es
Feedback
CIDB MALAYSIA

CIDB MALAYSIA

Ir al canal en Telegram

CIDB Malaysia is now on Telegram. Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group. Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram CIDB MALAYSIA

El canal CIDB MALAYSIA (@cidbmy) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 11 058 suscriptores, ocupando la posición 6 323 en la categoría Negocios y el puesto 3 326 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 11 058 suscriptores.

Según los últimos datos del 25 agosto, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -98, y en las últimas 24 horas de -6, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.34%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 3.77% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 922 visualizaciones. En el primer día suele acumular 417 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
CIDB Malaysia is now on Telegram. Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group. Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 26 agosto, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Negocios.

11 058
Suscriptores
-624 horas
-317 días
-9830 días
Archivo de publicaciones
🏆 TAHNIAH TOKOH KEJURUTERAAN NEGARA 2026 🇲🇾 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin bin Abd
🏆 TAHNIAH TOKOH KEJURUTERAAN NEGARA 2026 🇲🇾 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin bin Abdul Karim atas pengiktirafan sebagai Tokoh Kejuruteraan Negara 2026 oleh Board of Engineers Malaysia (BEM). Pengiktirafan berprestij ini merupakan simbol kecemerlangan, dedikasi dan sumbangan besar beliau kepada komuniti kejuruteraan serta pembangunan negara. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada generasi jurutera untuk mengangkat profesionalisme, inovasi dan kecemerlangan kejuruteraan demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. 🇲🇾⚙️ Tahniah dan syabas atas pencapaian yang amat membanggakan! 👏✨ Daripada Warga Kerja CIDB Malaysia #TokohKejuruteraanNegara2026 #KejuruteraanMalaysia #BEM #BoardOfEngineersMalaysia #Kejuruteraan #Kecemerlangan #Inovasi #PembangunanNegara #BuildPerfect #BinaSempurna

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H Memperingati kelahiran Rasulullah SAW, di mana akhlak Baginda sentiasa kita contohi sepanjang z
🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H Memperingati kelahiran Rasulullah SAW, di mana akhlak Baginda sentiasa kita contohi sepanjang zaman. Semoga penghayatan terhadap sifat amanah, kejujuran, dan kesungguhan Baginda sentiasa membimbing kita dalam membangunkan negara yang selamat dan sejahtera. “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” Ikhlas daripada, Warga Kerja CIDB Malaysia #cidbmalaysia #malaysiamadani #MaulidurRasul

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA KUCHING, 24 Ogos 2026 - CIDB PERKUKUH BAKAT TVET PEMBINAAN SARAWAK BAGI MENYOKONG PERTUMB
+2
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA KUCHING, 24 Ogos 2026 - CIDB PERKUKUH BAKAT TVET PEMBINAAN SARAWAK BAGI MENYOKONG PERTUMBUHAN INDUSTRI DAN PROJEK PEMBANGUNAN NEGERI https://www.facebook.com/share/p/1DfX1P4krG/?mibextid=wwXIfr #MalaysiaMadani #CIDBMalaysia #BinaSempurna

CIDB PERKUKUH BAKAT TVET PEMBINAAN SARAWAK, SOKONG PERTUMBUHAN INDUSTRI NEGERI KUCHING, 24 Ogos 2026 – CIDB Malaysia terus memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir tempatan bagi memenuhi keperluan industri pembinaan serta menyokong pelaksanaan projek pembangunan utama di Sarawak. Komitmen ini diteruskan menerusi Majlis Graduasi Ke-12 Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies Wilayah Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak, yang meraikan 150 graduan dalam pelbagai bidang kemahiran pembinaan di bawah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP). Majlis disempurnakan oleh Pengerusi CIDB Malaysia, Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab. Dengan pelbagai projek pembangunan bernilai lebih RM20 bilion sedang dilaksanakan di Sarawak, keperluan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi semakin meningkat. Sehingga kini, ABM Sarawak dan CIDB Technologies Sarawak telah melahirkan 38,988 tenaga kerja mahir, dengan kadar kebolehpasaran graduan TVET Pembinaan melebihi 88 peratus. “Persepsi bahawa TVET adalah pilihan kedua sudah tidak lagi relevan. Dalam era kecerdasan buatan dan automasi, kemahiran praktikal serta kepakaran teknikal graduan TVET kekal menjadi aset yang sukar digantikan sepenuhnya oleh teknologi.” Majlis turut menyaksikan pengiktirafan Tino Anak Jenis dan Wilson Lo menerusi Anugerah IKON TVET Pembinaan, membuktikan bahawa laluan TVET mampu membuka peluang kerjaya yang luas dan bernilai tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa. Turut dilancarkan ialah Kursus Telekomunikasi ABM Wilayah Sarawak melalui kerjasama strategik bersama Kejuruteraan Rasshin dan Cynergy (Unitel Multimedia Sdn Bhd) bagi menyokong pembangunan tenaga kerja tempatan serta keperluan infrastruktur digital negeri. CIDB Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri, agensi, institusi latihan dan industri bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang kompeten, berkemahiran tinggi dan bersedia memenuhi keperluan pembangunan Sarawak serta industri pembinaan negara. https://www.facebook.com/share/p/1HpdYYyCDT/

LAWATAN NAZIRAN PROGRAM LATIHAN DAN PERANTISAN BIM TAHUN 2026 Pada 20 Ogos 2026, CIDB Malaysia telah mengadakan lawatan naziran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru bagi memantau pelaksanaan Program Latihan dan Perantisan Building Information Modelling (BIM) Tahun 2026. Lawatan yang diketuai oleh Ts. Emasria Ismail, Pengurus Besar Bahagian Latihan & Akreditasi bersama pegawai CIDB Digital Sdn. Bhd. merangkumi sesi taklimat, pemerhatian latihan, semakan fasiliti dan dokumentasi serta sesi temu bual bersama penyelaras, tenaga pengajar dan peserta. Lawatan ini mencerminkan komitmen CIDB Malaysia dalam memastikan program BIM dilaksanakan secara berkualiti dan berkesan, sekali gus memperkukuh pembangunan tenaga kerja pembinaan yang kompeten serta menyokong agenda pendigitalan industri pembinaan negara. #PerantisanBIMTahun2026 #BinaSempurna #MalaysiaMadani FB: https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0UirDYewdPGGrS7BRMAJm44XzrRtS7fQaNop7BQ8v1tndToYrDGmrSESHZmE7kyVtl

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2026 – CIDB telah mewartakan 9 produk dan bahan binaan tambahan melibatkan 22 standard di bawah Jadual
+2
KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2026 – CIDB telah mewartakan 9 produk dan bahan binaan tambahan melibatkan 22 standard di bawah Jadual Keempat Akta 520 bagi memperkukuh kualiti dan keselamatan bahan binaan negara. Dengan pindaan ini, sebanyak 102 produk dan bahan binaan dalam 11 kategori kini disenaraikan di bawah Jadual Keempat. 📌 Tempoh peralihan: 6 bulan 📌 Penguatkuasaan: Februari 2027 📌 Perakuan: Perakuan Pematuhan Standard (PPS) CIDB diperlukan bagi produk yang terlibat. Penggiat industri disaran menyemak senarai terkini, memastikan produk mematuhi standard ditetapkan serta mendapatkan PPS sebelum penguatkuasaan bermula. Kegagalan mematuhi keperluan boleh dikenakan denda RM10,000 hingga RM500,000 di bawah Akta 520. 🔗 Permohonan PPS: CCPM CIDB #CIDBMalaysia #Akta520 #JadualKeempat #PPS #KualitiPembinaan #KeselamatanPembinaan #BinaSempurna #BuildPerfect #MalaysiaMadani

SEMINAR PENDAFTARAN KONTRAKTOR MALAYSIA MADANI 2026 ALOR SETAR, 19 OGOS – Seminar Pendaftaran Kontraktor Malaysia MADANI 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar. Program ini merupakan inisiatif penting CIDB bagi memperkukuh pematuhan perundangan, memantapkan integriti, serta meningkatkan kecekapan dan profesionalisme para pemain industri pembinaan. Antara pengisian utama lain yang turut disampaikan dalam sesi taklimat meliputi: • Penilaian SCORE & MCORE • Semakan Pematuhan Kontraktor (SPEK) • Tindakan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) • Pendaftaran Kontraktor • Akreditasi Kompetensi Kemahiran Pembinaan • Pengisytiharan Projek & Levi Seminar kali ini turut membawakan dua (2) Slot Khas berimpak tinggi bagi memperkasakan daya saing kontraktor. Slot pertama menyaksikan perkongsian daripada YBhg. Dato' Mohamad Haris Kader Sultan, Ketua Eksekutif NCER Malaysia, mengenai peluang projek berimpak tinggi di bawah Koridor Utara serta strategi penglibatan kontraktor tempatan. Seterusnya, slot kedua diteruskan oleh pihak HRD Corp yang mendedahkan pelbagai faedah caruman, dana latihan, insentif kewangan, serta skim pembangunan modal insan. Pengisian ini bertujuan membantu syarikat pembinaan memanfaatkan kemudahan yang disediakan demi meningkatkan kompetensi tenaga kerja masing-masing. Link Penuh https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02r9mXmzgVj7mzDKptLDSqq7A4BDBhvQTGxzUUHq4qwsJkjXDFAqQ7febCKqni5JQkl #KontraktorMalaysiaMadani2026 #GreaterKedah2050 #BinaSempurna #MalaysiaMadani

​​​​​KENYATAAN TAWARAN TENDER NO PEROLEHAN : FAS/TEN-01/2026(10028589) TAJUK : KERJA-KERJA PEMBAIKAN SISTEM PENGHAWA DINGIN D
​​​​​KENYATAAN TAWARAN TENDER NO PEROLEHAN : FAS/TEN-01/2026(10028589) TAJUK : KERJA-KERJA PEMBAIKAN SISTEM PENGHAWA DINGIN DI DEWAN UTAMA AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH TIMUR UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) TEMPOH : LIMA (5) BULAN TARIKH IKLAN : 20 OGOS 2026 (KHAMIS) TARIKH TAKLIMAT : 08 SEPTEMBER 2026 (SELASA) TEMPAT TAKLIMAT : AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH TIMUR, JENAGOR, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU (TAKLIMAT ADALAH DIWAJIBKAN. DOKUMEN HANYA AKAN DIJUAL KEPADA VENDOR YANG MENGHADIRI TAKLIMAT SAHAJA) #MalaysiaMadani #BinaSempurna #CIDBMalaysia

Penyertaan yang memberangsangkan mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh pengetahuan, kompetensi dan amalan terbaik ke arah industri pembinaan yang lebih hijau, cekap tenaga dan berdaya saing. Terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini. Bersama kita memacu industri pembinaan ke arah masa depan yang lebih mampan. 🌿 #CIDBMalaysia #PembinaanMampan #GreenConstruction #SustainableConstruction #MyCREST #CCD #SeminarCIDB #MalaysiaMadani

🌍 SEMINAR PEMBINAAN MAMPAN SIRI 3/2026 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA! 🌱 Pada 18 Ogos 2026, bertempat di The Light Hotel,
+2
🌍 SEMINAR PEMBINAAN MAMPAN SIRI 3/2026 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA! 🌱 Pada 18 Ogos 2026, bertempat di The Light Hotel, Pulau Pinang, Seminar Pembinaan Mampan Siri 3/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan para kontraktor, penggiat industri pembinaan, tenaga teknikal serta pihak berkepentingan dalam satu platform perkongsian ilmu yang bermanfaat. Seminar ini memberi pendedahan berkaitan amalan pembinaan mampan, khususnya dalam aspek Green Procurement, Eco-Labels dan Life Cycle Costing (LCC), selaras dengan keperluan industri pembinaan masa kini yang semakin menekankan pembangunan mampan, kecekapan kos dan pemilihan bahan binaan yang lebih mesra alam.

CIDB PERKENAL CIS 33:2026, PANDUAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN FASILITI INDUSTRI PEMBINAAN BUTTERWORTH, 18 Ogos 2026 – CIDB Malaysia melancarkan CIS 33:2026 – Facility Management Good Practice Guide, sebuah panduan amalan terbaik Pengurusan Fasiliti (FM) yang dibangunkan khusus untuk industri pembinaan Malaysia. Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, bersempena Konvensyen Kontraktor 2026: NexGen Builders – Pembina Generasi Baharu di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang. CIS 33:2026 menyediakan kerangka pengurusan fasiliti yang lebih seragam, sistematik dan komprehensif, dengan mengambil kira amalan terbaik antarabangsa seperti ISO 41001, ISO 55001 dan ISO 50001, serta disesuaikan dengan keperluan dan amalan industri tempatan. Panduan ini turut menyokong aspirasi Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP 2030) dalam memperkukuh pengurusan aset dan fasiliti negara, di samping menggalakkan peralihan daripada pendekatan penyenggaraan tradisional kepada pengurusan aset yang lebih strategik, berasaskan prestasi dan mengambil kira kos kitar hayat aset. CIS 33:2026 dibangunkan secara kolaboratif dengan penglibatan wakil kerajaan, industri, akademia dan badan profesional, mencerminkan komitmen bersama dalam meningkatkan profesionalisme serta kemampanan pengurusan fasiliti di Malaysia. Sementara itu, Konvensyen Kontraktor 2026 menghimpunkan lebih 400 kontraktor dan pemain industri menerusi perkongsian ilmu, perkembangan projek, literasi kewangan serta peluang jaringan strategik bagi memperkukuh daya saing kontraktor dan industri pembinaan negara. CIDB Malaysia akan terus memperkasa industri melalui pembangunan standard, peningkatan kompetensi, pendigitalan, penerapan teknologi dan kerjasama strategik ke arah industri pembinaan yang lebih produktif, mampan dan berdaya saing.

WOCA 2026: MEMPERKASA TRANSFORMASI DIGITAL DAN TEKNOLOGI PEMBINAAN MALAYSIA Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Sr Ahmad Farrin Mokhtar, telah menyertai World of Concrete Asia (WOCA) 2026 yang berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2026 di Shanghai New International Expo Centre (SNIEC), Shanghai, China. Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan pembentangan mengenai transformasi industri pembinaan Malaysia ke arah ekosistem yang lebih produktif dan mampan, dengan penekanan kepada BIM, IBS, teknologi pembinaan pintar serta pembangunan industri ke arah pendigitalan. CIDB Malaysia turut dijemput untuk menyaksikan Inaugural Conference of the International Construction Robotics Competition Alliance (ICRCA), yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam meneroka perkembangan teknologi robotik pembinaan di peringkat antarabangsa. Penglibatan ini turut membuka ruang kepada perbincangan dan penerokaan kerjasama Malaysia–China dalam bidang pendigitalan, automasi, robotik pembinaan dan pemindahan teknologi. CIDB Malaysia komited untuk terus meneroka teknologi dan pendekatan baharu yang dapat menyokong pembangunan industri pembinaan negara yang lebih pintar, selamat dan mampan. #WOCA2026 #BinaSempurna #Teknologipembinaan #RobotikPembinaan

*PROGRAM PAKSI DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH* *HULU TERENGGANU, 17 Ogos 2026 –* Program Pemerkasaan Antirasuah, Ketelusan, Sahsiah dan Integriti (PAKSI) serta Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah berlangsung di Bilik Jeneris, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMT), hari ini. Program anjuran bersam CIDB Terengganu, SPRM, CIDB Technologies Sdn. Bhd. (CIDBTech) dan ABMT ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta komitmen warga kerja terhadap amalan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas. Turut hadir ialah barisan pengurusan dan tetamu kehormat daripada SPRM Terengganu, ABMT, CIDBTech serta Unit Integriti CIDB Malaysia, yang menunjukkan sokongan terhadap agenda integriti organisasi. Antara pengisian program ialah sesi perkongsian oleh SPRM serta ceramah bertajuk “Sepandai-pandai Sang Tupai… Akhirnya Jatuh Jua” oleh Encik Yusarman bin Yusuff yang menekankan kesan serta pengajaran berkaitan salah laku dan kepentingan etika kerja. Kemuncak program ialah Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang menyaksikan peserta melafazkan ikrar sebagai komitmen untuk menolak rasuah, salah guna kuasa dan sebarang bentuk perlakuan tidak berintegriti. Program ini diharap dapat terus memperkukuh budaya kerja berintegriti serta menyokong usaha organisasi dalam melahirkan warga kerja yang profesional, amanah dan berakauntabiliti.

photo content
+7

PROGRAM PENYELIAAN DAN PENGURUSAN (SECARA TEMUDUGA) CIDB NEGERI JOHOR DAFTAR SEKARANG!! 🎗️ Selari dengan kehendak yang digar
PROGRAM PENYELIAAN DAN PENGURUSAN (SECARA TEMUDUGA) CIDB NEGERI JOHOR DAFTAR SEKARANG!! 🎗️ Selari dengan kehendak yang digariskan di bawah AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (AKTA 520)(Pindaan 2011), CIDB Negeri Johor menganjurkan Program Pentauliahan Penyelia Tapak, Pengurus Pembinaan Dan Pengurus Projek Pembinaan setiap bulan sepanjang tahun bagi tahap pengetahuan dan profesionalisme di kalangan personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja penyeliaan dan pengurusan di tapak bina. Jangan tunggu lagi.. 📌 Pentauliahan secara temuduga Google maps CIDB Negeri Johor, Kompleks CIDB, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor. 🌐 Laman Sesawang Permohonan: cims.cidb.gov.my ☎️ Hubungi 07-2300520 sambungan 110/112/114 (Unit Penilaian) ✉️ Sebarang pertanyaan cidb_johor@cidb.gov.my ⭐ Penganugerahan 15 Mata CCD #BinaSempurna #MalaysiaMadani

LAWATAN NAZIRAN PROGRAM LATIHAN DAN PERANTISAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) TAHUN 2026 Pada 12 Ogos 2026, CIDB Malaysia telah mengadakan lawatan naziran ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang bagi memantau dan menilai pelaksanaan Program Latihan dan Perantisan Building Information Modelling (BIM) Tahun 2026. Lawatan naziran ini melibatkan sesi taklimat mengenai pelaksanaan program, pemerhatian sesi latihan, semakan fasiliti dan peralatan serta penelitian terhadap dokumentasi berkaitan. Sesi temu bual bersama penyelaras program, tenaga pengajar dan peserta turut dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas secara menyeluruh mengenai keberkesanan serta perjalanan program. Pelaksanaan lawatan naziran ini merupakan sebahagian daripada komitmen CIDB Malaysia dalam memastikan program latihan dan perantisan BIM dilaksanakan secara sistematik, berkualiti dan berkesan serta selaras dengan objektif yang telah ditetapkan. Usaha ini juga penting dalam memperkukuh pembangunan tenaga kerja pembinaan yang kompeten dan berkemahiran dalam teknologi BIM, sejajar dengan aspirasi pendigitalan serta transformasi industri pembinaan negara ke arah yang lebih produktif, inovatif dan berdaya saing. #cidbmalaysia #MADANIBekerja #BIM https://www.facebook.com/share/p/18AuajfDoQ/

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NO PEROLEHAN : FAS/SH(A)- 02/2026 (10029895) TAJUK : PERKHIDMATAN KERJA PEMBERSIHAN LUARAN DAN P
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA   NO PEROLEHAN : FAS/SH(A)- 02/2026 (10029895)   TAJUK : PERKHIDMATAN KERJA PEMBERSIHAN LUARAN DAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI KAWASAN KOMPLEKS CIDB, JALAN CHERAS, KUALA LUMPUR UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)   TEMPOH PERKHIDMATAN : Dua (2) Tahun tertakluk kepada keperluan dan prestasi keseluruhan.   TARIKH IKLAN : 14 OGOS 2026 (JUMAAT)   TARIKH TAKLIMAT : 21 OGOS 2026 (JUMAAT) TEMPAT TAKLIMAT : PUSAT KONVENSYEN CIDB, LOT 8, JALAN CHERAS,55200 KUALA LUMPUR (*Taklimat adalah diwajibkan ; *Dokumen hanya akan dijual kepada vendor yang menghadiri sesi taklimat sahaja) TARIKH BELI DOKUMEN : 21 OGOS 2026 (JUMAAT) TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 28 OGOS 2026 (JUMAAT) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR   SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR: 1.        BERDAFTAR SEBAGAI VENDOR

Penggiat indusri adalah dijemput untuk menghantar ulasan mengenai deraf yang sedang dikemaskini. Penyediaan deraf CIS tersebu
Penggiat indusri adalah dijemput untuk menghantar ulasan mengenai deraf yang sedang dikemaskini. Penyediaan deraf CIS tersebut telah dibuat oleh jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan di CIDB diwakili oleh kementerian, agensi-agensi kerajaan, pihak industri, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan yang pakar dalam bidang berkenaan. Tarikh tutup : 07 September 2026 Maklumat lanjut : ULASAN UMUM BAGI DERAF READY-MIXED CONCRETE: PRODUCTION, CONFORMITY, TRANSPORTATION AND DELIVERY CRITERIA FOR PRODUCERS https://www.cidb.gov.my/ulasan-umum-bagi-draf-standard-industri-pembinaan-cis-ready-mixed-concrete-production-conformity-transportation-and-delivery-criteria-for-producers/ #CIS21 #BinaSempurna #MalaysiaMadani

LAPORAN TAKLIMAT SIJIL KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN (SKKP) BERSAMA PERSATUAN KONTRAKTOR NEGERI KEDAH Tarikh: 12 Ogos 2026 Tempat: Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman Kehadiran: 26 orang (17 wakil agensi/persatuan dan 9 orang staf) CIDB Negeri Kedah telah menganjurkan Taklimat Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) bersama Persatuan Kontraktor Negeri Kedah yang menghimpunkan seramai 26 orang peserta, terdiri daripada 17 wakil agensi/persatuan serta 9 orang staf CIDB Negeri Kedah. Program ini turut melibatkan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kedah, Persatuan Kontraktor Bumiputra Kelas ‘F’ Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PERKOBF), Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia (PKBM) Negeri Kedah serta Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara. https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0jC1rfbvrajxoSNee2EfWAM9fWTEPux1aUgbdUosvejtz9TT97ZhHq4XdxrA78Zyhl

Penggiat indusri adalah dijemput untuk menghantar ulasan mengenai deraf yang sedang dikemaskini. Penyediaan deraf CIS tersebu
Penggiat indusri adalah dijemput untuk menghantar ulasan mengenai deraf yang sedang dikemaskini. Penyediaan deraf CIS tersebut telah dibuat oleh jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan di CIDB diwakili oleh kementerian, agensi-agensi kerajaan, pihak industri, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan yang pakar dalam bidang berkenaan. Tarikh tutup : 07 September 2026 Maklumat lanjut : ULASAN UMUM BAGI DRAF STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CIS): MANUAL FOR IBS CONTENT SCORING SYSTEM (IBS SCORE) https://www.cidb.gov.my/ulasan-umum-bagi-draf-standard-industri-pembinaan-cis-manual-for-ibs-content-scoring-system-ibs-score/ #ConstructionIndustryStandard #IBSScore #BinaSempurna