Tips Rezeki & Kebahagiaan
Open in Telegram
Selagi ada Allah, selagi itu keajaiban ada. Terus lah bermimpi yang indah-indah 💕💝
Show more2 624
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-1630 days
Posts Archive
Ikhlas itu bukan soal menyembunyikan kebaikan agar orang lain tidak melihat kebaikanmu.
Bukan juga tentang memperlihatkan kebaikan agar orang lain memujimu..
Tapi ...
ikhlas itu bagaimana kita istiqomah melakukan kebaikan tanpa memperdulikan orang lain melihat maupun tidak melihat atas kebaikan yg kita kerjakan..
Manusia hari ini suka sangka-sangka.
Ada sangka baik.
Ada sangka buruk.
Orang beribadah disangka riak.
Rileks disangka malas.
Berpakaian baru disangka menunjuk.
Berpakaian buruk disangka hina.
Makan banyak disangka pelahap.
Makan sikit disangka diet.
Orang berperangai baik disangka buruk.
Orang berperangai buruk disangka baik.
Senyum disangka mengejek.
Masam disangka merajuk.
Berbincang disangka mengumpat.
Diam disangka menyendiri.
Menawan disangka menggoda.
Ceria disangka mengada.
Bertanya disangka meyibuk.
Mana tahu,
Yang senyum itu kerana bersedekah.
Yang masam itu kerana mengenang dosa.
Yang berbincang itu memberi pendapat.
Yang diam itu kerana beribadah.
Yang menawan itu bersih wataknya.
Yang ceria itu cerdas mindanya.
Yang bertanya itu prihatin orangnya.
Justeru itu…sesuatu perkara yang kita lihat.
Jangan suka sangka-sangka.
Sikap sangka-sangka itu akan memusnahkan jiwa.
Kerap sangka-sangka akan mengundang celaka.
Jangan terlalu bersangka-sangka.
Jauhi sikap sangka-sangka.
Dan jangan sesekali sangka diri kita saja yang sempurna dan baik segala-galanya.
Anda tak perlu jawab pada benda ini…
Jawablah pada diri sendiri…
Jangan sangka orang itu suka pada diri kita
jika diwajahnya ada senyuman.
Kerana mungkin dia
sedang menyumpah kita dalam senyumannya.
Walau siapapun kita…anggaplah orang lain pun baik.
dan redhai apa yang ada padanya.
Kerana itu anugerah Allah kepadanya.
@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Orang yang bersih hatinya, dia tidak akan pernah kenyang untuk sentiasa membaca dan bersama Quran.
Kebersihan hati kita dapat diukur melalui hubungan kita dengan Quran.
Andai kita cepat jemu, rasa malas untuk membaca Quran, mungkin ketika itu hati kita tengah kotor.
Muhasabahlah.. bersihkanlah hati dengan zikir dan istighfar. Moga kita akan rasa cinta dengan Quran
❤️✨
#quotephotovideo 📿📿📿
DOA MALAM LAILATUL QADR
Untuk meraih keutamaan malam lailatul qadar, Rasulullah menganjurkan bagi umat Muslim utk memperbanyak membaca doa lailatul qadar sambil itikaf di dalam Masjid. (untuk wanita, seeloknya di rumah sahaja)
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
Repost from Tips Rezeki & Kebahagiaan
GANDAKAN AMALAN DI 10 AKHIR RAMADAN
Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu :
1. Banyakkan membaca al-Quran
2. Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
3. Beri'tikaf di Masjid
4. Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
5. Banyakkan bersedekah
Semoga kita istiqamah beribadah sepanjang 10 malam terakhir ini kerana lailatulqadar pasti hadir pada salah satu malam tersebut.
#lailatulqadar
#quotephotovideo 🍃🍃
Doa menunggu berbuka puasa:
Ashadu an la ilaha illallah, Astaghfirullah,
As'alukal jannah,
Wa a'uuzu bika minan naar, Allahumma inna ka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni."
Maksudnya: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, aku memohon keampunan daripada ALLAH, aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan maka maafkanlah aku"
#sentapwords
#spreadthelove 🤍
Pada setiap hari, langit akan berkata :
Ya ALLAH, izinkan aku untuk menghancurkan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu.
Setiap hari bumi berkata :
Ya ALLAH, izinkan aku untuk menelan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu.
Setiap hari laut akan berkata :
Ya ALLAH, izinkan aku untuk menenggelamkan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu.
Lalu ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menjawab :
Jika mereka adalah hamba-hamba kamu maka lakukanlah.
Sekiranya mereka mendatangi kepada-Ku dengan mengetuk pintu taubat dikala siang hari, sudah pasti Aku akan menerimanya.
Sekiranya mereka mendatangi kepada-Ku di malam hari dengan mengetuk pintu taubat, sudah pasti jua Aku akan menerimanya.
Lihatlah wahai manusia, betapa luasnya Rahmat dan Kasih ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita yakni hamba-hambaNya.
Segala puji bagi ALLAH.
- Al Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari -
@sindiransigadis
Solatlah, nescaya sesiapa yang memperbaiki solat dia adalah orang yang sedang memperbaiki hidupnya. Setiap ujian diberi tanda Allah sayang. Sujudlah kepada-Nya.
Semoga Allah pelihara iman kita sampailah kita mati kelak.
.
Semoga pengakhiran yang baik-baik untuk kita dan keluarga kita dalam keadaan husnul Khatimah.
“ Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami? ”
Baginda menjawab :
“ Banyak-banyaklah mengucapkan Laa Ilaaha Illallah. ”
[ HR. Ahmad ]
#sindiransigadis𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡✨
1. Selalu Berdoa
2. Banyakkan solat sunat
3. Memberi makan orang berpuasa
4. Sentiasa berzikir
5. Membaca Al Quran
6. Perbanyakkan amal & kebajikan kepada orang lain
Apa matlamat kita dengan Al-Quran. Terutama Bulan Ramadan?
Biasa kita mengejar untuk khatam. Kejar untuk berjaya habiskan 30 juzuk sepanjang Ramadan.
Itukah matlamat kita? Lepas tu apa kita dapat? Apa perubahan yang kita dapat hasil dari tu?
Suka saya dengar satu olahan soalan dan jawapan dari seorang berilmu. Bila orang tanya beliau, Bulan Ramadan ni apa yang lebih baik? Habiskan satu juzuk sehari atau 1 surah saja sehari?
Beliau tak bagi jawapan pada pilihan di atas, tapi beliau bagi kita persoalan. Dan dengan soalan ni, kita akan dapat jawapan.
Kata beliau, apa yang kita nak dari Al-Quran? Kita nak Al-Quran boleh bagi perubahan pada kita, atau kita dah cukup segalanya jadi Al-Quran sekadar bahan bacaan semata.
Jadi beliau bagi contoh, beliau nak baca Al-Quran supaya beliau dapat jawapan pada erti hidup, pada hubungan sesama manusia, pada matlamat akhir kehidupan.
Beliau membaca Al-Quran dengan punya misi seperti itu. Bukan semata-mata baca, bukan semata-mata melagukan.. sebab Al-Quran ni sangat besar. Merangkumi pelbagai jawapan pada setiap persoalan hidup kita.
Makanya, tentukan sendiri matlamat kita membaca Al-Quran dan dengan itu kita tahu jawapan bagi "berapa juzuk atau surah sehari yang perlu dibaca?"
Mudahan bermanfaat ❤️
