuk anak anak kita sihat emosi positif gembira.
💙
Maznah Ibrahim