Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau akan memperincikan perkara itu termasuk berbincang dengan pihak industri, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.*
G🌀🅰️L 9️⃣ *Butterworth: Enam individu dari Kedah dan Pulau Pinang mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat kontraktor yang menawarkan iklan pembinaan rumah banglo serendah RM89,000 sehingga RM300,000 seunit. Pesara kerajaan, Sharuddin Mohamed, 61, berkata, dia sudah membayar RM87,750 untuk pembinaan banglo setingkat yang berharga RM135,000, dengan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan iaitu pada 13 Disember lalu.*
G🌀🅰️L 🔟 *Ampang: Tindakan seorang lelaki yang membuat laporan palsu mengenai kehilangan Mykad, turut membongkar rahsianya memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit. Difahamkan, semuanya terbongkar apabila polis membuat pemeriksaan selepas lelaki itu mengamuk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, semalam.*
G🌀🅰️L 1️⃣1️⃣ *Ampang: Penganggur ditahan polis selepas disyaki menyebabkan kecederaan dengan menoreh bibir seorang lelaki yang menegurnya kerana menendang kon. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki warga Myanmar berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan Permai di sini, pada 11.15 pagi tadi.*
G🌀🅰️L 1️⃣2️⃣ *Padang Besar: Hampir satu tan metrik daun ketum yang cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas, susulan penahanan dua lelaki secara berasingan di sini pada Sabtu lalu dan semalam. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, penahanan pertama membabitkan lelaki berusia 35 tahun pada 1 tengah hari Sabtu, selepas dilihat mencurigakan ketika memandu Proton Satria di kawasan Guar Jentik, Beseri.*
G🌀🅰️L 1️⃣3️⃣ *Kuching: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWK) merancang membina satu lagi Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, bagi memberi kemudahan tempat penginapan kepada pesakit kurang berkemampuan. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini berikutan tempat penginapan di Anjung Kasih HUS sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang datang dari daerah lain bagi mendapat rawatan di hospital itu.*
G🌀🅰️L 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor sehingga 1 Februari ini. MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1.30 tengah hari tadi memaklumkan, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Selangau, Mukah, Daro, Matu, dan Dalat di Sarawak, serta Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat di Sabah.*
G🌀🅰️L 1️⃣5️⃣ *Ampang: Berang ditegur kerana menyepahkan rumah, seorang lelaki tergamak memukul ibu saudaranya di rumah mereka di Jalan Maju Utama di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku selepas wanita terbabit dan anaknya menegur suspek, 36, yang juga buruh binaan.*
G🌀🅰️L 1️⃣6️⃣ *Putrajaya: Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arrêt) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata pada 24 Januari lalu, Mahkamah Daerah Luxembourg telah mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lalu (2022).*
G🌀🅰️L 1️⃣7️⃣ *Putrajaya: Pemilihan kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi lain bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melalui proses yang ketat, teliti dan objektif bagi mencari tokoh paling layak serta berwibawa. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana sebarang pembaharuan yang mahu dilaksanakan kementerian itu hanya terbit daripada kepimpinan yang kompeten dan dihormati.*
Mostrar más ...