cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Show more
Advertising posts
45 921Subscribers
-2124 hours
-607 days
-21530 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

📹 TEASER DRAMA PENDEK MAK KITA RAYA KE ❓🎥 "Kalaulah yang buruk-buruk je kita fikir, takut kita terikat daripada nak bersangka baik Jim" - Tok Nusi Istimewa tahun ini Tim Media Kreatif YM membawakan drama pendek bertajuk "MAK KITA RAYA KE❓yang dibintangi oleh ✨ Jay Iswazir sebagai Ajim ✨ Prof Madya Dr Ahamd Sanusi sebagai Tok Nusi ✨ Ciktee sebagai Mak Senah dan ramai lagi ❗️ Jom Subscribe Youtube Channel Yayasan Maghfirah Sekarang!!! Klik: http://www.youtube.com/@YayasanMaghfirah Jom Sedekah 🕌 RAIKAN RAMADAN Klik: https://yayasanmaghfirah.org/sedekah-ym/ ATAU Maybank: 562263552802 Sila tuliskan reference "ramadan03" "Wadah Dakwah Anda" #CabaranRaikanRamadan #RaikanRamadan #Ramadandoludolu #MemoriRamadan #YayasanMaghfirah #WadahDakwahAnda #YM
Show all...
Rasulullah Mendidik Peniaga dan Pembeli ============= 1. Dalam keghairahan mencari rezeki, para peniaga seharusnya menjadikan pesanan Rasulullah sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka termasuklah peniaga bazar Ramadan. 2. Rasulullah ﷺ mendidik para peniaga Muslim agar bersikap jujur dan amanah. Baginda mengingatkan bahawa peniaga yang berjaya adalah peniaga yang bertaqwa. Sabda Rasulullah: إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ “Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “Fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertaqwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi) 3. Para sahabat tertanya-tanya, kenapa para peniaga dibangkitkan dalam keadaan pelaku dosa? Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: وَلِكِنَّهُم يُحَدِّثُونَ فَيَكذِبُونَ “Tetapi (sebahagian) mereka ini apabila berkata-kata, mereka menipu.” (HR Ahmad) 4. Rasulullah ﷺ turut mengingatkan bahawa sekiranya mereka bersikap jujur, rezeki mereka akan dipermudahkan. Sabda Rasulullah: الأمَانَةُ تَجْلِبُ الرِزْقَ وَ الخِيَانَةُ تَجْلِبُ الفَقْرَ “Sifat amanah akan menjemput rezeki manakala sifat khianat (menipu) akan membawa kefakiran. (Musnad Firdaus al-Dailami) 5. Begitu juga dengan pembeli seharusnya menyemak dahulu harga, berbincang dengan peniaga sebelum melakukan transaksi dan menegur kepada mereka sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Sabda Rasulullah ﷺ: رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا سَمْحًا إذا باعَ، وإذا اشْتَرَى “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang ketika dia berniaga dia bertimbang-rasa dan ketika dia membeli (sebagai seorang pembeli), dia juga bertimbang-rasa. (HR al-Bukhari) 6. Begitu juga sekiranya pembeli ingin menuntut hak mereka, maka hendaklah dilakukan mengikut prosedur dan dengan jalan yang baik. Sabda Rasulullah ﷺ : من طلب حقا فليطلبه في عفاف واف أو غير واف “Barang siapa yang ingin menuntut haknya, maka hendaknya dia mendapatkannya dengan cara yang terhormat, baik ia berhasil mendapatkannya atau tidak.” (HR al-Tirmizi) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Show all...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Surah apakah yang ada di dalam setiap ayatnya menyebut nama Allah?
Show all...
E-MAJALAH AKALWAHYU EDISI KHAS 100 TAHUN KEJATUHAN KHILAFAH Kedatangan Ramadhan pada tahun ini menjadi sedikit berbeza apabila tahun ini genap 100 tahun kejatuhan khilafah berlaku. Pelbagai onak dan diru dilalui oleh umat Islam di dalam usaha membangitkan semula Peradaban Islam. Kini, bangsa-bangsa dunia (bukan Islam) sedang bersaing untuk menguasai kepimpinan Orde Dunia. Perbahasan berkaitan dengan permasalahan umat serta cara penyelesaiannya perlu ketengahkan. Ikuti perbahasan berkaitan dengan kisah perjuangan para sahabat di Bulan Ramadhan di dalam usaha mereka menegakkan sebuah peradaban. Dapatkan melalui pautan link di bawah: https://ezy.la/AkalWahyuEdisi100Tahun
Show all...
Salam Jumaat yang penuh berkat. " Kami memerlukan bantuan dana kewangan dari Tuan Puan untuk membayar kos perjalanan kelas mengaji kami kepada anak-anak B40 yang dapat buat secara percuma ini. Kos setiap bulan kami yang hampir mencecah lapan ribu ringgit ( RM8,000 ) dengan pelajar di dalam senarai kami sudah melebihi seratus orang, kami memerlukan bantuan dari kos pembayaran sewa bangunan, elektrik, air dan lain lain semata-mata untuk memberi khidmat pendidikan Al Quran secara percuma kepada golongan yang kurang kemampuan. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang besar dan berganda diatas infaq dan sedekah di hari Jumaat ini 😌 Pertubuhan Pusat Komuniti Anjung Hikmah 5551 0833 8452 Maybank Tel: +6 010 343 2515 Lokasi kami : https://waze.com/ul/hw22ruws3h
Show all...
🛑RAYUAN DERMA IFTAR RAMADAN KEMBOJA 2024🛑 📝IGuru ingin merayu muslimin dan muslimat untuk menghulurkan sumbangan infak iftar Ramadan Kemboja khususnya di wilayah Tbung Khmun. Umum mengatahui populasi umat islam di sana adalah minoriti dan saban tahun mereka berbuka dengan juadah seadanya. 🌐Justeru iGuru ingin membuka ruang pahala membantu muslimin di sana sesuai dengan ibadah terbaik di bulan Ramadan iaitu bersedekah. 🕌Hulurkan bantuan di akaun Ikatan Guru Muslim Malaysia Nama bank : Maybank No Akaun : 5551 0832 1077 Ruj : iftarkemboja Atau ke link berikut : https://toyyibpay.com/IftarMuslimKemboja Semoga Allah menerima amal sedekah kita. Ameen.
Show all...
"kalau pakai rantai ni, memang confirm tak kena sakit punya..."-petikan komik Misi Mencari Keampunan "Sesiapa menggantung tangkal sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah. (HR Imam Ahmad & Al-Hakim)" Jom muat turun e-buku MISI MENCARI KEAMPUNAN sekarang! 🔗 https://ezy.la/EBukuYM Bagi yang nak melipatgandakan pahala pada bulan yang mulia ini, klik link dibawah: https://sedekahym.my #RaikanRamadan #YayasanMaghfirah #WadahDakwahAnda
Show all...
Yayasan Maghfirah bersiaran di TV3 bersama Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi tau😍 Jangan Lupa Saksikan!! HARI INI! Rancangan : Malaysia Hari Ini Tarikh & Hari : 20 Mac 2024| 9 Ramadan 1445 Hijrah Masa : 8.30 pagi Penampilan istimewa : Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi Platform : TV3 Jom sertai Cabaran Raikan Ramadan & menangi hadiah bernilai RM 5000! mudah je anda hanya perlu buat posting video bertemakan kenangan Ramadan dulu-dulu. Daftar penyertaan sekarang melalui link ini👇 http://ezy.la/DaftarCabaranRamadanYM Jom bersedekah untuk Yayasan Maghfirah melalui: sedekahym.my #RaikanRamadan #ramadandoludolu #memoriramadan #YayasanMaghfirah #WadahDakwahAnda
Show all...
Golongan Yang Rugi Dalam Ramadan ===== 1. Rasulullah mengingatkan kita bahawa terdapat beberapa perkara yang akan menyebabkan seseorang itu menjadi rugi dalam bulan Ramadan ini. Antaranya ialah: a) Golongan yang tidak mendapat keampunan Allah. Sabda Baginda Nabi: وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ “Rugilah buat seseorang yang telah masuk ke dalam bulan Ramadan sehingga berlalulah ia sedangkan dosanya tidak diampunkan.” (HR al-Tirmizi) (b) Golongan yang tidak bersahur. Ini kerana, Allah dan para malaikat mendoakan orang yang bersahur. Sabda Baginda Nabi: فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad) (c) Golongan yang melakukan maksiat. Ini adalah golongan yang paling rugi kerana Allah tidak melihat amal puasanya. Sabda Rasulullah: مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya (pendustaan dan pembohongan), maka Allah tidak memerlukan ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum.” (HR al-Bukhari) 4. Golongan yang tidak berdoa ketika berbuka puasa. Ini kerana, terdapat waktu yang mustajab saat seseorang itu berbuka puasa. Sabda Nabi: إنَّ للصائم عند فطره لدعوةً ما تُردُّ “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, terdapat satu waktu ketika dia berbuka di mana sekiranya dia berdoa, maka doanya tidak akan ditolak.” (HR al-Tirmizi) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Show all...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Sign in and get access to detailed information

We will reveal these treasures to you after authorization. We promise, it's fast!