DrZaharuddin Group
📈 تحلیل کانال تلگرام DrZaharuddin Group
کانال DrZaharuddin Group (@drzaharuddingroup) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 037 مشترک است و جایگاه 3 314 را در دسته اقتصاد و امور مالی و رتبه 916 را در منطقه ماليزيا دارد.
📊 شاخصهای مخاطب و پویایی
از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 037 مشترک جذب کرده است.
بر اساس آخرین دادهها در تاریخ 22 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -239 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -10 بوده و همچنان دسترسی گستردهای حفظ شده است.
- وضعیت تأیید: تأیید نشده
- نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 11.90% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 3.43% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب میکند.
- دسترسی پستها: هر پست به طور میانگین 4 289 بازدید دریافت میکند. در اولین روز معمولاً 1 237 بازدید جمعآوری میشود.
- واکنشها و تعامل: مخاطبان بهطور فعال حمایت میکنند؛ میانگین واکنش به هر پست 38 است.
📝 توضیح و سیاست محتوایی
توضیحی برای کانال ارائه نشده است.
به لطف بهروزرسانیهای پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 23 ژوئن, 2026)، کانال همواره بهروز و دارای دسترسی بالاست. تحلیلها نشان میدهد مخاطبان بهطور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته اقتصاد و امور مالی تبدیل کردهاند.
در حال بارگیری داده...
| تاریخ | رشد مشترکین | اشارات | کانالها | |
| 23 ژوئن | 0 | |||
| 22 ژوئن | 0 | |||
| 21 ژوئن | +2 | |||
| 20 ژوئن | 0 | |||
| 19 ژوئن | 0 | |||
| 18 ژوئن | 0 | |||
| 17 ژوئن | 0 | |||
| 16 ژوئن | 0 | |||
| 15 ژوئن | 0 | |||
| 14 ژوئن | 0 | |||
| 13 ژوئن | 0 | |||
| 12 ژوئن | 0 | |||
| 11 ژوئن | 0 | |||
| 10 ژوئن | 0 | |||
| 09 ژوئن | 0 | |||
| 08 ژوئن | 0 | |||
| 07 ژوئن | 0 | |||
| 06 ژوئن | 0 | |||
| 05 ژوئن | 0 | |||
| 04 ژوئن | 0 | |||
| 03 ژوئن | 0 | |||
| 02 ژوئن | +1 | |||
| 01 ژوئن | 0 |
| 2 | بدون متن... | 1 721 |
| 3 | info hak siaran bola Piala Dunia | 2 222 |
| 4 | Selepas menunaikan solat Subuh pagi ini di Masjidil Haram, dapat mesej dari penerbit buku saya yang terbaru, kedua-duanya boleh didapati di PBAKL, kali ni saya tidak sempat untuk bersama mempromosikan dua buku terbaru ini kerana masih berada di Mekah.
Dapatkan ye InshaAllah, dijamin bermanfaat dan Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk buku ini adalah pelaburan yang berbaloi.
1) Buku Monolog Luka, mengetengahkan pelbagai keluh kesah dalaman dan menganggu hidup, saya bawakan cadangan dan rawatan berdasarkan sumber Al-Quran dan Sunnah.
2) Buku 50 Amalan Kecil Tapi Besar - Saya kunpulkan hadis-hadis sahih dan hasan berkait amalan yang mudah diamal tetapi berganjaran besar, sesuai untuk orang sibuk. Namun ia bukan sekadar hadis dan terjemahan, tetapi juga huraian ringkas dan pengajaran yang praktikal.
Dapatkan segera ye. | 4 372 |
| 5 | Info berguna untuk jemaah haji. kad debit withdraw cash saya gunakan rhb islamic debit card kerana telah cuba kad bimb, tetapi 2 bank declined so tak dapat nak test kad BIMB yang ada logo TH tu.
Jika nak tanya pasal ibadah haji dan umrah, boleh daftar ke Ai terlatih oleh saya dan pasukan, buka di web myhajiumrah.com
Inshallah ia boleh membantu mendapatkan pandangan hukum dengan pantas semaasa ketiadaan pembimbing haji dan sebelum rujuk mutawif anda.
atau boleh juga guna aplikasi mobil, Pautan muat turun adalah seperti berikut:
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myhajiumrah-ai-advisor/id6759947117
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myhajiumrah.app | 4 354 |
| 6 | Jom kongsi info untuk yang menunaikan dan semua umat Islam. Nabi saw suruh sebarkan mesej baginda di khutbah arafah.
Jika nak tanya pasal ibadah haji dan umrah, boleh daftar ke Ai terlatih oleh saya dan pasukan, buka di web myhajiumrah.com
Inshallah ia boleh membantu mendapatkan pandangan hukum dengan pantas semaasa ketiadaan pembimbing haji dan sebelum rujuk mutawif anda.
atau boleh juga guna aplikasi mobil, Pautan muat turun adalah seperti berikut:
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myhajiumrah-ai-advisor/id6759947117
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myhajiumrah.app
Jika nak belajar pasal riba dengan Ai yang dipercayai di selia oleh team kami, chat dengan ai di Shariahlab.io | 3 431 |
| 7 | Jom laksanakan Qurban anda di myinfaq.org. bagi yang memilih pakej Malaysia, boleh hadir bersama semasa Qurban. Sembelihan Qurban di Malaysia dilakukan pada hariraya pertama 10 zulhijjah pada jam 1 pm inshallah.
Bagi pakej Uganda dan 7 negara, VIDEO dengan menyebut nama peserta sewaktu proses sembelihan ingin dilaksanakan, video akan diberi, setelah diperolehi secepat mungkin. inshallah.
Tarikh tutup penyertaan 21 Mei 2026. | 3 034 |
| 8 | King Saud University Scholarship 2026 in Saudi Arabia (Fully Funded)
University: King Saud University
Scholarship coverage: Fully Funded
Degree level: Bachelors, Masters, PhD
Eligible nationality: All Nationalities
Award country: Saudi Arabia
Last date: 21 May 2026
Apply Link: https://lnkd.in/duvEyP4d | 3 295 |
| 9 | بدون متن... | 2 964 |
| 10 | Jika nak tanya pasal ibadah haji dan umrah, boleh daftar ke Ai terlatih oleh saya dan pasukan, buka di web myhajiumrah.com
Inshallah ia boleh membantu mendapatkan pandangan hukum dengan pantas semaasa ketiadaan pembimbing haji dan sebelum rujuk mutawif anda.
atau boleh juga guna aplikasi mobil, Pautan muat turun adalah seperti berikut:
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myhajiumrah-ai-advisor/id6759947117
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myhajiumrah.app | 2 795 |
| 11 | Sila ambil perhatian sebelum ke Mina dan Arafah dan seterusnya.
Jika ada persoalan berkaitan ibadah haji dan umrah, anda boleh bertanya melalui AI yang telah dilatih khas oleh saya dan pasukan di web myhajiumrah.com
Insya-Allah, ia dapat membantu memberikan panduan dan pandangan hukum dengan lebih pantas, khususnya ketika ketiadaan pembimbing haji atau sebelum merujuk mutawif anda.
Atau boleh juga menggunakan aplikasi mobile. Pautan muat turun adalah seperti berikut:
Apple App Store:https://apps.apple.com/my/app/myhajiumrah-ai-advisor/id6759947117
Google Play Store:https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myhajiumrah.app | 3 122 |
| 12 | Jangan seronok dan leka bila dosa belum dibalas
Firman Allah Ta‘ala:
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ ۚ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا
Ertinya: “Janganlah orang-orang kafir itu menyangka bahawa tempoh yang Kami berikan kepada mereka itu baik untuk mereka. Kami hanya memberi tempoh kepada mereka supaya bertambah dosa mereka.” (Surah Ali ‘Imran, 3:17)
Ayat ini walau dituju asalnya kepada orang kafir namun ia membawa satu kefahaman yg terpakai juga untuk pendosa dari kalangan umat Islam. ia berdasarkan kaedah 'al-ibratu bi umum al-lafzi la bi khususi al-sabab'
Ya, tidak semua kelapangan itu rahmat. Tidak semua “aku buat dosa dan zalimi orang tapi hidup aku okay je” itu tanda Allah redha.
Kadang-kadang penangguhan hukuman itu sendiri satu istidraj, Allah swt biarkan, bukan kerana Dia lupa, tetapi kerana balasan sedang menunggu. dan ia bertambah berat lagi dengan penangguhan.. na'uzubillah min zalik
Muhasabah Diri
----
Jom laksana Qurban dengan pelbagai pakej di myinfaq.org dan bukti sembelihan dengan video dan sebutan nama peserta akan diberikan InshaAllah. | 3 525 |
| 13 | Ada soalan berkenaan sirah dan tempat bersejarah di Mekah dan Madinah, antaranya adalah Nabi saw naik ke jabal rahmah masa musim haji? boleh juga soal di aplikasi ai terlatih untuk jemaah haji dan umrah di myhajiumrah.com
Pautan muat turun adalah seperti berikut:
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myhajiumrah-ai-advisor/id6759947117
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myhajiumrah.app | 3 138 |
| 14 | BERGUNUNG PAHALA TETAPI ALLAH JADINYA DEBU SAHAJA?
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَأَعْلِمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Lalu seorang sahabat bernama Thauban meminta Nabi SAW menjelaskan siapakah mereka,
Kemudian Baginda menjawab:
أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ، وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ، وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا
Ertinya : Ketahuilah, mereka itu ialah saudara-saudara kamu, daripada kalangan kamu sendiri, dan mereka juga bangun 'beribadah' mengambil bahagian malam sebagaimana kamu mengambilnya. Tetapi mereka ialah kaum yang apabila BERSENDIRIAN, mereka MELANGGAR perkara-perkara yang diharamkan Allah. " (Riwayat Al-Tirmizi : Hadis Hasan )
Inilah yang sangat menggerunkan. Kumpulan ini dari kalangan orang yang beramal banyak, khususnya ketika di hadapan manusia lain. Namun, yang menghancurkan mereka ialah wajah sebenar mereka ketika bersendirian. Di hadapan manusia, mereka membina amal dan terlihat amat mulia. Di belakang manusia, mereka dengan bebas melakukan dosa, tiada endah hukuman. Maka bahaya yang paling besar bukan semata-mata kurang amal, tetapi banyak amal di mata manusia, tetapi banyak dosa rahsia waktu sendirian. Dosa tersembunyi ini juga boleh berlaku di zaman media sosial ini iaitu kejahatan lisan dan keyboard melalui 'Fake Account'.
Muhasabah Diri | 3 465 |
| 15 | Paling rugi ialah apabila kita penat beramal, tetapi amalan itu tidak naik kepada Allah. Firman Allah Ta‘ala:
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ
Ertinya :“Kepada-Nyalah naik perkataan yang baik, dan amal soleh pula mengangkatnya.” ( Surah Fatir, 35:10)
Imam al-Baghawi ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa 'al-kalim al-tayyib' merujuk kepada perkataan yang baik seperti kalimah tauhid, zikir, tasbih, tahmid dan segala ucapan yang diredai Allah.
Namun para ulama turut menjelaskan satu hakikat besar, iaitu perkataan yang baik perlu diikuti dan dibuktikan dengan amal soleh. Zikir yang keluar dari lidah, tetapi tidak disertai ketaatan, adab dan tanggungjawab, belum tentu diangkat sebagaimana sepatutnya.
Kadang-kadang sesuatu percakapan, perbuatan atau perjuangan kita kelihatan baik. Niatnya mungkin baik. Isunya mungkin benar. Tujuannya mungkin mulia. Tetapi apabila ia disulam dengan maki hamun, kata kesat, penghinaan, fitnah, ego, dendam dan merendahkan manusia lain, maka di manakah amal solehnya?
Perkataan yang baik tidak terangkat kepada Allah swt tanpa amal soleh. Begitu juga sesuatu 'perjuangan' yang baik boleh tercemar apabila caranya tidak soleh.
Bukan semua yang lantang itu benar-benar tinggi di sisi Allah.
Bukan semua yang nampak memperjuangkan agama dan adil itu mengikuti adab agama dan amal soleh yang diperlukan untuk mengangkatnya kepada Allah swt.
Yang penting bukan sekadar banyak bercakap, banyak menulis, banyak berjuang atau banyak beramal. Yang juga setara penting ialah memastikan semuanya benar-benar 'naik kepada Allah', dengan tauhid, ikhlas, adab, taat dan akhlak.
Kerana amal yang kelihatan besar di mata manusia, boleh menjadi kecil apabila rosak niat dan caranya.
Muhasabah Diri | 3 525 |
| 16 | Dalam waktu dunia tidak menentu, emas sering dilihat sebagai tempat berlindung. Tetapi membeli emas tanpa ilmu boleh menyebabkan kita “selamat daripada inflasi, tetapi tewas kepada spread, premium dan lupa zakat.”
Infografik dan jawapan ini diberikan oleh ShariahLab.io, AI Islamic Finance Assistant yang membantu menjelaskan isu kewangan Islam, fiqh muamalat, zakat, pelaburan dan Shariah governance dengan lebih tersusun, cepat dan mudah difahami.
Cuba sendiri di web www.shariahlab.io atau mobile apps:
Google Play:
https://play.google.com/store/apps/details?id=app.shariahlab.io&pcampaignid=web_share
Apple App Store:
https://apps.apple.com/my/app/shariahlab-ai-shariah-advisor/id6748211812
Infografik ini merangkumkan 10 panduan mudah untuk melabur dan menyimpan emas dengan lebih bijak:
1. Jangan beli sebab panik perang — beli ikut strategi.
Ketika konflik Iran–USA–Israel atau apa-apa krisis geopolitik, emas boleh naik mendadak, tetapi juga boleh jatuh semula apabila berita reda. Jadi jangan terus masuk semua duit. Contoh: kalau ada RM10,000, jangan beli emas RM10,000 sekaligus. Mungkin beli RM2,000 dahulu, kemudian RM2,000 lagi bila harga turun atau ikut jadual bulanan.
2. Guna kaedah beli berperingkat, bukan “all in”.
Untuk orang biasa, kaedah paling selamat ialah dollar-cost averaging. Contoh: beli RM500 atau RM1,000 sebulan. Kalau harga naik, kita sudah ada pegangan. Kalau harga turun, kita masih ada tunai untuk beli pada harga lebih baik.
3. Simpan emas sebagai 5% hingga 20% daripada aset, bukan semua harta.
Contoh mudah: kalau jumlah simpanan dan aset cair seseorang ialah RM50,000, pegangan emas yang munasabah mungkin sekitar RM5,000 hingga RM10,000. Jangan sampai semua tunai jadi emas, kerana bila kecemasan berlaku, kita masih perlukan cash untuk keluarga, perubatan, bisnes, sekolah anak atau perjalanan.
4. Fokus emas 999 / 999.9 dalam bentuk bar atau syiling kecil.
Untuk pelaburan, lebih baik beli emas 999 atau 999.9 berbanding barang kemas. Barang kemas ada upah, reka bentuk dan spread yang lebih tinggi. Untuk orang biasa, pecahan seperti 1g, 5g, 10g, 20g lebih mudah dijual semula berbanding terus beli 100g. Contoh: kalau ada 50g dalam bentuk 10 keping x 5g, lebih mudah jual sedikit-sedikit bila perlu.
5. Semak spread — ini sangat penting.
Spread ialah beza harga beli dan harga jual semula.
Contoh: kita beli emas pada RM630/g, tetapi kedai beli balik pada RM590/g. Spread ialah RM40. Jika RM40 / RM630 = sekitar 6.35%. Itu masih boleh diterima.
Panduan mudah:
Spread bawah 5% = sangat sihat.
Spread 5%–7% = masih baik.
Spread 7%–9% = masih boleh diterima, terutama untuk produk kecil 1g atau 5g.
Spread 10%–15% = kurang menarik untuk pelaburan, kecuali ada sebab tertentu.
Spread lebih 15% = biasanya tidak sesuai untuk pelaburan serius.
Contoh praktikal: kalau emas perlu naik 12% baru kita balik modal, itu bermakna kita sudah masuk dengan kos yang berat.
6. Jangan beli emas terlalu kecil jika premium terlalu tinggi.
Emas 0.1g, 0.2g atau 0.5g nampak murah, tetapi kadang-kadang harga per gramnya sangat mahal. Contoh: beli 0.5g pada RM380 bermakna harga efektif RM760/g, sedangkan harga pasaran mungkin sekitar RM600/g. Itu premium terlalu tinggi. Untuk orang biasa, 1g boleh diterima, tetapi 5g dan 10g biasanya lebih baik dari sudut kos.
7. Pilih penjual yang mudah buyback.
Jangan hanya tengok harga murah. Tanya tiga perkara:
“Berapa harga jual hari ini?”
“Berapa harga buyback hari ini?”
“Boleh jual balik di cawangan mana dan dokumen apa diperlukan?”
Penjual yang baik biasanya jelas tentang harga, resit, ketulenan, sijil dan syarat buyback. Elakkan skim yang menjanjikan pulangan tetap bulanan, kerana emas bukan instrumen yang memberi dividen tetap.
8. Pastikan patuh Shariah: bayar penuh dan berlaku qabd.
Emas ialah item ribawi. Jadi pembelian emas perlu jelas dari sudut bayaran dan pemilikan. Elakkan beli emas secara hutang, margin, leverage atau skim yang tidak jelas sama ada emas benar-benar dimiliki. | 3 495 |
| 17 | Jika beli emas digital, pastikan jelas: emas itu allocated atau tidak, boleh ditebus fizikal atau tidak, siapa custodian, dan bila pemilikan berlaku.
9. Ambil kira zakat: gabungkan nilai emas simpanan dengan tunai dan aset zakatable lain.
Ini point penting. Zakat wang simpanan diukur berdasarkan nisab emas 85 gram, dan Lembaga Zakat Selangor juga menyatakan emas bukan perhiasan dikenakan zakat 2.5% jika cukup nisab 85g.
Contoh nisab:
Jika harga emas RM600/g, maka nisab lebih kurang:
85g x RM600 = RM51,000
Maka jika jumlah harta zakatable seseorang melebihi sekitar RM51,000 dan cukup haul, zakat 2.5% perlu dibayar.
Contoh 1:
Tunai di bank: RM30,000
Emas simpanan: 40g x RM600 = RM24,000
Jumlah harta zakatable: RM54,000
Zakat: RM54,000 x 2.5% = RM1,350
Contoh 2:
Tunai: RM10,000
Emas simpanan: 20g x RM600 = RM12,000
Jumlah: RM22,000
Belum cukup nisab contoh RM51,000, maka belum wajib zakat harta simpanan.
Contoh 3:
Tunai: RM70,000
Emas: 10g x RM600 = RM6,000
Jumlah: RM76,000
Zakat: RM76,000 x 2.5% = RM1,900
Untuk kiraan sebenar, ikut kaedah pusat zakat negeri kerana harga nisab dan kaedah penolakan hutang semasa boleh berbeza.
10. Tetapkan tujuan: simpanan kecemasan, pendidikan anak, haji/umrah atau warisan.
Emas paling sesuai untuk tujuan jangka sederhana dan panjang. Contoh: beli 5g sebulan selama 12 bulan = 60g setahun. Jika harga purata RM600/g, nilai simpanan lebih kurang RM36,000. Tetapi jangan lupa: bila cukup nisab bersama tunai dan cukup haul, zakat perlu dikira.
Infografik dan ringkasan ini dibantu oleh ShariahLab.io, AI Islamic Finance Assistant yang membantu menjelaskan isu kewangan Islam, fiqh muamalat, zakat, pelaburan dan Shariah governance dengan lebih tersusun, cepat dan mudah difahami.
Cuba sendiri di: www.shariahlab.io | 2 874 |
| 18 | بدون متن... | 2 800 |
| 19 | Snapshot sebagai teaser akan beberapa kandungan buku terbaru saya yang akan mula dijual pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2026 ini di Booth Karya Bestari, Karangkraf.
Buku ini mempamerkan monolog luka yang diperam seorang diri oleh ramai orang, maka buku ini cuba menjadi teman yang merawat, dengan jawapan bersumberkan ilmu dari al-quran dan sunnah dan tafsiran ulama silam.
Semoga bermanfaat tuan puan. | 4 016 |
| 20 | Jangan pandang kecil dosa. Rasulullah ﷺ bersabda:
إِيَّاكُمْ وَمُحَقَّرَاتِ الذُّنُوبِ، فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ
Ertinya: “Jauhilah dosa-dosa kecil yang dipandang remeh, kerana sesungguhnya ia akan berkumpul pada seseorang hingga membinasakannya.”
Ramai orang takut dosa besar, alhamdulilah ia memang patut sekali, tetapi jangan sampai tidak takut dosa yang “biasa-biasa”.
Padahal yang kecil turut membinasakan hati, dosa kecil yang diulang-ulang. Sedikit demi sedikit, hati menjadi besar dan hati menjadi keras, malu kepada Allah makin hilang, lalu maksiat terasa biasa. Na’izubillahi min zalik. | 3 520 |
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
