Friends Of Shafiq Halim
Open in Telegram
Malaysia Merdeka menyediakan ruang diskusi politik Malaysia yang terkini dan relevan. Kita akan membincangkan perkembangan politik semasa, menganalisis dasar-dasar kerajaan, serta mengupas isu-isu penting yang mempengaruhi negara.
Show more4 404
Subscribers
No data24 hours
-127 days
-7530 days
Posts Archive
https://www.facebook.com/share/r/1CA1vWvW75/?mibextid=wwXIfr
Wajarkah Kerajaan Madani terus dipertahankan atau perlu dihapuskan terus? Ketua Pembangkang hanya membawa hasrat rakyat Malaysia yang memang ingin hapuskan MADANI.
#shafiqhalim #善心 #HamzahZainuddin #KerajaanMadani
https://www.facebook.com/share/p/18P1wtfQqG/?mibextid=wwXIfr
Aliff Daniel bukan sahaja perlu disiasat oleh pihak penguat kuasa agama Islam, malah wajar disiasat di bawah Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur mempersendakan atau menghina kepercayaan penganut agama lain.
Setiap agama mempunyai amalan dan kepercayaan tersendiri yang dilaksanakan berdasarkan kefahaman serta keimanan penganutnya.
Persoalannya, apakah tujuan Aliff Daniel melaksanakan ritual agama Hindu sedangkan beliau bukan penganut agama tersebut? Tindakan sedemikian boleh menimbulkan persoalan tentang penghormatan terhadap kepercayaan agama lain dan berpotensi dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.
Dari sudut Islam, tindakan seorang Muslim melaksanakan ritual agama lain yang bercanggah dengan akidah juga menimbulkan persoalan serius berkaitan pegangan dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
Isu seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana tindakan seseorang, khususnya yang mendapat perhatian masyarakat, boleh menjadi ikutan pihak lain. Kita tidak mahu keharmonian Malaysia terjejas akibat perbuatan yang mencetuskan ketegangan atau mencampuradukkan amalan keagamaan tanpa memahami batas dan sensitiviti setiap agama.
Oleh itu, sebarang tindakan yang berpotensi menyinggung kepercayaan agama hendaklah ditangani berlandaskan undang-undang demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim
Ketua Bahagian Gombak
Parti Wawasan Negara
https://www.facebook.com/share/1Esd7gvjFa/?mibextid=wwXIfr
Saya dengar puak madanon cakap, kalau kita gaji RM2500 tak cukup belanja kita pakai shopeepay untuk tambah perbelanjaan. Sama juga macam negara kalau pendapatan tak cukup kita hutang untuk tambah belanja.
Baru saya tahu yang kerajaan Madani ni buat hutang Negara macam Shopeepay sahaja.
😂😂😂😂
Peluang Pekerjaan untuk sahabat semua! 📢
Jawatan Finance Controller di Shah Alam.
💼 Gaji: RM3,500 – RM6,000 sebulan (bergantung pada pengalaman).
✅ Ijazah dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan.
✅ Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang kewangan, perakaunan atau audit.
✅ Mempunyai kemahiran analisis, pengurusan dan komunikasi yang baik.
📲 Berminat? Hantarkan CV terkini,
Jangan lepaskan peluang ini dan kongsikan kepada sahabat serta kenalan yang berkelayakan!
#PeluangPekerjaan #JawatanKosong #FinanceController #Kerjaya
https://www.facebook.com/share/p/1C3ZnK9rLJ/?mibextid=wwXIfr
Pada era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sebelumnya, kerajaan tidak pernah memberikan bantuan tunai secara langsung kepada rakyat. Namun demikian, keadaan tersebut tidak menyebabkan rakyat terpaksa tidur di tepi jalan atau di bawah jambatan. Kadar kemiskinan mutlak juga menunjukkan penurunan pada era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, meskipun tiada skim pemindahan tunai secara langsung kepada rakyat.
Bantuan tunai kepada rakyat mula diperkenalkan pada era pentadbiran Najib Razak. Pada ketika itu, Barisan Nasional, sebagai pemerintah yang dominan, mula kehilangan sokongan rakyat. Oleh itu, bantuan tunai dilihat sebagai instrumen politik untuk menarik sokongan pengundi.
Namun, persoalannya ialah sejauh manakah pendekatan ini berkesan dalam mengurangkan kadar kemiskinan mutlak?
Malaysia telah mempunyai dua institusi utama yang berperanan dalam aspek kebajikan, iaitu Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Oleh itu, timbul persoalan tentang keperluan mewujudkan pelbagai skim bantuan tunai lain yang sekadar diumumkan oleh Perdana Menteri untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata berbanding penyelesaian jangka panjang terhadap masalah kemiskinan.
Implikasi pendekatan ini ialah peningkatan perbelanjaan mengurus yang berpotensi mengecilkan ruang fiskal untuk perbelanjaan pembangunan. Jika keadaan ini berterusan, pembangunan negara berisiko terbantut dan kebergantungan terhadap pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment, FDI) mungkin semakin meningkat bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.
Sekiranya amalan ini berterusan tanpa penilaian keberkesanan dan strategi pembangunan yang mampan, negara berisiko membazirkan sumber kewangan awam, sedangkan peruntukan tersebut boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh pembangunan ekonomi, meningkatkan produktiviti dan menangani punca kemiskinan secara berstruktur.
https://www.facebook.com/share/v/1DSxYUYeUN/?mibextid=wwXIfr
Kerajaan MADANI Sukar Jatuh Dalam Undi Belanjawan
https://www.facebook.com/share/1RnDVd6Qkh/?mibextid=wwXIfr
Ada seorang kawan berkongsi dengan saya sebuah video mengenai seorang pegawai polis yang berkongsikan pengalaman beliau dalam menangkap kartel-kartel besar. Tidak dapat dinafikan bahawa bidang kuasa polis memang besar.
Namun begitu, apa yang diceritakan tidak semestinya sama dengan pengalaman sebenar di lapangan. Pegawai kanan polis berada di pejabat dan memberikan arahan, manakala yang melaksanakan tugasan di lapangan ialah anggota berpangkat rendah serta pegawai berpangkat Inspektor dan Penolong Penguasa Polis (ASP).
Persoalannya, apabila berhadapan dengan kartel-kartel yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran, wang haram, pemerdagangan manusia dan pelbagai kegiatan jenayah lain, apakah jaminan keselamatan yang diberikan kepada anggota dan pegawai di bawah ini? Bukan sahaja keselamatan mereka, tetapi bagaimana pula dengan keselamatan ahli keluarga mereka?
Orang jahat mempunyai kumpulan mereka sendiri yang menjaga kepentingan mereka. Ada juga pihak dalam kalangan penguat kuasa yang mungkin melindungi mereka, termasuk individu yang mempunyai pengaruh politik.
Namun, bagi anggota polis di bawah, kadangkala rakan sendiri pun sanggup mengkhianati rakan demi sejumlah wang tunai.
Persoalannya, berapa ramai sekarang ini anggota berpangkat rendah, Inspektor dan ASP yang telah teraniaya, tetapi nasib mereka tidak dibela akibat pengkhianatan rakan sesama anggota?
Ada yang rumah tangganya hancur. Ada yang kehilangan pekerjaan. Malah, ada yang akhirnya hilang arah dalam kehidupan sehingga terpaksa hidup dalam kesusahan.
Sebab itulah saya melihat bahawa jenayah ini tidak akan selesai sampai bila-bila sekiranya perkara asas seperti ini tidak diberikan perhatian. Anggota di bawah akhirnya terpaksa mengikut arahan dan arus kerana mereka sendiri takut terhadap kemungkinan dikhianati oleh rakan anggota.
Persoalannya, adakah perkara seperti ini benar-benar dilihat oleh pihak atasan?
Adakah perkara ini sampai kepada perhatian mereka yang berada di peringkat tertinggi, termasuk Menteri dan pegawai-pegawai kanan?
Kita sering bercakap tentang keberanian anggota polis dalam membanteras jenayah. Tetapi kita juga perlu bertanya;
Siapakah yang menjaga keselamatan anggota polis apabila mereka berhadapan dengan musuh yang bukan sahaja berada di luar pasukan, tetapi datang daripada pengkhianatan orang yang berada di sekeliling mereka sendiri?
Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim
Ketua Bahagian Gombak
Parti Wawasan Negara
https://www.facebook.com/share/v/1DoKJXjfGc/?mibextid=wwXIfr
Subsidi, harga minyak dan kebajikan perlu ditangani berdasarkan kemampuan kerajaan serta keperluan sebenar rakyat.
#PerikatanNasional #PN #PolitikMalaysia #Malaysia
https://www.facebook.com/share/p/19kzu193dV/?mibextid=wwXIfr
Hari ini, saya memanggil Mesyuarat G8 Bahagian Gombak bagi menyelaraskan gerak kerja di seluruh kawasan Parlimen Gombak, selain memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan jentera organisasi dalam menghadapi agenda dan keperluan semasa.
Mesyuarat tersebut turut menjadi wadah untuk menilai kedudukan semasa organisasi, memperkemas kaedah komunikasi serta memastikan setiap peringkat jentera bergerak secara tersusun, bersepadu dan berkesan.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah:
Kedudukan kawasan pilihan raya
Kaedah komunikasi parti
Jumlah dan kesiapsiagaan jentera pilihan raya
Kedudukan cawangan dan PDM Gombak
Teknik penubuhan cawangan dan PDM
Syarat penubuhan bahagian
Syarat penubuhan sayap
Penekanan turut diberikan terhadap keperluan memperkukuh struktur organisasi dari peringkat bahagian, cawangan hingga ke akar umbi, supaya setiap gerak kerja dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, berdisiplin dan berkesan.
Saya percaya kekuatan sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung pada kepimpinan, tetapi turut ditentukan oleh keutuhan jentera, kesepaduan komunikasi dan keupayaan setiap peringkat untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan.
Mesyuarat G8 ini merupakan antara langkah penting untuk memastikan gerak kerja Bahagian Gombak terus diperkemas dan dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih tersusun, strategik serta berorientasikan hasil.
https://www.facebook.com/share/v/1DwLuY4KoJ/?mibextid=wwXIfr
Jangan hanya label BN sebagai parti sakau kerana PH juga mempunyai isu kredibiliti. Parti yang semestinya bersih kini hanyalah PAS, Wawasan Negara, Pejuang dan Gerakan.
#shafiqhalim #善心 #PolitikMalaysia
https://www.facebook.com/share/p/19cji861Pc/?mibextid=wwXIfr
Tersebutlah kisah seorang lelaki yang memiliki sebuah perahu yang cukup kukuh. Perahunya besar, dayungnya lengkap dan ramai orang sanggup mengikutinya belayar.
Suatu ketika, dia bertemu seorang lelaki lain yang mempunyai perahu juga namun sedikit kecil maka dia pun berkata.
“Marilah kita belayar bersama,”
Lelaki tersebut bersetuju namun dengan pelbagai syarat. Oleh kerana terlalu ingin mendapatkan persetujuan, lelaki pertama mula menyerahkan satu demi satu dayung yang dimilikinya.
“Ambillah dayung ini.”
Kemudian satu lagi diserahkan.
“Yang ini pun ambillah.”
Tidak lama kemudian, perahunya masih ada, tetapi dayungnya semakin berkurangan.
Lelaki kedua pula berkata, “Kalau mahu kita belayar bersama, biarlah aku yang menentukan arah.”
Lelaki pertama pun terdiam.
Barulah dia sedar, bahawa jika dia tidak menyerahkan semua dayungnya dia masih boleh menentukan arah tujuannya sendiri.
🚨 JAWATAN KOSONG – DRIVER CUM BODYGUARD
🚗 DRIVER CUM BODYGUARD
💰 Gaji: RM2,500 – RM5,000 sebulan
(Termasuk bayaran kerja lebih masa / OT, tertakluk kepada jadual dan tugasan)
🕐 Waktu Kerja: Full Week
📍 Lokasi: Selangor
📅 Tarikh Mula: Secepat Mungkin
Tanggungjawab Utama
• Memandu majikan dengan selamat dan berhemah.
• Menjaga keselamatan majikan sepanjang menjalankan tugasan.
• Mengiringi majikan ke mesyuarat, urusan rasmi, program dan perjalanan luar kawasan.
• Memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan baik.
• Merancang laluan perjalanan serta mengambil kira faktor keselamatan dan keadaan trafik.
• Bersedia bekerja mengikut jadual fleksibel termasuk hujung minggu dan cuti umum.
• Menjaga kerahsiaan segala urusan peribadi dan profesional majikan.
Kriteria Calon
✅ Mempunyai lesen memandu yang sah.
✅ Mempunyai rekod pemanduan yang baik.
✅ Berdisiplin, menepati masa dan bertanggungjawab.
✅ Mempunyai penampilan kemas dan profesional.
✅ Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
✅ Mempunyai pengalaman sebagai driver, personal driver, security atau bodyguard merupakan satu kelebihan.
✅ Bekas anggota keselamatan atau individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan dialu-alukan untuk memohon.
✅ Bersedia bekerja secara full week dan mengikut keperluan tugasan.
📩 CARA MEMOHON
Calon yang berminat sila hantarkan CV/ resume kepada;
📞 WhatsApp: +60 11-7607 1169
Calon yang serius dan memenuhi kriteria sahaja digalakkan memohon.
https://www.facebook.com/share/p/1CYM85Wmxh/?mibextid=wwXIfr
Wawasan Negara tidak akan mampu berkembang jika perjuangan politik hanya berlegar dalam kalangan elit, sedangkan suara dan denyut nadi rakyat terbanyak terus terpinggir.
Sebahagian besar pengundi terdiri daripada kelompok M40 dan B40 yang berdepan persoalan asas kehidupan iatu kos sara hidup, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan kelangsungan keluarga. Dalam banyak keadaan, kemarahan serta harapan rakyat inilah yang menjadi pencetus perubahan politik.
Sejarah menunjukkan bahawa gelombang politik lazimnya bermula daripada rakyat di bawah. Kelompok elit pula sering hadir kemudian, mengambil kesempatan daripada arus perubahan demi kedudukan, pengaruh atau kepentingan perniagaan.
Bagi rakyat biasa, persoalannya jauh lebih asas:
Mampukah mereka meneruskan kehidupan dengan pendapatan yang ada?
Mampukah anak-anak mendapat pendidikan yang baik?
Mampukah keluarga mendapatkan akses kepada penjagaan kesihatan yang sewajarnya?
Justeru, Wawasan Negara tidak boleh terlalu tenggelam dalam percaturan politik yang bersifat elitis sehingga rakyat sendiri tidak lagi melihat apakah yang sedang diperjuangkan.
Wawasan Negara mesti kembali kepada rakyat dan menjadi wadah kepada mereka yang susah, tertekan dan terpinggir iatu sebuah perjuangan yang lahir daripada air mata, keresahan dan denyut nadi rakyat terbanyak.
Inilah semangat RESET bukan percaturan kelompok elit untuk kepentingan diri, tetapi usaha mengembalikan politik kepada tujuan asasnya iatu membela kepentingan dan masa depan rakyat.
Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim
Ketua Bahagian Gombak
Parti Wawasan Negara
https://www.facebook.com/share/p/1bqreqzZUQ/?mibextid=wwXIfr
WASPADA MODUS PENIPUAN JUAL BELI KENDERAAN
Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai peringatan kepada pemilik kenderaan mengenai satu modus operandi penipuan yang boleh menyalahgunakan identiti dan maklumat pemilik untuk memperdaya pihak ketiga.
Penipu biasanya akan menghubungi pemilik melalui Facebook dan menyatakan bahawa mereka berminat untuk membeli kenderaan tersebut serta mahu berhubung secara terus dengan pemilik.
Selepas memperoleh nombor WhatsApp, mereka akan meminta maklumat seperti lokasi rumah, gambar kenderaan, cukai jalan dan, jika boleh, salinan geran kenderaan.
Mereka kemudiannya akan mendakwa bahawa pembeli sebenar ialah rakan mereka dan mereka hanya membantu mendapatkan pembeli bagi kenderaan tersebut.
Sekiranya mereka tidak memperoleh salinan geran, mereka biasanya akan datang berjumpa pemilik, lazimnya secara berdua. Mereka akan melihat dan memandu uji kenderaan, mengambil gambar bersama kenderaan serta mendapatkan gambar cukai jalan dan geran dengan alasan bahawa mereka benar-benar serius untuk membeli.
Selepas memperoleh maklumat dan gambar yang diperlukan, penipu akan menggunakan bahan tersebut untuk mengiklankan kenderaan berkenaan dalam kumpulan WhatsApp dan Facebook seolah-olah kenderaan itu milik mereka.
Modus operandi mereka biasanya adalah untuk mendapatkan deposit daripada bakal pembeli. Mereka mungkin menetapkan deposit sekitar 10 peratus dengan alasan kenderaan tersebut mendapat banyak permintaan dan perlu ditempah terlebih dahulu.
Apabila bakal pembeli meminta maklumat lanjut, penipu akan memberikan maklumat pemilik kenderaan sebenar bagi meyakinkan mangsa bahawa urus niaga tersebut adalah sah.
Selepas itu, mereka mungkin meminta sejumlah wang tambahan dengan alasan wang tersebut diperlukan untuk urusan pemeriksaan PUSPAKOM, perincian kenderaan atau persediaan lain sebelum jualan.
Sekiranya permintaan tersebut tidak dipenuhi, mereka mungkin terus menyekat nombor telefon pemilik atau bakal pembeli.
Masalahnya, apabila penipuan berlaku, pemilik kenderaan sebenar boleh turut menerima panggilan, aduan atau laporan daripada mangsa kerana identiti dan maklumat kenderaan mereka telah digunakan tanpa kebenaran.
Justeru, berhati-hatilah. Jangan mudah memberikan salinan geran, alamat rumah, gambar cukai jalan, gambar kenderaan atau maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu.
Saya sendiri pernah menjadi mangsa modus operandi seperti ini. Saya kongsikan pengalaman ini supaya sahabat-sahabat semua lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa seterusnya.
https://www.facebook.com/share/v/19cuZkdSzZ/?mibextid=wwXIfr
DEB 1971 bertujuan memperluas penyertaan Bumiputera dalam ekonomi moden selepas ketidakseimbangan struktur kolonial.
#shafiqhalim #善心 #DasarEkonomiBaharu #DEB
https://www.facebook.com/share/v/19boVx1emF/?mibextid=wwXIfr
Kerajaan memansuhkan syarat 30% ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta, mencetuskan persoalan tentang kesinambungan dasar penyertaan ekonomi Bumiputera dan kemungkinan kesan berantai terhadap dasar perlindungan sedia ada.
#shafiqhalim #善心 #Malaysia #Bumiputera
https://www.facebook.com/share/r/19xM7Ux9Sa/?mibextid=wwXIfr
Kekalahan di Negeri Sembilan bukan kerana bendera Perikatan Nasional semata-mata, tetapi faktor kepimpinan. Di Melaka, setiap parti wajar menggunakan logo sendiri tetapi calon mesti dikenali dan disenangi rakyat.
#shafiqhalim #善心 #PolitikMalaysia
https://www.facebook.com/share/r/1FAoqNUS5L/?mibextid=wwXIfr
BERSATU terus menggugat Perikatan Nasional selepas PAS menceraikan mereka. Persoalannya, mengapa masih mahu mengganggu keharmonian bekas pasangan?
#shafiqhalim #善心 #BERSATU #PAS #PerikatanNasional
