cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

Tips Kewangan & Hartanah Azizul

Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.

Show more
Malaysia931The language is not specifiedEconomy & Finance1 702
Advertising posts
91 033Subscribers
+3224 hours
-147 days
-30230 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

#TabungSimpanan TANGAN TERBAKAR Jangan ambil Pembiayaan Peribadi untuk simpanan 'duit dalam tangan'. Tangan kita akan terbakar hingga lengan. Sekali dah 'hitam' sukar nak padam. #Share lelaju bagi ramai tak tertipu #JanganBermainApiPembiayaanPeribadi.
Show all...
๐Ÿ‘ 31๐Ÿ‘ 2๐Ÿ˜ 2๐Ÿ”ฅ 1
#TabungRakyat SALAH ORANG SAHAJA 1. Kita lebih suka salahkan kerajaan, pemaju, yahudi, kapitalis bila kita gagal ada rumah pertama. 2. Kita suka marah orang yang tak boleh jawab hujah kita, biasalah nak tunjuk jantan mesti lawan dengan orang yang tak layan kita. 3. Sebab itu saya TIDAK galakkan kita salahkan sesiapa dalam hidup kita, biar orang tuduh kita macai tetapi kita tahu siapa kita. 4. Gegadis tak suka kita salahkan mereka bila kita jatuh cinta pada mereka, mereka suka sebenarnya :-p #HidupBukanUntukSalahkanSesiapa.
Show all...
๐Ÿ‘ 16โค 2
#TabungHidup "KETIKA MULUT SINGA TERBUKA, JANGAN INGAT DIA TERSENYUM" 1. Sebahagian orang bersikap baik dan ramah namun disebalik keramahan itu ada singa yang buas. 2. Saat mereka tersenyum, ketahuilah mereka berlindung disebalik senyuman itu. 3. Jangan balas perilaku mereka kerana mereka berpura pura baik sahaja. 4. Hati hati ketika mereka bersenda gurau dengan anda, mereka menyembunyikan kedengkian dengan dibalik kelembutan dan keramahan. 5. Jika anda tetap berlembut dengan mereka, bersedialah untuk anda berduka. 6. Kebijaksanaan anda bila anda bijak membezakan antara singa, musang, arnab dan kijang dalam berkawan. 7. Ditikam oleh orang lain itu biasa, tetapi ditikam oleh mereka yang rapat dengan kita itu lebih bahaya. 8. Berbaik sangka itu penting, tetapi saat ditikam dan terluka menjadikan kita manusia yang lebih bahaya. 9. Dihadapan orang kaya, jagalah kesucian diri. Dihadapan orang bodoh, jagalah kepintaran diri. Azizul Azli Ahmad #OtakPower
Show all...
๐Ÿ‘ 33โค 3๐Ÿฅฐ 3
#TabungTanah APA ITU LOT LIDI? 1. Lot Lidi adalah istilah yang digunakan oleh orang awam atau tuan tanah untuk jual 'Lot Bunglo' dan banyak berlaku pada tanah Malay Reserved. 2. Istilah Lot Lidi ini tiada dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Maka Lot Lidi ini tidak diiktiraf oleh Pejabat Tanah Galian (PTG) setempat biasanya. 3. Lot Lidi wujud kerana tuan tanah nak 'keuntungan segera' maka dia upah juruukur untuk buat pecahan lot diatas tanahnya. Kebiasaannya dia tidak mohon Kebenaran Merancang (DO) kepada PBT. (Adakala dia tak upah pun dia main bahagi ikut dia suka) 4. Dengan berbekalkan lot lot yang dah dibahagikan ini, mereka mula pasang iklan tepi jalan, dikampung, lampu isyarat. "Tanah murah, Malay Reserved RM70,000 satu lot", "Lot bunglo murah hanya RM80,000 satu lot". Banyak banner warna warni kecil yang digantung ditiang tiang lampu jalan. "APA KESANNYA JIKA SAYA TERBELI BANG?" 1. Kita yang beli lot lidi ini tidak dapat individu title (geran) pada tanah lot berkenaan. 2. Bermakna nama pembeli berkenaan cuma akan dimasukkan kedalam senarai pemegang amanah didalam geran asal (master title) dan cuma dicatit kan jumlah bahagian spt 1/4, 1/36, 1/2 dsb. Itu pun jika nasib kita baik, ada yang tulis atas kertas sahaja dan ada cop peguam kononnya. 3. Tanah itu bukan kita punya pun, masih milik Tuan Tanah walaupun dan berpuluh ribu kita bayar padanya. KTN tidak iktiraf lot lidi ini. 4. Tiada kebenaran merancang (DO) maka ia dianggap haram dan Majlis Daerah atau PBT ada kuasa meroboh kediaman kita. Buat mahal mahal nanti kena roboh. 5. Bila tiada kebenaran maka, PTG tidak akan keluarkan geran buat kita yang dah beli mahal mahal buat personal loan nie woi! haram sungguh mana kami tahu. 6. TNB, Indah Water, Lembaga Air tidak membenarkan pendaftaran bekalan mereka. Apa yang dilakukan hanyalah daftar mengunakan nama pemilik tanah asal atau surat sumpah. Ada tempat memang susah nak dapat bekalan. 7. Bila tiada kelulusan, maka jalan masuk, longkang, fasaliti lampu, kutipan sampah semua tidak akan berlaku. Bayangkan rumah cantik tapi tiada fasaliti yang menghubungkan. 8. Lebih parah bila kita meninggal, kita tak boleh wariskan buat isteri, anak dan cucu kita nanti. Lebih teruk lagi jika tuan tanah meninggal, tanah menjadi bahagian faraid keluarganya. Takkan nak halau kita semua pulak kot! 9. Tanah kita tak diiktiraf oleh bank, bank tak bagi pinjaman dan ia bukannya aset sebab tak laku dimata bank. kawan kawan, saya lukis bagi senang faham. Ramai yang keliru dan dah terbeli Lot Lidi ini, anggaplah ia pengajaran buat kita semua. Semua orang pernah silap, kita belajar sahaja agar tak ulangi kesilapan lampau. Azizul Azli Ahmad
Show all...
๐Ÿ‘ 79โค 10
๐Ÿ‘ 2
#TabungPinjaman PINJAMAN PERIBADI UNTUK BERGAYA? 1. Pilihan yang ada jika malas menabung adalah pinjaman peribadi. Itu yang sangat ramai orang suka. 2. Pinjaman Peribadi berlandaskan kadar faedah sama rata. 3. Kadar faedah dikenakan dari modal asal pinjaman, bukan baki bayaran. 4. 'flat rate' adalah lebih tinggi dikenakan dengan mendarab 1.88 x . 5. Jika kadar faedah 3.99% dikenakan. Kadar yang sebenar adalah 7.5%! Babe. 6. Bagi yang dah buat, langsaikan segera kerana faedahnya tinggi. 7. Jangan ambil Pinjaman Peribadi untuk kahwin, tukar almari, tambah rumah atau kawin sorang lagi. 8. Kahwin jamu tetamu nasik ayam dah cukup tak perlu nasik briani, pelamin buat sendiri dah jimat duit nak beli rumah sendiri nanti. Jangan mengada jadi 'Raja Sehari' jika rumah belum beli. Mana ada Raja duduk rumah sewa selamanya! Azizul Azli Ahmad #JanganBuatPinjamanUntukRajaSehari.
Show all...
๐Ÿ‘ 13
#TabungASB ASBF FINANCING AKAN RUGI JIKA TIDAK BUAT DENGAN CARA YANG BETUL Maksimumkan keuntungan ASB financing dengan teknik yang betul ; โœ… apply/refinancing dengan kadar pembiayaan yang rendah (tawaran kini bermula 4.2% sahaja) โœ… pilih tempoh perlindungan takaful yang minimum/tempoh pendek โœ… pilih tempoh pembiayaan paling panjang (maksimum 40 tahun, bergantung pada umur) โœ… amalkan teknik compounding (simpan dividen) โœ… tidak membatalkan ASBF dalam tempoh yang terlalu singkat (contoh 1 & 2 tahun) ASB financing mungkin tidak dapat keuntungan yang maksimum jika ; โœ… apply dengan kadar pembiayaan yang tinggi โœ… kekalkan ASBF semasa dengan rate yang tinggi tanpa refinancing semula โœ… pilih perlindungan takaful maksimum/tempoh panjang โœ… pilih tempoh pembiayaan yang pendek โœ… tidak amalkan teknik compounding โœ… berhenti dalam tempoh yang terlalu singkat Jom apply atau refinancing ASBF sedia ada dengan kadar pembiayaan istimewa bermula 4.2%. Tawaran kadar pembiayaan ini akan tamat dalam masa terdekat. Klik direct whatapps ๐Ÿ‘‰๐Ÿป www.wasap.my/+60107666074/PROMOasbf Jom join telegram info kewangan ๐Ÿ‘‰๐Ÿป t.me/bijakkewanganbyfaizal
Show all...
๐Ÿ‘ 25โค 4
โค 4๐Ÿ‘ 1
๐Ÿ‘ 20โค 2๐Ÿ‘ 1
#TabungPerlindungan ASTORA DAN TAKAFUL PERLINDUNGAN 1.Antara kita ada yang sanggup melanggan TV berbayar dari melanggan Takaful pelindungan. 2. Dengan bayaran serendah RM50, kita hanya dapat hiburan murahan dan gelak ketawa Lawak Mega 3. Dengan polisi serendah RM60 kita ada manfaat perlindungan RM60 000 jika apa apa berlaku. 4. Pilihan ditangan kita sebenarnya, ia mengambarkan dari mana suku kaum kita asalnya. 5. Berhentilah melanggan TV berbayar dengan alasan tiada siaran. Gegadis kaum yang lemah mereka perlu dilindungi, jadilah lelaki yang gagah. Baru disayangi isteri :-p Azizul Azli Ahmad #GelakKetawaTidakLindungiKita
Show all...
๐Ÿ‘ 30โค 6
Sign in and get access to detailed information

We will reveal these treasures to you after authorization. We promise, it's fast!