es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 15 759 suscriptores, ocupando la posición 967 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 335 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 15 759 suscriptores.

Según los últimos datos del 25 octubre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -145, y en las últimas 24 horas de -6, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 3.90%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.13% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 614 visualizaciones. En el primer día suele acumular 335 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 26 octubre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

15 759
Suscriptores
-624 horas
-337 días
-14530 días
Archivo de publicaciones
Peserta Webinar Penat Emosi akan menerima workbook 30 mukasurat hari ini. Boleh mula print sekiranya berkesempatan. Semoga di
Peserta Webinar Penat Emosi akan menerima workbook 30 mukasurat hari ini. Boleh mula print sekiranya berkesempatan. Semoga dipermudahkan urusan penyampaian dan penerimaan ilmu pada Sabtu ini. Kepada yang berminat, masih sempat untuk mendaftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t

Apa jua mula-mula sukar, lama-lama semakin mudah. Refleksi latihan puasa anak kecil, dari hari ke sehari semakin biasa. Latih
Apa jua mula-mula sukar, lama-lama semakin mudah. Refleksi latihan puasa anak kecil, dari hari ke sehari semakin biasa. Latihan kawalan emosi ibu juga begitu. Mulakan amalkan latihan kawalan emosi secara konsisten. Maznah Ibrahim Webinar Sabtu ini, silakan untuk bersama-sama Live, daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t

Ramadhan sesuai untuk kita puasa mulut dengan diam, hanya tarik nafas dan sebut perkataan yang baik-baik. Maznah Ibrahim t.ma
Ramadhan sesuai untuk kita puasa mulut dengan diam, hanya tarik nafas dan sebut perkataan yang baik-baik. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

[VIDEO 3 Punca Parental Burnout] - Semoga para ibu bapa dapat manafaatnya 👍🥰 https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/560957038470995/ Jemput ke Webinar Penat Emosi 👉https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi

photo content

Assalamualaikum wbt. Jadual untuk AlQuran Input Mengikut Usia Anak: 0 - 3.0 Tahun *Tidaklah menjadi tekanan / kewajipan, melainkan dengan sedikit usaha/input dan persekitaran yang disediakan pasti akan menyokong kepada 'AlQuran Input' bagi fasa ini. *'Learning' adalah tidak sama dengan 'Education'. Learning telah dan boleh berlaku pada bila-bila masa dengan apa jua cara, fleksibel dan tiada ekspektasi pencapaian khusus. *Pembelajaran anak dini usia, telah berlaku sejak mereka di dalam kandungan, dan pendengaran adalah deria utama dan pertama mereka. *Tanpa diberi input khusus (plan), anak bayi sudah pun sedia menyerap pembelajaran dari persekitarannya dengan sangat aktif hingga kita tidak akan menyangka mereka telah pun belajar banyak dari apa didengari, dilihat dan dialaminya tanpa mereka menunjukkan apa-apa output. *Jadi ambillah kesempatan peluang ini dengan memberi input AlQuran kepada anak-anak bayi kita. Sumber Jadual: Puan Siti Mashitah Sarif https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222649099709499&id=1033074440 Bahan Audio dan pembelajaran boleh didapati di platform : https://islamicparentingnetwork.net/eshop/

Al Quran Input 0-3 Yr (for Print).pdf10.42 MB

Webinar Combo JPPP Sempena Bulan Autisme 2021 Semua dijemput menyertai dan tonton webinar ini yang dibawakan khas oleh Jabata
Webinar Combo JPPP Sempena Bulan Autisme 2021 Semua dijemput menyertai dan tonton webinar ini yang dibawakan khas oleh Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan HCTM UKM walau bukan staf UKM. Pelbagai topik menarik akan disampaikan oleh terapis-terapis berpengalaman dalam menguruskan kanak-kanak autisme. Hadiah menarik menanti peserta yang bertuah. Mata espel disediakan. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScwH-1-58xh8lWdyeo_qatg7HS8n_iIPyoPNpFKmGt0uKPnPw/viewform

Pasang surut emosi adalah normal, 'roller coaster' pun bukan 'up' aja, ada 'down' nya. Landing lah. Bertenanglah. Muhasabahla
Pasang surut emosi adalah normal, 'roller coaster' pun bukan 'up' aja, ada 'down' nya. Landing lah. Bertenanglah. Muhasabahlah. Sampai bila nak ber roller coaster, jadi hulk, jadi tiger... Kita akan sangat penat sebab mengumpulkan sepenuh emosi kepada perkara remeh dan perkara silap. Kita fokus kepada syukur hari ini atas segalanya walau apa berlaku tidak seperti kita mahu. Jika semuanya sempurna, maka tiadalah peranan kita mendidik, membentuk, mengasahnya. Kita tidak teruji, kita tidak kembali kepada Ya Rabb, sedang kita adalah 'Abd', hambaNya. Semuanya ada pasangannya. Lengkapkan ia. . Refleksi, Maznah Ibrahim . P/S: Sempat lagi untuk yang mahu menghadiri Webinar Penat Emosi, Live pada 24 April, boleh lakukan pendaftaran di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t

MASA (1).png2.20 KB

Hari terakhir earlybird, silakan jum.
Hari terakhir earlybird, silakan jum.

Audio Podcast Hari Ini, Sabtu. Santai-santai, mari dengarkan ya. Bagaimana nak tangani/ kendali sewaktu anak menangis dan gunakan tangisan untuk menundukkan ibu bapa? https://open.spotify.com/episode/58LtdSpY0vdNqD8iyfvNBY?si=ab7df5560e004750

APAKAH TANGKI EMOSI MASA BERKUALITI YANG PALING BERKESAN WAKTU PKP DAN RAMADHAN INI? Dulu ramai bertanya bab tangki emosi 'masa istimewa' bagaimana untuk anak yang ramai seperti 5-7 orang, Saya menjawab, DUA (2) sahaja keadaan membolehkan pukul rata semua anak terlibat, 'then' boleh lah beri ala ala 'tazkirah' / nasihat kepada anak secara general (isu tertentu seperti tanggungjawab setiap anak, hormat menghormati, azam, matlamat keluarga, tanya khabar dll) :- . 1️⃣ Solat berjemaah (part ni suami perlu sporting dan yakin untuk lead solat keluarga ini), 2️⃣ Waktu makan berjemaah (part ni perlu sabar untuk setting dan tunggu makan bersama - andaikan / bayangkan saja suasana berbuka puasa, ia amat 'mahal' dan 'manis' kan ? (bersama syarat tiada hp dibawa bersama). . Boleh buat, kan ? Jadi, waktu PKP dan Ramadhan ini, dua masa ini memang sangat afdhal, dan wujud otomatik, peluang untuk laksanakan waktunya. Care ❤, Maznah Ibrahim p/s: selain 'one to one' dengan anak tertentu yang ada isu khusus Join telegram saya di t.mazn.me/chan

photo content

Kuat Sungguh Ujian Emosi Kita Ibubapa di Bulan Ramadhan... Waktu bulan ramadhan inilah kita akan lebih diuji emosi, kerana apa? Kerana pertama perkataan Ramadh itu sendiri bermaksud panas. Kedua kerana kita ada niat nak didik hati dan diri jadi lebih baik, dan istiqamah baik, sabar dsb. Maka di situlah kita diuji untuk lebih dekat dan bergantung kepadaNya, agar mudahan diganjari reward setingkat dari sebelum ini akan perkara yang kita hasratkan. Maka, banyakkanlah atau lazimkanlah diri untuk: i) bertasbih, puji Allah, atas ujian ini, dan ii) minta ampun kepada Allah. Usah berlamaan menyesal. Move on. Dua hari lepas saya diuji emosi sungguh dengan anak pertama. Nak dekat buka puasa pula tu. Allahu ... Saya kesal, dan mohon Allah tunjuki dan pimpin saya. Saya dapat ilham, buka Al Quran. Secara rawak di tangan saya membuka hp saya : terjemahan Quran, dua kali saya scroll. Satu untuk surah, satu untuk ayat. Saya terpana mendapat ayat ke 3 dari surah An Nasr ini.... Sungguh bila tak boleh solat, bercuti, lagi diuji. Nak nak bila dekat berbuka puasa. Sabar dan kuatkan kesabaran, usaha lagi. Tiada yang sempurna... Allah didik kita dan bimbing kita sentiasa. Maznah Ibrahim. #RepostRamadhanLalu * tasbih : subhanallaha wabihamdihi 100x ========================= *Rujukan Tasbih Memuji Allah: Fadhillah atau keutamaan bertasbih : Mush’ab bin Sa’d menceritakan bahwa ayahnya pernah mengatakan, Rosulullah Sab bersabda,”Apakah seseorang diantara kamu kuat setiap hari melakukan 1.000 (seribu) kebaikan?”, sahabat menjawab,”Bagaimana seseorang diantara kami dapat melakukan 1.000 (Seribu) kebaikan ?, Rosulullah Saw menjawab,”Yaitu mengucapkan tasbih 100 (seratus) kali, maka akan dituliskan untuknya 1.000 (seribu) kebaikan dan akan diampuni 1.000 (seribu) kesalahannya” (HR. Muslim, Nasa’i dan disahkan oleh Tirmidzi) Abu Hurairah ra menungkapkan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa mengucapkan ‘Subhanalloh wa bihamdihi’ 100 kali dalam sehari semalam, maka ia akan diampuni segala dosanya, sekalipun dosanya itu sebanyak buih dilautan” (HR. Muslim dan Tirmidzi) Abi Umamah ra menyatakan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa yang terhalang oleh malam untuk dapat bangun atau terhalang oleh harta untuk memberi infaq atau takut kepada musuh dalam perang, maka hendaknya ia memperbanyak membaca ‘Subhanalloh wa bihamdihi’, karena sesungguhnya ucapan ini lebih dicintai oleh Allah dibandingkan segunung emas yang ia infaqkan dijalan Allah” (HR. Thobroni, tetapi sanadnya lemah) Abu Huroiroh ra mengemukakan, Rosulullah Saw bersabda, “Dua kalimat yang ringan diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan sangat dicintai oleh Tuhan Yang Maha Rahmat, yaitu ‘Subhanallo wa bihamdihi subhanalloohil azhiim’ (HR. Bukhori dan Muslim) ............................................. t.mazn.me/chan Jum segera daftar Webinar Penat Emosi, Strategi dan Teknik pada 24 April 2021, Sabtu 9am-1pm di sini ya: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t

photo content

( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK) Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau 😍. Otak kita akan merembeskan hormon serotonin, iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser). Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi. Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin, lebih dekat kepada kemurungan (depression). Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine, iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan, Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati). Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari, Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan. Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda, dan positif emosi. Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami, sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi 😊😊😊. Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasama👍 Mak pak pun kurang stres sebab mereka. Buat ya? Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga. Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah. Buat ya😃💪 CARE ♥, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan Jum segera daftar Webinar Penat Emosi, Strategi dan Teknik pada 24 April 2021, Sabtu 9am-1pm di sini ya: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t

photo content

Anak Berpuasa, Tidak Memaksa Namun Menggalakkan Sahaja. ✔ Fokus kepada usaha anak untuk mencuba berpuasa, atau mencuba bangun sahur, hatta berniat 'nak puasalah'. "Alhamdulillah tahun ni anak aku ada bangun waktu bersahur walau tak makan apa pun". "Alhamdulillah anak aku ada kata nak cuba puasalah Mama, walau dia berbuka tak lama lepas tu". "Alhamdulillah tahun ni anak aku puasa sampai 11 pagi tahun lalu sampai 9 pagi aja". ✔ Beri pujian dan dorongan agar motivasi berpuasa sentiasa ada untuk hari keesokannya sama ada hari ini berjaya atau tidak berjaya sekalipun. Kita ada 30 hari untuk terus berlatih 😉 "Abang dah berjaya tahan makan minum sampai petang ni, sikit aja lagi, apa kata abang main sekejap agar dapat isi masa lapang dan lupa pasal nak makan tu". ✔ Pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan anak tahun lalu dengan Ramadhan anak tahun ini, pasti ada beza dan peningkatan selari dengan usia, kan, jadi highlightkan peningkatan dirinya bukan dengan individu lain hatta adik beradiknya sekalipun. ✔ Kita mahu positif begini sebab mahu memori berpuasanya adalah yang indah dan baik, seronok dan bahagia bukan sebaliknya. ✔ Kita tidak mahu anak mengaitkan ibadah puasa itu dengan emosi kurang enak seperti susah, sakit hati, kena marah, kena hukum, kena banding dsb. Susah sedikit + sokongan serentak adalah ok untuk kebaikan dirinya 😀. ✔ Matlamat kita biar memori berpuasanya penuh dengan hikmah dan pendidikan kendiri, dari pengalaman dirinya sendiri yang kita kukuhkan saja. "Abang berbuka dan rasa gembira sangat makan makanan kegemaran kan? Ha inilah yang Allah sebut sebagai kegembiraan bagi orang berpuasa ialah sewaktu berbuka puasa". . Care, Maznah Ibrahim Jemput join telegram channel keibubapaan positif dan peringatan untuk diri kita ya: T.mazn.me/chan

photo content