es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 311 suscriptores, ocupando la posición 967 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 350 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 311 suscriptores.

Según los últimos datos del 13 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -125, y en las últimas 24 horas de -1, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.21%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 687 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 14 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 311
Suscriptores
-124 horas
-247 días
-12530 días
Archivo de publicaciones
Audio Post #15 Apakah Parenting Stye Kita ? . . Mari singgah dengar podcast pendek dari saya. . https://open.spotify.com/episode/4pxB6xO7BzyzPsT3wNrDTe?si=8XHFLwUmSwiwNbbBNspg4g

Luka Kecil Emosi Anak - boleh berlaku walau dari reaksi spontan kita seperti menjerit, yang sebenarnya lebih kepada sebab emosi kita sendiri seperti terkejut, marah, kecewa, hasil dari ekspektasi kita sendiri etc. . . Bila termarah anak semata kerana air tumpah / pasu tertumbang/ cawan pecah etc (insiden dan momen sehari-hari), Ingat ini. Adakah emosi dan 'self esteem' mereka boleh dinaikkan semula, atau dilap /balut semula, digam semula dengan mudah? Sedang jeritan sederhana kuat dan nyaring spontan pun boleh mematikan beratus ribu neuron (sebab dia terkejut, panik, takut, rasa bersalah), apatah lagi jeritan kuat yang semata-mata kerana terkejut mahupun marah. Ianya perlukan balutan khas dan pantas untuk rawatan luka emosi. Urgent. Bukan luka fizikal darah aja perlu urgent treatment. Hmm.. 1️⃣ Tarik nafas panjang (tutup mulut, untuk induce sabar dan bertenang) 2️⃣ Berkomunikasilah dengan sebaiknya, sejujurnya, penuh humble dan ikhlas - dengan meminta maaf (kalau bersuara tadi), jelaskan reaksi kita tadi itu bukan sebab salah dia, tidak mengapa, 3️⃣ Fokus kepada aksi SOLUSI ketika itu, contoh kita sama-sama tegakkan semula pasu / kita ambil kain untuk lap air, ok. . Hakikatnya mana dia akan belajar lebih baik dari momen tersilap tu??? Fokus kepada aksi SOLUSI ke atau fokus MASALAH? Fokus kepada tenang dan aras manusia rasional ke atau fokus kepada emosi marah/ kecewa/ penat/ terkejut tu? Pilih yang baik dan terbaik untuk kini dan masa akan datang, Apa dia belajar dari input spontan kita sehari-hari tu, akan menjadi output dia nanti. . Refleksi, Maznah Ibrahim . Telegram channel psikologi anak dan parenting: ⏩ T.mazn.me/chan Kelas webinar dengarlah anakku 9 Jan 2021, 9am telah dibuka semula, klik untuk maklumat lanjut : ⏩ https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

photo content

Bahasa Positif / Positive Language Untuk Anak ke Untuk Kita Ibubapa ? . Semasa sedang siapkan Workbook cantik eksklusif saya untuk peserta Webinar Dengarlah Anakku, Saya menyedari satu perkara mudah. Dari 10 strategi utama, 1 darinya 'positive language'. Bahasa yang positif bukan saja untuk anak dengar dan kita 'patahkan' aksi menolak tak dengar kata dia, Tetapi ia sebenarnya lebih kepada untuk diri ibubapa itu sendiri. Contoh anak ekzema taknak mandi, sebab takut sakit, rasa trauma, takut sedih dan bermacam lagi, Ada 3 pilihan; 1. Bila ibubapa tak kata apa-apa, Dengan suasana semasa itu anak menjerit, memang kita mudah terikut dengan emosi negatif (marah, penat, geram), mandikan dia pun dengan kasar; 2. Apatah lagi bila ibubapa turut marah dan keluarkan perkataan negatif, suasana tegang semakin berlaku, lagi event mandi adalah traumatik untuk si anak; 3. Sebaliknya bila ibubapa ucapkan perkataan baik-baik, ia sangat powerfull, bukan saja untuk si anak. Ia lebih lagi sebenarnya untuk emosi ibubapa sendiri, lawan suasana tegang dengan perkataan soothing, menenangkan diri ibubapa sendiri mendengarnya.... Habis mandi, anak ok lah, 'Next time' tak apa kita akan berperang lagi buat benda dia tak suka (Fahami dengan jelas 1 dari 5 prinsip ibubapa perlu pegang dalam hal/isu anak kena dengar cakap kita). Care ❤, Maznah Ibrahim . Masih terbuka penyertaan seminar online webinar di : https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

photo content

Betapa kerap berlaku anak seolah nak MENGAMBIL PERHATIAN kita dengan sama ada : 😓 Buat hal macam-macam termasuk sakitkan adiknya, 😔 Mencelah, menyampuk, menyelit, mengacau kerja yang sedang kita lakukan, 😐 Beremosi tiba-tiba. . . Elak salahkan dia dan tuduh dia 'sengaja buat hal atau cari perhatian'. . . Ketahuilah dia cuma nak 'connect' dengan kita, kan? Betapa kita juga sukar memahami mengapa mereka berkelakuan begitu dan menganggap dia sengaja tidak memahami situasi kita, Sedangkan kitalah yang perlu lebih memahami 'tips of iceberg' di sebalik perlakuan dia dan bijak mengendalikan keperluan utama dia. . . Caranya, mungkin boleh cuba begini : ⏩ Stop kerja / aktiviti kita sedang lakukan, ⏩ Berpaling kepadanya, beri muka anda 'full' (bukan 'half' ya) sambil rendahkan badan, ⏩ Tanyakan : Ya sayang ada apa boleh Mama/Papa bantu (as if kita ni kaunter khidmat pelanggan laaa nak cegah komplen lebih lanjut berlaku) ⏩ Lakukan apa dia perlu/mahu, beri perhatian kepadanya, ⏩ 5 minit dah luang masa dengan dia, katakan Mama/Papa ada kerja sebentar lagi, Boleh sayang ....bagi Mama/Papa siapkan kerja Mama/Papa ? ⏩ Ucapkan terima kasih padanya, usap dan touch mana-mana bahagian muka dia (hidung, pipi, dahi). . Refleksi, Maznah Ibrahim .................................. Channel Telegram Parenting dan Psikologi Anak di sini ya: T.mazn.me/chan .................................. Kelas webinar komunikasi dengan anak secara Live dan Eksklusif, Batch 3, boleh klik di sini untuk maklumat lanjut: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

photo content

Pekerjaan Kita Sebagai Ibubapa Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan
Pekerjaan Kita Sebagai Ibubapa Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Audio Post #14 Sedih dan Kesal Selepas Teruk Marahkan Anak. Apa Nak Buat ? https://open.spotify.com/episode/3R4tlt3pIrQy9fzrYl9ryG?si=DQGNLuwoRIqCd4VtubztYg

Ketahuilah, dan maklumkanlah kepada anak-anak, Bahawa marah adalah OK sama sekali, Cuma cara atau kaedahnya sahaja perlu lah
Ketahuilah, dan maklumkanlah kepada anak-anak, Bahawa marah adalah OK sama sekali, Cuma cara atau kaedahnya sahaja perlu lah cara luahan yang selamat dan asertif. Care ❤, Maznah Ibrahim ******************************* Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak: T.mazn.me/chan . Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

Jangan terlepas program istimewa untuk minggu ini ya.🔶🔶🔶 Daftar webinar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/denga
Jangan terlepas program istimewa untuk minggu ini ya.🔶🔶🔶 Daftar webinar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

Bagaimana Nak Mulakan Satu-satu Perubahan? Kita boleh berubah menjadi lebih baik setiap hari. Kita pasti boleh dengan asas: kita ada niat yang baik. (Niat pun sudah diberi pahala kan?) Maka dalam meneruskan niat anda (apa jua), hanya perlukan BUAT AJA dan dengan KONSISTEN saja, ok. Contoh: 😊 Senyum kepada anak setiap kali dia melihat wajah anda - bayangkan jika ini kali terakhir dia atau kita menatap wajah masing-masing, tidakkah momen itu kita mahu jadikan sebagai momen terbaik dan terindah? 🥰 Peluk anak selepas setiap kali solat, dapat 3 kali minima kesempatan pun dah kira ok sangat (berbanding tiada langsung : 0 kan?). Bayangkan jika tidak dicuri masa itu atau tidak dicipta rule baik ini, kita terlepas peluang nak peluk mereka sewaktu mood dan tenaga kita di tahap agak BAIK, TENANG dan fitrah (sebab baru lepas solat). Ini contoh kecil saja, Saya maksudkan lakukanlah hari-hari aksi kecil sebegini, Konsisten. Ada bezanya, ada impak atau kesannya, Tidaklah sesia apa jua usaha kecil kita ini, Kerana ia ada MAKNA nya yang tersendiri.. (momen, saat, satu proses kepada sesuatu hasil) CARE 💗, Maznah Ibrahim Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

photo content

TUNE IN SKILL FOR PARENTS Antara teknik dalam EHSABAR LEVEL 2 (dahulu) ialah belajar dan praktis skil 'Tune In' secara verbal dan nonverbal untuk komunikasi berkesan dengan sesiapa yang kita mahu deal. Anak, suami, rakan, etc. Bagaimana ya? Saya share asas. Jika emosi anak excited No 9/10, ibubapa sebaiknya respons excited juga tahap 9/10. Baru Matched. Puas. => Cuba tepuk penuh kedua tapak tangan kita tu, rasa macam mana? Tepuk penuh 'full match' tu kiranya sama banyaknya TENAGA digunakan oleh kedua tapak tangan kanan dan kiri, dan seluruh tapak tangan dan 5 jari kiri tu kena dengan kanan = matching / kena betullah orang kata 😄. *Cam gitulah anak rasa puas bila kita juga excited sama 9/10 dengan dia bila dia nak bercerita tu.... *Dan cam gitu jugalah if tepuk tak kena atau sipi sipi kena - anak rasa tak puas baru nak meluah ibu ayah pandang tepi aja, ada kesannya terhadap sistem emosi mereka (bahagian Play, Care/attachment dan Seeking system dalam otaknya). . Sebaliknya jika anak sedang sangat marah 9/10, ibubapa sebenarnya perlu respons SABAR 9/10 ya 😄 Sabar, sabar... . Jangan sama kan mereka anak kecil dengan diri kita. Usia mereka jauh beza dengan usia kita. Maka tanggungjawab kita memang besar bukan setakat mengasuh, malahan mendidik dan melindungi mereka dari sebarang kesakitan (luaran dan dalaman). Care ❤, Maznah Ibrahim *********************************** Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak: T.mazn.me/chan . Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

photo content

IbuBapa Jadi Magic Mirror Kepada Anak ================================= 1 Julai 2017 Sabtu Tadi Fateh kata dia ada 4 perkara silap dilakukan, . 4 kesilapan dia ini dia nyatakan dengan penuh insaf 😅 (misteri dan berdebar saya menantinya): 1. Dia tak melompat lepas mandi maka mami hampir nak terjatuh, bahaya. (air menjejeh jadi saya memang hampir jatuh tadi) 2. Fateh tertumpah air milo lepas tu Fateh lap dengan tisu. 3. Fateh marah uncle kat rumah kenduri aqiqah tadi (sambil ulang tunjuk aksi garang dia macam biasa style dia tu) 4. Fateh tak tutup tin biskut merry. . Okay, no 1,3 tu memang kami dah proses bersama (muhasabah dan nasihat secara berhikmah dari mak ayah dia, kami tegur dan explain baik-baik sungguh-sungguh), No 2 saya memang tak perasan ia berlaku, yang saya nampak memang mug milo dia dah kosong habis minum, cuma saya minta dan ingatkan dia letak cawan dah minum atas meja sahaja. No 4 tu kelupaan harian yang diingatkan berulang kali tiap hari jadi saya tak expect dia mengakui dengan penuh sesalan 😄 . saya terus berikan/nyatakan 10 kebaikan dia hari ini. . 1. Fateh berjaya lompat 20 kali lepas mandi, maka mami tak jatuh pun. 2. Fateh berjaya tutup tin biskut lepas makan, maka biskut tak lemau. 3. Fateh bertanggungjawab lap sendiri air milo tumpah, maka tak kotor la lantai. 4. Fateh berjaya patah balik salam ngan uncle rumah kenduri tadi walau dah nak balik dah. 5. Fateh berjaya dimandikan dan digosokkan gigi oleh mummy sampai bersih berkilat licin dan tak jadi rumah bakteria makanan 6. Fateh berjaya main dengan gembira bila Khairunnisa' berlakon jadi aunty chinese kita yang gunting rambut tu 7. Fateh berjaya minta maaf kat ayah pasal bising nak pistol lain 8. Fateh mengakui kesalahan Fateh dengan mummy, mummy bangga dan syukur sebab fateh anak soleh bertanggungjawab atas kesalahan Fateh. 9. Fateh berjaya tahan diri tak tengok kartun robot, tengok umar dan hana dan upin ipin aja. 10. Fateh tunjukkan kasih sayang kat mummy dengan kiss dan hug mummy, penyayang, prihatin dan empatik. . . Lihat, bagaimana anak Thinking berfikir-fikir kesilapan dia, . dan semua itu ada perspektif kebaikan dia yang dia tak nampak. . kita bantu dia untuk 'feel good' atas kejayaan kecil yang kita 'as parent' mata helang boleh nampak. . walau kecil, ia besar. . ia spesifik cuma 'different angle' sahaja, . agar dia tak fokus kepada 'side' yang negatif dan silap/salah, . sedangkan menyedari dan mengakui kesilapan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, tak semua orang boleh lakukan muhasabah macam ini, . Dan ketahuilah peringkat usia 3-5/6 tahun, antara initiative (inisiatif berusaha) vs. guilty (rasa bersalah), . Maka anak mudah RASA BERSALAH bila ditegur kesalahan, atau semasa dia berusaha sesuatu kita cepat cepat betulkan. . Jadi bila kita betulkan kesilapan dia, gunakan teknik sandwich (roti-daging-roti) (intro puji umum - tegur kesilapan - balut dengan puji dan harapan/doa baik-baik), . Agar terubat rasa bersalah dia, sebab takkan kita mahu biarkan mereka tidak sedar apa betul dan salah, . Hanya methodnya sahaja perlu berhikmah. . Eh, dia tahu ke mak dia selalu buat refleksi diri 😄😄😄 . . . Refleksi, Maznah Ibrahim #awareparenting #skill_bubapakini #misi_ibubapakonsisten *************************************** Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak: T.mazn.me/chan . Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

photo content

photo content

photo content

Hadiah untuk semua👇 untuk tahun 2021 ya. Terima kasih Pn Ili Hazwani kerana bertanyakan maka saya membuatkannya 👍😊