DrZaharuddin Group
Mostrar más
43 416Suscriptores
-1424 hours
-887 days
-50330 days
- Suscriptores
- Cobertura postal
- ER - ratio de compromiso
Carga de datos en curso...
Tasa de crecimiento de suscriptores
Carga de datos en curso...
Meteorological Warning for next week (14 - 21/April). Extremely high temperatures expected _(40⁰ C and above)_. Drink plenty of water and take care.
😢 18❤ 10👍 4😱 4🔥 2😨 1
Susah betul nak jual produk alternatif air coklat confirm sedap ini, KA jual 2 minit je licin berpuluh ribu pack dendeng huhu..
Jom bantu ye.. harini LAST DAY PROMOSI HARIRAYA.
Sambil berikan penilaian terhadap kualiti produk ini. 100% muslim produk. Link di
https://shp.ee/f90yf0o
👍 12
Antara perkongsian saya sepanjang 3 hari Tanyalah Ustaz TV 9.
KEUNTUNGAN 'MEMBERI' :
1- Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedeqah.
2- Memadamkan kemarahan Allah taala.
3- Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.
4- Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.
5- Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda
6- Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa
7- Sedeqah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeqi.
8- Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.
9- Bukti kebenaran iman.
10- Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat tepuji.
11- Pintu segala amalan kebaikan.
12- Berada di bawah naungan sedeqahnya pada hari qiamat.
BENTUK SEDEQAH YANG TERBAIK
1. Sedeqah yang disembunyikan.
2. Amalan sedeqah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.
3. Amalan sedeqah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib
4. Sedeqah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.
5. Pemberian sedeqah kepada jiran tetangga
6. Sedeqah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.
7. Sedeqah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq.
8. Sedeqah jariah/ sedeqah yang berterusan.
9. Pada waktu yang tepat dan terpilih
Apa-apa tambahan yang tuan puan perolehi, boleh tambahkan di ruangan komen.
Dr Zaharuddin Abd Rahman
myinfaq.org
👍 35❤ 12🥰 3
Boleh mula mendaftar qurban dan juga aqiqah di link berikut:
https://myinfaq.org/qurban/
Pakej Malaysia sembelihan di Temerloh inshallah.
MyInfaq - Qurban, Aqiqah, Sedeqah & Zakat 2024
Laksanakan Ibadah Qurban, Aqiqah, Sedeqah, Zakat & Waqaf melalui myinfaq.org. Terpercaya, Telus Lagi Amanah. Syukuri Nikmat Allah Laksanakan Qurban Kepada Allah SWT Tanda Keimanan & Ketulusan Jiwa.
❤ 2
Baca hadis dan huraian di link
https://masabih.org/ext/sahih-bukhari/5526
Dialukan juga sesiapa yang sudi utk sadaqah jariah di Syawwal ini untuk menyiapkan sepenuhnya web syarah hadis tidak berorientasikan keuntungan dan percuma ( mencatat 400,000 klik dalam 3 bukan) untuk kegunaan awam ini di link
https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/
👍 12❤ 6
Jom bantu ye.. sambil berikan penilaian terhadap kualiti produk ini. 100% muslim produk.
Promosi syawal masih berbaki 2 hari lagi sehingga 15 April 2024
Boleh beli terus di shopee di link di https://shp.ee/f90yf0o
👍 7
Baca hadis dan huraian di
https://masabih.org/mishkat/kitab-fitan-5
Dialukan juga sesiapa yang sudi utk sadaqah jariah di akhir Ramadhan ini untuk menyiapkan sepenuhnya web syarah hadis tidak berorientasikan keuntungan dan percuma untuk kegunaan awam ini di link
https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/
👍 6
RINGKASAN AMALAN DAN KESILAPAN KERAP DI HARIRAYA
Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Di hari mulia Syawal yang akan datang ini, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir (sebelum solat raya) dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pemborosan dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Nabi pernah bersabda :
مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه
Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri.
👍 16🥰 3❤ 1😁 1