cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Mostrar más
Advertising posts
45 778Suscriptores
-924 hours
-387 days
-16330 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE 1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024! 2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin. 3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. 4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832 ULUM HADITH RESEARCH CENTER. 5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia! Pendaftaran boleh isi form di bawah : https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi
Mostrar todo...
Lagi buat Maksiat, Lagi Kaya ======= 1. Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana sebahagian manusia diuji dengan kemewahan. Apabila mereka lupa akan peringatan yang telah disampaikan kepada mereka, Allah memberikan kepada mereka kemewahan yang lebih sehingga mereka lalai. Lalu dikenakan azab kepada mereka, firman Allah: فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” 2. al-Imam Ibn Kathir menjelaskan fenomena ini sebagai istidraj iaitu kemewahan yang dilimpahkan kepada mereka sekalipun mereka berpaling dari perintah Allah. Kata Ibn Kathir: فتحنا عليهم أبواب الرزق من كل ما يختارون ، وهذا استدراج منه تعالى “Iaitu kami limpahkan kemewahan kepada mereka dengan pelbagai pintu rezeki yang mereka pilih, dan ini ialah istidraj dari Allah.” 3. Dengan sebab itu Rasulullah pernah mengingatkan: إذا رأيت الله يعطي العبد من الدنيا على معاصيه ما يحب ، فإنما هو استدراج “Sekiranya engkau melihat sekiranya Allah memberikan seorang hambanya itu segala nikmat dari dunia dengan maksiat yang dia lakukan, maka sesungguhnya itu adalah istidraj. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Mostrar todo...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔 Lebih enam bulan berlangsungnya Perang Taufan Al-Aqsa sejak 7 Oktober. Apakah yang menyebabkan Hamas melancarkan suatu operasi yang telah mengubah geopolitik Timur Tengah dan pandangan dunia terhadap perjuangan Palestin dan penjajahan Zionis? Fahami naratif yang ingin disampaikan oleh Hamas melalui sesi webinar ini yang akan mengupas dokumen Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa dengan kajian perkembangan semasa Palestin. Tarikh: 30 April 2024 | Selasa Masa: 9.15 malam - 10.30 malam Medium: Google Meet Pembentang: 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝗻𝗮𝘀 𝗕𝗮𝗱 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗳 - Penyelidik Dunia Palestin Network - Sarjana Al-Quran dan Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al-Albayt Jordan 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔! - E-sijil diberikan. - Sesi soal jawab di penghujung. - 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 e-book Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa (terjemahan Bahasa Melayu). Daftar segera. Tempat terhad 100 orang sahaja. 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: bit.ly/duniapalestin006 Anjuran: Unit Kajian Strategik Dunia Palestin Network 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin
Mostrar todo...
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE 1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024! 2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin. 3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. 4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832 ULUM HADITH RESEARCH CENTER. 5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia! Pendaftaran boleh isi form di bawah : https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi
Mostrar todo...
Menyesal Tidak Melakukan Kebaikan ======== 1. Dalam al-Quran, Allah memberikan bayangan kepada kita tentang golongan kafir yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka merayu kepada Allah agar diberikan peluang kedua untuk melakukan kebaikan. 2. Ayat ini memberikan kepada kita satu peringatan agar tidak bertanggguh dalam melakukan kebaikan. Kita bimbang andai sekiranya kita terlepas satu amal soleh yang sepatutnya boleh kita lakukan, namun disebabkan sifat bertangguh, kita terlepas dari melakukannya. 3. Ayat ini juga mengingatkan kita agar memanfaatkan usia yang dikurniakan kepada kita. Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah: يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ؟ قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ" قَالَ: "فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟" قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ" “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Mostrar todo...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

PENGUMUMAN PEMENANG CABARAN RAIKAN RAMADAN ======================================== Saat yang ditunggu-tunggu akan tiba 🤩 Nak tau siapakah PEMENANG bertuah untuk kontes "Cabaran Raikan Ramadan" ❓❓ Jom ramai - ramai untuk tonton [LIVE] kita pada 🗓 Tarikh: 19 April 2024 (Jumaat) 🕙 Jam: 10 Pagi 📱Live di Tiktok @yayasanmaghfirahofficial https://www.tiktok.com/@yayasanmaghfirahofficial... Bukan itu sahaja, sempena bulan Syawal ini, YM juga nak berkongsi rezeki DUIT RAYA 💵 💵 dengan penonton yang bertuah pada sesi live nanti 🥳 🥳 Jadi tunggu apa lagi! simpan posting ni dan share pada kawan - kawan semua Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah "Wadah Dakwah Anda" #YayasanMaghfirah #WadahDakwahAnda #YM
Mostrar todo...