cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

Harith Faisal

Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda. 0193897934 (WhatsApp Only)

Show more
Indonesia1 988The language is not specifiedEconomy & Finance3 661
Advertising posts
51 414Subscribers
-424 hours
-1067 days
-47530 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

HIDUP TAK LAMA PUN 1. Kita hidup kat dunia ni tak lama pun. Entah-entah esok sampai dah ajal kita. Jadi selagi boleh, jangan menyusahkan orang lain. 2. Lagi satu, elakkan buat hutang duit dengan orang sekeliling. Hutang budi tak apalah. Sebab hutang budi dibawa mati. Haha. 3. Cuba kau tanya laki kau kejap lagi, "Bang, kita ada simpanan RM3,000 tak?". Yang belum kahwin, kau tanya kat diri sendirilah. 4. Orang yang takda simpanan kecemasan, memang akan selalu menyusahkan orang sekeliling, keluarga dan kawan-kawan. 5. Tanam azam mulai hari ni, kau kena ada simpanan kecemasan paling kurang RM3,000 dalam bank, Tabung Haji atau ASB. 6. RM3,000 tu bukanlah amaun yang cukup sebagai simpanan kecemasan. Tapi itu pun dah lebih baik daripada takda langsung. 7. Simpanan kecemasan yang kau patut ada adalah sama dengan 3 bulan gaji. Kalau gaji RM3,000 kau kena ada RM9,000 lah. 8. Kalau kau tak nak disusahkan oleh sesiapa, ajaklah semua orang terdekat kau untuk cipta simpanan kecemasan cepat-cepat. 9. Kalau kau tak nak bagi hutang kat sesiapa, elakkan diri kau daripada bergaya macam orang yang banyak duit. Haha! 10. Macam saya, saya tak suka berhutang dengan orang dan tak suka juga bagi hutang kepada orang. Pasti hidup lebih tenang. 11. Tak perlu stress nak bayar hutang orang. Tak payah pening fikir strategi nak mengemis duit sendiri dari si peminjam yang kerap hilang ingatan dengan pelbagai alasan. - HF #harithfaisal
Show all...
πŸ‘ 30❀ 8πŸ”₯ 6
"Aku memang takda simpan duit wei. Sebab kalau simpan pun, aku tak tau nak buat apa dengan duit tu nanti. Baik aku habiskan." Saya pelik bila ada orang tak tau nak buat apa dengan duit. Nak kata, rumah dah banyak, takda. Masih hidup menyewa. Nak kata kereta sedap, tak juga. Dia pakai kereta biasa-biasa je. Nak kata dah kahwin, yang pertama pun belum lagi rasanya. Dana kecemasan, takda. Dah memang tak simpan, mana pula datang dana kecemasan tu. Mungkin back up nya ada kad kredit. Takaful dan medical pun tak ada. Orang macam ni wajiblah simpan duit banyak. Supaya kalau sakit, tak susahkan orang lain. Macam ni, kalau kau tak tau apa matlamat untuk simpan duit pun tak apa, kau ikut simpan saja bodoh-bodoh. Iya, simpan ja. Si bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, simpan pula 10%-30% gaji bulanan. Banyak lagi bagus. Bukan apa, satu hari nanti bila kau perlu guna duit tu kau akan bersyukur sangat, sebab duit itu wujud. Masa tu, barulah kau rasa kau bijak. Pepatah Rusia berbunyi, biar rasa macam bodoh sekarang, asalkan kau akan rasa bijak nanti. Gila tak sedap pepatah rekaan aku ni. Ha! - HF #harithfaisal Nota: Kalau kau dah tak tau sangat nak buat apa dengan duit, kau sedekah dan infaq sajalah. Tak nak simpan untuk urusan dunia, kau simpanlah untuk tabung di akhirat.
Show all...
πŸ‘ 41❀ 8🀣 6πŸ‘ 3πŸ”₯ 1
Ayat supaya tak payah simpan duit, tak perlu buat side income, belanja ikut suka, atau salahkan kerajaan, memang netizen sangat suka baca. Tapi, saya pilih untuk ajak simpan duit, susah-susah cari duit lebih, berjimat cermat, ubah sikap sendiri dulu. Saya bukan tulis apa yang netizen suka untuk ambil hati, saya tulis apa yang netizen patut buat walau saya bakal dibenci. - HF #harithfaisal
Show all...
❀ 34πŸ‘ 24πŸ”₯ 2🀣 2
Ada yang kata, "Susah nak atur kewangan kalau wangnya pun tak ada." Betul! Saya setuju dengan kata-kata tu. Orang yang bergaji RM10,000 tak perlu pun nak atur kewangan sangat, tapi senang senang je dia boleh simpan RM1,000. Tapi untuk orang yang bergaji RM1,500, menang bukan senang nak simpan walau RM500 pun. Sebab kos nak hidup saja dah kena ada lebih RM1,000 sebulan. Kalau boleh hidup dengan RM500, memang luarbiasa lah. Maybe, duduk dengan mak, pergi kerja jalan kaki, ofis sebelah rumah, makan pun bawak bekal dari rumah. Memang boleh sangat. Ha! Ada yang tanya, apa pengajarannya. Kalau kau tak nak beriya-iya uruskan kewangan, pastikan gaji kau besar. Tapi kalau gaji besar, pandai pula urus kewangan lagilah bagus. - HF #harithfaisal
Show all...
πŸ‘ 18❀ 14
Unfair advantage adalah kelebihan yang kau ada dan dengan kelebihan tu kau boleh capai sesuatu lebih mudah berbanding orang lain Unfair advantage untuk beli rumah. 1. Keluarga kaya 2. Kerja tetap bergaji tinggi 3. Kerja penjawat awam 4. Suka membaca 5. Suka belajar benda baru 6. Kenal rapat orang hartanah 7. Tinggal di Kuala Lumpur 8. Ada modal simpanan 9. Keluarga galakkan 10. Berani mencuba Ada yang kau boleh develop sendiri, ada yang dah memang kau ditakdirkan tak dapat "unfair advantage" tu. Contoh, keluarga kaya. Kalau keluarga kau memang tak kaya, kau jadilahlah wakil keluarga yang kena jadi kaya supaya keluarga kau tak kekal miskin. Takkan nanti bila anak kau tanya, "Ayah kenapa keluarga kita miskin?". Kau jawab, "Entahlah nak, keturunan kita memang miskin." Hentikan victim mentality! Kalau tak, kau susah nak jadi a better version of you. Tukar kepada hero mentality. Keluarlah dari masalah. Kau kata gaji kau kecik RM2,000. Tak dapat beli rumah. Salahkan semua orang. Tengok kat FB kau, life tak macam orang gaji RM2,000 pun. Patutlah! - HF #harithfaisal
Show all...
πŸ‘ 26❀ 18😁 1
Terdetik saja nak mula jaga kewangan, simpan duit, teruslah buat. Tak payah nak tunggu awal tahun ke, awal bulan ke, lepas kucing beranak ke. Yang paling popular, tunggu gaji besar baru nak mula simpan duit. Macam ni, gaji kecik, simpan sikit dulu. Nanti gaji besar, simpan amaun lebih besar. Simpan duit ni adalah habit dan amalan. Diadun sekali dengan mindset yang betul, bersulam pula matlamat jangka masa pendek dan panjang. Kalau gaji kecik pun kau tak teringin simpan duit, macam mana kau nak harap bila gaji kau besar nanti terus dapat hidayah. Bukan senang. You decide, nak start simpan ONE DAY nanti atau pun jadikan hari ini adalah DAY ONE. "Bila gaji aku dah naik ke RM5,000 nanti, aku akan belanja macam orang bergaji RM2,000 je. Jadi, saving aku waktu tu akan jadi RM3,000 setiap bulan." Besar periuk, besarlah keraknya. Maksud peribahasa ni, kalau gaji kau besar, komitmen kau pun akan ikut besar. Kalau boleh, jangan jadi macam ni. Gaji sekarang RM2,000 tapi tak nak mula menyimpan, taknak belajar ilmu urus duit. Dengan alasan, gaji kecik lagi. Tak mampu simpan duit. Setiap kali hujung bulan, baki gaji tinggal RM10. Lagi malang, awal-awal dah angkat kereta dengan bayaran bulanan tinggi sekitar RM500-RM600. Walau berapa pun gaji kita sekarang. Latih diri simpan dan urus gaji tu. Kecik pun takpa. Bila dah biasa, gaji naik RM5,000 pun tak terkejut beruk. Nak senang, kira ikut peratuslah. Simpan 30% gaji. Makin naik gaji, makin naik simpanan. Gaji RM2,000 simpan RM600. Gaji RM5,000 simpan RM1,500. Waktu kau masih bergaji RM2,000 bolehlah kau cakap nak kekalkan gaya hidup macam orang bergaji RM2,000 walau gaji besar nanti. Sebab tak rasa lagi. Nanti bila dah merasa gaji besar, semua bapak mak nenek kereta kau beli, semua bank kau jelajah nak amik personal loan. Rabak poket wei. Ha! - HF #harithfaisal
Show all...
πŸ‘ 27❀ 12😭 2
Duit boleh beli bahagia? Duit banyak-banyak nak buat apa? Mari baca.πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» https://www.facebook.com/100000010250265/posts/pfbid0tEgzepXJPEWKJ7PnPp46vegXjMeR98JhwzCnjnfMFHv2CKKQ6YjX3NXEYZLt6HkMl/?mibextid=lxhLg6
Show all...
πŸ‘ 7❀ 4
Masa kita zaman belajar dulu, kalau tak cukup kolej kediaman, kita terpaksa cari rumah sewa untuk tinggal. Lepas graduate dan baru dapat kerja, kalau boleh nak duduk rumah sewa yang betul-betul dekat dengan ofis. Paling kurang, dekat dengan LRT. Terima kasih pelabur hartanah! Nasib baik dorang ni ada sediakan rumah sewa. Iyalah, student, fresh graduate baru mula kerja, manalah ada duit nak beli rumah sendiri. Nak harapkan mak bapak punya rumah pun tak boleh dah. Sebab rumahnya kat kampung nun jauh di sana. Takkan nak berulang alik setiap hari 200km. Jenuh wei. Lagipun, dorang pun ada satu saja rumah. Tak payah merungut atau salahkan orang lain lagi. Rumah sewa ada macam-macam kadar harga. Ada murah, ada mahal. Ada disewakan satu rumah, per bilik, per kepala. Yang kosong ada, penuh perabot pun ada. Kalau korang sakit hati sangat dengan tuan rumah dan pelabur hartanah, timbulkan motivasi dalam diri, "Aku akan beli rumah secepat mungkin. Tak nak dah duduk rumah sewa!". Sekian. Okay bye! - HF #harithfaisal
Show all...
πŸ‘ 23❀ 2πŸ”₯ 2
β€œBukan senang nak senang.” Saya dah tak setuju dengan kata-kata atas tu. Nampak macam kita dah sabotaj diri kita sendiri, sebab kita dah anggap dan percaya yang memang susah untuk dapat kesenangan. Kata-kata kita adalah doa, kan. Bayangkan macam ni. Tuhan nak bagi kita kesenangan dengan cara yang senang. Tapi kita dah set minda kita bahawa susah untuk menjadi senang. Maka, Tuhan tetap bagi kita kesenangan, tapi cara yang susah lah. Sebab kita yang dah set kat minda yang susahnya nak jadi senang. β€œSenangnya nak senang.” Macam tu patutnya. Saya bukan nak kata yang kita tak perlu usaha keras untuk berjaya. Tapi, kita kena percaya kalau Tuhan berkehendak, ia akan berlaku. Makin ramai saya berkawan, makin banyak cerita keajaiban yang saya dapat. Di sebalik keajaiban, pasti ada amalan yang dibuat. #harithfaisal
Show all...
πŸ‘ 33❀ 20πŸ”₯ 2
Sign in and get access to detailed information

We will reveal these treasures to you after authorization. We promise, it's fast!