cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

#PijahSharing℗

Thankyou Subscribe. Spread Love, No Hate! ❤️ PAID REVIEW TELEGRAM (DM) @pijahmohamad

Show more
Malaysia3 848The language is not specifiedReligion & Spirituality2 386
Advertising posts
29 526
Subscribers
-1424 hours
-1157 days
-65430 days
Posts Archive
Assalamualaikum BBW Lover ❤️ BATH & BODY WORK ORIGINAL REJECTED KILANG 🌸 RM17 BOTOL KECIL (75ml)🌸 RM35 BOTOL BESAR (236ml)🌻 • FREE POSTAGE • FREE PAPERBEG BBW • ORIGINAL KILANG • BOTOL KECIL 75ml • BOTOL BESAR 236ml • BAU TAHAN LAMA • SEMUA FLAVOUR READYSTOCK SEBAB-SEBAB REJECT KILANG 👇🏼 • PENUTUP BOTOL LONGGAR • MASALAH STIKER • MASALAH WARNA STIKER • MASALAH LEAKING • MASALAH BOTOL YANG PENTING BAU SAMA DENGAN ORIGINAL ❤️ www.wasap.my/60198767106/BBW
Show all...
Hai korang 🌺 sini deena nak ajar cara buat duit dengan copy paste sahaja korang dah dapat komisyen ratus - ribu . korang hanya keluarkan modal skali je seumur hidup RM20 dapat lagi free 1K autosave contact untuk tambah view whatsapp. Lepastu deena akn bagi korang link group dlm tu ade bahan promote . mudah jer kan ? Nak tau gaji berapa ? 🌷1 client - RM20 🌷10 client - RM200 🌷100 client - RM2000 🌷1000 client - RM20000 Haa banyak kan ? So tunggu ape lgi ? Takkan nk tngk jer org lain berjaya ? Why not korang cuba kan ? berminat tekan link https://wa.me/601160635931?text=nakjoin telegram: https://t.me/+ITAc2mJu-dM3OGM9
Show all...
2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
HONG LEONG MSIG TAKAFUL(HLMT) Medical Card Harga Mampu Milik Dengan Coverage Terbaik🔥🔥 SERENDAH RM160 sebulan Sangat Berbaloi!!! *Umur dan Jenis Pekerjaan ✓ Perlindungan sehingga 1.2 JUTA setahun - Auto renewal ✓ TIADA Ko-Takaful - Full Coverage ✓ TIADA Had Limit Seumur Hidup ✓ HOSPITAL ALLOWANCE untuk Private Hospital ✓ 'SHOW MEDICAL CARD' - Kemasukan & Keluar Wad Yang Pantas ✓ Customer Service 24 jam (call centre) ✓ Lebih 129 Panel Hospital Swasta seluruh Malaysia ✓ Guaranteed Renewable (Auto Renew) ✓ Pampasan Untuk TPD , Penyakit Kritikal ✓ Aplikasi 'HLMT 360' di telefon bimbit ✓ Ada Cash Value (Simpanan) ✓ Hibah ✓ Banyak lagi manfaat... Yang Jauh ? Don’t worry . Rara Boleh assists by google meet by call . Semua hujung jari ja🤭 𝗣𝗠 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗾𝘂𝗼𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗼𝗶 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮! . KLIK SINI ☎️ www.wasap.my/601117692601 www.wasap.my/601117692601 www.wasap.my/601117692601 Terima Kasih Rara Hamdan💜 Takaful Consultant Hong Leong MSIG Takaful
Show all...
👍 2 1
Salam, ada yang berminat nak belajar basic Mandarin language? Ada laoshi yg sponsor🥰 free tauu😱 Kelas ni limited slot. Sempena ramadan. Dapat sijil, Flexible, And paling penting free of charge. Tajuk dia basic conversation in Mandarin. Nak pandai cakap mandarin Pm ja okey👇🏻 https://wa.me/message/FZJXW3LG6VAAL1
Show all...
👍 2🤗 1
Apabila berbuat dosa, hati kita akan terluka. Ruh kita akan sakit. Darah rohaninya akan mengalir kerana luka dosa. Belum pun sembuh, terluka lagi dengan dosa yang lain. Luka dan sakit yang bertimpa-timpa. Bertambah sakit dan parahlah hati kita. Macam mana hati boleh terluka dan berdarah? Bila orang puji dan kita rasa berbunga. Rasa seperti dilambung-lambung. Rasa aku lah yang terbaik. Orang lain tak boleh buat macam yang aku buat. Berdarahlah hati. Bertambah pedih dan parah bila kita dihina dan dikeji. Tak timbul rasa tenang. Tapi rasa resah dan marah. Waktu ini hati bertambah luka dan koyak. Sekali-sekala Allah rezekikan kemenangan dan kejayaan dalam apa yang kita buat, timbul rasa megah. Bangga diri. Rasa diri hebat. Membuak-buaklah darah luka hati kita. Esoknya mendengar berita kawan berjaya. Dapat hasil itu dan ini. Datang rasa dengki, cemburu dan iri hati. Remuk berkecai lagi hati kita. Penyakit hati tadi bertambah parah dan kritikal. Kalau lah luka hati akibat dosa ini Allah zahirkan di fizikal kita, pasti kita akan jadi manusia yang penuh dengan luka dan darah. Belum pun sembuh yang lama, berdarah lagi dengan luka yang baru. Busuk! Sebusuk-busuknya. Hanyir. Yang buatkan semua manusia lain takkan dekat dengan kita. Tapi kita tetap bersahaja. Kekal dengan dosa hati. Sebab apa? Sebab kita tak rasa buat dosa. Kita rasa kita betul selalu dan sentiasa. Ya Tuhan, mintalah dijauhkan. Amin. 🤲🏻 Begitulah. - Firdaus Mokhtar
Show all...
38😭 10👍 8😢 3
Setiap manusia teruji dengan cara yang tersendiri. Cara yang Allah dah sukat paling sesuai untuk menguji keimanannya. Ada yang teruji dengan harta dan kesenangan, lebih ramai yang teruji dengan kesusahan. Dan ketahuilah... sebenarnya, melepasi ujian kesusahan itulah yang lebih mudah mendekatkan diri pada Allah. Ada yang teruji dengan kerenah anak-anak dan pasangan, ada yang teruji dengan rasa sunyi dan tidak berteman. Dan ketahuilah, berdepan ragam dan tanggungjawab terhadap orang lain itulah yang lebih besar dan mencabar. Jadi, saat kau teruji dengan kekurangan, jangan pernah rasa rugi, jangan pernah rasa malangnya diri. Berdoalah. Merintihlah. Apa pun hajat,mintalah hanya daripada Allah! Biarlah air mata turun dengan selaju-lajunya menemani setiap kedukaan kita kerana ini tanda lemahnya kita sebagai hamba. Biarlah hati menjadi segerun-gerunnya menemani setiap pencapaian dan bahagia yang kita sedang nikmati kerana bimbang nikmat itu membuatkan kita lupa kepada Yang Maha Pemberi. Itu hanya antara kita dengan Allah. Rasa takut kita, rasa harap kita... hanya untuk Dia! Kemudian, hadaplah dunia dengan penuh mengerti dan empati. Faham, dia yang sedang ketawa atau merintih itu sedang teruji. Sama seperti kita. Kita mungkin tahu sebabak kisah hidupnya yang dipertontonkan kepada kita, tetapi kita tidak tahu kisah penuhnya. Maka, jangan takwil apa-apa. Jangan bandingkan apa-apa. Kita kita. Dia, dia. Nikmati hidup dan takdir kita sendiri dengan rasa bertuah dan bahagia kerana kita tahu segala-galanya telah dipilihkan oleh Allah- Yang Maha Bijaksana. Petikan daripada buku Malam Tulisan Bonda Nor.
Show all...
26👍 3🥰 2
Hati-hati ya. Kita bahagia bukan sebab kita pandai jaga suami dan anak-anak, bukan sebab kita pandai masak, atau sebab kita pandai berhias. Kita kaya bukan sebab kita ada nasib yang baik, bukan sebab kita pandai cari duit, atau sebab kita terlebih cerdik cari peluang. Kita cantik bukan sebab kita pandai jaga badan, bukan sebab kita pandai cari salon, bukan sebab make-up yang kita pakai dan bukan sebab supplement yang kita ambil. Anak kita baik dan pandai bukan sebab kita ibu mithali, atau sebab kita mampu hantar tuisyen dan bukan sebab jagaan dan makanan yang kita sediakan. Semua yang baik yang ada pada kita itu adalah rahmat dan pinjaman dari Allah SWT. Hati-hati, tolong hati-hati dan jaga hati kita baik-baik. Jangan hingga terdetik sedikitpun seolah apa yang kita ada itu adalah sebab usaha / diri kita. Ya, kita berikhtiar setiap hari, tapi yang mengurniakan segalanya tetaplah Allah SWT. Jika kita dirahmati, jangan tertipu hingga menyangka ia adalah atas sebab “kelebihan” atau “kebaikan” kita. Dunia ini adalah satu yang penuh dengan penipuan dan tiada yang lebih merbahaya dari penipuan ke atas diri kita sendiri. La hawla Wala quwwata illa billah. Kalau Allah SWT nak ambil, sekelip mata, hilang semuanya. Hasbunallahu wa ni’mal wakeel. - Ida Alina Salleh
Show all...
31👍 1🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
Assalamualaikum kami ada membuat service poster design dan lain-lain lgi. Jom buat tempahan service dgn kami ☺️ kami sedia membantu anda❤️ Boleh contact kami 👇🏻 https://wa.me/601127728916?text=Saya%20memerlukan%20service%20design
Show all...
Satu hari bila tiba waktunya, kita akan menoleh sekejap ke belakang, memandang perjalanan kita yang silam. Kuatnya kita selama ini. Mampu harungi semua sendirian. Berbalut balut luka kita tutup. Sedaya upaya tidak mahu siapa lihat. Trauma dan fobia yang terbawa bawa ke dalam mimpi. Masih ada saki baki yang kita bawa sampai kini. Fasa hidup kita berat. Berat mata memandang berat sangat bahu memikul. Tetap kita lalui dengan tabah, cukuplah hanya Tuhan yang tahu. Kini banyak perkara sudah kita lepasi. Kita semakin tua, semakin matang belajar banyak perkara. Masih ada kesan luka lama. Yang terbawa ke dalam mimpi itu, kita simpan dan terus sorok. Kita belajar yang menyusun takdir itu adalah Tuhan. Jika Dia kehendak, Dialah yang akan bimbing. Maka tenang sedikit hati. Semua ini tidak lain hanya sebagai penaik martabat. Esok di syurga kita semua akan sembuh sepenuhnya. Maka berbahagialah kawan. Perjuanganmu mengubat diri sendiri besar pahalanya. Semoga luka hatimu segera sembuh. Berbangga lah ujian yang berjaya kau lalui. Itulah petanda Tuhan tidak meninggalkanmu, terus bersamamu dari dulu sehingga ke detik hari ini. Yakin ya. Jalan terus! - Saidatul Husna
Show all...
43👍 1🥰 1
Kita tidak akan menjadi mulia hanya dengan memburukkan orang lain. Nak jadi yang terbaik, jadilah dengan cara usaha sendiri tanpa menjatuhkan dan memburukkan orang lain terutama melalui lisan. Kita memang ada mulut dan boleh berkata apa sahaja yang kita mahu. Tapi jangan lupa, orang lain juga punya mulut. Buruk yang kita ceritakan tentang orang lain hari ini, boleh jadi buruk juga yang orang ceritakan tentang kita di kemudian hari. #DakwahHati
Show all...
👍 38 11🥰 7😭 1
PROMO SEMPENA BIRTHDAY FOUNDER 🎉 CHOCOJAR BY AMOROHOCO.HQ yang mana dah lama craving chocojar, Pijah suggest sgt kat korang beli chocojar dari Amorochoco.hq ni😍 MEMANG SEDAP ! jgn lepaskan peluang sebab : ✅ mini chococrunch yg rangup ✅ balang 300ML ✅ ready to eat ! ✅ coklat tak muak & chocojar penuh ✅ tak perlu rendam balang dlm air panas ✅ setiap pembelian ada free gift 🎁 ❗️PROMO RM8 SAHAJA SEBALANG❗️ PM LAJU2 UNTUK ORDER https://wa.me/601135272023?text=nakorderchocojar
Show all...
🤩 2👍 1 1
Kahwin. Bukan saja memilih hidup bersama pasangan kita, malah kita bersetuju untuk menjadi ahli keluarga kepada keluarga pasangan kita. Yang paling utama pastilah mertua. Hubungan antara menantu dan mertua adalah sesuatu yang istimewa. Hampir sama seperti ibu dan anak tapi tidak sedarah dan sedaging bahkan boleh jadi juga tak sekepala kerana tidak datang dari latar belakang keluarga yang sama. Sebagai seorang menantu, usah terlampau ambil kira dengan teguran mertua. Kebanyakan teguran yang keluar daripada mulut mereka adalah datangnya daripada kasih dan sayang terhadap anak yang dijaga sejak kecil hingga dewasa di depan mata. Ingat, pasangan kita adalah anaknya. Orang tua mana yang mahu jika anak mereka perlu bersusah payah. Sedikit teguran yang diberikan kepada pasangan anaknya adalah tanda kasih mereka sebagai mak dan ayah. Namun, adalah lebih baik jika membuat keputusan untuk menjaga jarak antara menantu dan mertua sekiranya teguran serta perilaku yang diterima melampaui batas. Iyalah. Tak semua orang dikurniakan mertua yang baik hati serta sudi menerima menantu sepenuhnya. Bahkan ada juga yang diuji dengan "mertua dari neraka". Maka, tak boleh nak pukul rata kerana situasi setiap manusia tak sama. Ketika menjadi mertua pula, sila hormati batas yang kita ada ketika anak-anak sudah memilih untuk berumahtangga. Baik atau buruk sekalipun, ingatlah bahawa perkahwinan yang dibina adalah pilihan anak kita dan juga pasangannya. Biarlah mereka belajar untuk dewasa dengan cara mereka. Tegur dan nasihat pula berikan hanya sekali sekala. Lebih baik lagi jika mampu beri nasihat hanya setelah diminta oleh mereka. Usah terburu-buru campurtangan dalam urusan hal rumahtangga mereka. Usaha pejamkan mata dan serahkan saja rumahtangga mereka kepada mereka. Dalam masa yang sama, sentiasa titipkan doa supaya Allah menjaga rumahtangga yang mereka bina. #thesolusi
Show all...
👍 20 5😭 5👏 2
𝐈𝐁𝐔 𝐉𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐃𝐀 𝐃𝐈𝐏𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝘒𝘪𝘴𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘈𝘺𝘢𝘩 𝘑𝘶𝘦 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘦𝘥𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘭𝘶𝘬𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘬 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘬𝘦𝘯𝘤𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘯𝘪𝘴 𝘺𝘨 𝘥𝘪𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱𝘪 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘢𝘶... 𝘩𝘮𝘮 𝘥𝘰𝘬𝘵𝘰𝘳 𝘱𝘶𝘯 𝘥𝘢𝘩 𝘩𝘢𝘮𝘱𝘦𝘳 𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴 𝘢𝘴𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘈𝘺𝘢𝘩 𝘑𝘶𝘦 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘨𝘦𝘳𝘢 𝘥𝘪𝘱𝘰𝘵𝘰𝘯𝘨 𝘪𝘣𝘶 𝘫𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘬𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯. 𝘛𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘬𝘩𝘵𝘪𝘢𝘳 𝘈𝘺𝘢𝘩 𝘑𝘶𝘦 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘣𝘶 𝘫𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘢𝘶, 𝘢𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘵 𝘪𝘬𝘩𝘵𝘪𝘢𝘳 𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘤𝘦𝘭𝘭 & 𝘪𝘴𝘦𝘱𝘳𝘦𝘴𝘴 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭𝘢𝘯. 🤲🏻 Ayah Jue bagai diberi nafas baru apabila ibu kaki beliau menunjukkan tanda-tanda sembuh. Tulang nya cepat bercantum dan isi pun dah kelihatan tumbuh. syukur Gabungan 𝗜𝗦𝗘𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦 & 𝗜 𝗖𝗘𝗟𝗟 merupakan salah satu inisiatif yang efektif dalam 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗿𝗮𝗰𝘂𝗻 dan toksik dalam badan DANN 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗹-𝘀𝗲𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗔𝗧𝗜..Khasiat air berakali yang terdapat dalam #𝗶𝘀𝗲𝗽𝗿𝗲𝘀𝘀 dan apple stem cell yang terdapat dalam #𝗶𝗰𝗲𝗹𝗹 mampu untuk melancarkan peredaran darah tau Nak kami bantu anda? Jom klik link ini www.wasap.my/601131965578/setIkhtiarSihat
Show all...
📚 Program Cuti Sekolah & Kelas Online bagi seluruh Muslimin & Muslimat! 🌸Pilihan kelas yang menarik: - Kelas Iqra - Kelas Quran & Tajwid - Kelas Bahasa Arab “Kitab Durus Lughah” - Kelas Harfiah (terjemahan per kata AQ) 🌸Jadual yang Fleksible: - Isnin hingga Ahad - Pagi hingga Malam - Kanak” dan Dewasa - Google meet 🌸Yuran pembelajaran: - 4x sesi kelas RM60 - 8x sesi kelas RM100 Ayuh bersama kami! Tempat adalah terhad. Tekan link dibawah untuk berdaftar 😍 http://www.wasap.my/+601160703151/progcutisekolah http://www.wasap.my/+601160703151/progcutisekolah http://www.wasap.my/+601160703151/progcutisekolah
Show all...
👍 4
Bererti, ketaatan mu terhadap suami pasti akan terbayar. Bersabar selalu. . 19. Berusahalah untuk menjadi seorang isteri yang punya harga diri “termahal”… . Dzuriasikim Dzulkefli
Show all...
18
BUAT WANITA YANG MASIH BERGELAR ISTERI . Dua hari yang lalu saya ditanya oleh seorang wanita yang masih bergelar isteri dan masih bersama suaminya… Apakah normal jika dia berasa kelainan bila dipuji dan diberikan perhatian oleh lelaki lain. Katanya dia berasa seperti “terbuai” seketika… . Lalu panjang lebar saya menasihatinya… . Baca ini 19 perkara ini: . 1. Saya harap wanita yang masih bergelar isteri (termasuk yang dalam proses bercerai tetapi belum bercerai) tidak memberi ruang kepada lelaki lain dalam hidup. Selagi belum jatuh talak, kamu masih seorang isteri. . 2. Bermaksud hubungan mu dengan lelaki lain tidak akan berkesudahan. Tidak akan berakhir dengan nikah, kerana dan selagi kamu isteri orang mana mungkin kamu boleh bernikah dengan orang lain. . 3. Bermaksud juga hubungan mu itu akan menjadi suatu perbuatan yang merugikan dan sia-sia. . 4. Saya harap wanita selalu ingat bahawa talak berada di tangan suami. Maka biar apa pun yang berlaku dalam rumahtangga jangan mencari jalan singkat untuk merawati hati. Ikutlah jalan yang betul jika perlu keluar dari perkahwinan. . 5. Semoga wanita sedar bahawa kedudukan sebagai isteri itu mempunyai “kelas” yang tersendiri. Ya, menjadi isteri orang itu ada kelas tersendiri. Bererti kamu milik orang. Bererti juga, kamu telah diangkat untuk menjadi seorang isteri yang sah. Bererti kamu telah dipilih dan terpilih. Yang telah dirasakan oleh pasangan mu adalah berbaloi untuk memiliki mu dengan cara yang halal, lalu dia menikahi mu. Dan hidup bersama mu. Bukanlah mudah untuk seorang lelaki memilih pasangan hidup tetapi kamu telah menjadi pilihan hatinya. . 6. Makanya apabila berstatus isteri orang, bererti kamu milik orang. Milik suami mu. Lalu ketika lelaki lain ingin berbicara dengan mu, hendaklah dia menghormati mu. Hendaklah dia tahu batas bicara. Hendaklah dia menjaga bahasa. Hendaklah dia tahu batas pergaulan dan perlakuan terhadap mu. . 7. Bermaksud, jika seorang lelaki itu menghormati mu, dia tidak akan memanggil mu dengan panggilan yang boleh “membuai” mu. Atau sering memberi ucap selamat. Bertanya khabar dengan kerap adalah tidak perlu kerana dia seharusnya tahu bahawa kamu dibawah jagaan suami mu. Tidak juga perlu bertanya tentang makan, minum, sakit dan demam mu dengan berlebih-lebih… . 8. Jika ada lelaki lain bertanya khabar mu dengan kerap, berulangkali setiap hari, terlebih “caring”... Maka berhati-hatilah. Ingatkan diri untuk tidak membuka ruang hati mu kepada orang lain selain dari suami mu. . 9. Meskipun mungkin belum pernah mendapat perhatian yang serupa dari pasangan, namun tanganilah perasaan mu dengan bijaksana. . 10. Hentikan bicara, sekat nombornya jika perlu…. Sebaiknya jangan berikan nombor telefon kepada lelaki lain tanpa ada keperluan… . 11. Jika kamu seorang isteri yang punya banyak masalah untuk diluahkan, pilihlah teman wanita sebagai tempat mengadu. Jika tidak punya sesiapa, maka mengadulah kepada Tuhan. Cukuplah Allah bagi kita semua. . 12. Jagalah maruah mu sebagai wanita yang bergelar isteri. Jaga maruah suami. Jaga maruah anak-anak, ibu, ayah dan keluarga. . 13. Fikirkanlah pandangan seorang lelaki akan mertabat wanita yang bergelar isteri orang. Yang mudah diajak bicara, mudah diajak minum bersama, mudah diajak keluar berdua, mudah diajak berkongsi rahsia bahkan sehingga membincangkan soal rumahtangga… . 14. Wanita matang tidak akan melakukan hal yang bakal dikesalinya di kemudian hari. . 15. Jangan juga pinjamkan wang kepada lelaki lain tanpa pengetahuan suami hanya kerana kasihan atau termakan pujian dan pujukan. Ingat, lelaki yang baik dan bermaruah tidak akan pernah meminta wang dari seorang wanita. . 16. Biarpun mungkin sedang menyimpan marah atau dendam terhadap pasangan, jangan berbuat perkara yang merendahkan dan merosakkan diri mu. Biarpun berasa tidak dihargai oleh pasangan sendiri, jangan mencari perhatian selain dari pasangan mu. . 17. Selagi bergelar isteri, jadilah isteri yang taat dan baik ya. . 18. Percayalah, tidak ada perkara yang sia-sia dalam hidup….
Show all...
19👍 2
𝗧𝗜𝗧𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗝𝗔𝗜𝗕 𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗜 𝗕𝗜𝗕𝗜𝗥-𝗕𝗜𝗕𝗜𝗥 𝗣𝗔𝗞𝗖𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗞𝗖𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗨 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗜 𝗪𝗘𝗛. 𝗔𝗣𝗔 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗨❓ Haa meh saya share tentang 𝐓𝐈𝐓𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐉𝐀𝐈𝐁 yang tengah Viral sekarang ini.🤗 𝒊𝒔𝒆𝒑𝒓𝒆𝒔𝒔 atau lebih dikenali sebagai '𝑻𝒊𝒕𝒊𝒔𝒂𝒏 𝑨𝒋𝒂𝒊𝒃' adalah pati air yg diformulasikan utk memberi sumber mineral & nutrisi yg diperlukan oleh badan kita. Kalau korang nak tau banyak masalah kesihatan yg kita alami sekarang berpunca dari perut jadi tugas isepress untuk mengawal asid dalam badan kita dan membuang segala yang tidak diperlukan oleh badan. 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗜𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗟 𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 Apakah akan terjadi jika aku terlalu sibuk sampai tidak hiraukan tahap kesihatan aku sendiri. ❞ 𝑲𝒆𝒓𝒆𝒕𝒂 𝒑𝒖𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒗𝒊𝒔, 𝒂𝒑𝒂𝒕𝒂𝒉 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒃𝒂𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒏𝒊.❞ Tunggu apa lagi tu? Smpai bila nak tahan sakit yg tak berpenghujung tu😏 " 𝑇𝑖𝑡𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐴𝑗𝑎𝑖𝑏 " 📞Nak cuba? Tekan link ini sekarang : http://wasap.my/601131965578/sayaNakSihat
Show all...
🍓 1
Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku. Contohnya bercerai. Iya, kita berpisah hidup dengan pasangan kita. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita. Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung. Benar kawan-kawan, semua ini dibenarkan oleh Tuhan. Sekali pun ini yang Tuhan paling tak suka. Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita. Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia. Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan ke kawan kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak. Kawan kawan sekalian, 1. Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa. Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama. 2. Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia. Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka. 3. Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan kita, anak-anak jadi mangsa. Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka. 4. Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah. Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang. 5. Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki diluar rumah. Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan kawan. 6. Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan. Begitulah. Firdaus Mokhtar, Pesan buat semua.
Show all...
👍 6 4💔 1
Pasangan yang kita ada, tak akan pernah sempurna di mata kita. Si dia dididik dengan cara ibunya dan kita pula dididik dengan cara didikan yang berbeza. Pada zaman serba canggih ini, macam-macam berita yang kita boleh baca. Daripada cerita artis negara hinggalah cerita orang marhaen macam kita semua. Kalau baca setakat baca, mungkin tak mengapa. Namun jika dengan membaca berita-berita yang ada di media massa mula menimbulkan rasa kurang puas hati dengan pasangan yang tidak sempurna, maka di situlah masalah akan bermula. Bila banyak melihat isteri orang lain di media sosial cantik, kita mula rasa isteri kita hodoh sebab kuat makan. Bila banyak melihat suami orang lain di media sosial tampan, kita mula rasa suami kita tak pandai jaga badan. Kawan-kawan, kita semua manusia biasa yang ada kelemahan dan tak akan pernah sempurna termasuklah pasangan yang kita ada. Tetapi, itulah yang membuatkan perkahwinan adalah hubungan yang saling melengkapi. Ibarat bateri, kena ada positif dan negatif barulah jadi. Media massa pula bukannya menunjukkan kehidupan secara seluruh, usah tertipu dengan apa yang dihidangkan oleh konten-konten yang kita nampak di depan mata. Tak sempurna tetap boleh bahagia. Dengan syarat, hargai apa yang kita ada seikhlas hati kita. #thesolusi
Show all...
17
Cinta sahaja tak cukup. Pilih dan berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kalian dan membuat kalian menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang. Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa. Dan dalam tempoh kehidupan dan perkahwinan kalian ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang kalian akan tempuhi. Kadang-kadang terlepas cakap. Kadang-kadang termarah dan dimarahi. Kadang-kadang berasa geram. Kadang-kadang rasa diabaikan. Kadang-kadang berselisih faham itu perkara biasa. Ini semua akan terjadi. Kerana apa? Kerana kita semua manusia. Kita rapuh. Kita mudah untuk mengambil hati walaupun dengan sekecil-kecil perkara. Mengharapkan semuanya akan berjalan dengan cantik, tiada cacat-cela, sempurna hanyalah angan-angan yang sentiasa boleh didambakan. Namun, ia tidak realistik sama sekali. Duit, masa, pengorbanan. kesihatan, semua ini akan datang menguji. Ingatlah, majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan dibina itu mendambakan masa hingga ke akhir hayat. Dan percayalah. Memilih dan berkahwin dengan orang yang sebetulnya adalah kunci. Syafiq Ridhwan
Show all...
33👍 1🥰 1