fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 183 مشترک است و جایگاه 284 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 903 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 183 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 01 ژوئیه, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -376 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -11 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 4.79% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 1 735 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 02 ژوئیه, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 183
مشترکین
-1124 ساعت
-777 روز
-37630 روز
آرشیو پست ها
Syurga Suami Dibawah Telapak Kaki Ibunya http://bit.ly/2wW4X3V

Sekiranya kalian nak mula menulis, medan media sosial boleh jadi lapangan praktis dan latihan yang baik dalam menulis #content. Di sini kalian boleh tulis sahaja apa yang kalian minat secara konsisten. Boleh jadi, ianya akan menjadi kesukaan kepada orang lain. Saya mula menulis resipi di wall saya ini pada tahun 2015. Peringkat awal ianya tidak menjadi. Sekadar dapat 2 atau 3 share sahaja. Kemudian saya tukar penulisan resipi saya itu kepada banyaknya content supaya ia beri manfaat kepada orang lain. Content mesti ada Fakta, Emosi, menjaga Bahasa dan memberi Impak Positif kepada audien. Pada tahun 2016, banyak resipi saya yang menjadi viral. 20,000 share, 60,000 share dan banyak lagi. Tahun yang sama saya ditawarkan oleh Puan Sri Diah dari Karangkraf untuk menulis buku resipi bersama mereka. Dan pada tahun 2017, buku resipi pertama saya dikeluarkan. Prosesnya memang makan tahun, namun sabar dan terus buat itu yang jadikan ada hasil. Seperti kita menanam pokok. Boleh jadi selepas siram, beri baja, jaga baik-baik, barulah ia berbuah. Dan selepas berbuah, nak kena jaga sampai siap boleh tuai. Kemudian nak kena fikir bagaimana nak jual pula. Itulah prosesnya. Kena buat walau ambil masa yang lama. Namun hasilnya Ya Allah seronok sangat! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 3 buku resipi setakat ini walau saya bukan cef.

Kelas Content Online “LIVE” Facebook 24 JUN 2019 (Sesi 2) http://bit.ly/2ILmhy7

4 Tips Membina Crowd http://bit.ly/31EndNp

Last Call: Sesi Kelas Content Live hari ini ada lagi 24 seat harga murah (RM68), Klik sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb

5 Kesilapan Pemilik Bisnes SME buat di Media Sosial mengikut #ThinSliceMarketing: 1. Tiada perancangan #content apa yang mahu
5 Kesilapan Pemilik Bisnes SME buat di Media Sosial mengikut #ThinSliceMarketing: 1. Tiada perancangan #content apa yang mahu dimuat naik. - perancangan content perlu ada untuk Crowd, Side dan juga Sales 2. Tidak #Engage dengan pengikut yang sedia ada. - sudah tulis content, tak peduli terus apa yang berlaku di ruangan komen. Klik like kepada komen memberi signal bagus kepada follower. 3. Tidak gunakan channel yang betul. - masih ramai yang tidak pandai menggunakan Personal Account, Pages, Group, Messenger. 4. Silap fokus kepada metrik yang salah. - merasakan mendapat like yang tinggi adalah kerana orang suka posting tersebut. Like hanya beri engagement, manakala share dan sales yang lebih mustahak. 5. Tidak kedepankan nilai sebenar produk. - sibuk banding produk, banyaknya membuat hard sell tanpa menerangkan produk, orang salah faham dan sebagainya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar lagi.

10 Cara Bercerita Hal Sukan Di Media Sosial http://bit.ly/2IfRhXU

Adab dalam penulisan http://bit.ly/2XQOgTq

Salam semua Ahli Keluarga KHM. Saya beri link pendaftaran #KelasContentOnline kepada kalian dahulu. Selepas 20 minit baru saya up di wall saya ya. Ini linknya, siapa cepat dia dapat ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb

Sekejap lagi saya akan up link pendaftaran #KelasContentOnline yang akan saya buat secara LIVE di Facebook Group Khas. Tarikh kelas ialah 17hb dan 24hb Jun (pilih salah 1), jam 10.00 pagi. Harga bermula dari RM68 hingga RM228/pax. Siapa cepat, dia dapatlah harga murah.

Untuk sentiasa ada #content yang bagus, kekalkan untuk tulis sahaja apa yang kita suka, minat dan tahu. Tak jadi masalah sekiranya perkara itu sampai 4 atau 5 jenis. Namun ia perlu disusun sebaiknya. Media sosial adalah biodata paling lengkap untuk diri sendiri. Ia bersifat sikap, sifat serta menjadi kecenderungan terhadap sesuatu di mata orang lain. Contoh, Kita memang memasak setiap hari, maka boleh sahaja up resipi. Atau, Kita memang menjaga anak dari pagi sampai malam, maka kita boleh sahaja kemaskini tentang penjagaan anak, hal anak dan sebagainya. Atau kita ini sangat mahir memancing, menulis, mengira cukai, matematik, travel, fesyen dan sebagainya, semuanya boleh ditulis. Ramai yang kata topik yang dia tahu hanya sedikit, 2-3 posting dah mati akal. Jujurnya kalian perlu buat mapping terhadap topik kalian. Contohnya topik makanan. Makanan: 1. Resipi. 2. Orang (yang suka memasak, boleh jadi emak, isteri, kita sendiri, chef yang kita suka, ikon, idola). 3. Bahan-bahan. 4. Utensil. 5. Deko dapur. 6. Organizer. 7. Petua / Tips. 8. Bekal / Bento. 9. Diet. 10. Buku / Rujukan. Kemudian ambil tajuk kecil pula, kita cuba nombor 1: 1. Resipi: 1.1 - Pagi 1.2 - Minum Pagi. 1.3 - Makan Tengah Hari. 1.4 - Minum Petang. 1.5 - Makan Malam. 1.6 - Supper. Pecahkan lagi: 1.1 - Pagi 1.1.1 - Bijirin 1.1.2 - Nasi. 1.1.3 - Salad. 1.1.4 - Mee. 1.1.5 - Ubi. 1.1.6 - Set. 1.1.7 - Roti. Pecahkan lagi: 1.1.1 Bijirin - Oat - Nestum - Fruit and nuts - Corfflakes. Pecahkan lagi: - Jenis Oat Dan sebagainya. Mapping ini akan jadi penentu kepada banyaknya content boleh dimuat naik di wall kalian. Tak buat mapping, sukar untuk kalian dapatkan apa yang nak ditulis. Dan inilah yang saya buat beberapa tahun ini untuk posting topik besar saya: 1. Kemanusiaan. 2. Makanan. 3. Story / Cerita. 4. Travel. 5. Penulisan Content. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content master kesayangan awak.

Saya akan buka kelas content secara online (dalam Group FB) buat secara live selama 1 jam. Ada yang berminat? RM68/pax sahaja.
Anonymous voting

Ada 3 posisi posting yang kita kena sentiasa guna di media sosial kita ini. Ia adalah susunan #content yang dibangunkan secara tersusun. Posisi 1 - Untuk dapatkan #crowd - ia adalah posting menarik perhatian ramainya orang yang akan klik butang share. Share = naik follower. Posisi 2 - Untuk teruskan game #engagement - ia adalah untuk sentiasa pastikan orang memberi reaksi kepada posting kita. Yang ini hanya untuk dapatkan like dan komen sahaja. Reaksi = engagement. Posisi 3 - Untuk buat #duit. - Ia adalah posting iklan sama ada #hardsell atau #softsell. Dua-duanya betul. Cuma yang perlu disusun ialah waktu posting. Sales = RM

Ok tak kalau saya forward Resipi dan Tips Travel saya dalam Channel ini?
Anonymous voting

5 Perkara teknikal yang wajib dibuat jika menulis #content di media sosial. 1. Buat perenggan pada setiap 4 atau 5 baris ayat. 2. Perenggan itu mesti terputus dengan perenggan seterusnya. 3. Seperti ini. Ia terputus dengan nombor 2. 4. Gunakan ejaan yang betul. Walau dalam DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun fungsi “see translation” di Facebook masih tidak dapat kesan perkataan apa yang ditulis melalui singkatan. 5. Jika tulisan kita boleh dibaca dengan baik melalui banyaknya bahasa (menggunakan see translation) maka akan lebih ramai audien mendapat manfaat. Tak kisah anda nak tulis apa untuk dapatkan crowd. Resipi, hal memancing, bersukan, jaga badan, tips pakai tudung dan sebagainya, yang penting beberapa hal teknikal ini anda jaga baik-baik. Ia memudahkan audien membaca dan audien akan rasa suka, rasa selesa dengan posting kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka tulis panjang-panjang namun masih orang baca.

Bagaimana #komen di sesebuah #posting boleh menjadikan kita ini “mangsa” kepada butang unfriend dan block? 1. Tidak membaca posting / #content tersebur hingga habis. 2. Memberi komen yang menyakitkan hati penulis. 3. Menyatakan ketidaksetujuan dengan bahasa kasar, kesat, dan memaki hamun. 4. Menggunakan akaun tipu (fake akaun). 5. Mempermainkan dan menjenakakan isu tersebut. Untuk jadi pengguna bijak di medan media sosial, komen juga perlu sentiasa pandai dan berhemah. Mendahulukan emosi sendiri berbanding ambil masa untuk fikir sebelum menulis / memberi komen biasanya menghancurkan diri. Ini medan media sosial, silap sikit, kawan boleh jadi musuh, saudara boleh jadi musuh, malah keluarga sendiri juga boleh berantakan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tips Content pertama selepas raya. Cewah.

Selamat hari raya semuaaa

Malam tadi dalam 10.00 lebih singgah sekejap minum kopi di sebuah stesen minyak. Dah beli, saja berdiri depan kereta. Saya duk tengok ada seorang abang naik motor dengan pakai mesin potong rumput. Dia parking motor dia betul-betul depan saya. Kemudian dalam 2-3 minit, ada sebuah Myvi lama pun parking juga. Keluar seorang perempuan dengan 2 orang anak perempuan. Beriya si anak-anak ini peluk mamat yang naik motor tadi. Terkejut juga dibuatnya. “Ayah, ayah jom masuk kedai ayah!” Ayahnya duk geleng kemudian berbisik ke anak-anak dia. Anaknya memandang ja saya. Saya pun senyum sahajalah semula. Isterinya ke tandas bawa anak-anak sekali, saya pun tanyalah si ayah, mereka nak ke mana. Jawabnya nak ke Gombak. Balik beraya. Saya tanya lagi kenapa asing-asing, ada naik motor, ada naik kereta. Jawabnya, “Saja ja bawa mesin ni bang. Ada sehari lagi esok. Mana tahu ada orang nak bersihkan rumah, dapat juga 100-200. Ini nak balik bukan senang, kena bawa duit, raya ni bang.” Saya angguk sahaja. Mereka ber-4 dari Kemaman mahu pulang beraya. Semua nampak ceria sahaja walau si ayahnya ini siap bawa mesin potong rumput. Saya tak tanyalah dia kerja apa atau itu hanya kerja part-time beliau. Yang saya duk jadi terfikir itu ialah baiknya si ayah ini masih nak cari rezeki walau duk balik kampung. Tak tunggu, tak menanti ada yang turun dari langit, namun berusaha sampai ke akhir. Kita tak tahu susah orang. Namun apabila lihat mereka ini berusaha, kita jadi faham. Entah-entah mesin itu pun pinjam. Mana kita tahu kan? Saya siap semak semalam berapa jarak antara 2 kawasan tersebut, dalam 300km juga. Kalau naik kereta dalam 3-4 jam juga. Ini mereka tak tahulah duk konvoi motor-kereta, rasanya lebih lagi. Itulah kesusahan orang, saya naik kereta dan teruskan perjalanan seperti biasa. Sampai di rumah bersyukur yang kita semua ini dah cuti untuk raya. Namun masih ada yang berusaha sangat mencari rezeki semata nak balik beraya ke rumah emak ayah masing-masing. Mana yang cukup tahun ini bab belanja, bab itu bab ini, bersyukur. Dan bantulah mana-mana yang lompong terutama adik beradik. Yang tidak, kita sama-sama belajar dari abang mesin rumput ini. Tak pernah putus harap dalam berusaha. Kita semua tahu yang Allah itu maha pemurah, dan untuk kita dapat kemurahan itu, kita sendiri perlu pemurah juga. Bab tenaga, bab berusaha, semua kena ada pemurahnya. Bangun, bangkit, cari. Semua itu Tuhan suka. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Salam sahur terakhir semua!

Akan datang, tak lama lagi, 8 orang penulis berkongsi tips penulisan masing-masing dalam Formula Mudahnya Menjadi Penulis Ter
Akan datang, tak lama lagi, 8 orang penulis berkongsi tips penulisan masing-masing dalam Formula Mudahnya Menjadi Penulis Terhebat di Facebook. Siapa nak, lompat bintang dan komen nak. Cewah.

10 Fakta Menarik Media Sosial http://bit.ly/2WyJVqv