cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Tips Rezeki & Kebahagiaan

Selagi ada Allah, selagi itu keajaiban ada. Terus lah bermimpi yang indah-indah 💕💝

Mostrar más
Advertising posts
2 624Suscriptores
Sin datos24 hours
-27 days
-2130 days
Archivo de publicaciones
Ikhlas itu bukan soal menyembunyikan kebaikan agar orang lain tidak melihat kebaikanmu. Bukan juga tentang memperlihatkan kebaikan agar orang lain memujimu.. Tapi ... ikhlas itu bagaimana kita istiqomah melakukan kebaikan tanpa memperdulikan orang lain melihat maupun tidak melihat atas kebaikan yg kita kerjakan..
Mostrar todo...
Repost from NASIHAT² KEHIDUPAN
@quotephotovideo 🕸🕸🕸
Mostrar todo...
Manusia hari ini suka sangka-sangka. Ada sangka baik. Ada sangka buruk. Orang beribadah disangka riak. Rileks disangka malas. Berpakaian baru disangka menunjuk. Berpakaian buruk disangka hina. Makan banyak disangka pelahap. Makan sikit disangka diet. Orang berperangai baik disangka buruk. Orang berperangai buruk disangka baik. Senyum disangka mengejek. Masam disangka merajuk. Berbincang disangka mengumpat. Diam disangka menyendiri. Menawan disangka menggoda. Ceria disangka mengada. Bertanya disangka meyibuk. Mana tahu, Yang senyum itu kerana bersedekah. Yang masam itu kerana mengenang dosa. Yang berbincang itu memberi pendapat. Yang diam itu kerana beribadah. Yang menawan itu bersih wataknya. Yang ceria itu cerdas mindanya. Yang bertanya itu prihatin orangnya. Justeru itu…sesuatu perkara yang kita lihat. Jangan suka sangka-sangka. Sikap sangka-sangka itu akan memusnahkan jiwa. Kerap sangka-sangka akan mengundang celaka. Jangan terlalu bersangka-sangka. Jauhi sikap sangka-sangka. Dan jangan sesekali sangka diri kita saja yang sempurna dan baik segala-galanya. Anda tak perlu jawab pada benda ini… Jawablah pada diri sendiri… Jangan sangka orang itu suka pada diri kita jika diwajahnya ada senyuman. Kerana mungkin dia sedang menyumpah kita dalam senyumannya. Walau siapapun kita…anggaplah orang lain pun baik. dan redhai apa yang ada padanya. Kerana itu anugerah Allah kepadanya. @quotephotovideo 🍃🍃🍃
Mostrar todo...
Orang yang bersih hatinya, dia tidak akan pernah kenyang untuk sentiasa membaca dan bersama Quran. Kebersihan hati kita dapat diukur melalui hubungan kita dengan Quran. Andai kita cepat jemu, rasa malas untuk membaca Quran, mungkin ketika itu hati kita tengah kotor. Muhasabahlah.. bersihkanlah hati dengan zikir dan istighfar. Moga kita akan rasa cinta dengan Quran ❤️✨ #quotephotovideo 📿📿📿
Mostrar todo...
😔
Mostrar todo...
DOA MALAM LAILATUL QADR Untuk meraih keutamaan malam lailatul qadar, Rasulullah menganjurkan bagi umat Muslim utk memperbanyak membaca doa lailatul qadar sambil itikaf di dalam Masjid. (untuk wanita, seeloknya di rumah sahaja) اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
Mostrar todo...
GANDAKAN AMALAN DI 10 AKHIR RAMADAN Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu : 1. Banyakkan membaca al-Quran 2. Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa 3. Beri'tikaf di Masjid 4. Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam 5. Banyakkan bersedekah Semoga kita istiqamah beribadah sepanjang 10 malam terakhir ini kerana lailatulqadar pasti hadir pada salah satu malam tersebut. #lailatulqadar #quotephotovideo 🍃🍃
Mostrar todo...
Doa menunggu berbuka puasa: Ashadu an la ilaha illallah, Astaghfirullah, As'alukal jannah, Wa a'uuzu bika minan naar, Allahumma inna ka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni." Maksudnya: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, aku memohon keampunan daripada ALLAH, aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan maka maafkanlah aku" #sentapwords #spreadthelove 🤍
Mostrar todo...
Pada setiap hari, langit akan berkata : Ya ALLAH, izinkan aku untuk menghancurkan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu. Setiap hari bumi berkata : Ya ALLAH, izinkan aku untuk menelan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu. Setiap hari laut akan berkata : Ya ALLAH, izinkan aku untuk menenggelamkan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu. Lalu ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menjawab : Jika mereka adalah hamba-hamba kamu maka lakukanlah. Sekiranya mereka mendatangi kepada-Ku dengan mengetuk pintu taubat dikala siang hari, sudah pasti Aku akan menerimanya. Sekiranya mereka mendatangi kepada-Ku di malam hari dengan mengetuk pintu taubat, sudah pasti jua Aku akan menerimanya. Lihatlah wahai manusia, betapa luasnya Rahmat dan Kasih ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita yakni hamba-hambaNya. Segala puji bagi ALLAH. - Al Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari - @sindiransigadis
Mostrar todo...
Solatlah, nescaya sesiapa yang memperbaiki solat dia adalah orang yang sedang memperbaiki hidupnya. Setiap ujian diberi tanda Allah sayang. Sujudlah kepada-Nya. Semoga Allah pelihara iman kita sampailah kita mati kelak. . Semoga pengakhiran yang baik-baik untuk kita dan keluarga kita dalam keadaan husnul Khatimah.
Mostrar todo...
“ Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami? ” Baginda menjawab : “ Banyak-banyaklah mengucapkan Laa Ilaaha Illallah. ” [ HR. Ahmad ] #sindiransigadis
Mostrar todo...
𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡✨ 1. Selalu Berdoa 2. Banyakkan solat sunat 3. Memberi makan orang berpuasa 4. Sentiasa berzikir 5. Membaca Al Quran 6. Perbanyakkan amal & kebajikan kepada orang lain
Mostrar todo...
Apa matlamat kita dengan Al-Quran. Terutama Bulan Ramadan? Biasa kita mengejar untuk khatam. Kejar untuk berjaya habiskan 30 juzuk sepanjang Ramadan. Itukah matlamat kita? Lepas tu apa kita dapat? Apa perubahan yang kita dapat hasil dari tu? Suka saya dengar satu olahan soalan dan jawapan dari seorang berilmu. Bila orang tanya beliau, Bulan Ramadan ni apa yang lebih baik? Habiskan satu juzuk sehari atau 1 surah saja sehari? Beliau tak bagi jawapan pada pilihan di atas, tapi beliau bagi kita persoalan. Dan dengan soalan ni, kita akan dapat jawapan. Kata beliau, apa yang kita nak dari Al-Quran? Kita nak Al-Quran boleh bagi perubahan pada kita, atau kita dah cukup segalanya jadi Al-Quran sekadar bahan bacaan semata. Jadi beliau bagi contoh, beliau nak baca Al-Quran supaya beliau dapat jawapan pada erti hidup, pada hubungan sesama manusia, pada matlamat akhir kehidupan. Beliau membaca Al-Quran dengan punya misi seperti itu. Bukan semata-mata baca, bukan semata-mata melagukan.. sebab Al-Quran ni sangat besar. Merangkumi pelbagai jawapan pada setiap persoalan hidup kita. Makanya, tentukan sendiri matlamat kita membaca Al-Quran dan dengan itu kita tahu jawapan bagi "berapa juzuk atau surah sehari yang perlu dibaca?" Mudahan bermanfaat ❤️
Mostrar todo...
Yang mencari tempat untuk wakaf, boleh tekan link atas tu ya😊
Mostrar todo...
RUGI.. SANGAT RUGI KALAU TAK REBUT PELUANG BERWAKAF DI HARI JUMAAT BULAN RAMADAN INI! Bulan yang lebih baik daripada 1,000 bulan, Bulan yang berganda-ganda ganjaran pahalanya. Salah satu amalan sedekah jariah yg boleh dilakukan adalah dengan berwakaf Buku. Anda boleh wakafkan bagi pihak : 1- Diri Sendiri 2- Ahli keluarga 3- Arwah yang telah meninggal dunia. Insya Allah, jika anda di beri kelapangan harta dan nak berkongsi rezeki dengan Pelajar Sekolah, Pelajar Tahfiz, Non Muslim dan mereka yang memerlukan boleh terus hubungi Farah, Farah salah seorang Daie Wakaf Buku FTR Caranya mudah saja, hanya Whatsapp. Farah akan bantu anda untuk berwakaf > https://bit.ly/WakafIlmuFtrExclusive Jazakumullah Khairan Kathira 🤲😊 #SatukanUmmahDenganIlmu #IhyaRamadhan #ImarahkanRamadhan #CintaImu #ProjekWakafBukuFTR #BacaBacaSentap
Mostrar todo...
Bersihkan hatimu selalu, agar terbuka pintu kebaikan dan pandangan rahmah. . Bila hati mulai bersih, tidak ada kebencian, tidak ada iri hati kepada sesama. . Yang ada hanya kasih sayang dan penuh cinta kepada sesama saudara.
Mostrar todo...
Alhamdulillah Ya Allah.. 😭🤲 Baca doa ni banyak banyak sepanjang Ramadhan : . ‎ اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر . ‎Allahuma bariklana fi shahri Ramadhan wa ballighna lailatul qadr . ‎“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr “
Mostrar todo...
Selamat menjalani ibadah puasa semua ❤️
Mostrar todo...
“Kelak kau akan mengerti bahawa menahan agar orang lain tak tersinggung kerana lisanmu itu jauh lebih mulia daripada mengutarakan isi hatimu.” - Ali Bin Abi Talib -
Mostrar todo...
@DakwahMujahidah_SNH “Kelak kau akan mengerti bahawa menahan agar orang lain tak tersinggung kerana lisanmu itu jauh lebih mulia daripada mengutarakan isi hatimu.” - Ali Bin Abi Talib -
Mostrar todo...
Biasakan bibir dengan selawat. Basahkan hati dengan istighfar. Selawat,selawat,selawat. Istighfar,istighfar,istighfar. Kenapa kita selalu tekankan dua perkara ajaib ni? Kerana pada selawat ada keberkatan yang tak ada pada amalan lain, antaranya ilmu mudah untuk sampai ke dada serta tenang, Kerana pada istighfar fadhilatnya tidak mampu menandingi amalan lain, antaranya Allah memudahkan urusan kita. Sebab itu selawat dan istighfar ni teramat2  penting buat kita semua....  Kalau stress atau ilmu susah nak masuk, amalkan lah ia.Biar jadi terapi untuk diri kita. Cubalah, inshaAllah🍃💕
Mostrar todo...
Take a look at my Canva design! https://canva.me/brGMYXVgeyb
Mostrar todo...
3 doa Saidina Ali bin Abi Talib sebelum tibanya bulan Ramadan: 1. Ya Allah, berikanlah kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit (supaya dapat beribadah dengan baik). 2. Ya Allah, berikan kepadaku kelapangan daripada kesibukan (supaya aku dapat banyak beribadah). 3.Ya Allah, berilahkanlah bagiku cukup dengan sedikitnya tidur (supaya aku dapat melebihkan ibadah). - disunting daripada tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin al- Hamid | Masjid Bukit Antarabangsa
Mostrar todo...
JANGAN MUDAH MENILAI KEKURANGAN ORANG LAIN Alkisah di hujung sebuah kampung, ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah sewa seorang ibu miskin yang tinggal bersama 2 orang anaknya. Suatu malam, tiba-tiba bekalan elektrik terpadam. Dengan bantuan cahaya handphone, gadis itu ke dapur untuk mengambil lilin.  Tiba-tiba si gadis itu terdengar bunyi orang mengetuk pintu. Rupanya seorang anak kepada ibu miskin yang tinggal di sebelah rumahnya. Anak itu bertanya dengan risau, _"Kakak, ada lilin tak?"_ Si gadis itu berfikir dan bermonolog di dalam hati, "Jangan pinjamkan, nanti jadi satu kebiasaan untuk terus meminta-minta." Lalu, si gadis menjawab, "Tidak ada!" Si anak miskin itu pun berkata, "Saya dah agak yang kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami risau sebab kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin." Si gadis merasa bersalah. Dalam linangan air mata, dia pun memeluk erat anak kecil itu. 💡 Jangan menilai kekurangan orang lain hanya kerana mereka kelihatan miskin / tidak mampu. Ingat! kekayaan tidak bergantung seberapa banyak harta yang kita ada, tetapi seberapa mampu untuk kita berkongsi kepada mereka yang memerlukan. Miskin bukan bererti tidak punya apa-apa dan kaya bukan bererti punya segalanya. #quotephotovideo 🌸🌸🌸
Mostrar todo...
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. “Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
Mostrar todo...
Setiap yang kita harapkan, cuma akan berlaku dengan izin Allah. Yang berlaku itulah yang paling baik pada Tuhan. Namun jika yang kita harapkan tidak berlaku, tenang sahaja. Itu juga yang terbaik buat kita. Semuanya daripada Tuhan juga. Maka letaklah sepenuh keyakinan hanya pada Dia. Untuk segala hal. Bukan pilih-pilih ya.
Mostrar todo...
Mutiara Pagi Orang yang hebat sentiasa ceria walau hati terluka, orang yang hebat menyapu air matanya dengan senyum tawa, orang yang hebat selalu redha bahawa dugaan itu adalah kasih sayang Allah. ”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.” Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Mostrar todo...
Malam ini… Jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita kerana…hari ini 7 Mac 2023 (15 Syaaban) adalah malam Nisfu Syaaban (sebaik sahaja masuk maghrib) Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yang banyak dosa, melihat siapa yang mohon rezeki, mendengar rintihan orang yang ditimpa musibah. Oleh itu... 1- siapa yang banyak dosa; minta ampun 2- siapa yang rezeki sempit; minta rezeki 3- siapa yang ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan 🌷Kerana.. pada mlm ini Allah melihat dan mencari para pendosa yang mohon taubat 🌷Kembalilah kepada Allah dalam keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dengan kita 🌷Waktu akhir zaman banyak kematian mengejut 🌷Malam yang dikabulkan segala doa. 🌷Tawaran hebat pada malam nisfu...Diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu2 dibadan kambing. 🌷Payahnya kita nak bertaubat sebab terbeban dengan banyaknya dosa. 🌷Masuknya waktu maghrib petang 14 Syaaban hingga subuh 15 Syaaban. Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر. Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar." ( Riwayat Ibnu Majah) Copy and paste
Mostrar todo...