en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Open in Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Khairul Hakimin Muhammad

Channel Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 35 013 subscribers, ranking 277 in the Marketing & PR category and 912 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 35 013 subscribers.

According to the latest data from 13 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -360 over the last 30 days and by 0 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 7.49%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 3.24% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 2 622 views. Within the first day, a publication typically gains 1 134 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 14 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Marketing & PR category.

35 013
Subscribers
No data24 hours
-1247 days
-36030 days
Posts Archive
Kejap lagi jam 10.00 akan ada kelas #content secara live. Mana yang dah daftar akan dijemput ke group FB khas untuk ikuti kelas tersebut ya. Semasa live, akan jadi 2 hala. Selepas itu video live tersebut akan dibiarkan selama 48 jam di situ. Boleh tanya dan saya akan jawab soalan kalian ya. Kalian akan belajar bagaimana nak menulis di media sosial dengan betul dan bagaimana nak dapatkan 100,000 pengikut (follower) dalam tempoh 1 tahun menggunakan content yang betul. Harga asal ialah RM280, semasa syawal ini hanya RM68 sahaja. Bertuahlah sesiapa yang berjaya ikuti! Daftar di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb2 https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb2 https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb2

Posting Sabtu Ahad http://bit.ly/2WWBUaV

Baru-baru ini ada yang mengadu di dalam kelas yang mereka terpaksa add ramai orang (sehingga penuh 5,000) kerana itu merupakan potential buyer kepada produk mereka. 5-7 orang ini terkena dengan berbagai skim, penipuan dan paling tak best salah seorangnya digunakan wajah dan tubuh badan di dalam web lucah. Terkedu saya dibuatnya. Kawan-kawan yang baik, saban tahun saya mengikuti seminar dan World Social Media and Digital Forum di luar negara, semua panel setakat ini sepakat yang ruangan ‘Friends’ yang diberikan oleh Facebook ini memang untuk ‘friends’ (kawan sebenar, saudara mara dan keluarga). Tolonglah. Sekiranya kalian tidak kenal orang itu, tidak tahu siapa dia walau ada mutual friends yang ramai, tak perlu add. Buka butang follow (setting - account setting - public post - who can follow me). Untuk posting public, maka yang follow boleh lihat. Untuk posting peribadi, setkan sebagai ‘friends only’. Ia akan jadi lebih selamat. Ingat kawan-kawan, Sekiranya ada request friends, tak bermaksud kalian perlu terima. Semak dan siasat dahulu. Paling penting: 1. Guna gambar betul di profile picture. 2. Guna nama betul (atau nama manusia). 3. Guna profile / setting bio dengan betul. 4. Tidak set private kepada profile. Dikatakan ada lebih 20% akaun yang diset secara private merupakan mereka yang guna fake account dan kerap menipu pengguna lain. Seperkara lagi, kurang-kurangkan posting peribadi, gambar merepek dan bangunkanlah content terbaik untuk faedah kawan-kawan lain. Sosial media boleh jadi pisau pembunuh kepada banyaknya hati. Namun ia tetap boleh digunakan sebagai medan menyebar kebaikan. Kita tentukan semua itu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master.

Asas Facebook ialah teks. Selain dari itu, semuanya adalah aksesori termasuk video, gambar, background, check in, tagging, feeling dan sebagainya. Paling menarik, aplikasi yang ini membina platform ini dengan berjaya menterjemah lebih 240 bahasa di seluruh dunia. Dengan kata lain, jika kalian bangunkan content positif, ianya boleh dibaca di mana-mana dengan hanya perlu klik ‘see translation’. Syaratnya ialah kalian hanya perlu tulis dengan ejaan betul sahaja. Tahun lepas, saya dihubungi oleh team Cookly dari Kanada untuk saya join team mereka sebagai chef. Mereka menemui profile saya hanya dari posting resipi yang viral. Kesemua resipi yang saya tulis, saya eja dengan betul. Dan menjadikan ianya mudah untuk diterjemah. Untuk resipi, saya perlukan gambar, dan segala bentuk kaedah langkah demi langkah yang saya buat, membantu ramai orang untuk faham apa yang saya sampaikan. Dan syukur, ia menjadi dengan baik. Itulah content. Ianya ada di sisi kalian sahaja. Kalian suka memasak, kongsi resipi. Kalian suka travel, kongsi tempat menarik. Kalian suka memancing, kongsi port terbaik. Semua boleh. Yang penting, ianya menjadi manfaat kepada yang lain. Itulah kebaikan sosial media, ianya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah bersifat global. Lagi banyak share, lagi meluas ilmu yang kalian beri. Cubalah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.

Posting Jumaat http://bit.ly/2Iv4k7U

Buku Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan http://bit.ly/2x4EQHR

Manusia akan react kepada #content yang relevan. Ia termasuk kepada topik yang dipilih, emosi yang diletakkan di tempat yang sesuai serta maklumat yang tepat. Kebiasaannya, emosi akan mendahului diri kita untuk menekan mana-mana butang yang kita mahu. Dan itu juga yang akan mendorong seseorang menekan butang share kerana yakin ia perlu dihebahkan. Syarat untuk dapatkan “share” tersebut ialah: 1. Ianya posting yang mempunyai titik persamaan dengan orang lain. Sama minat, sama hobi, sama kesukaan, sama perkara yang dicari dan dinanti. 2. Ianya apabila dibaca, boleh dibuat terus. 3. Ianya apabila dibaca, difahami terus. 4. Ianya apabila dibaca, boleh dibeli terus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Emosi kena kuat. Cewah. Mahu tips lagi sertai channel saya ya https://t.me/ContentKHM

Soalan: Tuan, saya pergi kelas sebelum ini, cikgu itu ajar kita reka-reka cerita supaya viral. Saya terus terkejut. Ingat kelas itu ajar menulis tapi dah jadi ajar menipu. Apa pendapat tuan? Jawapan: Susah untuk saya kata tentang hal ini. Ada banyak pendapat. Saya antara yang belajar Story Telling di “Art of Story Telling” di London sekitar tahun lepas dan tahun 2017. Dalam modul itu siap ada tambahan 3 hari kelas untuk menelaah tentang kehebatan Surah Yusuf serta The Herous Journey yang menggunakan Kisah Nabi Muhammad (selawat) sebagai contoh besar. Yang mengajar itu bukan muslim. Juga saya pernah beberapa kali ikuti kelas Cikgu Azzah Abdul Rahman, kelas penulisan rencana serta kelas menulis cerita yang dianjurkan oleh team Galeri Ilmu suatu masa lalu dan mengikuti kelas Herous Journey serta susunan cerita bersama Kak Raiha Bahaudin. Dan kami semua sepakat tiada reka-reka. Cerita itu mesti cerita betul. Sekiranya mahu menulis ala cerpen, atau fiksyen, maka perlu dimaklumkan atau diberitahu itu adalah fiksyen. Ia seperti drama atau filem. Mana yang kisah benar, mereka akan maklumkan. Jika tidak pun, mereka akan tulis cerita itu adalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Maka kita faham sendiri ia adalah fiksyen. Maka sama juga dengan apapun kisah atau cerita yang kita tulis, kena tulis kisah benar. Jika itu rekaan walau ianya untuk beri sebaran kebaikan, ia tetap perlu diberitahu yang itu hanya rekaan. Saya antara yang mengejar cerita-cerita ini. Naik public transport, pergi sana sini, travel, bersembang dengan orang, hantar emel, surat ke vip semata nak jumpa untuk dapatkan maklumat dan networking, kemudian saya akan tulis di wall saya. Iya ada yang tanya ada tokok tambah tak? Setakat hari ini tiada. Dari segi emosi, kita boleh dramakan. Contoh ayat, “Anaknya sedih betul melihat ayahnya sakit.” Maksud ayat yang didramakan ialah: “Saya tengok sendiri anaknya bergenang air mata, nampak dia sedih sangat apabila ayahnya sendiri sakit.” Kita visualkan keadaan sebenar tersebut. Itulah maksud drama dalam ayat, bukan tokok tambah. Kawan-kawan, sebelum menulis, baca Surah Yusuf. Kalian akan faham bagaimana Allah bercerita tentang hal baik, tentang hal buruk. Dan bagaimana pengakhiran sebuah kisah itu menjadi sebuah cerita pengajaran yang berpanjangan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Percaya atau tidak kepada satu-satu cerita, itu hak kita semua.

Syurga Suami Dibawah Telapak Kaki Ibunya http://bit.ly/2wW4X3V

Sekiranya kalian nak mula menulis, medan media sosial boleh jadi lapangan praktis dan latihan yang baik dalam menulis #content. Di sini kalian boleh tulis sahaja apa yang kalian minat secara konsisten. Boleh jadi, ianya akan menjadi kesukaan kepada orang lain. Saya mula menulis resipi di wall saya ini pada tahun 2015. Peringkat awal ianya tidak menjadi. Sekadar dapat 2 atau 3 share sahaja. Kemudian saya tukar penulisan resipi saya itu kepada banyaknya content supaya ia beri manfaat kepada orang lain. Content mesti ada Fakta, Emosi, menjaga Bahasa dan memberi Impak Positif kepada audien. Pada tahun 2016, banyak resipi saya yang menjadi viral. 20,000 share, 60,000 share dan banyak lagi. Tahun yang sama saya ditawarkan oleh Puan Sri Diah dari Karangkraf untuk menulis buku resipi bersama mereka. Dan pada tahun 2017, buku resipi pertama saya dikeluarkan. Prosesnya memang makan tahun, namun sabar dan terus buat itu yang jadikan ada hasil. Seperti kita menanam pokok. Boleh jadi selepas siram, beri baja, jaga baik-baik, barulah ia berbuah. Dan selepas berbuah, nak kena jaga sampai siap boleh tuai. Kemudian nak kena fikir bagaimana nak jual pula. Itulah prosesnya. Kena buat walau ambil masa yang lama. Namun hasilnya Ya Allah seronok sangat! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 3 buku resipi setakat ini walau saya bukan cef.

Kelas Content Online “LIVE” Facebook 24 JUN 2019 (Sesi 2) http://bit.ly/2ILmhy7

4 Tips Membina Crowd http://bit.ly/31EndNp

Last Call: Sesi Kelas Content Live hari ini ada lagi 24 seat harga murah (RM68), Klik sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb

5 Kesilapan Pemilik Bisnes SME buat di Media Sosial mengikut #ThinSliceMarketing: 1. Tiada perancangan #content apa yang mahu
5 Kesilapan Pemilik Bisnes SME buat di Media Sosial mengikut #ThinSliceMarketing: 1. Tiada perancangan #content apa yang mahu dimuat naik. - perancangan content perlu ada untuk Crowd, Side dan juga Sales 2. Tidak #Engage dengan pengikut yang sedia ada. - sudah tulis content, tak peduli terus apa yang berlaku di ruangan komen. Klik like kepada komen memberi signal bagus kepada follower. 3. Tidak gunakan channel yang betul. - masih ramai yang tidak pandai menggunakan Personal Account, Pages, Group, Messenger. 4. Silap fokus kepada metrik yang salah. - merasakan mendapat like yang tinggi adalah kerana orang suka posting tersebut. Like hanya beri engagement, manakala share dan sales yang lebih mustahak. 5. Tidak kedepankan nilai sebenar produk. - sibuk banding produk, banyaknya membuat hard sell tanpa menerangkan produk, orang salah faham dan sebagainya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar lagi.

10 Cara Bercerita Hal Sukan Di Media Sosial http://bit.ly/2IfRhXU

Adab dalam penulisan http://bit.ly/2XQOgTq

Salam semua Ahli Keluarga KHM. Saya beri link pendaftaran #KelasContentOnline kepada kalian dahulu. Selepas 20 minit baru saya up di wall saya ya. Ini linknya, siapa cepat dia dapat ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb

Sekejap lagi saya akan up link pendaftaran #KelasContentOnline yang akan saya buat secara LIVE di Facebook Group Khas. Tarikh kelas ialah 17hb dan 24hb Jun (pilih salah 1), jam 10.00 pagi. Harga bermula dari RM68 hingga RM228/pax. Siapa cepat, dia dapatlah harga murah.

Untuk sentiasa ada #content yang bagus, kekalkan untuk tulis sahaja apa yang kita suka, minat dan tahu. Tak jadi masalah sekiranya perkara itu sampai 4 atau 5 jenis. Namun ia perlu disusun sebaiknya. Media sosial adalah biodata paling lengkap untuk diri sendiri. Ia bersifat sikap, sifat serta menjadi kecenderungan terhadap sesuatu di mata orang lain. Contoh, Kita memang memasak setiap hari, maka boleh sahaja up resipi. Atau, Kita memang menjaga anak dari pagi sampai malam, maka kita boleh sahaja kemaskini tentang penjagaan anak, hal anak dan sebagainya. Atau kita ini sangat mahir memancing, menulis, mengira cukai, matematik, travel, fesyen dan sebagainya, semuanya boleh ditulis. Ramai yang kata topik yang dia tahu hanya sedikit, 2-3 posting dah mati akal. Jujurnya kalian perlu buat mapping terhadap topik kalian. Contohnya topik makanan. Makanan: 1. Resipi. 2. Orang (yang suka memasak, boleh jadi emak, isteri, kita sendiri, chef yang kita suka, ikon, idola). 3. Bahan-bahan. 4. Utensil. 5. Deko dapur. 6. Organizer. 7. Petua / Tips. 8. Bekal / Bento. 9. Diet. 10. Buku / Rujukan. Kemudian ambil tajuk kecil pula, kita cuba nombor 1: 1. Resipi: 1.1 - Pagi 1.2 - Minum Pagi. 1.3 - Makan Tengah Hari. 1.4 - Minum Petang. 1.5 - Makan Malam. 1.6 - Supper. Pecahkan lagi: 1.1 - Pagi 1.1.1 - Bijirin 1.1.2 - Nasi. 1.1.3 - Salad. 1.1.4 - Mee. 1.1.5 - Ubi. 1.1.6 - Set. 1.1.7 - Roti. Pecahkan lagi: 1.1.1 Bijirin - Oat - Nestum - Fruit and nuts - Corfflakes. Pecahkan lagi: - Jenis Oat Dan sebagainya. Mapping ini akan jadi penentu kepada banyaknya content boleh dimuat naik di wall kalian. Tak buat mapping, sukar untuk kalian dapatkan apa yang nak ditulis. Dan inilah yang saya buat beberapa tahun ini untuk posting topik besar saya: 1. Kemanusiaan. 2. Makanan. 3. Story / Cerita. 4. Travel. 5. Penulisan Content. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content master kesayangan awak.