ru
Feedback
Friends Of Shafiq Halim

Friends Of Shafiq Halim

Открыть в Telegram

Malaysia Merdeka menyediakan ruang diskusi politik Malaysia yang terkini dan relevan. Kita akan membincangkan perkembangan politik semasa, menganalisis dasar-dasar kerajaan, serta mengupas isu-isu penting yang mempengaruhi negara.

Больше
4 629
Подписчики
-224 часа
-127 дней
+8630 день
Архив постов
https://www.facebook.com/share/v/192ziLwyvD/?mibextid=wwXIfr Lirik lagu ini saya hasilkan berdasarkan dapatan tinjauan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Saya melihat perbezaan yang wujud adakalanya menimbulkan rasa curiga dan tidak percaya sesama kita. Namun, di sebalik perbezaan itu, kita berkongsi matlamat yang sama, iaitu membangunkan serta memelihara tanah air yang kita cintai. Saya percaya, apabila kita bersetuju pada matlamat bersama ini, kita mampu hidup dalam suasana aman, harmoni dan saling menghormati sebagai sebuah keluarga besar Malaysia. Lagu ini lahir daripada hati saya sebagai tanda penghargaan sempena Bulan Kebangsaan, khas buat semua rakan-rakan saya yang berbeza kaum dan agama. Semoga ia menjadi pengingat bahawa perpaduan adalah kekuatan terbesar negara.

https://www.facebook.com/share/p/14mersAAL5Z/?mibextid=wwXIfr Tujuan saya menceritakan perkara ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi bagi memperbetulkan fitnah yang dilemparkan oleh Taufik Yaacob (ADUN Bayu) terhadap diri saya. Taufik Yaacob sering menceritakan kepada orang ramai bahawa beliau merupakan “spy” kepada Dato’ Sri Hamzah Zainuddin ketika masih berada dalam BERSATU dan mendakwa kelewatannya menyertai Parti Wawasan Negara adalah disebabkan perkara tersebut. Pada 18 April 2026, saya menerima jemputan daripada Pejabat Menteri Besar Kedah untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anak Perantau Kedah di IDCC, Shah Alam. Ketika itu saya baru sahaja dipecat daripada BERSATU. Semasa berada di program tersebut, Taufik Yaacob mempertikaikan kehadiran saya dengan alasan majlis itu hanya melibatkan PAS dan BERSATU pada waktu berkenaan. Beliau turut menyelar saya sebagai pengkhianat bersama kumpulan RESET yang bersama Dato’ Sri Hamzah Zainuddin. Bukan itu sahaja, ketika Haji Dzowahir Abdul Ghani (ADUN Suka Menanti) dipecat daripada BERSATU, Taufik Yaacob dikatakan menggunakan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencadangkan dirinya kepada pihak istana dan Kerajaan Negeri Kedah sebagai pengganti Haji Dzowahir bagi jawatan EXCO. Namun, selepas PAS memutuskan kerjasama dengan BERSATU dan Parti Wawasan Negara diterima menyertai Perikatan Nasional, baru beliau beralih arah dan menyertai Parti Wawasan Negara. Pada hari kejadian di Sikamat, beliau hadir bersama kumpulannya dari Baling dan terserempak dengan saya. Ketika beliau menghulurkan salam, saya hanya berkata, “Bukankah dahulu lantang menyebut ‘Hidup Muhyiddin’? Bagaimana sekarang boleh bersama Dato’ Sri Hamzah?” Selepas saya mengambil wuduk dan masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat Maghrib, Taufik Yaacob masuk ke dalam surau lalu memukul kepala saya. Beliau turut mengugut kononnya mempunyai jaringan kongsi gelap dan individu berpengaruh di Negeri Sembilan serta mendakwa akan memastikan saya tidak selamat berada di negeri ini. Beliau juga mengajak saya bertumbuk secara satu lawan satu, namun saya memilih untuk mengabaikannya kerana waktu solat telah masuk. Selepas selesai menunaikan solat, saya keluar dari surau dan beliau sudah tiada di kawasan tersebut. Saya difahamkan beliau tidak solat magrib ketika itu. Saya berharap Parti Wawasan Negara, khususnya Perikatan Nasional, dapat melihat perkara ini dengan serius. Kita tidak memerlukan pemimpin yang bermuka dua atau membawa budaya ugutan serta unsur kongsi gelap dalam barisan kepimpinan. Kepimpinan yang berintegriti, jujur dan berakhlak adalah asas yang perlu dipertahankan demi masa depan perjuangan parti.

https://www.facebook.com/share/p/1DP45uy125/?mibextid=wwXIfr Kenapa mereka tak reply saya, sedih hati saya..

Demokrasi menuntut pemimpin bukan sekadar berperibadi baik, tetapi beramanah, bertanggungjawab dan berkesan melaksanakan tugas. Rakyat wajar memilih wakil lebih berwibawa demi kebajikan masyarakat serta masa depan negeri yang cemerlang bersama. *Youtube:* https://youtube.com/shorts/X68wzyZdeQE?si=m4t5YytYtxRJQS5w *Facebook:* https://www.facebook.com/share/r/19ExDNLGWM/?mibextid=wwXIfr *Tiktok:* https://vt.tiktok.com/ZS4FER8nq/ *Insta:* https://www.instagram.com/reel/DbZ334rSVY7/?igsh=ZzdyNWY5d3NlcHV4 *Twitter:* https://x.com/shafiqhalim91/status/2082691003925049486?s=46 *Thread:* https://www.threads.com/@shafiq.abdulhalim/post/DbZ3--cks2b?xmt=AQG0XMnMo0z_bfT4Uz4-h1KxFfPPWsC85Rau0ehih-MvrkQLz0DmOomLJ4AFAkLtp8FDryTS&slof=1 #ShafiqHalim #善心

Perbelanjaan RM500 juta setahun oleh Kerajaan Negeri Sembilan masih gagal menjana peluang pekerjaan belia, memaksa ramai anak muda bermusafir ke Kuala Lumpur dan Selangor. *Youtube:* https://youtube.com/shorts/c9kIencGlKM?si=kqp1yxZfIQaUQtDD *Facebook:* https://www.facebook.com/share/v/1EL41YBpMz/?mibextid=wwXIfr *Tiktok:* https://vt.tiktok.com/ZS4LYCxWP/ *Insta:* https://www.instagram.com/reel/DbXpJRNSiMm/?igsh=cWM0MW9reDRiZmZh *Twitter:* https://x.com/shafiqhalim91/status/2082377096350097560?s=46 *Thread:* https://www.threads.com/share/BAXwHt9yAN/ #ShafiqHalim #善心

Kuota subsidi RON95 membebankan belia Negeri Sembilan bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor, apabila kuota habis pertengahan bulan, mereka membayar RM3.80 seliter, menjejaskan kos sara hidup harian secara ketara berpanjangan. *Youtube:* https://youtube.com/shorts/Pe8GeO81Ljw?si=jDf4Ouxa0rORiygo *Facebook:* https://www.facebook.com/share/v/1Ez6pdDLer/?mibextid=wwXIfr *Tiktok:* https://vt.tiktok.com/ZS48TNaaM/ *Insta:* https://www.instagram.com/reel/DbXdaYLyMLp/?igsh=MWd4NzhpaXZkMHhzMQ== *Twitter:* https://x.com/shafiqhalim91/status/2082351283365982445?s=46 *Thread:* https://www.threads.com/share/BAVJTA66o4/ #ShafiqHalim #善心

Dato Razali Abu Samah pesara pangkat tinggi PDRM yang ingin menabur jasa dan bakti kepada masyarakat di DUN Sikamat. Beliau ingin mengubah budaya kerja dan disiplin kerja pejabat wakil rakyat agar dapat bersama rakyat dan mendengar keluh kesah rakyat di bawah. *Youtube:* https://youtube.com/shorts/krSoh-2xmBg?si=C99HgeSe3RQROkxD *Facebook:* https://www.facebook.com/share/v/1EUxqwqf7F/?mibextid=wwXIfr *Tiktok:* https://vt.tiktok.com/ZS48p3q4w/ *Insta:* https://www.instagram.com/reel/DbXV-TXSOSM/?igsh=MWd5aXN3cHRpMjQ3eg== *Twitter:* https://x.com/shafiqhalim91/status/2082334993251279195?s=46 *Thread:* https://www.threads.com/share/_xnjDzgrI/ #ShafiqHalim #善心

https://www.facebook.com/share/p/1CVfEzPn5e/?mibextid=wwXIfr Semua sedia maklum bahawa kelangsungan Kerajaan MADANI pada hari ini bergantung pada sokongan BN, GPS dan GRS. BN telah menunjukkan sikap bahawa mereka tidak lagi bersama PH, khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan 2026. Tidak pernah berlaku parti-parti komponen dalam kerajaan yang sama bergabung untuk menentang parti kerajaan yang lain, iaitu PH, dalam pilihan raya. Ini merupakan bukti jelas bahawa keretakan yang berlaku semakin serius. Parti-parti komponen lain dalam kerajaan juga sedar bahawa PH mula kehilangan sokongan rakyat. Perkara ini dapat dilihat, antaranya, di Sabah dan Johor apabila PH kehilangan banyak kerusi marginal. Justeru, mereka yang mengundi atas dasar bahawa PH masih menerajui Kerajaan Persekutuan amatlah rugi kerana, pada pandangan saya, jangka hayat PH sebagai kerajaan hanya tinggal beberapa bulan atau mungkin beberapa minggu sahaja lagi.

https://www.facebook.com/share/p/1DAhyYbtBU/?mibextid=wwXIfr Saya mendapat makluman ada perjumpaan yang berlaku bagi membincangkan hala tuju politik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Setakat sekarang ini, kita melihat bukan sahaja BN tidak dapat bekerjasama dengan PH, malah Sabah khususnya juga dilihat menolak mereka. [Jom follow : https://t.me/MalaysiaMerdeka] Pelbagai janji dan tawaran telah dibuat, begitu juga dengan pelbagai pengumuman. Namun, akhirnya hasil kepada Sabah masih tidak ada juga. Sarawak pula sedang melihat kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Sekiranya PN + BN menang di Negeri Sembilan, maka kerjasama politik MADANI mungkin akan dipertimbangkan semula. Apa yang berlaku di Negeri Sembilan nanti mungkin bukan sekadar menentukan siapa yang membentuk kerajaan negeri, tetapi juga boleh memberi kesan kepada hala tuju politik di peringkat Persekutuan. [Jom follow : https://t.me/MalaysiaMerdeka]

https://www.facebook.com/share/p/17u4ucTFF4/?mibextid=wwXIfr Asal barang jadi duit, takkanlah musim pilihanraya jual baju dekat jentera yang bekerja untuk calon. Patut kah begini????

https://www.facebook.com/share/r/1AuLif4B7d/?mibextid=wwXIfr Alhamdulillah, rakyat Negeri Sembilan menerima baik gelombang biru yang membawa semangat penyatuan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Semoga momentum ini terus mendapat sambutan dan sokongan rakyat Negeri Sembilan. Ayuh, kita kongsikan video ini seluas-luasnya!

Best cover lagu ni

https://www.facebook.com/share/p/18827o192f/?mibextid=wwXIfr Isu penyelenggaraan infrastruktur termasuk sistem perparitan masih menjadi antara aduan utama rakyat DUN Sikamat??? Persoalannya, 18 tahun diberi mandat, apa sebenarnya yang telah dilakukan???? Nor Azman Mohamad bukan orang baharu. Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Aminuddin Harun yang mewakili DUN Sikamat sejak 2008. [Follow telegram : https://t.me/MalaysiaMerdeka] Kalau selepas bertahun-tahun berkuasa masalah asas rakyat masih menjadi aduan, mengapa rakyat perlu percaya janji yang sama akan ditunaikan kali ini? Jangan hanya datang ketika pilihan raya membawa janji baharu, sedangkan masalah lama masih menghantui rakyat. Sikamat tidak perlukan lebih banyak janji. Sikamat perlukan perubahan. [Follow telegram : https://t.me/MalaysiaMerdeka]

https://www.facebook.com/share/p/1JZ22hoYq8/?mibextid=wwXIfr Seperti yang diketahui oleh rakan-rakan, saya kini masih dalam proses pemulihan selepas mengalami lonjakan tekanan darah baru-baru ini. Keadaan fizikal saya masih lemah dan belum pulih sepenuhnya. Dalam keadaan ini, amat mendukacitakan apabila saya menerima ugutan daripada jentera BERSATU untuk mencederakan dan memukul saya. Ugutan tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan diri serta menyebabkan saya berasa takut untuk bergerak di sekitar Negeri Sembilan. [Jom follow https://t.me/MalaysiaMerdeka] Saya memohon sahabat-sahabat agar dapat bersama-sama memastikan keselamatan saya sepanjang berada di sini. Dalam keadaan kesihatan yang masih lemah, saya benar-benar bimbang sekiranya sebarang tindakan yang tidak diingini berlaku terhadap diri saya. Saya berharap perbezaan politik tidak sesekali diterjemahkan melalui ugutan, intimidasi atau kekerasan. Politik harus diraikan secara matang dan beradab. [Jom follow https://t.me/MalaysiaMerdeka]

https://www.facebook.com/share/p/1DRqvtwydz/?mibextid=wwXIfr KENYATAAN AKHBAR CALON DUN LABU PERLU BUKTIKAN IDENTITI DENGAN DOKUMEN SAH Mohamad Hanifah Abu Baker tidak boleh sekadar menafikan dakwaan yang tular mengenai latar belakang keturunannya tanpa mengemukakan bukti yang boleh disahkan. Isu ini timbul susulan dakwaan beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu bahawa beliau merupakan seorang Bumiputera. Saya ingin menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap individu tanpa mengira kaum atau keturunan. Oleh itu, sama ada seseorang itu berketurunan Rohingya, Bangladesh atau mana-mana keturunan lain, perkara tersebut bukanlah satu kesalahan dan tidak sepatutnya menjadi asas diskriminasi. Namun, rakyat di DUN Labu berhak mengetahui kebenaran. Penafian semata-mata tanpa disertakan bukti tidak akan menghentikan spekulasi yang terus berlegar dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, saya menggesa Mohamad Hanifah Abu Baker mengemukakan sijil kelahiran atau dokumen rasmi yang berkaitan bagi membolehkan dakwaan tersebut disahkan sama ada benar-benar merupakan fitnah atau mempunyai asas. Pendekatan yang paling wajar ialah menjawab persoalan ini secara terbuka dan telus. Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim Penyelaras Parti Wawasan Negara Parlimen Gombak

https://www.facebook.com/share/r/1ETy9hyzDR/?mibextid=wwXIfr Saudara Shafiq Halim dilaporkan rebah ketika sedang menjalankan kerja-kerja pendataan dan analisis sentimen di Bilik Gerakan DUN Sikamat. Beliau kemudiannya dikejarkan ke klinik bagi mendapatkan rawatan segera. https://t.me/MalaysiaMerdeka Inilah harga sebuah perjuangan. Ketika ramai berehat, masih ada insan yang sanggup mengorbankan tenaga dan kesihatan demi memastikan kemenangan dapat dikembalikan kepada gabungan BN-PN di DUN Sikamat. Justeru, pengorbanan para jentera pilihan raya tidak seharusnya dipersiakan. Kepada seluruh pengundi DUN Sikamat, tunaikanlah tanggungjawab anda dengan keluar mengundi demi masa depan masyarakat setempat. Jika jasad seorang jentera rebah di medan perjuangan, biarlah pengorbanan itu dibalas dengan sebuah kemenangan. https://t.me/MalaysiaMerdeka