JUMAAT PENGHULU HARI: SEDEQAH & DAFTAR QURBAN
‘Sedeqah Menebus Dosa Kesalahan’ Demikian satu bab yang diletakkan oleh Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Sohihnya, lalu dibawakan hadis:
فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ وَجَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَالصَّدَقَةُ وَالْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْىُ عَنِ الْمُنْكَرِ
Ertinya : Ujian ke atas seorang lelaki adalah pada keluarganya, hartanya, anaknya dan jiran tetangganya DITEBUS melalui solat, SEDEQAH, menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran. ( Sahih Al-Bukhari )
Qurban pula adalah SUNAT DITUNTUT bagi yang ada kemampuan kewangan. Malah wajib menurut mazhab Hanafi. Segera daftar Qurban sebagai tanda kesyukuran atas hidayah dan seriusnya kita mendapatkan taqwa serta pelaburan untung untuk akhirat kita.
Layari
https://myinfaq.org/qurban
Untuk daftar dan sertai Qurban, Aqiqah atau juga waqaf al-Quran dan pilihan kempen Sedeqah jariah serta bayaran terus zakat. Pilihan pakej Qurban di negara yang ramai orang miskin seperti Afrika, Sri Lanka, India, Kemboja dan banyak lagi.
Daftar Qurban awal melayakkan kita pahalanya dan berkatnya hatta jika ajal menjelang sebelum sempat sampai sembelihan Qurban dilaksanakan pada 10-13 Zulhijjah. Jom rebut peluang itu segera pada hari Jumaat ini.
Digalakkan untuk memperbanykan pelbagai jenis ibadah pada hari Jumaat atas kelebihan sebagai penghulu segala hari dan Qurban adalah salah satu ibadah terhebat juga. Maka bersedeqahlah kita pada hari Jumaat yang mulia ini. Ibn Qayyim menyatakan,
أَنَّ لِلصَّدَقَةِ فِيهِ مَزِيَّةً عَلَيْهَا فِي سَائِرِ الأَيَّامِ، وَالصَّدَقَةُ فِيهِ بِالنِّسْبَةِ إِلَى سَائِرِ أَيَّامِ الأُسْبُوعِ كَالصَّدَقَةِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِالنِّسْبَةِ إِلَى سَائِرِ الشُّهُورِ
“ Bersedeqah padanya (hari Jumaat) mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding hari-hari lain. Dan sedeqah pada hari itu pun lebih baik dibandingkan hari-hari lain sebagaimana sedekah pada bulan Ramadhan lebih baik dibandingkan bulan-bulan lain.” (Rujuk Zad al-Ma`ad)
Selain Qurban, pembaca juga boleh pilih untuk sedeqah di projek yang disahkan di bawah :
1. Projek digitaliasi penterjemahan dwi bahasa dan syarah 6200 hadis kitab mishkat al masabih di
masabih.org untuk kegunaan umat secara PERCUMA. Web amal jariah ini sudah beroperasi dengan 450,000 klik dari 50 buah negara dan terjemahan beribu hadis, namun dalam proses memasukkan syarah berkualiti & pembinaan mobile apps namun belum mampu kewangan.
https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/
2. projek binaan telaga air bersih kemudahan jangka panjang dengan solar power untuk komuniti Islam di Nigeria. Satu sudah siap dan satu lagi dalam pembinaan namun perlukan sekurang-kurangnya dua belas lagi telaga ari bersih.
https://myinfaq.org/kempen/bantuan-pembinaan-telaga-air-di-nigeria/
4. Projek binaan telaga air bersih dengan pam manual untuk komuniti Islam di Kenya. Dua sudah dalam pembinaan namun perlukan lebih banyak lagi.
https://myinfaq.org/kempen/kutipan-dana-telaga-air-bersih-di-kenya/
5. Projek waqaf bina masjid di Sungai Pusu Gombak
https://myinfaq.org/kempen/dana-wakaf-pembinaan-masjid-yusuf-sungai-pusu-gombak/
6. Projek Pembelian Sekolah Islam tidak beroreintasikan keuntungan bagi menjaga aqidah pelajar Muslim di Tokyo Jepun yang hampir terpesong apabila menyertai sekolah biasa.
https://myinfaq.org/kempen/permohonan-dana-bangunan-sekolah-islam-antarabangsa-otsuka-di-tokyo-jepun/
7. Dana asrama maahad Tahfiz
https://myinfaq.org/kempen/permohonan-dana-pembinaan-bangunan-asrama-dan-kemudahan-sekolah-bagi-maahad-tahfiz-darul-muhibbin-di-taman-keramat-kuala-lumpur/
Banyak lagi program bermanfaat yang lain di
myinfaq.org. Selamat bersadaqah..
Saya turut mengesahkan semua projek di atas adalah tulen dan dipantau secara langsung oleh saya dan pasukan. Inshallah.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://t.me/DrZaharuddinGroup
————
Cuba software untuk urus bayaran hutang berkala, sewa dan yuran. Juga untuk penganjuran program, lawati software iurus.