uz
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 16 269 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 963-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 369-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 16 269 obunachiga ega bo‘ldi.

21 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -128 ga, so‘nggi 24 soatda esa -6 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 7.26% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.52% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 1 182 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 410 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 22 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

16 269
Obunachilar
-624 soatlar
-367 kunlar
-12830 kunlar
Postlar arxiv
Anak Mencabar untuk Didik Anda Jadi Sabar... Kenapa Anak Sengaja Jawab Terbalik dari Apa Yang IbuBapa Kata? Pernahkah anda alami, pabila anda beritahu sesuatu kepada anak, nasib baik anak ulang balik dan sebut yang baik baik dan sama dengan anda sebutkan, Tetapi nasib tak baik, anak jawab dengan sebut terbalik dari apa anda cakapkan. Contohnya anda kata masa anak usia 2-3 tahun, A anak soleh. Bila usia dia 3, tak lama kemudian, dia ulang semula “A kan anak soleh, Mama?” Wah sejuknya hati dan perut anda.😍😍😍 Tapi apabila usia dia mencecah 5, 6 tahun, dan dia semakin membesar, Dia boleh ulang sebut terbalik pula, Terutama bila dia marah dan nampak macam sengaja nak mencabar anda. “A kan anak jahat!” “A kan anak tak baik”. “A kan anak tak soleh”. Atau anda katakan, buat baik masuk syurga, tetiba dia kata, “A buat jahat nak masuk neraka!” Aduh sakitnya hati sang ibu dan ayah… Anak yang dikandung dan dinasihati baik baik tetiba jadi macam ni pula. Apa nak buat, kenapa jadi macam tu? Saksikan video pendek saya mengenai ini ya. Maznah Ibrahim ____________ Tidak Mahu Ketinggalan post dan input psikologi dan parenting dari saya ? >>> https://t.mazn.me/chan

Anak Rampas Barang? Ada 1 ketika ni, lama dulu, saya telah ajar Fateh, untuk meminta pada Baby Yumna dengan perkataan "Yumna, nak" dan tidak ambil barang dari tangan Yumna secara kasar. Berjaya untuk Fateh. Fateh masa tu Happy sebab "Eh Yumna faham la", katanya. "Tentulah, kata saya. Kita taknak nanti Yumna pun ambil kasar barang Abang nanti". Selalu beri dia 'view' besar dan mendatang. . Kemudian ada 1 time tu dalam kereta saya perasan KN ambil dengan cepat apa yg Yumna pegang (kategori 'rampas') untuk sesuatu yang KN rasa dia punya. Jadi saya ajar KN pula. Saya katakan, beri Yumna puas dulu pegang, sebab dia nak explore/main, lepas tunggu seketika, minta dengan skrip "Yumna, nak", Mummy pasti Yumna akan beri pabila diminta. . Jadi KN mula lakukan. Dan KN berjaya. . . Bab mengambil dengan rampas ni kadangkala ibubapa jua lakukan dengan cepat, tanpa sedar apa anak sedang pegang. Jadi apatah lagi anak kecil, mereka memang belum ada skil menunggu/social skill. Jadi cek diri dulu, kalau ada buat begitu, tukar, ambil dari tangan anak dengan meminta izin/maklum dulu. "Sayang, Mama nak. Mama nak simpan". . Untuk sesama anak pula, modelkan (i) skrip dan (ii) caranya. . InsyaAllah mereka sangat cepat belajar sebenarnya. Ia skil atau kemahiran sosial dan empati. . Selamat ajar anak cara ambil barang 😊 Maznah Ibrahim Join telegram saya: t.me/ehsabar

[Anak Minta Gadjet] - Macam Mana Nak Buat . Ketahui juga sebab psikologinya kenapa mereka automatik nakkan gadjet di tangan kita, mudah nak atasi bila dah tau reason ni. . p/s: Kongsikan cara, kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/481041302690597/ Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya >>> https://t.mazn.me/chan . .

Kesan 'Gajet' atau alat perkakasan berteknologi kepada kanak-kanak memang telah diketahui umum yang ianya banyak buruk berbanding baik. Antara cara nak atasi ialah kita kembali kepada sumber ASAL, dan SEBENAR seperti sumber manusia (ibubapa, kawan, guru), dan benda sebenar seperti tumbuhan, haiwan dan benda yang diintegrasikan ke dalam kehidupan anak anak kita seharian. Sesuatu yang jauh lebih menarik daripada apa yang ditawarkan oleh gajet (Handphone, TV, laptop, Ipad) kepada anak-anak ialah sumber Ibu dan Bapa kepada anak, iaitu menerusi aktiviti dan komunikasi yang berkesan, menarik dan impak (fitrah manusia adalah 'sosial'). Katakan anak ingin meluahkan perasaan sunyi dan bosannya, dia memilih untuk menonton kartun berbanding bercakap dengan ibubapanya (andaikan ibubapa sibuk) atau bermain dengan ibubapanya (andaikan bermain dengan ibubapa tidak atau kurang menarik). Bezanya anak akan jadi pasif dan tidak bercakap pun semasa menonton kartun, sebaliknya hanya menerima maklumat santai dari TV, atau alat perkakasan lain seumpamanya yang menayangkan kartun, dan ia kurang memberi faedah kepada kanak-kanak melainkan mengisi lompong tangki emosi bosan dan tangki emosi lain yang menyusut; perhatian / layanan, perkataan baik/ mengesahkan, sentuhan selamat, dan aktiviti di dalam masa senggang yang ada. 'Under stimulate' adalah salah satu sebab kenapa anak kecil boleh tantrum atau menunjukkan tingkahlaku luar kebiasaan, dan amukannya (dalam Buku Science of Parenting / What Every Parent Needs to Know : Margot Sunderland). Anak kecil, fitrahnya memang sentiasa aktif, dahagakan ('hunger for') input atau maklumat baru, menerusi aktiviti pelbagai, yang melibatkan seluruh sensorinya (bau, dengar, lihat, rasa dan sentuh), iaitu mereka perlukan stimulasi, terutama untuk anak di peringkat usia emas (0-6 tahun). Dan melihat TV hanya melibatkan deria mata - 'Lihat', bermakna keseimbangan tidak berlaku, seterusnya berlakulah 'over stimulate' kepada kanak-kanak melalui maklumat yang diperolehi menerusi MATA sahaja. Justeru, apakah perlu dilakukan oleh ibubapa? Kenapa kanak-kanak minat sangat untuk memegang, menggunakan atau memiliki perkakasan itu seperti ibubapa? Dan mengapa penting kita 'tukar' atau 'gantikan' dengan aktiviti dan sumber ASAL dan SEBENAR ini? Nantikan video 'pendek' saya sebentar lagi ya ☺. Maznah Ibrahim

Salam Jumaat semua. Beberapa pertanyaan berulang dari ibubapa kini kepada saya (pm, seminar, group telegram) ialah tentang bagaimana nak kawal penggunaan gajet anak. Cerita panjang, untuk teknik. Saya ada banyak teknik. Cuma untuk anak sangat suka minta Handphone ibubapa, ada 1 cara confirm berkesan. Nantikan #videoparenting saya hari ini ya. Stay Tune. ❤️

[Ayah Sudah Tiada] - 3 Langkah untuk hadapi kehilangan (grief) & move on . Point Pertama tak boleh skip - ramai yang terperangkap & susah nak move on kerana ini. Terutama anak-anak. . . Elakkan diri & Anak dari terperangkap dalam perasaan itu bertahun-tahun lamanya. Kita tak mahu perkara ini jadi penghalang kepada diri dan anak-anak untuk nikmati hidup yang lebih baik. . Kasihankan diri & anak. . Bantu diri & anak, tonton video ini :) . Sampaikannya kepada rakan, keluarga yang mungkin memerlukan. . p/s: Kongsikan pandangan, kisah, pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/2398205490468698/

[Ayah Pjj - Ibu Stress] - 4 Cara Mudah Ayah Boleh Bantu . Kalau tak dibantu boleh lead kepada stress yang berlebihan dan menganggu kesihatan mental ibu & anak. . . [PJJ - Perhubungan Jarak Jauh] . Mohon tonton dan sampaikan sepada rakan-rakan yang lain ye :). . p/s: kongsikan pengalaman serta pandangan anda dibahagian komen, saya suka nak baca :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/2293673197389129/

Anda ada berjauhan dengan suami ? Nantikan satu video pendek saya esok berkenaan topik ini ya 😊. Sungguh, dalam zaman ini, ada banyak pro n cons nya, . . Zaman dulu berjauhan, isteri tidaklah bekerja dan support system banyak (ramai), Zaman kini, isteri bekerja, nak urus anak seorang diri, dan tidak tinggal dengan support system nya (keluarga luas terdekat), ditambah dengan kehadiran gajet pengganti pengasuh/teman. . Ada 4 Perkara kecil tetapi penting, para suami boleh lakukan 💪, dan ia amat besar maknanya dan kesannya kepada isteri dan anak anak. . . p/s Merefleksi topik ini, saya trigger, sebab saya menyaksikan 'kesan' dari ibu/ayah jarak jauh yang lama dengan ayah/ibu, kepada isteri (kini), dan kesan kepada anak (kemudian, berbelas tahun kemudian) dalam aspek masalah 'mental health' mereka 😔. . . Break the Cycle, Maznah Ibrahim

photo content

Memancing Hati Anak dengan Kuasa Perkataan 😍😍😍 Siri Ketiga nanti di Dewan Arkib Negara, Alor Star untuk Ibubapa Ilmi Orchard Montessori, 20 Julai 2019, 8.30 pagi - 12.00 tengahari. " . . P/S Untuk yang nak hadir Parenting Talk ini, Sempat daftar jika mahu En Sharul +60174158135 Investment cuma RM100 Dengan Makan, Penjagaan Anak, Ebook Premium Hypnoscript Bernilai RM97, Support Group dengan Saya

[Anak Yakin, Berani & Berinisiatif] - perkara yang kita biasanya terlepas pandang Part 2 Semoga Bermanafaat :) p/s: Tinggalkan pandangan/ pengalaman/ ucapan anda di komen, saya suka nak baca. Sharekan dengan pasangan dan sahabat anda. https://youtu.be/N7A2DXraUs8

[Anak Yakin, Berani & Berinisiatif] - perkara yang kita terlepas pandang Beberapa hari lepas ada ramai orang share gambar tulisan seorang murid tentang peranan anak lelaki dan perempuan...jadi saya rakamkan video ini untuk kongsikan sedikit pengalaman saya. Semoga Bermanafaat :) p/s: Tinggalkan pandangan/pengalaman/ucapan anda di bawah ye, saya suka nak baca https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/486176708620488/

KN excited menunjukkan skill melipat 'kainnya' (penutup kepala renang abg Fateh) Fasa usia 2 thn juga ialah fasa MENUNJUK kan skill mereka, memanjat, menumbuk alu, melompat, apa saja kerja sendirinya kerana ia fasa AUTONOMI, buat dengan cara aku sendiri, dan jika tidak dibenar/dirai, akan boleh mencipta kepada rasa RAGU-RAGU (doubt). RAIKAN. perhatikan KEYWORD mereka: "mami, ayah, TENGOK NI, TENGOK NI" (nak tunjuk skill apa apa la 😂) . di sudut sana, abgnya sibuk tunjukkan skill juga, menjadikan gasing laju berpusing dengan jayanya, Fasa INITIATIVE (berusaha) dengan pelbagai gaya usaha, jika tidak dirai, boleh mencipta RASA BERSALAH kerana telah usaha tetapi tidak disokong malah dimarahi ats usahanya. . raikan. maznah ibrahim.

photo content

Post lama 2 tahun lalu Fasa 2-6 tahun ============ Oh ya, penulisan yang sebelum ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=769854836522436&id=477691842405405 . Fasa Autonomi ialah dalam lingkungan usia 1.5-3.0 tahun . Manakala Fasa Initiative ialah usia dalam 3.0-6.0 tahun . Fateh 5.4 tahun manakala KN (Khairunnisa' ialah 2.4 tahun), . Fasa 2-6 tahun ini amat penting overall untuk konfiden, harga diri, efisien diri, . yang mana ia akan muncul semula mungkin (kebanyakan kes), . isu, pabila masuk usia remaja, 13-17 tahun, . ditambah faktor usia remaja hormon kurang stabil, . dan cabaran konflik/ keliru identiti, serta faktor tekanan rakan sebaya amat tinggi. . anak yang jatidiri tinggi ialah anak yang dipenuhi keperluan perkembangan emosi dan sosialnya semasa usia 2-6 tahun, (yang anak cuba dan buat macam-macam tu 😂. Jika ibubapa dan persekitaran tak faham, jadilah tuduhan, ancaman, marah, dendaan dsb) . Namun ia sebenarnya bermula dari asas yang stabil dan konsisten, . bermula semasa usia 0-2 tahun (percaya kepada penjaga /ibubapa dari layanan konsisten dan baik selamat --> membentuk security/rasa selamat kepada diri dan persekitaran), . berlanjutan dengan pembentukan dan pengukuhan yakin diri dalam lingkungan sosial (luar keluarga nukleus - kejiranan, keluarga lain, sekolah dll) perlahan-lahan semasa usia 2-6 tahun ini. . Hmm... ok kah? . Maznah Ibrahim

Memancing Hati Anak dengan Kuasa Perkataan 😍😍😍 Siri kedua nanti di D Jawi Bella Hotel, Jejawi untuk Ibubapa Ilmi Orchard Montessori, 13 Julai 2019, 8.30 pagi - 12.00 tengahari. Kami kongsikan antara feedback ibubapa IOM pada Sabtu lepas, Pn Mimi. "... semalam saya dah try satu 'hypnotise' dengan anak-anak, Alhamdulillah anak-anak kurang meragam dan tidak marah ...dan Alhamdulillah saya dan suami pun kurang sikit garang pada anak dan senang handle anak..." . TERIMA KASIH PN MIMI 😍👍😘 . Apa skrip 'Hypnotise' tu, saya pun tak pasti skrip yang mana satu. 😊😊😊 . Sebenarnya Pn Mimi dan suami ni couple yang bagus sangat, berusaha dan berubah cara parenting dari anak no 1 ke no 4. Puan Mimi juga dah buat teknik hypnoscript ni lama dah 👍👍👍, dan nampak kesan pada anak speech delay yang sekarang dah berusia 7 tahun. Cuma kita touch up sikit apa kita dah tahu, dah amal, dengan lebih baik aja... . "Ya sebenarnya ia mudah dan ramai dah buat, cuma kita nak make sure ia better dan berkesan lebih baik. Manakala kesannya ada yang jangka masa lambat, dan ada yang segera. The power of believe and just do aja". 😍 - Maznah Ibrahim . . P/S: Untuk beli Ebook Premium ini saja, boleh Klik sini ya untuk Diskaun :) http://bit.ly/2YNXAHT http://bit.ly/2YNXAHT http://bit.ly/2YNXAHT P/S Untuk yang nak hadir Parenting Talk ini, Sempat daftar jika mahu En Sharul +60174158135 Investment cuma RM100 Dengan Makan, Penjagaan Anak, Ebook Premium Hypnoscript Bernilai RM97, Support Group dengan Saya https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/2824764107595591/

Memancing Hati Anak dengan Kuasa Perkataan 😍😍😍 Siri kedua nanti di D Jawi Bella Hotel, Jejawi untuk Ibubapa Ilmi Orchard Montessori, 13 Julai 2019, 8.30 pagi - 12.00 tengahari. Kami kongsikan antara feedback ibubapa IOM pada Sabtu lepas, Pn Erna. "... Terutama dari segi teknik dan penggunaan ayat... Saya dapat belajar banyak ilmu ilmu baru, yang boleh diaplikasikan kepada anak-anak. Macam apa perkataan yang boleh digunakan, apa perkataan yang tak boleh, ...Ebook juga banyak pengisian.." . TERIMA KASIH PN ERNA 😍👍😘 . Apa yang boleh apa yang tak boleh tu? Ha nanti kita kongsikan sama sama ya. Saya sendiri pun kerap tersilap dalam penggunaan ayat dan perkataan saya, bagusnya bila cepat sedar dan ubah terus. Kalau kita tak sedar ia kurang tepat selama ini, macam mana? "Banyaknya saya tahu keyword tu sebab saya dah melihat 'kesan' selepas dah jadi, dan impaknya besar pada anak anak ini. Jadi perkataan atau keyword tertentu tu saya dah masukkan dalam Ebook siap siap". - Maznah Ibrahim . P/S: Untuk beli Ebook Premium ini saja, boleh Klik sini ya untuk Diskaun :) http://bit.ly/32nFPl2 http://bit.ly/32nFPl2 http://bit.ly/32nFPl2 P/S Untuk yang nak hadir Parenting Talk ini, Sempat daftar jika mahu En Sharul +60174158135 Investment cuma RM100 Dengan Makan, Penjagaan Anak, Ebook Premium Hypnoscript Bernilai RM97, Support Group dengan Saya