Dr. Ahmad Sanusi Azmi
📈 Аналитический обзор Telegram-канала Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Канал Dr. Ahmad Sanusi Azmi (@drahmadsanusiazmi) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 44 263 подписчиков, занимая 1 330 место в категории Религия и духовность и 688 место в регионе Малайзия.
📊 Показатели аудитории и динамика
С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 44 263 подписчиков.
Согласно последним данным от 04 сентября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -251, а за последние 24 часа — -16, при этом общий охват остаётся высоким.
- Статус верификации: Не верифицирован
- Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 8.77%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 3.66% реакций от общего числа подписчиков.
- Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 3 883 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 1 620 просмотров.
- Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.
📝 Описание и контентная политика
Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.”
Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 05 сентября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Религия и духовность.
Загрузка данных...
| Дата | Привлечение подписчиков | Упоминания | Каналы | |
| 05 сентября | +1 | |||
| 04 сентября | 0 | |||
| 03 сентября | 0 | |||
| 02 сентября | 0 | |||
| 01 сентября | 0 |
| 2 | Нет текста... | 351 |
| 3 | Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ﷺ
=======
1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti.
2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ﷺ:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasa’i - dinilai Sahih)
3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ﷺ:
كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” (HR al-Tabrani - perawinya siqah)
4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:
أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi | 2 046 |
| 4 | Нет текста... | 1 791 |
| 5 | Setiap Yang Kecil Memberikan Kesan
=====
1. Dalam Surah al-Mutafifin, Allah mencela mereka menipu dalam timbangan sekalipun dengan jumlah yang sangat sedikit. Firman Allah:
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang; iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain, mereka mengambilnya dengan cukup, dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya.” (Surah al-Mutaffifin 83:1–3)
2. Perhatikan perkataan "Mutaffifin" di sini. Sheikh Tantawi menjelaskan bahawa Mutaffifin di ambil dari perkataan Tafif yang membawa maksud sangat sedikit. Kata beliau:
وَ{الْمُطَفِّفِينَ} جَمْعُ مُطَفِّفٍ، مِنَ الطَّفِيفِ، وَهُوَ الشَّيْءُ التَّافِهُ الْحَقِيرُ
“Dan Mutaffifin itu kata jamak dari perkataan Tafif yang membawa maksud jumlah yang sangat sedikit.” (Tafsir al-Wasit)
3. Malah Ibn Asyur mengaitkan perkataan Tafif ini dengan Tufaf (الطُّفَاف) iaitu sesuatu yang berada dekat pada batas atau bibir bekas dan melibatkan jumlah yang sedikit. Iaitu sesuatu yang mungkin digambarkan sebagai baki bekas cedokan semata-mata.
4. Walaupun begitu sedikit kezaliman yang seseorang lakukan, Allah memberikan ancaman dengan perkataan “waylun”, perkataan yang memberikan kebinasaan kepada seseorang. Kata al-Tantawi:
الْوَيْلُ: لَفْظٌ دَالٌّ عَلَى الْهَلَاكِ أَوِ الشَّرِّ، وَهُوَ اسْمٌ لَا فِعْلَ لَهُ مِنْ لَفْظِهِ، وَقِيلَ: هُوَ اسْمُ وَادٍ فِي جَهَنَّمَ.
“Al-Wayl ialah suatu lafaz yang menunjukkan kebinasaan atau keburukan. Ia merupakan kata nama yang tidak mempunyai kata kerja yang berasal daripada lafaz yang sama. Dan dikatakan juga bahawa al-Wayl ialah nama sebuah lembah di dalam Neraka Jahanam.”
5. Oleh yang demikian, jauhi diri dari melakukan kezaliman terhadap sesama manusia walaupun dengan sehalus-halus perkara kerana ia menjanjikan kebinasaan kepada diri sendiri.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi | 2 790 |
| 6 | Нет текста... | 2 349 |
| 7 | Rasulullah ﷺ Menyayangi Negara Sendiri
=======
1. Dalam Islam, semangat cintakan negara bukanlah suatu perkara yang dilarang. Sejarah Nabi sendiri membuktikan bahawa Rasulullah ﷺ adalah wargenagara yang amat menyayangi Mekah, tanah tumpah darah Baginda.
2. Ketika dalam perjalanan hijrah meninggalkan Mekah, Baginda ﷺ telah melalui satu kawasan yang dinamakan Juhfah. Ia adalah sempadan dibahagian utara negeri Mekah. Di sinilah Baginda memaling memerhatikan Mekah lalu bersabda:
ما أطيَبُكِ مِن بلدٍ، وما أحبُّكِ إلَيَّ، ولولا أن قومَكِ أخرَجُونِي مِنكِ ما سكَنتُ غيرَكِ
“Aku tidak temui negeri yang lebih baik dari engkau (wahai Mekah), dan tidak ada negeri yang lebih aku sayangi dari Mekah. Kalaulah bukan kerana kaummu (iaitu Quraysh) telah menghalauku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.”(HR al-Tirmizi).
3. Sifat cintakan tanahair ini dilihat berlaku secara konsisten setelah Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah. Baginda bersungguh membangunkan Madinah, membentuk suasana harmoni dikalangan semua kaum serta menyemaikan rasa cintakan Madinah.
4. Perkara ini dapat difahami melalui doa yang pernah dibacakan oleh Baginda ﷺ yang menyatakan:
اللهم حبِّبْ إلينا المدينةَ كحُبِّنا مكةَ أو أشدَّ
“Wahai Tuhan kami, lahirkanlah rasa cinta kami kepada Madinah seperti mana kami mencintai Mekah.” (HR al-Bukhari).
5. Malah lebih menarik lagi apa yang pernah disaksikan sendiri oleh Saidina Anas bin Malik iaitu pembantu Rasulullah. Saidna Anas pernah bercerita:
"كان رسول الله إذا قدم من سفرٍ، فأبصر درجات المدينة، أوضع ناقتَه - أي: أسرع بها - وإن كانت دابة حرَّكَها"
“Sesungguhnya Rasulullah itu, sekiranya Baginda pulang dari satu perjalanan yang jauh, apabila sampai sahaja di Madinah dan ternampak anak-anak tangga Madinah, (atau dinding-dinding rumah di Madinah) Baginda akan menggesa untanya supaya berjalan cepat, seakan-akan rindu untuk sampai di Madinah.” (HR al-Bukhari).
6. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa, sikap Rasulullah ﷺ seperti yang dinukilkan oleh Saidina Anas ini memberikan kepada kita gambaran bahawa tidak salah mencintai nagara apatah lagi tempat tersebarnya dakwah Islam. Kata Ibn Hajar:
وفي الحديث دلالة على فضل المدينة، وعلى مشروعية حب الوطن، والحنين إليه
"Dan dalam hadis ini menunjukkan mengenai kelebihan Madinah, dan keharusan mencintai nagara dan sayang kepadanya." (Fathul Bari)
7. Namun apa yang harus kita lakukan andainya kita mencintai negara kita? Berdasarkan hadis Malik ibn al-Huwairith, kita digalakkan untuk mengajar dan menyebarkan kebaikan dalam masyarakat andai kita menyayangi negara ini.
8. Jauhkan negara ini dari unsur kejahatan seperti rasuah dan pecah amanah dan selamatkan negara ini dari pemikiran yang merosakkan seperti pemikiran liberal.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://shopee.com.my/product/510934549/8790452128?gads_t_sig=gqRjZGVrxHCFomtpsTE0MjUxOnRzc19zZGtfa2V5omt20QACpGFsZ2_SAAAAZKNkZWvAomN0xEAAAAAMaaRlZwa4TmRr35EbRKe45opqqWzquDpxLoPl6a_nP90XlrFndAmj-Eti4LViLnnfxaArnW_92wfHWioVqmNpcGhlcnRleHTEcAAAAAzPGZ5cRnw8cZt3Ivv36fjTa5WjXi_v6-BCcfFLVzADciXjJF5850JWKrwUwWBfaw-9OSiqtaopfUfsQfsmSGRw96f9OuLMxJCWKJnGbyuHKPVR8csZC8t4pU1CvguFheGXSTdXD4QKmS8qmo0&gad_source=1&gad_campaignid=24158342635&gbraid=0AAAAADPpYTLVax5642Ekd5JSmdnP_Z4iZ&gclid=EAIaIQobChMI84Oiob_JlgMV44JLBR3A0xPFEAQYASABEgLK-vD_BwE | 3 400 |
| 8 | Нет текста... | 2 757 |
| 9 | 📚 KEFAHAMAN LITERAL & LATERAL TERHADAP HADIS RASULULLAH ﷺ
🎙️ Bersama: Professor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
📅 27 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 8.30 malam – 11.00 malam
📍 Auditorium Said Ramadhan Al-Butti, UIS
🎯 Fokus: Memahami hadis Rasulullah ﷺ secara literal dan lateral serta melihat konteks dan maksud di sebalik sesuatu hadis.
👥 Terbuka kepada: Mahasiswa, mahasiswi & pencinta ilmu
🎓 COP Mentoring disediakan
🤝 Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)UIS Dan Kerjasama Kelab Sahabat Inhad (KSI)
✨ Jom hadir, timba ilmu dan eratkan ukhuwah! | 4 242 |
| 10 | Kalau ada anak-anak yang bakal ke luar negara tahun ini, tahun hadapan atau dalam 2 tahun lagi untuk sambung belajar, pernah tak kita terfikir:
Macam mana nak jaga iman, akhlak dan jati diri mereka bila mereka berada jauh daripada keluarga?
Persekitaran sangat memainkan peranan. Anak-anak perlukan kawan-kawan yang baik, circle yang positif dan sahabat dari Malaysia yang boleh saling mengingatkan dan menjaga satu sama lain.
Sebab itu saya nak ajak kenalan yang ada anak-anak yang akan ke luar negara untuk sertai satu program yang sangat baik untuk persediaan mereka.
Program ini sebenarnya berbayar, tetapi khusus untuk anak-anak dan kenalan AKADEMI UMI, kita nak berikan secara PERCUMA. 🥹
Kalau anak-anak anda akan ke luar negara tahun ini, tahun hadapan atau 2 tahun lagi, saya sangat galakkan untuk sertai.
Masuk sini ya, kita sembang lanjut…anak saya pun nak pi tahun ni sambung belajar👇🏻
https://chat.whatsapp.com/Jo8mfBVlZf27qgWfNsjhjI?mode=gi_t | 4 564 |
| 11 | Нет текста... | 4 408 |
| 12 | Atas Jalan Apa Seseorang Itu Meninggal
=====
1. al-Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Harithah bin Suraqah telah meninggal syahid dek terkena anak panah sesat dalam operasi perang Badar. Kata ibu beliau, Ummu al-Rabi:
قَالَتْ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، أَلَا تُحَدِّثُنِي عَنْ حَارِثَةَ ـ وَكَانَ قُتِلَ يَوْمَ بَدْرٍ أَصَابَهُ سَهْمٌ غَرْبٌ...
(ibu kepada Harithah bin Suraqah) datang kepada Nabi lalu berkata: Wahai Nabi Allah, tidakkah engkau khabarkan kepadaku tentang Harithah? Dia telah terbunuh pada hari Badar kerana terkena anak panah sesat"...
2. Ibn Kathir menjelaskan bahawa Harithah sebenarnya berasa dalam operasi mendapatkan air atau menjadi mata-mata. Kata beliau:
بَلْ كَانَ مِنَ النَّظَّارَةِ مِنْ بَعِيدٍ، وَإِنَّمَا أَصَابَهُ سَهْمُ غَرْبٍ وَهُوَ يَشْرَبُ مِنَ الْحَوْضِ
“Bahkan beliau berada dalam kalangan mereka yang memerhatikan dari jauh; beliau terkena anak panah yang tersasar ketika sedang minum dari kolam.”
3. Melihatkan beliau mati bukan dalam medan jihad, ibunya sangat bimbang lalu mengadu bertanya kepada Rasulullah tentang situasi anaknya itu takut-takut kalau beliau tidak ditempatkan di syurga.
4. Lantas Rasulullah memberi jaminan bahawa Harithah bukan sahaja masuknsyurga, malah beliau akan berada di syurga yang tertinggi:
يَا أُمَّ حَارِثَةَ، إِنَّهَا جِنَانٌ فِي الْجَنَّةِ، وَإِنَّ ابْنَكِ أَصَابَ الْفِرْدَوْسَ الْأَعْلَى
“Wahai ibu Harithah! Sesungguhnya terdapat banyak syurga di dalam syurga, dan sesungguhnya anakmu telah memperoleh al-Firdaus yang tertinggi.” (HR al-Bukhari)
5. Perhatikan di sini, bagaimana cara seseorang itu meninggal tidak memberikan indikator utama bahkan yang penting ialah atas jalan apa dia meninggal? Sekalipun dia meninggal hanya untuk mendapatkan air di jalan Allah, maka dia akan berada di bawah naungan Allah.
6. Oleh yang demikian beramallah kerana Allah dalam apa jalan usaha sekalipun. Mudah-mudahan Allah merahmati dan mengampunkan kita semua.
Dapatkan siri 40 hadis di sini:
https://40hadithsanusi.wordpress.com/
Dr Ahmad Sanusi Azmi | 5 537 |
| 13 | Zikir Pagi Penghapus Dosa
======
1. Setiap kali bangun dari tidur, ucapkanlah zikir yang sering kita bacakan setelah selesai dari solat ini. Ini kerana, Rasulullah menjelaskan bahawa zikir ini berupaya menghapuskan dosa kita sekalipun sebanyak buih dilautan.
2. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ حِينَ رَدَّ اللَّهُ إِلَيْهِ رُوحَهُ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ "
"Tiada seorang hamba yang membacakan (zikir ini) ketika Allah memulangkan ruhnya (iaitu ketika dia bangun dari tidur) lalu dia mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maka Allah akan menghapuskan dosanya sekalipun (dosa itu) sebanyak buih dilautan. (HR Ibn al-Sunni - dinilai Sahih)
3. Hadis ini seakan memberikan kepada kita gambaran bagaimana Rasulullah berkehendakkan agar setiap permulaan hari kita dibuka dengan lembaran mentauhid dan menyucikan Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi | 5 087 |
| 14 | Нет текста... | 4 225 |
| 15 | *RIWAYAT PALING SAHIH KELAHIRAN RASULULLAH.*
Sempena Maulidur Rasul ni, jom ulangkaji Sirah Rasulullah.
Perkongsian menarik daripada Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Kanan, FPQS USIM.
Jemput tonton ye!
https://vt.tiktok.com/ZSVyxQBo7/ | 4 613 |
| 16 | *JOM BERINFAQ UNTUK KIPAS GERGASI KOMPLEKS ISLAM TUANKU MUHRIZ USIM*
Pusat Islam USIM membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menyumbang bagi pemasangan Kipas Gergasi (Fasa 1) di Kompleks Islam Tuanku Muhriz.
*✨ Sasaran Kutipan: RM80,000*
*Jumlah Terkumpul : RM9,388.88*
🤲 Salurkan sumbangan anda melalui pautan berikut:
🔹 Sumbangan Dengan Nama
https://prim.my/sumbangan/Kipas-Gergasi
🔹 Sumbangan Tanpa Nama
https://prim.my/sumbangan_anonymous/Kipas-Gergasi
Setiap sumbangan yang dihulurkan akan membantu menyediakan suasana yang lebih selesa untuk para jemaah, mahasiswa serta warga universiti dalam melaksanakan ibadah dan menghadiri pelbagai program di masjid.
#KipasGergasi
#KompleksIslamTuankuMuhriz | 5 362 |
| 17 | Нет текста... | 3 594 |
| 18 | Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ﷺ
=======
1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti.
2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ﷺ:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasa’i - dinilai Sahih)
3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ﷺ:
كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” (HR al-Tabrani - perawinya siqah)
4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:
أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi | 4 403 |
| 19 | Нет текста... | 3 957 |
| 20 | Salam Jumaat yang penuh berkat di *bulan kelahiran junjungan kita yang mulia Nabi Muhammad SAW,* bulan *Rabi'ul Awwal 1448H* (Ogos 2026) yang dilimpahi dengan rahmat dari Ilahi ini. 🤲🏼
Tuan puan,
*Mari berinfaq untuk bil air elektrik, sewa bulanan, gaji guru kelas mengaji Al Quran Anjung Hikmah.* Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang berganda dan mengkabulkan setiap hajat kita.
Tekan link OnPay di bawah untuk infaq : https://ezy.la/tajakelasngajiB40
Ikuti Kelas Ngaji kami di facebook : https://www.facebook.com/share/v/1cErR8uqzf/ | 3 173 |
