en
Feedback
CIDB MALAYSIA

CIDB MALAYSIA

Open in Telegram

CIDB Malaysia is now on Telegram. Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group. Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .

Show more

๐Ÿ“ˆ Analytical overview of Telegram channel CIDB MALAYSIA

Channel CIDB MALAYSIA (@cidbmy) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 11 219 subscribers, ranking 6 326 in the Business category and 3 336 in the Malaysia region.

๐Ÿ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on ะฝะตะฒั–ะดะพะผะพ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 11 219 subscribers.

According to the latest data from 04 July, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -74 over the last 30 days and by 1 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 12.13%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 4.24% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 1 361 views. Within the first day, a publication typically gains 476 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

๐Ÿ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
โ€œCIDB Malaysia is now on Telegram. Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group. Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .โ€

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 05 July, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Business category.

11 219
Subscribers
+124 hours
-117 days
-7430 days
Posts Archive
OPERASI PENGUATKUASAAN KHAS (OPB) BIL. 4/2026 CIDB Negeri Kedah โ€“ Tapak 1 Operasi Penguatkuasaan Khas telah dilaksanakan pada 02 Julai 2026 (8.00 pagi โ€“ 2.00 petang) melibatkan kerjasama pelbagai agensi dengan jumlah keseluruhan 15 anggota. https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0bBJWU5iBMQEpC8Rt1sdB8cWqFE5wtn8va7SzrmLb8qF9AvjLRF1s4a6y1ucGQx8wl #BuildPerfect #BinaSempurna #OperasiPenguatkuasaanKhas

๐Ÿ“Œ Intipati Ucapan Ketua Eksekutif pada Perhimpunan Kementerian Kerja Raya | 23 Jun 2026 ๐Ÿ—๏ธ Membina Hari Ini, Membentuk Masa
๐Ÿ“Œ Intipati Ucapan Ketua Eksekutif pada Perhimpunan Kementerian Kerja Raya | 23 Jun 2026 ๐Ÿ—๏ธ Membina Hari Ini, Membentuk Masa Hadapan Negara Industri pembinaan melangkaui fungsi fizikal bangunan dan infrastruktur. Setiap projek yang dilaksanakan menjadi pemacu kepada produktiviti, inovasi serta kelestarian dalam memajukan negara. https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0kv2dpYiydaUVJM49JcDxZZuLNNdms71F2XwfwSv8av5CvhNJFPn5iLMUMGD4iyQFl #TransformasiPembinaan #DigitalConstruction #BIM #SmartConstruction #ESG #IndustriPembinaan #MalaysiaMADANI #BuildPerfect #BinaSempurna

Construction is more than what we build. It is how we create impact, drive progress, and shape a better future. ICTC 2026 beg
Construction is more than what we build. It is how we create impact, drive progress, and shape a better future. ICTC 2026 begins a new chapter โ€” with renewed purpose and a stronger call for change. Registration opens soon. #ICTC2026 #MalaysiaMadani #ICW2026 #BinaSempurna

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : BLA/SH(A)-01/2026 (10029636) TAJUK : PERKHIDMATAN PENGURUS ACARA MAJLIS BAGI PENG
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : BLA/SH(A)-01/2026 (10029636) TAJUK : PERKHIDMATAN PENGURUS ACARA MAJLIS BAGI PENGANJURAN SEMINAR EMERGING TECHNOLOGY (EKSKLUSIF UNTUK WANITA) BERSEMPENA INTERNATIONAL CONSTRUCTION WEEK KUALA LUMPUR 2026 (ICWKL 2026) UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid035Bh8qLjpVLWPuTp9kc3X45KvsXaN7MGiM4RpL7hCTK77Y6TWyZMd57ujCnNgeypkl

๐Ÿ—๏ธ MEMPERKUKUH PEMATUHAN, MEMPERKASA INTEGRITI INDUSTRI PEMBINAAN Bagaimanakah industri pembinaan dapat berkembang secara mampan tanpa pematuhan terhadap undang-undang dan standard yang ditetapkan? Jawapannya bermula di setiap tapak pembinaan. Bagi memperkukuh budaya pematuhan, CIDB Negeri Kedah telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (OPB) Bil. 1/2026 pada 30 Jun 2026 di sebuah projek pembangunan perumahan di Bandar Puteri Jaya, Kuala Muda, Kedah. Operasi ini melibatkan 69 anggota daripada pelbagai agensi strategik. Pemeriksaan ke atas 72 orang pekerja merangkumi aspek pendaftaran kontraktor, akreditasi personel binaan, penyeliaan tapak, dokumentasi projek, status pekerja serta pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Hasil pemeriksaan menyaksikan beberapa notis penguatkuasaan dikeluarkan, termasuk Notis Pengemukaan Maklumat (N2/2015), Notis Arahan Hadir (N9/2015), Notis Kesalahan Pendaftaran, Akreditasi dan Latihan Personel Binaan (N10/2015), Notis Pemberitahuan Kewajipan Kontraktor serta Notis Arahan berkaitan akreditasi penyelia tapak dan pekerja binaan mahir. CIDB komited memperkukuh penguatkuasaan secara konsisten dan berintegriti bagi memastikan industri pembinaan Malaysia terus berkembang secara selamat, berkualiti dan berdaya saing. #CIDBKedah #OperasiPenguatkuasaan #PematuhanIndustri #Akta520 #PembinaanMalaysia #MalaysiaMADANI #BuildPerfect #BinaSempurna

photo content

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-07/2026 (10029567) TAJUK : PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR,MEMASANG U
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-07/2026 (10029567) TAJUK : PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR,MEMASANG UPS, WIRELESS, CHATGPT, POWER BI, MICROSOFT SQL SERVER 2025, SUSE LINUX ENTERPRISE DAN MICROSOFT WINDOWS SERVER 2025 BAGI KEGUNAAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) TEMPOH PERKHIDMATAN : SATU (1) BULAN TARIKH BELI DOKUMEN : 29 JUN 2026 (ISNIN) TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 6 JULAI 2026 (ISNIN) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02CWdSVSPkgr79gvuReD6S7RTTkgykyTUDh5aNiRrXBQxCtRzhpNxa1ro1f7C632dal #MalaysiaMadani #BinaSempurna #CIDBMalaysia

๐Ÿค Membina Jaringan, Memperkasa Kemahiran, Mencorakkan Masa Hadapan Industri Pembinaan KUNJUNGAN HORMAT HRD CORP KE PEJABAT CIDB NEGERI KEDAH ๐Ÿ“… 25 Jun 2026 ๐Ÿ“ Pejabat CIDB Negeri Kedah Apabila dua agensi berganding bahu dengan satu matlamat, lahirlah sinergi yang mampu memperkasa pembangunan modal insan serta memacu kecemerlangan industri pembinaan negara. Kunjungan hormat HRD Corp ke CIDB Negeri Kedah hari ini menjadi platform penting untuk mengukuhkan hubungan strategik dan meneroka peluang kerjasama yang mampu memberi nilai tambah kepada ekosistem latihan, pembangunan bakat serta industri pembinaan, khususnya di wilayah utara. Delegasi HRD Corp yang diketuai oleh Muhamad Syamim bin Abdul Ghafar, Ketua Pejabat HRD Corp Cawangan Kedah/Perlis, bersama barisan pegawai kanan telah disambut oleh warga CIDB Kedah, ABM Utara dan CIDB Technologies Kedah. https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0vpaYQRzHPRcjCpqcmm3jTyxsaHWTXZFPAQzoKwPWaMHHErKJqZpg3xpA6o58BfQMl

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya atas pengurniaan Pin
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya atas pengurniaan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada 20 Jun 2026 (Sabtu). #MalaysiaMadani #CIDBMalaysia #BinaSempurna

Bagaimana kepelbagaian menjadi kekuatan, dan bagaimana AI membuka ruang kepada kecemerlangan yang lebih besar? Semangat inilah yang menjadi teras Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi Jun 2026 bertemakan โ€œSatu Hati: Merayakan Kepelbagaian, Memacu AIโ€ yang berlangsung petang tadi di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Sr. Ahmad Farrin bin Mokhtar, Ketua Eksekutif CIDB, sebelum diteruskan dengan ucaptama oleh YBhg. Datoโ€™ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR. Dalam ucaptamanya, beliau menyeru seluruh warga KKR untuk terus menghayati peranan kementerian sebagai pemacu keterhubungan, pembina kepercayaan dan penggerak kemakmuran negara selaras dengan aspirasi โ€œBuilding More Than Infrastructureโ€. Turut ditekankan ialah pembudayaan budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan sense of urgency, sense of responsibility, sense of accountability, serta amalan follow up dan follow through yang konsisten bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan memberi impak kepada rakyat. Pada majlis yang sama, turut dipromosikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 (ICW & BuildXpo 2026) yang membawa tema โ€œBeyond Limitsโ€ โ€” satu manifestasi komitmen industri pembinaan untuk melangkaui sempadan kebiasaan, meneroka peluang baharu dan memacu transformasi ke arah masa depan yang lebih inovatif, mampan serta berdaya saing di peringkat global. #PerhimpunanBulanan #KKR #MalaysiaMADANI #MemacuAI #ICW2026 #BuildXpo2026 #BeyondLimits #CIDB #BinaSempurna

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-06/2026 (10029551) TAJUK : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN, SOKONGAN DAN B
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-06/2026 (10029551) TAJUK : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN, SOKONGAN DAN BANTUAN SISTEM CCPM (PPS & PPS-i) BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) TEMPOH PERKHIDMATAN : SATU (1) TAHUN TARIKH BELI DOKUMEN : 19 JUN 2026 (JUMAAT) TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 26 JUN 2026 (JUMAAT) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR: 1. Berdaftar sebagai vendor CIDB 2. Berdaftar dengan MOF dalam Kod Bidang: - 210103 dan 210104 dan 210106 3. Mempunyai Sijil Pematuhan Cukai - Tax Compliance Certificate (TCC)-berstatus โ€˜PATUHโ€™ https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0qX9atoeoUQ7HA8QxY1gjo4qqzVemDZMQVZeFoWtTWYMcCTBPLtzferJCJxP7kH9Zl

๐Ÿ“ข PROGRAM KLINIK COACHING SCORE 2026 CIDB CAWANGAN SANDAKAN CIDB Cawangan Sandakan akan menganjurkan Program Klinik Coaching
๐Ÿ“ข PROGRAM KLINIK COACHING SCORE 2026 CIDB CAWANGAN SANDAKAN CIDB Cawangan Sandakan akan menganjurkan Program Klinik Coaching SCORE 2026 yang khusus disasarkan kepada penggiat industri pembinaan di daerah Sandakan, terutamanya kontraktor Gred G2 hingga G7. Program ini bertujuan memberi bimbingan berkaitan asas pengurusan kewangan serta pendedahan kepada komponen dan kaedah penilaian SCORE bagi membantu kontraktor meningkatkan penarafan SCORE. Inisiatif ini juga dapat memperkukuh keupayaan syarikat dan meningkatkan daya saing dalam industri pembinaan. ๐Ÿ“… Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis) ๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang ๐Ÿ“ Tempat: Hotel Pavilion, Sandakan, Sabah ๐Ÿ”— Pendaftaran: https://evms.cidb.gov.my/event/mGAP814C7o0 https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid035JTQjg22wCmKF9ZfDYzHWf2QsmRr9iyXV64ibgVuaUFctYJTW8Gy43zWoYuaBoZMl

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : BKK/SH(A)-07/2026 (10029418) TAJUK : PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN HEBAHAN PROGRAM
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : BKK/SH(A)-07/2026 (10029418) TAJUK : PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN HEBAHAN PROGRAM KESEDARAN NASIONAL JOM BINA SEMPURNA (JBS) UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) TEMPOH PERKHIDMATAN : DUA PULUH EMPAT (24) BULAN TARIKH BELI DOKUMEN : 18 JUN 2026 (KHAMIS) TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 25 JUN 2026 (KHAMIS) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR: 1. Berdaftar sebagai vendor CIDB 2. Berdaftar dengan MOF dalam Kod Bidang: - 221102 / 221110 / 222004 3. Mempunyai Sijil Pematuhan Cukai - Tax Compliance Certificate (TCC)-berstatus โ€˜PATUHโ€™ https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0BuZrZ5RkX4zfp3eqoWLHziVC32nfQchwZwDwfkNSFPG8uYpJTvP1eQEGzwRW1uE4l #MalaysiaMadani #BinaSempurna #CIDBMalaysia

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia). Kehadiran tahun baharu I
๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia). Kehadiran tahun baharu Islam adalah detik terbaik untuk kita memperbaharui azam, meningkatkan integriti, dan memacu kualiti serta keselamatan dalam industri pembinaan demi masa depan negara. Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan dan kejayaan buat seluruh rakyat Malaysia. โœจ"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati" ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #CIDBMalaysia #MaalHijrah1448H #BinaSempurna #MalaysiaMADANI

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia. Semoga YB Dato Sri sent
Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia. Semoga YB Dato Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, kesejahteraan dan terus cemerlang dalam memimpin pembangunan infrastruktur serta kemajuan industri pembinaan negara. Ikhlas daripada warga CIDB Malaysia. #SelamatHariLahir #AlexanderNantaLinggi #CIDBMalaysia #KementerianKerjaRaya

SEMINAR PENDAFTARAN KONTRAKTOR MALAYSIA MADANI NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026 ๐Ÿ“… Tarikh : 08 Julai 2026 (Rabu) โฐ Masa : 8.00
SEMINAR PENDAFTARAN KONTRAKTOR MALAYSIA MADANI NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026 ๐Ÿ“… Tarikh : 08 Julai 2026 (Rabu) โฐ Masa : 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang ๐Ÿ“ Tempat : Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang ๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan : RM150.00 seorang ๐Ÿ… Mata CCD : 15 Mata CCD akan diberikan kepada peserta yang layak Tempat adalah terhad. Daftar segera!!! ๐Ÿ“ Daftar sekarang melalui link berikut : https://evms.cidb.gov.my/event/OMaS824RXcH Sebarang pertanyaan emel ke : cidb_penang@cidb.gov.my "Memperkasa Kontraktor Malaysia MADANI Melalui Pematuhan, Kompetensi dan Profesionalisme." #SeminarPendaftaranKontraktor #BinaSempurna #MalaysiaMadani https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02FqbUe5rcAfA2LguBbNK99wVrZkvHzXs5MRwwhDJweoj7qVgWHK8uSqKZE9aQSrGQl

Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang baharu kepada YBrs. Sr Ahmad Farrin Mokhtar. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, turut serta dalam majlis tersebut YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan); dan YB Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab, Pengerusi CIDB. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan atas pelantikan ini. Semoga pengalaman, kewibawaan dan komitmen yang dimiliki terus memperkukuh industri pembinaan negara serta memacu agenda pembangunan infrastruktur yang mampan, berkualiti dan berdaya saing. #KKR #CIDB #BinaSempurna #MadaniBekerja #MalaysiaMadani https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02ypS5xrkcecca468Rnk2AT8g1EKaZ98vRhZbGZ9Q7WhYPAge25cHdmieAkBGum4fwl

Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia CIDB Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Ahmad Farrin
Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia CIDB Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Ahmad Farrin Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, berkuat kuasa pada 8 Jun 2026. Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman, kepimpinan dan komitmen beliau dalam memperkasakan industri pembinaan negara. Semoga beliau terus memimpin CIDB Malaysia dengan visi yang jelas, integriti yang tinggi serta semangat kolaboratif dalam merealisasikan agenda transformasi industri pembinaan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan. Selamat menjalankan amanah demi kemajuan industri pembinaan Malaysia. #BinaSempurna #MalaysiaMadani

Program Coaching SCORE 2026 Alor Setar, 10 Jun 2026. CIDB Negeri Kedah telah menganjurkan program Coaching SCORE 2026 di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar, yang dihadiri oleh 48 orang kontraktor Gred 2 hingga Gred 7. Program ini bertujuan memberikan kefahaman mendalam mengenai objektif, definisi, parameter, dan proses penilaian SCORE yang kini diwajibkan bagi urusan pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK). Melalui sesi interaktif dan bimbingan dua hala, para peserta berpeluang membangkitkan pelbagai isu penting, terutamanya berkaitan pemahaman soalan penilaian dan penyediaan dokumen sokongan yang tepat. Pengarah CIDB Negeri Kedah, menegaskan kepentingan penilaian tersebut serta pelaksanaan syarat minimum bintang SCORE untuk pendaftaran semula Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). Mengambil inspirasi daripada kejayaan THB Maintenance Sdn Bhd sebagai kontraktor 5 bintang pertama di Kedah pada tahun 2025, 6 buah syarikat kontraktor bertaraf 4 bintang yang hadir diseru untuk meningkatkan pencapaian mereka bagi menambah bilangan kontraktor bertaraf 5 bintang di negeri tersebut. Program sepanjang hari ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Hazwan bin Hashim daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berkongsi maklumat mengenai unjuran projek domestik agensi tersebut, sekali gus membuka peluang keemasan kepada kontraktor tempatan. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam membantu melonjakkan gred prestasi kontraktor di samping memastikan pematuhan syarikat terhadap piawaian terkini yang ditetapkan oleh CIDB. #ProgramCoachingSCORE #BinaSempurna #MalaysiaMadani https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0dkag1nANmHZSfvRvkgsHQiSYwV5UXto8axtz5ZoDNNztwwS7SZYQCvcD19yZ5bNSl

CAJ PEMUTIHAN BAGI PEKERJA BINAAN ASING YANG TIDAK BERDAFTAR SEBAGAI PERSONEL BINAAN Majikan bagi Pekerja Binaan Asing Sektor
CAJ PEMUTIHAN BAGI PEKERJA BINAAN ASING YANG TIDAK BERDAFTAR SEBAGAI PERSONEL BINAAN Majikan bagi Pekerja Binaan Asing Sektor Pembinaan yang didapati gagal mendaftarkan Pekerja Binaan Asing semasa tempoh Program Pemutihan dikenakan Caj Pemutihan sebanyak RM500 bagi setiap pendaftaran Pekerja Binaan Asing tersebut. Caj dengan kadar ini, hanya terpakai kepada majikan yang berusaha mendaftarkan Pekerja Binaan Asing sehingga 31 Disember 2026. Pembayaran dan urusan boleh dibuat di Tingkat 24, CIDB 520, The Met Corporate Tower.