cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

MUTIARA KATA HIKMAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️

Mostrar más
Advertising posts
4 844Suscriptores
+2024 hours
+1567 days
+50830 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

👍 5 5🥰 3
👍 2 2🥰 2
"BANYAK KETAWA TANDA KERASNYA HATI" 🔶 Ketawa itu perkara yang harus, tapi bila banyaknya ketawa akan menyebabkan kerasnya Hati. 🔶 Banyak ketawa dapat mematikan atau mengeraskan hati. 🔶 Sedikitkanlah ketawa dan banyaklah kamu menangis. 🔶 Menagis kerana akhirat itu yang dituntut dalam agama kita. 🔶 Ada suatu kisah, seorang Sahabat Nabi yang menangis kerana kehilangan untanya. 🔶 Maka berita itu diketahui Rasulullah, lalu Nabi bertanya. 🔶 Maka dijawab, kerana Untanya hilang. Lalu Nabi mengatakan, Saya menyangka kamu menangis kerana terlepas takbiratul ihram bersama imam. Kata sahabat itu, "Ya Rasulullah, adakah takbiratul ihram itu lebih baik dari unta aku?" 🔶 Jawab Nabi, " ia lebih baik dari apa yang ada di muka bumi ini walaupun dipenuhi dengan unta kamu." 🔶 Rasulullah mendidik para sahabat, supaya tidak merasa selesa dengan kedudukan yang ada, supaya sentiasa mencari maqam yang tinggi disisi Allah. (Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid)
Mostrar todo...
👍 3 3🥰 2
👍 3 3🥰 1
👍 4 3🥰 1
Solat Titik Tolak Segalanya Kebaikan seseorang hamba itu bermula daripada sembahyangnya. Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya. Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca. Selepas itu rahmat dan berkat daripada Allah SWT pun mencurah-curah dianugerahkan kepadanya. Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya. Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan tanpa sembahyang. Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang. Sembahyang adalah ibu ibadah, Sembahyang adalah sumber segala kebaikan. Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian. Apabila baik sembahyang segala-galanya akan menjadi baik. Jika sembahyang sudah dicuaikan atau bersembahyang tidak ada penghayatan, maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup. Maka berilah keutamaan tentang sembahyang. SEMOGA BERMANFAAT 🌹
Mostrar todo...
3👍 2🥰 1
👍 2 2🥰 2
👍 4 4🥰 1
3👍 2🥰 1
PERINTAH UNTUK SELALU BERBUAT BAIK Allah Taala berfirman, وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللهُ إِلَيْكَ "....dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu...." Surah Al-Qashash: 77 Allah Subhanahu memerintahkan untuk berbuat baik. Oleh Kerana itu, berbuat baiklah kepada sesama makhluk Allah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Berbuat baiklah kepada orang lain dengan memberi sedekah sebagaimana Allah Taala telah berbuat baik kepadamu dengan memberikan harta kekayaan. واللهُ يُحِبُّ المُحْسِنِيْنَ "Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik." Surah Ali Imran: 134 Semoga Allah Subhanahu menerima segenap amal ibadah kita. ✍ditulis oleh: al Ustadz Abul Faruq Ayip Syafruddin hafizhahullah
Mostrar todo...
3👍 2🥰 1