fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Masri's Channel

Masri's Channel

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu, nasihat, dan sekali-sekala iklan produk yang saya jual.

نمایش بیشتر
3 060
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-67 روز
-1730 روز

در حال بارگذاری داده‌ها

ابر برچسب‌ها
هیچ داده‌ای
مشکلی وجود دارد؟ لطفاً صفحه را تازه کنید یا با مدیر پشتیبانی ما تماس بگیرید.
اشارات ورودی و خروجی
---
---
---
---
---
---
جذب مشترکین
اکتبر '26
اکتبر '26
+9
در 0 کانال‌ها
سپتامبر '26
+5
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اوت '26
+32
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئیه '26
+51
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئن '26
+17
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مه '26
+5
در 0 کانال‌ها
Get PRO
آوریل '26
+5
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مارس '26
+3
در 0 کانال‌ها
Get PRO
فوریه '26
+6
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژانویه '26
+4
در 0 کانال‌ها
Get PRO
دسامبر '25
+6
در 0 کانال‌ها
Get PRO
نوامبر '25
+4
در 2 کانال‌ها
Get PRO
اکتبر '25
+6
در 1 کانال‌ها
Get PRO
سپتامبر '25
+7
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اوت '25
+1
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئیه '25
+10
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئن '25
+4
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مه '25
+4
در 0 کانال‌ها
Get PRO
آوریل '25
+8
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مارس '25
+10
در 0 کانال‌ها
Get PRO
فوریه '25
+2
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژانویه '25
+27
در 0 کانال‌ها
Get PRO
دسامبر '24
+18
در 0 کانال‌ها
Get PRO
نوامبر '24
+12
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اکتبر '24
+429
در 1 کانال‌ها
Get PRO
سپتامبر '24
+27
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اوت '24
+90
در 1 کانال‌ها
Get PRO
ژوئیه '24
+100
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئن '24
+31
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مه '24
+47
در 0 کانال‌ها
Get PRO
آوریل '24
+68
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مارس '24
+45
در 1 کانال‌ها
Get PRO
فوریه '24
+10
در 1 کانال‌ها
Get PRO
ژانویه '24
+16
در 0 کانال‌ها
Get PRO
دسامبر '23
+6
در 0 کانال‌ها
Get PRO
نوامبر '23
+74
در 1 کانال‌ها
Get PRO
اکتبر '23
+36
در 0 کانال‌ها
Get PRO
سپتامبر '23
+3
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اوت '23
+6
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئیه '23
+4
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئن '23
+65
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مه '23
+5
در 0 کانال‌ها
Get PRO
آوریل '23
+7
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مارس '23
+9
در 0 کانال‌ها
Get PRO
فوریه '23
+4
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژانویه '23
+4
در 0 کانال‌ها
Get PRO
دسامبر '22
+2
در 0 کانال‌ها
Get PRO
نوامبر '22
+1
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اکتبر '22
+3
در 0 کانال‌ها
Get PRO
سپتامبر '22
+3
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اوت '22
+6
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئیه '22
+2
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئن '22
+7
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مه '22
+1
در 0 کانال‌ها
Get PRO
آوریل '22
+4
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مارس '22
+1
در 0 کانال‌ها
Get PRO
فوریه '22
+6
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژانویه '22
+11
در 0 کانال‌ها
Get PRO
دسامبر '21
+22
در 0 کانال‌ها
Get PRO
نوامبر '21
+10
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اکتبر '21
+16
در 0 کانال‌ها
Get PRO
سپتامبر '21
+34
در 0 کانال‌ها
Get PRO
اوت '21
+24
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئیه '21
+2
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژوئن '21
+66
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مه '21
+4
در 0 کانال‌ها
Get PRO
آوریل '21
+13
در 0 کانال‌ها
Get PRO
مارس '21
+31
در 0 کانال‌ها
Get PRO
فوریه '21
+359
در 0 کانال‌ها
Get PRO
ژانویه '21
+129
در 0 کانال‌ها
Get PRO
دسامبر '20
+3 425
در 0 کانال‌ها
تاریخ
رشد مشترکین
اشارات
کانال‌ها
25 اکتبر0
24 اکتبر0
23 اکتبر+1
22 اکتبر0
21 اکتبر0
20 اکتبر0
19 اکتبر+1
18 اکتبر0
17 اکتبر0
16 اکتبر+3
15 اکتبر0
14 اکتبر0
13 اکتبر0
12 اکتبر+1
11 اکتبر+1
10 اکتبر+1
09 اکتبر+1
08 اکتبر0
07 اکتبر0
06 اکتبر0
05 اکتبر0
04 اکتبر0
03 اکتبر0
02 اکتبر0
01 اکتبر0
پست‌های کانال
Isnin lalu kita telah memulakan sesi pertama Surah al-Mu'minun. Sesi 1 Isnin lalu hanya membincangkan ayat pertama dan ayat kedua sahaja. • قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ١ “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman” Ayat ini menegaskan kejayaan bagi orang-orang yang beriman. Kalimah قَدْ menunjukkan penegasan. Kemudian أَفْلَحَ adalah fe'el madhi yang menunjukkan ia benar-benar pasti akan berlaku. Ciri pertama orang yang pasti berjaya telah kita bincangkan iaitu: • ١ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ ٢ Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka o Sesungguhnya, kekhusyukan dalam solat hanya dapat dicapai oleh orang yang mengosongkan hatinya untuk solat, menumpukan perhatian kepadanya dan tidak menyibukkan diri dengan perkara lain. Dia juga mengutamakan solat berbanding perkara-perkara lain. o Khusyuk akan menjadikan solat itu sebagai penyejuk mata dan kerehatan bagi kita. عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا: النِّسَاءُ، وَالطِّيبُ، وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ " Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda: “Dijadikan aku menyukai perkara dunia iaitu: wanita, dan wangian. Dijadikan solat sebagai penyejuk mataku.” (Musnad Ahmad, sanad hasan) عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مُحَمَّدِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ ، قَالَ : انْطَلَقْتُ أَنَا وَأَبِي ، إِلَى صِهْرٍ لَنَا مِنَ الأَنْصَارِ نَعُودُهُ فَحَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَقَالَ لِبَعْضِ أَهْلِهِ : يَا جَارِيَةُ ائْتُونِي بِوَضُوءٍ لَعَلِّي أُصَلِّي فَأَسْتَرِيحَ ، قَالَ : فَأَنْكَرْنَا ذَلِكَ عَلَيْهِ ، فَقَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، يَقُولُ : قُمْ يَا بِلاَلُ فَأَرِحْنَا بِالصَّلاَةِ. Daripada Abdullah bin Muhammad bin al-Hanafiyyah, beliau berkata: Aku dan bapaku pergi menziarahi seorang kerabat kami daripada golongan Ansar yang sedang sakit. Apabila masuk waktu solat, dia berkata kepada salah seorang ahli keluarganya: “Wahai anak perempuan, bawakan air untuk berwuduk kepadaku. Mudah-mudahan aku dapat menunaikan solat lalu berasa tenang.” Beliau berkata: “Kami mengingkari perbuatannya itu.” Lalu dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Bangunlah, wahai Bilal! Rehatkanlah kami dengan solat.’” (Sunan Abi Dawud, Isnad Sahih). Insya-Allah Isnin ini kita akan sambung ayat ketiga pula: • وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنِ ٱللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ٣ Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia” Apa dia al-Laghw/perkara sia-sia? Kumpul tupperware banyak-banyak kira laghw tak? Suka modify kereta kita laghw tak? Jom sambung Isnin ini. Pautan daftar di bawah: https://forms.gle/KfbFSXJhCHmAqgw8A Atau whatsapp -> www.wasap.my/60132506391/tadabbur+surah+al-mu'minun

2
Pernah satu ketika selesai solat Subuh di pagi Jumaat, seorang pemuda yang solat di sebelah saya bertanya kepada saya: Kenapa tadi kita solat tiga rakaat ya? Saya menjawab: 2 rakaat, cuma tadi kita sujud tilawah sebab pada rakaat pertama imam baca ayat yang disunatkan sujud. Pemuda itu diam. Mungkin dia sudah faham, atau mungkin jua jawapan saya masih tidak jelas. Kemudian dia segera pergi, mungkin mahu cepat, dan daripada kemeja-t nya, kelihatan dia adalah pelajar aliran seni di sebuah IPTA. Semoga Allah merahmati anak-anak muda seperti beliau yang berusaha solat Subuh berjemaah, dan tidak malu bertanya untuk apa-apa yang tidak difahami. *Kenapa imam sujud tilawah pada pagi Jumaat?* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَانَ يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِ الم تَنْزِيلُ فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى ، وَفِي الثَّانِيَةِ هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا “ Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam sering membaca dalam solat Subuh di hari Jumaat “Alif Lam Mim Tanzil …” (surah As-Sajdah) pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua.” [Sahih Muslim, Kitab al-Jumu'ah, no: 880]. Imam an-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim: فِيهِ دَلِيل لِمَذْهَبِنَا وَمَذْهَب مُوَافِقِينَا فِي اِسْتِحْبَابهمَا فِي صُبْح الْجُمُعَة ، وَأَنَّهُ لَا تُكْرَه قِرَاءَة آيَة السَّجْدَة فِي الصَّلَاة وَلَا السُّجُود Hadis ini merupakan dalil kepada mazhab kami dan mazhab yang sepakat dengan kami dalam hal digalakkan membaca kedua surah ini (Al-Sajdah dan Al-Insan) pada solat Subuh hari Jumaat. Tidak dimakruhkan membaca ayat sajdah dalam solat dan tidak jua dimakruhkan sujud sajdah (dalam solat). Berdasarkan hadis ini, maka di sisi mazhab Al-Syafie disunatkan untuk membaca surah Al-Sajdah dan Al-Insan pada solat Subuh hari Jumaat. Oleh kerana pada surah Al-Sajdah ada ayat yang disunatkan sujud tilawah, maka selepas imam membaca ayat yang ke 15, maka imam dan makmum akan sujud tilawah. *Sujud Sajdah/Tilawah ini disunatkan sama ada di dalam dan di luar solat.* عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ السَّجْدَةَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ فَيَسْجُدُ وَنَسْجُدُ مَعَهُ فَنَزْدَحِمُ حَتَّى مَا يَجِدُ أَحَدُنَا لِجَبْهَتِهِ مَوْضِعًا يَسْجُدُ عَلَيْهِ‏.‏ Daripada Ibnu ‘Umar radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat al-Quran yang mengandungi ayat al-Sajdah, ketika itu kami ada bersama baginda. Lalu baginda sujud, kami pun sujud bersama baginda, kami bersesak-sesak sehingga sebahagian daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahi ketika sujud. [Sahih al-Bukhari, Kitab Sujud al-Quran, no: 1076.] #MMMR
171
3
Alhamdulillah, telah siap ringkasan Fiqh al-Tarbiyah bi al-Tsawab. Karya asal al-Shaikh Dr. Ismail al-Muqaddam sekitar 120 m.
Alhamdulillah, telah siap ringkasan Fiqh al-Tarbiyah bi al-Tsawab. Karya asal al-Shaikh Dr. Ismail al-Muqaddam sekitar 120 m.s, adapun edisi ringkasan ini sekitar 30 m.s sahaja. Semua peserta seminar pagi ini akan menerima edisi ringkasan ini dalam bentuk PDF, dan akan mengikuti seminar ini secara live melalui gmeet dan Youtube Live. Rakaman turut disediakan untuk semua peserta, jadi sesiapa yang tidak dapat hadir live pagi ini masih dapat menontonnya. Peserta juga akan dimasukkan ke dalam group whatsapp yang akan menjadi support group untuk kami saling bertukar-tukar pandangan, idea, berkaitan pendidikan anak-anak kita. Masih boleh mendaftar. Klik pautan di bawah: Daftar di sini -> https://forms.gle/x2p5Fge9FhnDn22c7 Atau whatsapp -> www.wasap.my/60132506391/seminar+parenting
243
4
SYUKUR TANPA HENTI على كل نعمة على العبد من الله في دين أو دنيا يحتاج إلى شكر عليها Untuk setiap nikmat daripada Allah kepada hambanya, tidak kira sama ada dalam hal keagamaan mahupun duniawi, itu semua memerlukan syukur ke atas Nya. ثم للتوفيق للشكر عليها نعمة أخرى تحتاج إلى شكر ثان Kemudian, petunjuk Allah yang menyebabkan kita bersyukur tadi pula merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia memerlukan kepada syukur yang kedua pula. ثم التوفيق للشكر الثاني نعمة أخرى يحتاج إلى شكر أخر Kemudian untuk petunjuk Allah yang membawa kepada syukur yang kedua tadi jua merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia turut memerlukan kepada syukur yang lain lagi. و هكذا أبدا Begitulah selamanya [Lathoif al-Ma’arif m/s 191] #MMMR
225
5
BILA PERLU MEMUJI, BILA PERLU MENGHUKUM? Seni Ganjaran & Hukuman dalam Mendidik Anak Bedah Buku فقه التربية بالثواب karangan
BILA PERLU MEMUJI, BILA PERLU MENGHUKUM? Seni Ganjaran & Hukuman dalam Mendidik Anak Bedah Buku فقه التربية بالثواب karangan Dr. Ismail al-Muqaddam. 🌱 Fahami kepentingan ganjaran dalam pendidikan anak 🌱 Ketahui cara memberi ganjaran dengan tepat 🌱 Fahami bila hukuman diperlukan 🌱 Pelajari kaedah menghukum yang mendidik 🌱 Kenali kesilapan ibu bapa dalam menggunakan ganjaran & hukuman Mendidik anak bukan sekadar membuat mereka patuh. Tetapi membantu mereka belajar menjadi lebih baik. 📅 Sabtu | 10 Oktober 2026 ⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari 💻 ONLINE ▶️ YouTube Live & Google Meet Khas untuk ibu bapa & pendidik JOM BELAJAR BERSAMA Daftar di sini -> https://forms.gle/x2p5Fge9FhnDn22c7
298
6
TAHAP MENDIDIK ANAK MENDIRIKAN SOLAT MENURUT DR. ABDUL KARIM BAKKAR. 1. Usia dua hingga empat tahun: Membiasakan anak untuk hadir dan melihat Matlamat: Memupuk kecintaan terhadap solat dan membiasakan anak melihat solat sebagai sebahagian daripada rutin harian. Langkah-langkah praktikal: - Letakkan anak berhampiran ibu bapa ketika mereka sedang mendirikan solat. - Galakkan anak meniru pergerakan mudah seperti mengangkat tangan dan melafazkan takbir. - Gunakan bahasa yang mesra dan senyuman untuk mengaitkan solat dengan ketenangan dan kedamaian. Penjelasan: Pada peringkat ini, anak tidak disyaratkan untuk memahami solat secara menyeluruh. Sebaliknya, matlamatnya adalah supaya mereka melihat solat sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. 2. Usia empat hingga tujuh tahun: Memulakan pendidikan solat secara langsung Matlamat: Mengajar anak pergerakan asas solat dan beberapa zikir yang mudah. Langkah-langkah praktikal: - Ajar anak berwuduk langkah demi langkah dengan menunjukkan cara melakukannya secara praktikal. - Ajar pergerakan rukuk, sujud dan salam menggunakan pendekatan yang mudah dan menyeronokkan. - Baca doa-doa pendek bersama anak selepas solat secara berulang-ulang. Nasihat pendidikan: Jadikan solat sebagai aktiviti yang ringkas dan menyeronokkan. Jangan memaksa anak untuk berdiri terlalu lama ketika baru mula belajar. Matlamatnya adalah untuk membina kecintaan terhadap solat, bukannya membuatkan mereka berasa terbeban. 3. Usia tujuh hingga sepuluh tahun: Membina komitmen secara berperingkat Matlamat: Mengajar anak menunaikan solat secara konsisten dan membimbing mereka supaya bertanggungjawab terhadap pelaksanaannya dengan pendekatan pendidikan yang sesuai. Langkah-langkah praktikal: - Mulakan proses menegur dan menilai pelaksanaan solat anak secara lemah-lembut serta memberikan galakan supaya mereka menunaikan solat pada waktunya. - Terangkan secara ringkas maksud setiap pergerakan dan zikir. Contohnya, rukuk melambangkan ketundukan dan kekhusyukan, manakala sujud melambangkan kerendahan diri serta kepatuhan kepada Allah. - Mulakan pengajaran bacaan surah-surah pendek daripada al-Quran dengan mengulanginya secara berterusan. Dalil: Hadis yang disebutkan sebelum ini menyatakan, “Pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika mereka berumur sepuluh tahun.” Maksudnya, penekanan terhadap amalan solat perlu dipertingkatkan dengan penuh hikmah kebijaksanaan selepas anak mencapai usia tujuh tahun, dengan cara mendidik yang seimbang. 4. Usia sepuluh tahun dan ke atas: Membina kemandirian dan kefahaman yang mendalam Matlamat: Membolehkan anak menunaikan solat dengan sempurna serta memahami penghayatan rohaninya. Langkah-langkah praktikal: - Galakkan anak menunaikan solat sendiri sambil memantau pelaksanaannya dengan teliti bagi membetulkan kesilapan. - Ajarkan maksud ayat-ayat al-Quran dan zikir dalam solat untuk mengukuhkan kefahaman serta kekhusyukan mereka. - Hubungkan solat dengan kehidupan seharian anak, seperti bersyukur dan berdoa pada pelbagai keadaan. Nasihat pendidikan: Gunakan pendekatan perbincangan bersama anak untuk menjelaskan kesan solat terhadap kehidupan mereka, seperti menenangkan jiwa, meningkatkan ketenteraman dan membentuk akhlak yang mulia. #MMMR Seminar Parenting: Seni Ganjaran & Hukuman dalam Mendidik Anak Daftar di sini -> https://forms.gle/x2p5Fge9FhnDn22c7
187
7
melainkan pasti Allah akan menghapuskan kesusahan dan kesedihannya, dan menjadikan untuknya jalan keluar (jika seseorang membaca doa di atas). Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu bertanya: Ya Rasulullah, perlukah aku mempelajari doa ini? Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Sudah pasti, sesiapa yang mendengarnya perlu mempelajarinya. [Musnad Ahmad, Musnad Abdullah bin Mas’ud, hadis no: 3712. Shaikh al-Albani mensahihkannya di dalam al-Silsilah al-Sahihah: 199] . 3- Oleh itu sifat positif yang Islam ajarkan bukanlah sikap positif yang menafikan realiti yang berlaku. Sebaliknya ia mengajar kita bagaimana berhadapan dengan realiti dan melihat hikmah-hikmah yang ada di sebalik realiti. . 4- Bagaimana mahu mendapat sifat optimis di atas? Secara ringkasnya dengan kita mentadabbur wahyu dalam al-Quran dan al-Sunnah. . A- Jika kita dalam situasi menyesal dengan dosa yang dilakukan. Maka cara optimis ialah dengan bertaubat. Bagaimana mahu termotivasi untuk bertaubat? Iaitu dengan membaca dalil-dalil yang menunjukkan keampunan Allah untuk yang bertaubat. . B- Jika kita dalam situasi dilanda ujian dan musibah. Cara optimis ialah dengan mentadabbur dalil-dalil wahyu berkaitan hikmah di sebalik musibah yang menghapuskan dosa, meninggikan darjat, menambah pahala. . C- Jika kita dalam situasi risau doa tidak mustajab. Cara optimis ialah dengan memahami konsep kemustajaban doa dalam Islam, berusaha berdoa dengan adab-adab yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, dan meyakini Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita. . D- Optimis dapat diperolehi apabila kita mentadabbur sifat-sifat dan nama-nama Allah, kerana apabila memahami sifat Allah, maka kita akan melihat keluasan rahmatNya. . 5- Kita jua hendaklah menjadi manusia yang memotivasikan orang lain, menjadikan orang lain bersikap optimis. Nabi s.a.w menyebutkan: . «يعجبني الفأل» قالوا: وما الفأل؟ قال: «كلمة طيبة» Sikap optimis mengangumkan aku. Para sahabat bertanya: Apakah itu optimis? Baginda menjawab: Perkataan yang baik. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Thibb, no: 5776]. . 6- Nabi s.a.w melarang kita daripada membuatkan manusia berputus asa daripada rahmat Allah. . عَنْ جُنْدَبٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَدَّثَ ‏ "‏ أَنَّ رَجُلاً قَالَ وَاللَّهِ لاَ يَغْفِرُ اللَّهُ لِفُلاَنٍ وَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ مَنْ ذَا الَّذِي يَتَأَلَّى عَلَىَّ أَنْ لاَ أَغْفِرَ لِفُلاَنٍ فَإِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِفُلاَنٍ وَأَحْبَطْتُ عَمَلَكَ ‏"‏ ‏.‏ أَوْ كَمَا قَالَ ‏.‏ Daripada Jundab radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan bahawa seseorang telah berkata: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan. Lalu Allah berkata: Siapakah yang berani bersumpah dengan Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si fulan? Sesungguhnya Aku telah mengampuni si fulan dan Aku telah menghapuskan amalan engkau. [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah, no: 2621] . 7- Setiap perkataan ada tempatnya. Sebab itu di dalam islam ada konsep takut (khawf) dan harapan (raja'). Ada ketika kita perlu memberikan amaran agar menimbulkan rasa takut kepada manusia yang degil. Ada ketika kita perlu fokus membukakan harapan agar manusia tidak berputus asa. Sebab itulah method dakwah Nabi s.a.w; memberikan berita gembira, dan menyampaikan amaran. . #MMMR .
155
8
ISLAM MENGAJAR UMATNYA BERSIKAP POSITIF. . 1- Islam memang mengajarkan kita untuk bersikap positif. Iaitu dengan cara bersangka baik kepada Allah, dan sentiasa melihat sudut-sudut kebaikan di sebalik musibah yang menimpa. . Ini seperti sabda Nabi s.a.w: . عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ Sungguh menakjubkan urusan manusia beriman. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Hal ini tidak dimiliki kecuali oleh insan-insan yang beriman. . إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ، Seandainya kesenangan menimpanya, dia bersyukur, maka itu baik untuknya. . وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ " Seandainya keburukan menimpanya, dia bersabar, maka itu jua baik buatnya. [Sahih Muslim, Kitab az-Zuhd wa al-Raqaiq, hadis no : 2999]. . Bersikap positif apabila ditimpa ujian dan musibah ini, dapat diperolehi dengan membaca khabar-khabar gembira daripada nas-nas wahyu yang sahih. . Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: . مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Allah akan mengujinya dengan musibah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mardha, Bab Ma Jaa Fi Kaffarah al-Maradh, hadis no: 5645] . Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: . مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ ‏"‌‏.‏ Tidaklah ada musibah yang menimpa seorang Muslim sama ada daripada keletihan, atau kesakitan, atau kerisauan, atau kesedihan, atau sesuatu yang mengganggunya atau kesedihan yang teramat sangat, bahkan duri yang terkena padanya; melainkan Allah akan menghapuskan dengannya dosanya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mardha, Bab Ma Jaa Fi Kaffarah al-Maradh, hadis no: 5641]. . Khabar-khabar di atas merupakan cahaya wahyu kepada kita semua untuk menerima ujian yang berat dengan hati yang terbuka. . 2- Islam tidak pernah menafikan rasa takut, sedih, gelisah dalam diri manusia. Apabila manusia bersedih, Nabi s.a.w tidak pernah menyalahkan kesedihan itu, atau melarang manusia daripada sedih. Sebaliknya Nabi s.a.w mengajar manusia doa ketika sedih. . ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: . " مَا أَصَابَ أَحَدًا قَطُّ هَمٌّ وَلَا حَزَنٌ ، فَقَالَ : Tidaklah apa-apa masalah atau kesedihan menimpa seseorang, lalu orang itu membaca: . اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَابْنُ عَبْدِكَ ، وَابْنُ أَمَتِكَ ، “Ya Allah, sesungguhnya aku hamba Mu, anak kepada hamba Mu, anak kepada hamba perempuan Mu, . نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، ubun-ubun ku di Tangan Mu, telah berlalunya keputusan Mu, Engkau telah berlaku adil ke atas ku dalam keputusan Mu, . أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، aku memohon kepada Mu dengan setiap nama Mu yang Engkau berikan pada diri Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah satu makhluk ciptaan Mu, atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab Mu, atau yang telah Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib Mu, . أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي ، وَنُورَ صَدْرِي ، وَجِلَاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي ، (aku memohon kepada Mu) untuk menjadikan al-Quran sebagai musim bunga di hati ku, cahaya di dada ku, penghilang kesedihan ku, penghapus kerisauan ku” (tamat lafaz doa ini) . إِلَّا أَذْهَبَ اللَّهُ هَمَّهُ وَحُزْنَهُ ، وَأَبْدَلَهُ مَكَانَهُ فَرَجًا " ، قَالَ : فَقِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَلَا نَتَعَلَّمُهَا ؟ فَقَالَ : " بَلَى ، يَنْبَغِي لِمَنْ سَمِعَهَا أَنْ يَتَعَلَّمَهَا " .
159
9
Apabila timbul isu buli, bunuh, dan 1001 masalah melanda anak-anak kita, yang paling mudah ialah menuding jari, yang paling sukar ialah memuhasabah diri. Sebagai seorang bapa, kata-kata Imam Ibnu al-Qayyim ini sangat perlu direnungi. Sesiapa yang mengabaikan untuk mendidik perkara yang bermanfaat kepada anaknya dan membiarkannya begitu sahaja (tanpa bimbingan), maka dia telah melakukan kejahatan yang amat besar terhadap anaknya. Kebanyakan kerosakan anak-anak itu punca utamanya adalah daripada kaum bapa sendiri disebabkan sikap mengabaikan mereka serta tidak mengajarkan kewajipan-kewajipan agama dan sunnah-sunnahnya. Mereka telah mensia-siakan anak-anak itu sewaktu kecil, menyebabkan anak-anak tersebut tidak dapat memberi manfaat kepada diri mereka sendiri dan tidak juga dapat memberi manfaat kepada ibu bapa mereka apabila sudah dewasa. Sebagaimana seorang anak pernah membidas ayahnya atas sebab derhaka, lalu anak itu berkata: 'Wahai ayahku! Sesungguhnya engkau telah menderhakai (mensia-siakan) aku sewaktu aku kecil, maka aku menderhakaimu apabila engkau telah tua. Engkau telah mensia-siakan aku sewaktu aku masih bayi, maka aku mensia-siakan engkau apabila engkau telah tua renta!' (Tuhfatul Mawdud Bi Ahkam al-Mawlud) Ini bukanlah untuk membela sifat buruk anak-anak, sebaliknya renungan kepada kita sebagai kaum bapa. Berapa ramai anak membesar tanpa bapa di dalam rumah. Ada yang mungkin si bapa telah meninggal dunia, ada yang telah terpisah selepas penceraian ibu bapa, dan ada pula jasad si bapa ada di dalam rumah, tetapi adanya seperti tiada. Sebagai kaum bapa, mari sama-sama kita memuhasabah diri. #MMMR Teks Ibnu al-Qayyim: فمَنْ أهملَ تعليمَ ولدِه ما ينفعُهُ، وتركَه سُدًى، فقد أساءَ إليه غايةَ الإساءةِ. وأكثرُ الأولادِ إنَّما جاء فَسَادُهُمْ مِنْ قِبَلِ الآباءِ وإهمالهِم لهم، وتَرْكِ تَعْليمِهم فرائضَ الدِّين وسُنَنِهُ، فأضاعُوهُمْ صغارًا، فلم يَنْتَفِعُوا بأنْفُسِهِمْ، ولم يَنْفَعُوا آباءَهُمْ كِبَارًا، كما عاتبَ بعضُهُم وَلَدَهُ على العُقُوقِ، فقال: يا أبَتِ إنَّك عَقَقْتَنِي صغيرًا، فعقَقْتُك كبيرًا، وأضَعْتَنِي وليدًا، فأضعتُك شيخًا كبيرًا!
240
10
Belajar Teknik Parenting Dari Ulama Yang Juga Ahli Perubatan. KENAPA KITA PILIH TEKS DR. ISMAIL AL-MUQADDAM? Dah 2 seminar 'parenting' saya bedah idea Shaikh Ismail al-Muqaddam. Sebab beliau bukan calang-calang tokoh. Beliau menggabungkan 3 kekuatan utama yang sangat kita perlukan untuk faham jiwa anak-anak zaman sekarang: 1️⃣ Kepakaran Perubatan & Kesihatan Mental 🧠 Beliau adalah seorang Doktor Perubatan (MBBCh) lulusan dari Universiti Iskandariyah, memegang Diploma Kesihatan Mental, pascasiswazah dalam Penyakit Saraf & Psikiatri. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Kesihatan Mental Islam Sedunia. Faham tak apa maksudnya? 2️⃣ Penguasaan Syariat Islam yang Sangat Kukuh 📜 Bukan sekadar doktor perubatan, beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar. Beliau berguru dengan puluhan ulama besar dunia termasuklah ulama Al-Azhar, ulama Ansar al-Sunnah, dan tokoh hadith antarabangsa seperti Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Dedew Al-Syanqiti. 3️⃣ Pengalaman Dakwah Antarabangsa 🌍 Beliau berpengalaman luas sebagai penceramah yang menjelajah ke pelbagai negara Arab, Eropah, dan Amerika Syarikat. Beliau tahu realiti dan cabaran dunia moden yang dihadapi oleh anak-anak kita hari ini. Gabungan Ilmu Wahyu (Syariat) + Ilmu Sains (Psikologi & Kesihatan Mental) inilah yang menjadikan teks kuliah beliau sangat sesuai untuk dipraktiskan oleh ibu bapa moden! 📅 MAKLUMAT SEMINAR: Tarikh: Sabtu | 10 Oktober 2026 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari Platform: Google Meet & YouTube Live Pembentang: Mohd Masri bin Mohd Ramli *BILA PERLU MEMUJI, BILA PERLU MENGHUKUM?* Seni Ganjaran & Hukuman dalam Mendidik Anak Bedah Buku فقه التربية بالثواب karangan Dr. Ismail al-Muqaddam. 🌱 Fahami kepentingan ganjaran dalam pendidikan anak 🌱 Ketahui cara memberi ganjaran dengan tepat 🌱 Fahami bila hukuman diperlukan 🌱 Pelajari kaedah menghukum yang mendidik 🌱 Kenali kesilapan ibu bapa dalam menggunakan ganjaran & hukuman Mendidik anak bukan sekadar membuat mereka patuh. Tetapi membantu mereka belajar menjadi lebih baik. 📅 Sabtu | 10 Oktober 2026 ⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari 💻 ONLINE ▶️ YouTube Live & Google Meet Khas untuk ibu bapa & pendidik JOM BELAJAR BERSAMA Daftar di sini -> https://forms.gle/x2p5Fge9FhnDn22c7
191
11
DAH SELALU PUJI, TAPI ANAK MASIH TAK BERUBAH? DAH SELALU MARAH, TAPI ANAK MASIH ULANG KESALAHAN YANG SAMA? Mungkin persoalann
DAH SELALU PUJI, TAPI ANAK MASIH TAK BERUBAH? DAH SELALU MARAH, TAPI ANAK MASIH ULANG KESALAHAN YANG SAMA? Mungkin persoalannya bukan pada ganjaran atau hukuman… Tetapi pada CARA kita menggunakannya. *BILA PERLU MEMUJI, BILA PERLU MENGHUKUM?* Seni Ganjaran & Hukuman dalam Mendidik Anak Bedah Buku فقه التربية بالثواب karangan Dr. Ismail al-Muqaddam. 🌱 Fahami kepentingan ganjaran dalam pendidikan anak 🌱 Ketahui cara memberi ganjaran dengan tepat 🌱 Fahami bila hukuman diperlukan 🌱 Pelajari kaedah menghukum yang mendidik 🌱 Kenali kesilapan ibu bapa dalam menggunakan ganjaran & hukuman Mendidik anak bukan sekadar membuat mereka patuh. Tetapi membantu mereka belajar menjadi lebih baik. 📅 Sabtu | 10 Oktober 2026 ⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari 💻 ONLINE ▶️ YouTube Live & Google Meet Khas untuk ibu bapa & pendidik Pautan pendaftaran 👇🏻 https://forms.gle/x2p5Fge9FhnDn22c7
301
12
Malam ini sesi ke 3 surah al-Insan. Belajar untuk ikhlas ketika memberi. Siapa nak join boleh daftar sini -> https://forms.gle/fQGWh8zb1ZmtDh4M8
357
13
Tak masuk akal. Antara perkara tak masuk akal ialah mulut kita berat dan malas nak selawat bila dengar nama Nabi s.a.w disebut. Nabi s.a.w sebut: رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ Sungguh hina seseorang yang aku disebutkan di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas ku. [Jami' al-Tirmizi, hasan gharib]. Huruf 'ف' dalam hadis di atas dikenali sebagai al-Fa' al-Istib'adiyyah yang menunjukkan sesuatu perkata itu sangat jauh untuk diterima akal, tak masuk akal. Oleh itu hadis ini menunjukkan, sangat tak masuk akal seorang manusia beriman yang mengaku mencintai Nabi s.a.w, mengetahui pula betapa besarnya ganjaran selawat ke atas Nabi s.a.w, tetapi dia sangat malas dan kedekut untuk berselawat ke atas nabi s.a.w tatkala mendengar nama nabi s.a.w disebut. #MMMR
448
14
Malam ini, sirah sesi 57, masuk bab Perang Tabuk, Insya-Allah Nak join daftar sini -> https://forms.gle/fQGWh8zb1ZmtDh4M8
367
15
Assalamualaikum WBT. Insya-Allah, malam ini, Isnin 31/8, kita akan mulakan sesi baru, tadabbur surah al-Insan. Dijangka sesi ini akan mempunyai 6-8 kelas insya-Allah. Peserta akan menerima nota kuliah, dan akses kepada rakaman yang boleh ditonton pada bila-bila masa. Daftar di sini https://forms.gle/fQGWh8zb1ZmtDh4M8
345
16
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً ، dan sesiapa yang pergi pada jam kelima, maka seakan-akan dia berkrrban dengan sebiji telur. فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتِ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ “ Dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka para Malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah). [Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Jum'ah, hadis no: 881] Usahlah disalahkan khatib yang membaca khutbah yang ringkas. Sesungguhnya khatib itu telah melakukan perkara yang betul. قَالَ أَبُو وَائِلٍ خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ ‏.‏ Daripada Abu Wail, 'Ammar radiallahu 'anhu berkhutbah kepada kami. Beliau berkhutbah dengan ringkas dan sangat memberi kesan kepada pendengar. Apabila beliau turun dari mimbar, kami berkata kepada beliau: Wahai Abu al-Yaqzan, sesungguhnya engkau telah berkhutbah dengan ringkas dan sangat menarik pendengar. Bolehkah jika engkau panjangkan khutbah engkau? فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِنَّ طُولَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلاَةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ سِحْرًا ‏"‏ ‏. Beliau menjawab: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya panjangnya solat seseorang dan pendeknya khutbahnya adalah petanda kefahamannya. Panjangkanlah solat, dan ringkaskanlah khutbah. Sesungguhnya sebahagian penjelasan itu adalah sihir. [Sahih Muslim, Kitab al-Jumu'ah, no: 869]. #MMMR
228
17
*Nasihat buat kaum lelaki sempena hari Jumaat* Kadang-kala kita akan lihat sebahagian kaum lelaki datang lewat ke masjid. Adakalanya imam nak dekat iqamah baru mereka sampai. Pernah jua di satu tempat, hampir ramai yang terlepas solat Jumaat kerana sudah biasa datang lewat, dan tiba-tiba imam hari itu membaca khutbah yang pendek. *Kewajipan Mendirikan Solat Jumaat* يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (9) Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk mendirikan solat pada hari Jumaat, bersegeralah pergi untuk mengingati Allah, dan tinggalkanlah jual beli. Itu lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui [Al-Jumu'ah: 9]. Daripada Abu Hurairah dan Ibn 'Umar radiallahu 'anhuma, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ ‏"‏ Hendaklah manusia berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan menutupi hati mereka dan mereka akan tergolongan daripada golongan yang lalai. [Sahih Muslim, Kitab al-Jumu'ah, no: 865]. Daripada Thoriq bin Syihab radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda: ‏ الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ ‏"‏ ‏. Solat Jumaat wajib ke atas setiap Muslim secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu: Hamba, wanita, kanak-kanak dan orang yang sakit. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Solat, no: 1067. Imam Abu Daud berkata: Thoriq bin Syihab pernah melihat nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, akan tetapi tidak pernah mendengar daripada baginda. Akan tetapi ia tidaklah mencacatkan kesahihan hadis ini kerana ia termasuk dalam mursal sahabi]. Sewajarnya sebagai seorang Muslim, kita sudah berada di masjid sekurang-kurangnya apabila masuknya waktu Zuhur, atau paling kurang apabila azan kedua dilaungkan, kita sepatutnya sudah berada di masjid. Sesiapa yang mampu hendaklah berusaha hadir awal ke masjid kerana terdapat dalil khas berkaitan hal ini. Daripada Aus bin Aus radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, وَغَدَا وَابْتَكَرَ dan dia pergi awal (ke masjid), وَمَشَى وَلَمْ يَرْكَبْ berjalan kaki dan tidak menaiki kenderaan, وَدَنَا مِنَ الإِمَامِ وَأَنْصَتَ وَلَمْ يَلْغُ dia duduk berhampiran imam dan mendiamkan diri dan tidak berkata yang sia-sia, كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ ‏"‏ ‏.‏ Maka dengan setiap langkahnya, dia memperolehi ganjaran beramal selama setahun. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu'ah, no: 1395]. Dalam riwayat lain: كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا Maka dengan setiap langkahnya, dia memperolehi pahala beramal selama setahun, iaitu puasa dan solat malam (selama setahun). [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu'ah, no: 1392]. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ، ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً ، Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ، sesiapa yang pergi pada jam yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu betina, وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ ، dan sesiapa pergi pada jam yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ، dan sesiapa yang pergi pada jam yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,
180
18
*Kesan Dosa Kepada Yang Berterusan Melakukannya* Ibn al-Qayyim berkata tentang hal di atas: وَمِنْهَا : أَنَّ الْعَبْدَ لَا يَزَالُ يَرْتَكِبُ الذَّنْبَ حَتَّى يَهُونَ عَلَيْهِ وَيَصْغُرَ فِي قَلْبِهِ ، Antara kesannya ialah: Seseorang hamba itu berterusan melakukan dosa sehingga dosa itu remeh pada pandangannya, dan dianggap kecil pada hatinya. وَذَلِكَ عَلَامَةُ الْهَلَاكِ ، فَإِنَّ الذَّنَبَ كُلَّمَا صَغُرَ فِي عَيْنِ الْعَبْدِ عَظُمَ عِنْدَ اللَّهِ . Itu merupakan petanda kebinasaan. Sesungguhnya dosa apabila ia kecil di mata hamba, maka ia besar di sisi Allah. Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu berkata: إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، Sesungguhnya orang beriman melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung lalu takut gunung itu menimpanya. وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ Orang yang jahat pula melihat dosa-dosanya seperti lalat yang lalu di hadapan hidungnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Da'awat, Bab al-Taubah, no: 6308] [Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Al-Daa' wa Al-Dawaa', m/s 76]. #MMMR
261
19
بدون متن...
226
20
Pernah dengar kan pesanan Nabi SAW tentang ajar anak solat? . قال رسول الله صلى الله عليه و سلم " مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين، وفرقوا بينهم في المضاجع " . . Rasulullah SAW bersabda: "Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika enggan) apabila berumur sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (HR.Abu Daud:495) . Kerap kali, hadis ini difahami secara literal sekadar titik permulaan untuk ibu bapa mengeluarkan arahan. Namun, jika ditelusuri huraian para ulama, terdapat beberapa signifikansi dan faedah pendidikan yang jauh lebih mendalam: . 𝟭. 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗠𝗮𝘀'𝘂𝗹𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 (𝗞𝗲𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯𝗮𝗻) Arahan mendidik anak untuk bersolat bukanlah satu kelonggaran, melainkan satu kewajipan mutlak yang terikat dengan konsep kepimpinan (Wilayah) ibu bapa. Mengarahkan anak bersolat adalah manifestasi penjagaan amanah, bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6, serta peringatan Nabi SAW bahawa setiap individu adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan ke atas pimpinannya. . 𝟮. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗱𝗶𝗴𝗺𝗮 '𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻' 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗮'𝘇𝗶𝗺 Kewajipan mendidik ini terpakai untuk semua waktu solat, termasuklah solat Subuh. Terdapat kepincangan paradigma apabila sebahagian penjaga berasa 'kasihan' untuk mengejutkan anak yang sedang tidur. Hakikatnya, rahmat yang sebenar adalah memelihara mereka daripada kemurkaan Allah. Tambahan pula, arahan bersolat tidak seharusnya bersifat mekanikal. Ibu bapa perlu menjelaskan mengapa solat itu penting. Melalui keseimbangan pendekatan Targhib (galakan) dan Tarhib (peringatan), anak-anak akan dididik untuk mengagungkan syariat ini (Ta'zim as-Sya'a'ir), sekaligus melakukannya atas kesedaran, bukan semata-mata paksaan. . 𝟯. 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗯𝗮𝗿 (اصطبار) Di dalam al-Quran (Surah Taha: 132), Allah SWT menggunakan kalimah wastabir (وَاصْطَبِرْ) berbanding wasbir. Menurut tokoh bahasa dan tafsir, penambahan huruf pada struktur kalimah membawa kepada penambahan makna. Istibar bermaksud tahap kesabaran yang paling tuntas dan konsisten. Proses mengarahkan anak—sama ada lelaki mahupun perempuan—menuntut ketahanan emosi, keazaman, dan pengulangan yang berterusan daripada pihak ibu bapa. . 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶𝗺𝗶𝗹𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘀𝗶𝗸𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸? Menyedari bahawa proses mendidik anak bersolat memerlukan gabungan antara kesabaran (Istibar), kefahaman syariat, dan penguasaan ilmu psikologi perkembangan kanak-kanak, penyampaian metodologi yang tepat adalah amat kritikal. . Bagi mengupas wacana ini secara holistik, satu sesi pembentangan ilmu akan diadakan berpandukan teks asal karya tokoh psikiatri dan ulama terkemuka, Dr. Muhammad Ahmad Ismail Al-Muqaddam: 𝗦𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 Kupasan modul ini akan disampaikan secara langsung oleh Ustaz Mohd Masri bin Mohd Ramli, memfokuskan kepada pendekatan yang meraikan fitrah emosi dan perkembangan kognitif kanak-kanak. . . 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗦𝗲𝘀𝗶: Tarikh: Ahad, 19 Julai 2026 Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi Platform: Google Meet & YouTube Live Yuran Komitmen: RM15 . . 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗺𝗶: ✅ Akses E-Book PDF teks asal (beserta huraian Bahasa Melayu). ✅ Ruang interaksi dan soal jawab secara langsung. ✅ Akses kepada rakaman penuh seminar untuk rujukan berterusan. . Mendidik generasi yang mendirikan solat bermula dengan persediaan minda dan emosi pendidiknya. . Penyertaan ke sesi Google Meet adalah terhad. Kepada tuan/puan yang berminat untuk menyertai wacana ini, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: 👉 https://forms.gle/jQgi2cwsdRRbfQjNAp
222