IbuBapa Jadi Magic Mirror Kepada Anak
=================================
1 Julai 2017
Sabtu
Tadi Fateh kata dia ada 4 perkara silap dilakukan,
.
4 kesilapan dia ini dia nyatakan dengan penuh insaf 😅 (misteri dan berdebar saya menantinya):
1. Dia tak melompat lepas mandi maka mami hampir nak terjatuh, bahaya. (air menjejeh jadi saya memang hampir jatuh tadi)
2. Fateh tertumpah air milo lepas tu Fateh lap dengan tisu.
3. Fateh marah uncle kat rumah kenduri aqiqah tadi (sambil ulang tunjuk aksi garang dia macam biasa style dia tu)
4. Fateh tak tutup tin biskut merry.
.
Okay, no 1,3 tu memang kami dah proses bersama (muhasabah dan nasihat secara berhikmah dari mak ayah dia, kami tegur dan explain baik-baik sungguh-sungguh),
No 2 saya memang tak perasan ia berlaku, yang saya nampak memang mug milo dia dah kosong habis minum, cuma saya minta dan ingatkan dia letak cawan dah minum atas meja sahaja.
No 4 tu kelupaan harian yang diingatkan berulang kali tiap hari jadi saya tak expect dia mengakui dengan penuh sesalan 😄
.
saya terus berikan/nyatakan 10 kebaikan dia hari ini.
.
1. Fateh berjaya lompat 20 kali lepas mandi, maka mami tak jatuh pun.
2. Fateh berjaya tutup tin biskut lepas makan, maka biskut tak lemau.
3. Fateh bertanggungjawab lap sendiri air milo tumpah, maka tak kotor la lantai.
4. Fateh berjaya patah balik salam ngan uncle rumah kenduri tadi walau dah nak balik dah.
5. Fateh berjaya dimandikan dan digosokkan gigi oleh mummy sampai bersih berkilat licin dan tak jadi rumah bakteria makanan
6. Fateh berjaya main dengan gembira bila Khairunnisa' berlakon jadi aunty chinese kita yang gunting rambut tu
7. Fateh berjaya minta maaf kat ayah pasal bising nak pistol lain
8. Fateh mengakui kesalahan Fateh dengan mummy, mummy bangga dan syukur sebab fateh anak soleh bertanggungjawab atas kesalahan Fateh.
9. Fateh berjaya tahan diri tak tengok kartun robot, tengok umar dan hana dan upin ipin aja.
10. Fateh tunjukkan kasih sayang kat mummy dengan kiss dan hug mummy, penyayang, prihatin dan empatik.
.
.
Lihat, bagaimana anak Thinking berfikir-fikir kesilapan dia,
.
dan semua itu ada perspektif kebaikan dia yang dia tak nampak.
.
kita bantu dia untuk 'feel good' atas kejayaan kecil yang kita 'as parent' mata helang boleh nampak.
.
walau kecil, ia besar.
.
ia spesifik cuma 'different angle' sahaja,
.
agar dia tak fokus kepada 'side' yang negatif dan silap/salah,
.
sedangkan menyedari dan mengakui kesilapan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, tak semua orang boleh lakukan muhasabah macam ini,
.
Dan ketahuilah peringkat usia 3-5/6 tahun, antara initiative (inisiatif berusaha) vs. guilty (rasa bersalah),
.
Maka anak mudah RASA BERSALAH bila ditegur kesalahan, atau semasa dia berusaha sesuatu kita cepat cepat betulkan.
.
Jadi bila kita betulkan kesilapan dia, gunakan teknik sandwich (roti-daging-roti) (intro puji umum - tegur kesilapan - balut dengan puji dan harapan/doa baik-baik),
.
Agar terubat rasa bersalah dia,
sebab takkan kita mahu biarkan mereka tidak sedar apa betul dan salah,
.
Hanya methodnya sahaja perlu berhikmah.
.
Eh, dia tahu ke mak dia selalu buat refleksi diri 😄😄😄
.
.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
#awareparenting
#skill_bubapakini
#misi_ibubapakonsisten
***************************************
Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak:
T.mazn.me/chan
.
Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini:
https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t