en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 986 subscribers, ranking 964 in the Family & Children category and 2 304 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 986 subscribers.

According to the latest data from 03 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -106 over the last 30 days and by -5 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 4.60%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.05% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 736 views. Within the first day, a publication typically gains 327 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 04 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 986
Subscribers
-524 hours
-237 days
-10630 days
Posts Archive
Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya
Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya Tuhan tetapkan bila masanya. *dan tiada sesiapa yang berhak menjatuhkan self esteem kita ok (kecuali kita sendiri yang membenarkan orang lain melukakan hati kita)... CARE❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Bila Anak Kurang Dengar Kata, Cuba Cek Kita Berbicara Level Hubungan atau Fakta (Pemikiran) Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik. . Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan. . . Ibu: Abang ni janganlah pukul adik, adik tu kecil lagi. . Anak : Adik tu, dia kacau barang mainan Abang. Abang tak bagi. Mainan ni kan abang punya. . . Nampak tak sesuatu di sini? . Anak mejawab pada logik pemikiran dan fakta si kecil, setara fakta si dewasa. . Fakta dewasa, cegah - jangan pukul adik sebab adik kecil, beza abang besar. . Fakta si kecil, adik salah sebab kacau mainan abang dan mainan itu abang yang punya. . . Manusia tak kan selesai konflik, berbalah pabila cuba berlawan dengan fakta. . . Sebab Manusia ni ada egonya. . Nak betul sentiasa. Dia betul. . Nak pertahankan idea pemikiran logik masing-masing. . Sekarang kita TUKAR. . Pindah ke level perhubungan. . Apa kekuatan perhubungan manusia? . Perasaan, ambil berat, niat baik, untuk pembinaan karektor jauh lagi, ke seluruh ummah. Generasi penerus kita. . . Cuba begini. . Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik. . Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan. . Ibu: Skrip baru asertif. . ✅Mulakan dengan diri Ibu, bukan point ke anak ✅Disusuli emosi kemanusiaan : bimbang atau risau. Ia ada unsur kasih sayang dan mendidik. ✅Diakhiri dengan solusi tindakan untuk si anak. . . "Mama BIMBANG bila abang pukul adik, adik rasa SAKIT dan nanti besar sedikit adik pula akan pukul abang. Sebab adik BELAJAR dari abang. Mama tahu abang dan adik SAYANG satu sama lain (hypnoscriptkan mereka) Mama YAKIN abang boleh jadi MODEL abang yang BAIK pada adik. Abang cuma perlu bagitahu elok-elok kepada adik, "Adik, ini mainan abang. Boleh beri pada abang? Abang bagi ni nak? (ganti). (anak diajar skrip asertif kepada adik). . . . Hasil? . Comel sekali KN 2 tahun 1 bulan pula boleh bertahan sabar dan geram nya dan beri skrip asertif ke abangnya. . 3 hari lalu, . di meja makan, . KN minta air (berebut air sejuk mereka ni, kebetulan satu saja, minta air sejuk kosong tapi kedai beri 1 air lain, air suam). . Abang Fateh tak beri sebab rasa itu air dia la kan. Dan sebab gaya KN minta tu macam nak nak juga. Keras. Mendesak. . . Adik KN geram sangat (boleh lihat muka nya cebek menahan marah dan geram). Adik KN diam. Dia bernafas dua kali. Kemudian keluar skrip dia kepada Abang Fateh. "Abang Ateh, boleh bagi adik air?" 😱 Abang bersinar mata, senyum suka dan terus kata : "Boleh. Nah!". Wah mak ayah terkesima lihat si kecil berupaya bernafas semasa marah dan tukar skrip selepas bernafas baik. Bernafas in hidung - out hidung tau ;) . . Modelkan. . Budayakan. . Refleksi, Maznah Ibrahim. Jemput ke telegram channel saya untuk perkongsian parenting dan psikologi anak anak T.mazn.me/chan #repost #KN2tahunFateh5thn

photo content

Link Live tadi di sini ya: https://fb.watch/3Rv2UKK4X5/

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA PPWN Terengganu dengan sukacitanya ingin menjemput anda semua untuk bersama-sama menonton dan mendengar Program Online Jom Borak De’ Stress: “Mendidik Dalam Norma Baharu: Create Memories, Not Expectations" bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang akan dibawakan secara langsung melalui Facebook Live kami di Official Facebook: PPWN Terengganu pada ketetapan seperti berikut :- 📝Tajuk: Mendidik Dalam Norma Baharu: Create Memories, Not Expectations 🗓️ Tarikh: 24 Februari 2021 (Rabu) ⏰ Masa: 10.00 pagi 🎦 Saluran: FB LIVE PPWN TERENGGANU 👥 Penceramah: Puan Maznah Ibrahim Anjuran: 🤗 PPWN TERENGGANU Klik di pautan ini untuk terus ke Official Facebook kami ⬇️ https://www.facebook.com/PPWN-Terengganu-381304788558825/ Dimohon mengisi borang penyertaan program pada pautan di bawah: ⬇️ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScl0hgnaFZIvEGiehQHcIf52clmPFweyBQEnrbI4sCwk1na5w/viewform JOM SHARE RAMAI-RAMAI❗❗

photo content

Sblm tu sorry puan sbb sy lupa nk update poster yg baru. Hari tu terlupa nk add Domain Keseimbangan tu
Sblm tu sorry puan sbb sy lupa nk update poster yg baru. Hari tu terlupa nk add Domain Keseimbangan tu

photo content

Ada Dua Cara Penuhi Tangki Emosi IBUBAPA, Pertama ialah kenalpasti dari 5 tangki emosi itu sendiri dan penuhkan atau dapatkan sendiri. Kedua ialah dengan lakukan 'short me time' diri anda sendiri dalam kesibukan bersama anak-anak itu. . Saya kongsi yang kedua tu. Short Me Time ni = Self Care ya. Check out sewaktu anak leka / tidur / pasangan ambil giliran. . Antara yang boleh dilakukan secepat 30 saat : check out, di dalam rumah ialah :- ❤ Bernafas dalam untuk relaks - sekurangnya 5 saat dan senyum ya ❤ Mandi bersihkan diri - dapat 10 minit tu kira lama dah kan 😍 ❤ Solat sunat 2 rakaat ❤ Buat dan Minum air kegemaran sebentar di dapur 🥃☕ ❤ Membaca bahan positif kat group/channel mana anda prefer ❤ Cakap 'positive self talk' sambil tarik nafas panjang : ⏩ Sabar, sabar sabar, ⏩ Tenang, tenang, tenang, ⏩ Positif, positif, positif, ⏩ Teratur, teratur, teratur ⏩ Hug diri (caranya dalam brain gym: berdiri stabil sambil silang dua kaki, kemudian hulur dua tangan ke depan, silangkan, pusing dua tapak tangan mengadap, genggam jari semuanya, pusing bawa ke tengah dada semuanya, tarik nafas tutup mata, hembus dan senyum) - ada share masa Kaffah Kids Live baru ni. ⏩ Duduk dan urut badan sendiri di bahu, belakang, lengan, kaki, sebut aku sayang diri aku (guna minyak bersesuaian sedikit, lagi ummph) - ini relaksasi otot . Ini semua sebenarnya adalah Self Care namanya. Sayang diri, pujuk diri, treat diri. Yang simple aja, sebab nak keluar beberapa jam mungkin tak dapat kan. . Takda sapa nak bagi / buatkan, buat ajalah sendiri. . CARE, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan ............................ 12 Mac, Jumaat 9.30 malam akan saya kongsikan Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta, nantikan link pendaftarannya ya (percuma premium aja).

photo content

Banyak ibu luah kepada saya, suami bergaya keras, marah, garang (kerana didikan diterimanya) manakala isteri berpendekatan sebaliknya sebab percaya kepada cara yang lebih berhikmah adalah perlu untuk anak-anak. . Saya faham kedua-dua perspektif. Dua-dua pun tidak salah. Cuma ..... Lihatlah kepada sudut pandang apa Tuhan mahu bukan apa kita mahu. Sebab bila apa kita mahu, ia memang pelbagai dan takkan habis berbalas bicaranya 😄😊😃.. Manusia penuh dengan traumanya, pengalamannya, kepercayaannya, cara berfikir dan berasanya, so complex. Sentiasalah mencari jawapan dari sudut pandang spiritual, secara fitrah. Apa secara fitrahnya manusia yang ada hati nurani perlu? Bagaimana pendekatan Rasulullah kepada anak-anak, kanak-kanak dan orang muda mahupun orang dewasa? Apa research on neurosains dan parenting kata? Tele tak dengan apa Islam anjurkan. Tegas dalam berhikmah, secara bersiri, step by step, pelan pelan bukan terus keras kerasan. . 'Didiklah anakmu mengikut zamannya bukan zaman kamu'. Maznah Ibrahim . T.mazn.me/chan

photo content

LIVE Webinar Penat Emosi 🎉🎊 Syabas dan tahniah lagi kepada para peserta semua yang telah berjaya hadir tadi. Saya doakan an
LIVE Webinar Penat Emosi 🎉🎊 Syabas dan tahniah lagi kepada para peserta semua yang telah berjaya hadir tadi. Saya doakan anda semua peroleh kebaikan, manfaat bukan saja untuk diri malahan tempias nya kepada individu terdekat kita semua.😊❤ . Teruskan perbuat. Eh lama juga hingga 1pm lebih saya buat sesi Live tadi, nanti boleh tonton rakaman ya, akses 30 hari. . Terus maju ke depan setelah memahami, menerima dan nanti 'adjust' ya. . . Temujanji seterusnya webinar premium mendorong anak dengan bahasa cinta/tangki emosi, 12 Mac, malam, dan Dengarlah Anakku, stay tune saya buka pendaftarannya. Doa saya sentiasa bersama kalian semua. . Care ❤ Maznah Ibrahim. *p/s : Pinjam review Pn Nursya masuk ke poster ni ya, TQ Pn Nursya 😊😊😊. *p/s : Link rakaman sudah sedia. Nantikan 4 pm nanti email akan diterima. Elak bertangguh ke saat akhir pula 😃 *p/s : Pn yang jawab kuiz betul tadi: 'emosi dan pemikiran' nanti pm la saya ya untuk claim hadiah.

Peserta Live Webinar Penat Emosi esok, sudah terima Workbook melalui email, semalam ya ❤👍🏼👏. Sama kah ianya dengan tahun lalu? Tidak sepenuhnya kerana konten saya tambah berganda lagi insyaAllah. Jumpa esok nanti ya. Jika ada lagi mahu mendaftar, sempat lagi ya, untuk webinar esok 9am. https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=fp2102109

Memilih Emosi Emosi dan tindakan boleh dipilih sebenarnya. Cuma bila kita badan fizikal penat, emosi sendiri tak terlayan, tu
Memilih Emosi Emosi dan tindakan boleh dipilih sebenarnya. Cuma bila kita badan fizikal penat, emosi sendiri tak terlayan, tu mudah membiarkan emosi negatif tu memimpin kita, tanpa sedar. Fikiran dan sudut pandang pun mudah aja berprasangka tak baik, judge. Semasa marah, sama ada diam atau lepaskan marah dengan mulut. Pilihlah diam. Emosi pula pilih rasa marah atau nak rasa tenang. Pilih tenang. . . Sewaktu diam tu tarik nafas dalam dalam. InsyaAllah emosi yang Terpilih (macam Intan Terpilih) adalah TENANG. 😁😊😊😚 GO 💪 Choose our emotion ok. Care ❤⚘, Maznah Ibrahim Join telegram channel parenting dan psikologi anak-anak di sini ya :- T.mazn.me/chan

Audio Post THE PARENT HUT PODCAST Season 2 Episod 1: Anak suka tawar menawar, meminta tangguh dan membantah. Bagaimana kita sebaiknya respon kepada stail komunikasi jenis ini??? https://open.spotify.com/episode/6Q3FZevEFZNzuyHTZqkQzh?si=lrivNZPQTda99QXFVHPO9w

The PARENT HUT Audio Podcast Kembali Lagi😍😍😍 Season 2 Episod Teaser untuk Podcast / Audio Post Season 2 adalah mengenai isu anak-anak, dan akan berlangsung selama 30 siri bermaksud 30 isu anak-anak yang kerap kita hadapi permasalahannya. Sekiranya tidak berlaku lagi kepada kita, dengarkan saja kerana mungkin satu hari ia akan kita alami ;) Silakan: https://open.spotify.com/episode/6f3uCmIqhITQDZguGzR6Ar?si=CtGHnX12Tn6lUQA6AmYdSQ

Nak tak nak perlulah kita belajar juga dan kuasai ilmu pengurusan emosi, saya juga mempelajarinya for years dan masih belajar
Nak tak nak perlulah kita belajar juga dan kuasai ilmu pengurusan emosi, saya juga mempelajarinya for years dan masih belajar lagi dan lagi... Ilmu Allah itu luas dan takkan habis kita belajar lagi. . Hanya dengan emosi baik komunikasi akan menjadi baik. InsyaAllah. . Saya doakan semua yang membaca ini berada dalam mood baik dan positif selalu 😍 senyum lebar lebar ya. . Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan . . 2 hari lagi webinar kita akan berlangsung, sempat lagi mendaftar ya: . https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210218

KENAPA ANAK SAYA BUAT HAL Sebenarnya apabila kita UGUT anak, tanpa sedar kita telah teraktifkan otak primitif/reptilian di bawah otak anak, yang mana ia mencipta lebih amukan, agresif dan pemberontakan... (distress tantrum). Ia sama seperti dinasour 🦖 jika dikacau tempat habitatnya, akan react dan agresif, bertujuan untuk protection, lindungi dirinya dari sebarang ancaman dan keadaan tidak selamat agar sentiasa aman. UGUT, adalah mudah dan cepat. Itu solusi kita selalu ada di jari. Manakala ganti teknik lain, perlukan kekuatan dan sedikit ilmu yang strategik berkesan... Ada dijelaskan dinamik ugutan ini dan solusinya di dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi. Saya kongsikan di sini, TUKAR aja plan /tindakan ugutan kepada dua ini: OPTION 1️⃣ : Dorongan dengan sebutkan terus REWARD akan dapat. Contoh : Adik TAK berhenti tengok TV sekarang, Mama Ayah tutup terus tv, tak boleh tengok dah sampai bila-bila (haaa kau, takda limit terus) 👉Anak nampak 'BERHENTI tengok tv' sebagai utama dan kesan negatifnya, perkataan 'TAK' tu tenggelam. TUKAR Kepada : Abang BERHENTI tengok TV sekarang Mama Ayah bagi tambahan 30 minit TV time lepas solat Zuhur. 👉 Anak nampak REWARD lebih menggoda iaitu tambahan masa menonton TV . OPTION 2️⃣ : Sebutkan dua dua, dorongan/ REWARD disusuli CONSEQUENCE sekali Contoh: Kakak taknak mandi nanti Kakak tak dapat / tak boleh makan lempeng madu kegemaran kakak. 👉 Keyword TAKNAK disebut dua kali, utama dan jelas sekali kesan negatifnya, 👉 Ia bersifat satu hala, directive dan tiada pilihan pun melainkan mandi. 👉 Ia juga fokus kepada ANAK, ANAK, ANAK: anak rasa sempit/sesak/stres. TUKAR Kepada : Kakak mandi sekarang, Mama masakkan lempeng madu kegemaran Kakak, Kakak tak mandi, Mama rasa taknak lah buat lempeng madu kakak.... 👉 Ini agar anak boleh buat pilihan yang baik, yang lebih menguntungkan. Mereka dihidangkan dengan OPTION/Pilihan baik dan buruk. 👉 Ada peranan mak sekali di situ, ia berbentuk kerjasama yang baik antara anak-ibubapa. . Boleh ya Parents semua.. Kita pause dan susun ayat sikit aja, keyword aja semua tu bukan membebel panjang pun, ok 😉 . CARE ♥, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan Webinar penat emosi beberapa hari lagi, silakan daftar jum 😍👍 : https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210217

photo content