cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

#PijahSharing℗

Thankyou Subscribe. Spread Love, No Hate! ❤️ PAID REVIEW TELEGRAM (DM) @pijahmohamad

Show more
Malaysia3 902The language is not specifiedReligion & Spirituality2 354
Advertising posts
30 184Subscribers
-4024 hours
-1577 days
-62930 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

HONG LEONG MSIG TAKAFUL(HLMT) Medical Card Harga Mampu Milik Dengan Coverage Terbaik🔥🔥 SERENDAH RM160 sebulan Sangat Berbaloi!!! *Umur dan Jenis Pekerjaan ✓ Perlindungan sehingga 1.2 JUTA setahun - Auto renewal ✓ TIADA Ko-Takaful - Full Coverage ✓ TIADA Had Limit Seumur Hidup ✓ HOSPITAL ALLOWANCE untuk Private Hospital ✓ 'SHOW MEDICAL CARD' - Kemasukan & Keluar Wad Yang Pantas ✓ Customer Service 24 jam (call centre) ✓ Lebih 129 Panel Hospital Swasta seluruh Malaysia ✓ Guaranteed Renewable (Auto Renew) ✓ Pampasan Untuk TPD , Penyakit Kritikal ✓ Aplikasi 'HLMT 360' di telefon bimbit ✓ Ada Cash Value (Simpanan) ✓ Hibah ✓ Banyak lagi manfaat... Yang Jauh ? Don’t worry . Rara Boleh assists by google meet by call . Semua hujung jari ja🤭 𝗣𝗠 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗾𝘂𝗼𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗼𝗶 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮! . KLIK SINI ☎️ www.wasap.my/601117692601 www.wasap.my/601117692601 www.wasap.my/601117692601 Terima Kasih Rara Hamdan💜 Takaful Consultant Hong Leong MSIG Takaful
Show all...
👍 1 1
Salam, ada yang berminat nak belajar basic Mandarin language? Ada laoshi yg sponsor🥰 free tauu😱 Kelas ni limited slot. Sempena ramadan. Dapat sijil, Flexible, And paling penting free of charge. Tajuk dia basic conversation in Mandarin. Nak pandai cakap mandarin Pm ja okey👇🏻 https://wa.me/message/FZJXW3LG6VAAL1
Show all...
Mandarin Class

Business Account

👍 2
Apabila berbuat dosa, hati kita akan terluka. Ruh kita akan sakit. Darah rohaninya akan mengalir kerana luka dosa. Belum pun sembuh, terluka lagi dengan dosa yang lain. Luka dan sakit yang bertimpa-timpa. Bertambah sakit dan parahlah hati kita. Macam mana hati boleh terluka dan berdarah? Bila orang puji dan kita rasa berbunga. Rasa seperti dilambung-lambung. Rasa aku lah yang terbaik. Orang lain tak boleh buat macam yang aku buat. Berdarahlah hati. Bertambah pedih dan parah bila kita dihina dan dikeji. Tak timbul rasa tenang. Tapi rasa resah dan marah. Waktu ini hati bertambah luka dan koyak. Sekali-sekala Allah rezekikan kemenangan dan kejayaan dalam apa yang kita buat, timbul rasa megah. Bangga diri. Rasa diri hebat. Membuak-buaklah darah luka hati kita. Esoknya mendengar berita kawan berjaya. Dapat hasil itu dan ini. Datang rasa dengki, cemburu dan iri hati. Remuk berkecai lagi hati kita. Penyakit hati tadi bertambah parah dan kritikal. Kalau lah luka hati akibat dosa ini Allah zahirkan di fizikal kita, pasti kita akan jadi manusia yang penuh dengan luka dan darah. Belum pun sembuh yang lama, berdarah lagi dengan luka yang baru. Busuk! Sebusuk-busuknya. Hanyir. Yang buatkan semua manusia lain takkan dekat dengan kita. Tapi kita tetap bersahaja. Kekal dengan dosa hati. Sebab apa? Sebab kita tak rasa buat dosa. Kita rasa kita betul selalu dan sentiasa. Ya Tuhan, mintalah dijauhkan. Amin. 🤲🏻 Begitulah. - Firdaus Mokhtar
Show all...
38😭 10👍 8😢 3
Setiap manusia teruji dengan cara yang tersendiri. Cara yang Allah dah sukat paling sesuai untuk menguji keimanannya. Ada yang teruji dengan harta dan kesenangan, lebih ramai yang teruji dengan kesusahan. Dan ketahuilah... sebenarnya, melepasi ujian kesusahan itulah yang lebih mudah mendekatkan diri pada Allah. Ada yang teruji dengan kerenah anak-anak dan pasangan, ada yang teruji dengan rasa sunyi dan tidak berteman. Dan ketahuilah, berdepan ragam dan tanggungjawab terhadap orang lain itulah yang lebih besar dan mencabar. Jadi, saat kau teruji dengan kekurangan, jangan pernah rasa rugi, jangan pernah rasa malangnya diri. Berdoalah. Merintihlah. Apa pun hajat,mintalah hanya daripada Allah! Biarlah air mata turun dengan selaju-lajunya menemani setiap kedukaan kita kerana ini tanda lemahnya kita sebagai hamba. Biarlah hati menjadi segerun-gerunnya menemani setiap pencapaian dan bahagia yang kita sedang nikmati kerana bimbang nikmat itu membuatkan kita lupa kepada Yang Maha Pemberi. Itu hanya antara kita dengan Allah. Rasa takut kita, rasa harap kita... hanya untuk Dia! Kemudian, hadaplah dunia dengan penuh mengerti dan empati. Faham, dia yang sedang ketawa atau merintih itu sedang teruji. Sama seperti kita. Kita mungkin tahu sebabak kisah hidupnya yang dipertontonkan kepada kita, tetapi kita tidak tahu kisah penuhnya. Maka, jangan takwil apa-apa. Jangan bandingkan apa-apa. Kita kita. Dia, dia. Nikmati hidup dan takdir kita sendiri dengan rasa bertuah dan bahagia kerana kita tahu segala-galanya telah dipilihkan oleh Allah- Yang Maha Bijaksana. Petikan daripada buku Malam Tulisan Bonda Nor.
Show all...
26👍 3🥰 2
Hati-hati ya. Kita bahagia bukan sebab kita pandai jaga suami dan anak-anak, bukan sebab kita pandai masak, atau sebab kita pandai berhias. Kita kaya bukan sebab kita ada nasib yang baik, bukan sebab kita pandai cari duit, atau sebab kita terlebih cerdik cari peluang. Kita cantik bukan sebab kita pandai jaga badan, bukan sebab kita pandai cari salon, bukan sebab make-up yang kita pakai dan bukan sebab supplement yang kita ambil. Anak kita baik dan pandai bukan sebab kita ibu mithali, atau sebab kita mampu hantar tuisyen dan bukan sebab jagaan dan makanan yang kita sediakan. Semua yang baik yang ada pada kita itu adalah rahmat dan pinjaman dari Allah SWT. Hati-hati, tolong hati-hati dan jaga hati kita baik-baik. Jangan hingga terdetik sedikitpun seolah apa yang kita ada itu adalah sebab usaha / diri kita. Ya, kita berikhtiar setiap hari, tapi yang mengurniakan segalanya tetaplah Allah SWT. Jika kita dirahmati, jangan tertipu hingga menyangka ia adalah atas sebab “kelebihan” atau “kebaikan” kita. Dunia ini adalah satu yang penuh dengan penipuan dan tiada yang lebih merbahaya dari penipuan ke atas diri kita sendiri. La hawla Wala quwwata illa billah. Kalau Allah SWT nak ambil, sekelip mata, hilang semuanya. Hasbunallahu wa ni’mal wakeel. - Ida Alina Salleh
Show all...
31👍 1🥰 1
Assalamualaikum kami ada membuat service poster design dan lain-lain lgi. Jom buat tempahan service dgn kami ☺️ kami sedia membantu anda❤️ Boleh contact kami 👇🏻 https://wa.me/601127728916?text=Saya%20memerlukan%20service%20design
Show all...
Satu hari bila tiba waktunya, kita akan menoleh sekejap ke belakang, memandang perjalanan kita yang silam. Kuatnya kita selama ini. Mampu harungi semua sendirian. Berbalut balut luka kita tutup. Sedaya upaya tidak mahu siapa lihat. Trauma dan fobia yang terbawa bawa ke dalam mimpi. Masih ada saki baki yang kita bawa sampai kini. Fasa hidup kita berat. Berat mata memandang berat sangat bahu memikul. Tetap kita lalui dengan tabah, cukuplah hanya Tuhan yang tahu. Kini banyak perkara sudah kita lepasi. Kita semakin tua, semakin matang belajar banyak perkara. Masih ada kesan luka lama. Yang terbawa ke dalam mimpi itu, kita simpan dan terus sorok. Kita belajar yang menyusun takdir itu adalah Tuhan. Jika Dia kehendak, Dialah yang akan bimbing. Maka tenang sedikit hati. Semua ini tidak lain hanya sebagai penaik martabat. Esok di syurga kita semua akan sembuh sepenuhnya. Maka berbahagialah kawan. Perjuanganmu mengubat diri sendiri besar pahalanya. Semoga luka hatimu segera sembuh. Berbangga lah ujian yang berjaya kau lalui. Itulah petanda Tuhan tidak meninggalkanmu, terus bersamamu dari dulu sehingga ke detik hari ini. Yakin ya. Jalan terus! - Saidatul Husna
Show all...
43👍 1🥰 1
Kita tidak akan menjadi mulia hanya dengan memburukkan orang lain. Nak jadi yang terbaik, jadilah dengan cara usaha sendiri tanpa menjatuhkan dan memburukkan orang lain terutama melalui lisan. Kita memang ada mulut dan boleh berkata apa sahaja yang kita mahu. Tapi jangan lupa, orang lain juga punya mulut. Buruk yang kita ceritakan tentang orang lain hari ini, boleh jadi buruk juga yang orang ceritakan tentang kita di kemudian hari. #DakwahHati
Show all...
👍 38 11🥰 7😭 1
PROMO SEMPENA BIRTHDAY FOUNDER 🎉 CHOCOJAR BY AMOROHOCO.HQ yang mana dah lama craving chocojar, Pijah suggest sgt kat korang beli chocojar dari Amorochoco.hq ni😍 MEMANG SEDAP ! jgn lepaskan peluang sebab : ✅ mini chococrunch yg rangup ✅ balang 300ML ✅ ready to eat ! ✅ coklat tak muak & chocojar penuh ✅ tak perlu rendam balang dlm air panas ✅ setiap pembelian ada free gift 🎁 ❗️PROMO RM8 SAHAJA SEBALANG❗️ PM LAJU2 UNTUK ORDER https://wa.me/601135272023?text=nakorderchocojar
Show all...
🤩 2👍 1 1
Kahwin. Bukan saja memilih hidup bersama pasangan kita, malah kita bersetuju untuk menjadi ahli keluarga kepada keluarga pasangan kita. Yang paling utama pastilah mertua. Hubungan antara menantu dan mertua adalah sesuatu yang istimewa. Hampir sama seperti ibu dan anak tapi tidak sedarah dan sedaging bahkan boleh jadi juga tak sekepala kerana tidak datang dari latar belakang keluarga yang sama. Sebagai seorang menantu, usah terlampau ambil kira dengan teguran mertua. Kebanyakan teguran yang keluar daripada mulut mereka adalah datangnya daripada kasih dan sayang terhadap anak yang dijaga sejak kecil hingga dewasa di depan mata. Ingat, pasangan kita adalah anaknya. Orang tua mana yang mahu jika anak mereka perlu bersusah payah. Sedikit teguran yang diberikan kepada pasangan anaknya adalah tanda kasih mereka sebagai mak dan ayah. Namun, adalah lebih baik jika membuat keputusan untuk menjaga jarak antara menantu dan mertua sekiranya teguran serta perilaku yang diterima melampaui batas. Iyalah. Tak semua orang dikurniakan mertua yang baik hati serta sudi menerima menantu sepenuhnya. Bahkan ada juga yang diuji dengan "mertua dari neraka". Maka, tak boleh nak pukul rata kerana situasi setiap manusia tak sama. Ketika menjadi mertua pula, sila hormati batas yang kita ada ketika anak-anak sudah memilih untuk berumahtangga. Baik atau buruk sekalipun, ingatlah bahawa perkahwinan yang dibina adalah pilihan anak kita dan juga pasangannya. Biarlah mereka belajar untuk dewasa dengan cara mereka. Tegur dan nasihat pula berikan hanya sekali sekala. Lebih baik lagi jika mampu beri nasihat hanya setelah diminta oleh mereka. Usah terburu-buru campurtangan dalam urusan hal rumahtangga mereka. Usaha pejamkan mata dan serahkan saja rumahtangga mereka kepada mereka. Dalam masa yang sama, sentiasa titipkan doa supaya Allah menjaga rumahtangga yang mereka bina. #thesolusi
Show all...
👍 20 5😭 5👏 2