Friends Of Shafiq Halim
رفتن به کانال در Telegram
Malaysia Merdeka menyediakan ruang diskusi politik Malaysia yang terkini dan relevan. Kita akan membincangkan perkembangan politik semasa, menganalisis dasar-dasar kerajaan, serta mengupas isu-isu penting yang mempengaruhi negara.
نمایش بیشتر4 466
مشترکین
-324 ساعت
-207 روز
-9430 روز
آرشیو پست ها
https://www.facebook.com/share/r/19xM7Ux9Sa/?mibextid=wwXIfr
Kekalahan di Negeri Sembilan bukan kerana bendera Perikatan Nasional semata-mata, tetapi faktor kepimpinan. Di Melaka, setiap parti wajar menggunakan logo sendiri tetapi calon mesti dikenali dan disenangi rakyat.
#shafiqhalim #善心 #PolitikMalaysia
https://www.facebook.com/share/r/1FAoqNUS5L/?mibextid=wwXIfr
BERSATU terus menggugat Perikatan Nasional selepas PAS menceraikan mereka. Persoalannya, mengapa masih mahu mengganggu keharmonian bekas pasangan?
#shafiqhalim #善心 #BERSATU #PAS #PerikatanNasional
https://www.facebook.com/share/v/1CKkGkeTeN/?mibextid=wwXIfr
Pembatalan 55 ekar Tanah Rezab Melayu di Selangor menimbulkan persoalan tentang tanah gantian, tujuan pembatalan dan ketelusan kerajaan negeri. Rakyat berhak memperoleh penjelasan yang tuntas serta status pembangunan yang dicadangkan.
https://www.facebook.com/share/p/1cfWcxiJbr/?mibextid=wwXIfr
Sudah tiba masanya untuk kita bersuara terhadap kezaliman, kekejaman dan penindasan yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Selagi kita berdiam diri, mereka akan menganggap kita menerima segala-galanya. Sedangkan pada masa yang sama, kehidupan kita dan keluarga semakin terhimpit dengan pelbagai cabaran.
Jika suatu ketika dahulu rakyat turun ke jalanan melalui BERSIH, mungkin sudah tiba masanya kita membawa suara rakyat melalui RESET.
Siapa yang bersetuju untuk kita menggerakkan Gerakan Reset 1.0 dan turun ke jalanan secara aman?
Jika setuju, taip “SETUJU”. Jika tidak, taip “TIDAK” di ruangan komen.
https://www.facebook.com/share/p/1GyJLNgL1D/?mibextid=wwXIfr
The Rukun Negara is the guiding principle I uphold as a citizen who deeply loves this country. Parti Wawasan Negara, meanwhile, embraces the Rukun Negara as the foundation of its ideals and its political mission.
We often hear the term REFORMASI, but the fundamental question remains: where are we ultimately headed? For that reason, I am more drawn to the RESET NEGARA agenda, which presents a clear vision and a track record of implementation that can be evaluated.
Why should we continue to overthink matters when what we are fighting for is so closely connected to our vision for Malaysia?
Join me in building a Malaysia grounded in the principles of the Rukun Negara through Parti Wawasan Negara.
https://www.facebook.com/share/p/1cfVMLY3TX/?mibextid=wwXIfr
Today, the rising electricity tariffs and the increasing cost of goods are being felt ever more acutely by the people. This injustice is no longer an issue affecting a select few; it has become a reality that touches all our lives.
I believe that unless our voices and collective spirit are united, we will remain weakened in our pursuit of justice.
My interest in Parti Wawasan Negara began through the RESET Malaysia movement, which genuinely resonated with me.
We need to RESET Malaysia and return to strengthening our nation towards a better, fairer and more prosperous future for all.
https://www.facebook.com/share/p/1CyRt2nPgt/?mibextid=wwXIfr
I joined Parti Wawasan Negara because I believe Malaysia needs a political party that truly reflects the diversity and multicultural nature of our country.
Here in Gombak, for the first time, I see a party giving space and opportunities to non-Malay leaders to play an active role, including in areas where the majority of the community are Malays.
Friends in Gombak, let us come together and build a new national consensus.
Don’t forget to scan the QR code to register as a member of Parti Wawasan Negara.
— Rajamohan —
#WawasanNegara #Gombak #WajahMalaysia
https://www.facebook.com/share/p/1DUcWNFETR/?mibextid=wwXIfr
Hari ini genap 42 bulan saya melapor diri kepada pihak SPRM. Bulan hadapan, helaian ketiga kertas A4 pula akan bermula.
Sehingga hari ini, saya masih tertanya-tanya apakah sebenarnya kesalahan yang telah saya lakukan. Adakah saya mengambil rasuah, memberi rasuah, atau menyembunyikan dan merahsiakan sesuatu perbuatan rasuah?
Hakikatnya, saya berdepan keadaan ini kerana Azam Baki tidak memaafkan saya. Namun, pada pandangan saya, beliau juga tidak seharusnya terus mempercayai rakaman video yang telah disunting oleh pihak tertentu sehingga akhirnya saya menjadi mangsa keadaan.
Kini Azam Baki sudah tidak lagi menerajui SPRM. Persoalannya, adakah kepimpinan baharu akan melihat perkara ini dengan pendekatan yang berbeza dan lebih adil?
Bagi saya, SPRM seharusnya benar-benar berfungsi sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, berintegriti serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kepentingan negara dan rakyat.
Kesan daripada apa yang saya anggap sebagai penganiayaan ini amat besar. Saya disekat daripada ke luar negara dan turut berdepan kesukaran untuk melepasi tapisan keselamatan bagi mendapatkan pekerjaan dengan syarikat di Malaysia.
Sudah hampir tiga tahun saya meneruskan kehidupan dengan bantuan sahabat serta hasil perniagaan kecil-kecilan.
https://www.facebook.com/share/v/18SWK8mMYe/?mibextid=wwXIfr
Hari Malaysia mengajak kita menilai semula perjalanan negara melalui gagasan RESET MALAYSIA, memperkukuh ekonomi, pendidikan, pentadbiran, politik dan institusi demi peluang adil serta masa depan rakyat bersama.
#HariMalaysia2026 #ResetMalaysia #Malaysia #KitaMalaysia
https://www.facebook.com/share/p/19VFHqK5Wt/?mibextid=wwXIfr
Alhamdulillah, Bahagian Gombak telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Wawasan Negara bagi Bahagian Gombak.
Pembentukan jawatankuasa ini mengambil kira kepelbagaian latar belakang dan keupayaan generasi muda, dengan menghimpunkan ilmuwan agama, golongan profesional serta pemuda daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Saya mahu Pergerakan Pemuda ini menjadi wadah politik yang inklusif, berani dan berwibawa dalam membawa suara anak muda serta memperjuangkan isu dan kepentingan mereka di setiap peringkat.
Pemuda bukan sekadar pelapis kepimpinan. Pemuda ialah kekuatan yang menentukan arah masa depan.
https://www.facebook.com/share/p/1DJpqhJRqm/?mibextid=wwXIfr
Ada ahli yang bertanya kepada saya tentang pandangan saya mengenai keadaan politik semasa selepas Persidangan Agung UMNO dan Muktamar PAS.
Ini pandangan peribadi saya, dimana daripada ucapan-ucapan perwakilan yang saya dengar, saya melihat banyak penekanan hanya diberikan kepada usia sesebuah parti dan jumlah jentera yang dimiliki.
Persoalannya, adakah perkara yang sama menjadi ukuran pengundi di Malaysia?
Sebagai contoh, kita boleh melihat DAP mereka tidak mempunyai jumlah cawangan yang begitu banyak, tetapi parti itu mampu memenangi kerusi dengan majoriti puluhan ribu undi. Selepas PRU13, kita juga dapat melihat rakyat menolak dominasi parti-parti tertentu dan memberikan peluang kepada parti-parti baharu. Perubahan itu akhirnya menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14.
Jadi, adakah usia parti dan jumlah jentera benar-benar menjadi ukuran kekuatan sesebuah parti? Atau perkara ini boleh menyebabkan sesebuah parti menjadi terlalu yakin sehingga memandang rendah kepada kekuatan dan kehendak rakyat?
Pada akhirnya, rakyat mengundi berdasarkan apa yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. Rakyat melihat apa yang mereka hadapi setiap hari dan apa yang mereka harapkan daripada kerajaan serta pemimpin yang mereka pilih.
Hari ini, ramai rakyat semakin letih melihat perbincangan politik yang terlalu banyak berkisar tentang pembahagian kerusi dan siapa yang mahu menjadi parti dominan. Sedangkan rakyat di bawah mahukan perkara yang lebih dekat dengan kehidupan mereka. Mereka mahu pembelaan terhadap masalah yang mereka hadapi dan pemimpin yang benar-benar memahami denyut nadi kehidupan rakyat.
Ahli politik perlu turun ke bawah, mendengar masalah rakyat dan memperjuangkan isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan mereka. Sebab itu, peluang untuk menang dalam pilihan raya sepatutnya dibina berdasarkan sejauh mana sesebuah parti mampu menyentuh keperluan asas rakyat dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Di sinilah sepatutnya ukuran sebenar dalam menentukan pembahagian kerusi pilihan raya. Rakyat bukan sekadar mahu pemimpin yang mempunyai kedudukan dan duduk di kerusi yang empuk. Rakyat mahu pemimpin yang dikenali, dipercayai, turun padang dan bersungguh-sungguh memperjuangkan isu mereka.
Pada akhirnya, bukan usia parti atau banyaknya jentera yang menentukan kemenangan. Yang menentukan ialah sejauh mana rakyat percaya bahawa kita benar-benar berada di pihak mereka.
-Shafiq Halim-
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:
Haji Aminuddin Yahaya
📍 Penyelaras DUN Gombak Setia
Haji Ishak Saad
📍 Penyelaras DUN Sungai Tua
Haji Ahmad Shahrir
📍 Penyelaras DUN Hulu Kelang
Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dalam memperkukuh organisasi, menambah keahlian mengikut sasaran DUN serta memperkemas persediaan menghadapi pilihan raya.
Tulus ikhlas,
Shafiq Halim
Ketua Bahagian Gombak
📞 Hubungi:
Haji Aminuddin Yahaya — 0122349199
Haji Ishak Saad — 01115308308
Haji Ahmad Shahrir — 0133312880
#WawasanNegara #Gombak #GombakSetia #SungaiTua #HuluKelang #PenyelarasDUN
https://www.facebook.com/share/p/1M81LDEXCa/?mibextid=wwXIfr
Hari ini saya bersama jawatankuasa Gombak mengadakan kunjungan ke Hospital Bersalin DBM, Gombak, dan disambut oleh pemiliknya, Mantan YB Md Zolkifli bin Md Lazim.
Dalam kunjungan itu, kami turut mendengar perkongsian beliau mengenai usaha dakwah yang telah membawa hampir 2,000 individu memeluk Islam dalam tempoh setahun.
Insya-Allah, Gombak juga mampu melahirkan lebih ramai insan yang istiqamah dalam menyebarkan syiar Islam dan memperkukuh umat Nabi Muhammad SAW.
Dalam politik, jangan takut memperjuangkan perkara yang diperintahkan oleh agama. Yakinlah bahawa pertolongan Allah SWT akan datang apabila kita ikhlas dan berpegang teguh pada kebenaran, bukan bergantung kepada manusia.
Ucapan Sanusi bukan bermaksud mendiskriminasi parti lain dalam PN, sebaliknya menegaskan PAS sebagai parti lama perlu memainkan peranan memimpin dan menerajui gabungan demi kekuatan bersama.
Youtube: https://youtube.com/shorts/GUnGeRiaIOM?si=KZbX3eOQwVUsDSSg
Facebook: https://www.facebook.com/share/v/1Fj4Bvw5c4/?mibextid=wwXIfr
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSqj31kcd/
Insta: https://www.instagram.com/reel/Dc-RBNjSvtm/?stkn=bW42YTR2MnE3c2gy
Twitter: https://x.com/shafiqhalim91/status/2096820210041032973?s=46
Thread: https://www.threads.com/share/BAUZ0AUmk9/
#shafiqhalim #善心
Masjid seharusnya menjadi pusat ibadah, pendidikan, kebajikan dan penyatuan masyarakat, bukan sekadar tempat solat. Adakah sudah tiba masanya masjid lebih terbuka, mesra dan dekat dengan rakyat?
Youtube: https://youtube.com/shorts/aMYmzAJRT6A?si=k2O9KOUpGdyf51l1
Facebook: https://www.facebook.com/share/v/1DonG6nXfx/?mibextid=wwXIfr
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSqYxd8jo/
Insta: https://www.instagram.com/reel/Dc72XkuSVFs/?stkn=dmthYzRjbjBtY2Rq
Twitter: https://x.com/shafiqhalim91/status/2096480155879543201?s=46
Thread: https://www.threads.com/share/BBef-7ibqg/
#shafiqhalim #善心
https://www.facebook.com/share/r/1Z3qHKvPfA/?mibextid=wwXIfr
Pemandu e-hailing dan p-hailing mendakwa sukar berehat atau beriktikaf di ruang utama masjid. Persoalannya, adakah masjid mempunyai kawasan eksklusif dan siapakah sebenarnya berhak menentukannya?
#shafiqhalim #善心 #Malaysia
https://www.facebook.com/share/p/1DQS3XJ3yD/?mibextid=wwXIfr
KENYATAAN MEDIA
Saya menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mohamed Sukri bin Omar, dalam Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-72 Tahun 2026, yang mencadangkan agar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, segera melakukan pertukaran Pengerusi PN Selangor.
Wawasan Negara Gombak berpandangan bahawa jawatan tersebut perlu dikosongkan dengan segera, termasuk kedudukan YB Mohamed Azmin bin Ali, ADUN Hulu Kelang, sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Langkah ini penting sebagai persediaan awal kepada PN Selangor dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Kedudukan Mohamed Azmin bin Ali dalam kedua-dua jawatan tersebut memberikan kesan yang besar kepada PN Selangor kerana setiap ucapan dan tindakan beliau berpotensi ditafsirkan sebagai mencerminkan pendirian serta hala tuju PN. Lebih-lebih lagi apabila beliau menggunakan istilah seperti “adinda”, “sahabat” dan “teman” ketika merujuk kepada Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat di Selangor, khususnya penyokong PN, mengenai pendirian sebenar PN Selangor sama ada akan menjalinkan kerjasama dengan PH ataupun sebaliknya dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Perkara ini perlu dielakkan kerana PN Selangor perlu mempunyai pendirian yang jelas dan tegas dalam menentukan hala tuju politiknya, khususnya berkaitan sebarang bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Wawasan Negara Gombak turut bersetuju bahawa perbincangan mengenai calon yang wajar dicadangkan sebagai Ketua Pembangkang Selangor dan Pengerusi PN Selangor perlu dibawa ke dalam Majlis Presiden Perikatan Nasional untuk dibincangkan secara lanjut.
Sebarang keputusan berkaitan perkara ini hendaklah dicapai secara bersama dan sebulat suara demi memastikan hala tuju serta kepimpinan PN Selangor dapat diperkukuh sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kelak.
Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim
Ketua Bahagian Gombak
Parti Wawasan Negara
