Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 183 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 284,并在 马来西亚 地区排名第 903 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 183 名订阅者。
根据 01 七月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -376,过去 24 小时变化为 -11,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.79%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 735 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 02 七月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 183
订阅者
-1124 小时
-777 天
-37630 天
帖子存档
36 181
Sekiranya kalian nak mula menulis, medan media sosial boleh jadi lapangan praktis dan latihan yang baik dalam menulis #content.
Di sini kalian boleh tulis sahaja apa yang kalian minat secara konsisten. Boleh jadi, ianya akan menjadi kesukaan kepada orang lain.
Saya mula menulis resipi di wall saya ini pada tahun 2015. Peringkat awal ianya tidak menjadi. Sekadar dapat 2 atau 3 share sahaja.
Kemudian saya tukar penulisan resipi saya itu kepada banyaknya content supaya ia beri manfaat kepada orang lain.
Content mesti ada Fakta, Emosi, menjaga Bahasa dan memberi Impak Positif kepada audien.
Pada tahun 2016, banyak resipi saya yang menjadi viral. 20,000 share, 60,000 share dan banyak lagi.
Tahun yang sama saya ditawarkan oleh Puan Sri Diah dari Karangkraf untuk menulis buku resipi bersama mereka. Dan pada tahun 2017, buku resipi pertama saya dikeluarkan.
Prosesnya memang makan tahun, namun sabar dan terus buat itu yang jadikan ada hasil.
Seperti kita menanam pokok. Boleh jadi selepas siram, beri baja, jaga baik-baik, barulah ia berbuah. Dan selepas berbuah, nak kena jaga sampai siap boleh tuai. Kemudian nak kena fikir bagaimana nak jual pula.
Itulah prosesnya. Kena buat walau ambil masa yang lama. Namun hasilnya Ya Allah seronok sangat!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
3 buku resipi setakat ini walau saya bukan cef.
36 181
Last Call:
Sesi Kelas Content Live hari ini ada lagi 24 seat harga murah (RM68),
Klik sini ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb
36 181
5 Kesilapan Pemilik Bisnes SME buat di Media Sosial mengikut #ThinSliceMarketing:
1. Tiada perancangan #content apa yang mahu dimuat naik.
- perancangan content perlu ada untuk Crowd, Side dan juga Sales
2. Tidak #Engage dengan pengikut yang sedia ada.
- sudah tulis content, tak peduli terus apa yang berlaku di ruangan komen. Klik like kepada komen memberi signal bagus kepada follower.
3. Tidak gunakan channel yang betul.
- masih ramai yang tidak pandai menggunakan Personal Account, Pages, Group, Messenger.
4. Silap fokus kepada metrik yang salah.
- merasakan mendapat like yang tinggi adalah kerana orang suka posting tersebut. Like hanya beri engagement, manakala share dan sales yang lebih mustahak.
5. Tidak kedepankan nilai sebenar produk.
- sibuk banding produk, banyaknya membuat hard sell tanpa menerangkan produk, orang salah faham dan sebagainya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar lagi.
36 181
Salam semua Ahli Keluarga KHM.
Saya beri link pendaftaran #KelasContentOnline kepada kalian dahulu. Selepas 20 minit baru saya up di wall saya ya.
Ini linknya, siapa cepat dia dapat ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb
36 181
Sekejap lagi saya akan up link pendaftaran #KelasContentOnline yang akan saya buat secara LIVE di Facebook Group Khas.
Tarikh kelas ialah 17hb dan 24hb Jun (pilih salah 1), jam 10.00 pagi.
Harga bermula dari RM68 hingga RM228/pax.
Siapa cepat, dia dapatlah harga murah.
36 181
Untuk sentiasa ada #content yang bagus, kekalkan untuk tulis sahaja apa yang kita suka, minat dan tahu. Tak jadi masalah sekiranya perkara itu sampai 4 atau 5 jenis. Namun ia perlu disusun sebaiknya.
Media sosial adalah biodata paling lengkap untuk diri sendiri. Ia bersifat sikap, sifat serta menjadi kecenderungan terhadap sesuatu di mata orang lain.
Contoh,
Kita memang memasak setiap hari, maka boleh sahaja up resipi.
Atau,
Kita memang menjaga anak dari pagi sampai malam, maka kita boleh sahaja kemaskini tentang penjagaan anak, hal anak dan sebagainya.
Atau kita ini sangat mahir memancing, menulis, mengira cukai, matematik, travel, fesyen dan sebagainya, semuanya boleh ditulis.
Ramai yang kata topik yang dia tahu hanya sedikit, 2-3 posting dah mati akal. Jujurnya kalian perlu buat mapping terhadap topik kalian.
Contohnya topik makanan.
Makanan:
1. Resipi.
2. Orang (yang suka memasak, boleh jadi emak, isteri, kita sendiri, chef yang kita suka, ikon, idola).
3. Bahan-bahan.
4. Utensil.
5. Deko dapur.
6. Organizer.
7. Petua / Tips.
8. Bekal / Bento.
9. Diet.
10. Buku / Rujukan.
Kemudian ambil tajuk kecil pula, kita cuba nombor 1:
1. Resipi:
1.1 - Pagi
1.2 - Minum Pagi.
1.3 - Makan Tengah Hari.
1.4 - Minum Petang.
1.5 - Makan Malam.
1.6 - Supper.
Pecahkan lagi:
1.1 - Pagi
1.1.1 - Bijirin
1.1.2 - Nasi.
1.1.3 - Salad.
1.1.4 - Mee.
1.1.5 - Ubi.
1.1.6 - Set.
1.1.7 - Roti.
Pecahkan lagi:
1.1.1 Bijirin
- Oat
- Nestum
- Fruit and nuts
- Corfflakes.
Pecahkan lagi:
- Jenis Oat
Dan sebagainya.
Mapping ini akan jadi penentu kepada banyaknya content boleh dimuat naik di wall kalian.
Tak buat mapping, sukar untuk kalian dapatkan apa yang nak ditulis. Dan inilah yang saya buat beberapa tahun ini untuk posting topik besar saya:
1. Kemanusiaan.
2. Makanan.
3. Story / Cerita.
4. Travel.
5. Penulisan Content.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Content master kesayangan awak.
36 181
Saya akan buka kelas content secara online (dalam Group FB) buat secara live selama 1 jam. Ada yang berminat? RM68/pax sahaja.
36 181
Ada 3 posisi posting yang kita kena sentiasa guna di media sosial kita ini. Ia adalah susunan #content yang dibangunkan secara tersusun.
Posisi 1 - Untuk dapatkan #crowd - ia adalah posting menarik perhatian ramainya orang yang akan klik butang share.
Share = naik follower.
Posisi 2 - Untuk teruskan game #engagement - ia adalah untuk sentiasa pastikan orang memberi reaksi kepada posting kita. Yang ini hanya untuk dapatkan like dan komen sahaja.
Reaksi = engagement.
Posisi 3 - Untuk buat #duit. - Ia adalah posting iklan sama ada #hardsell atau #softsell. Dua-duanya betul. Cuma yang perlu disusun ialah waktu posting.
Sales = RM
36 181
Ok tak kalau saya forward Resipi dan Tips Travel saya dalam Channel ini?
36 181
5 Perkara teknikal yang wajib dibuat jika menulis #content di media sosial.
1. Buat perenggan pada setiap 4 atau 5 baris ayat.
2. Perenggan itu mesti terputus dengan perenggan seterusnya.
3. Seperti ini. Ia terputus dengan nombor 2.
4. Gunakan ejaan yang betul. Walau dalam DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun fungsi “see translation” di Facebook masih tidak dapat kesan perkataan apa yang ditulis melalui singkatan.
5. Jika tulisan kita boleh dibaca dengan baik melalui banyaknya bahasa (menggunakan see translation) maka akan lebih ramai audien mendapat manfaat.
Tak kisah anda nak tulis apa untuk dapatkan crowd. Resipi, hal memancing, bersukan, jaga badan, tips pakai tudung dan sebagainya, yang penting beberapa hal teknikal ini anda jaga baik-baik.
Ia memudahkan audien membaca dan audien akan rasa suka, rasa selesa dengan posting kita.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Suka tulis panjang-panjang namun masih orang baca.
36 181
Bagaimana #komen di sesebuah #posting boleh menjadikan kita ini “mangsa” kepada butang unfriend dan block?
1. Tidak membaca posting / #content tersebur hingga habis.
2. Memberi komen yang menyakitkan hati penulis.
3. Menyatakan ketidaksetujuan dengan bahasa kasar, kesat, dan memaki hamun.
4. Menggunakan akaun tipu (fake akaun).
5. Mempermainkan dan menjenakakan isu tersebut.
Untuk jadi pengguna bijak di medan media sosial, komen juga perlu sentiasa pandai dan berhemah.
Mendahulukan emosi sendiri berbanding ambil masa untuk fikir sebelum menulis / memberi komen biasanya menghancurkan diri. Ini medan media sosial, silap sikit, kawan boleh jadi musuh, saudara boleh jadi musuh, malah keluarga sendiri juga boleh berantakan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tips Content pertama selepas raya. Cewah.
36 181
Malam tadi dalam 10.00 lebih singgah sekejap minum kopi di sebuah stesen minyak. Dah beli, saja berdiri depan kereta. Saya duk tengok ada seorang abang naik motor dengan pakai mesin potong rumput.
Dia parking motor dia betul-betul depan saya. Kemudian dalam 2-3 minit, ada sebuah Myvi lama pun parking juga. Keluar seorang perempuan dengan 2 orang anak perempuan. Beriya si anak-anak ini peluk mamat yang naik motor tadi. Terkejut juga dibuatnya.
“Ayah, ayah jom masuk kedai ayah!”
Ayahnya duk geleng kemudian berbisik ke anak-anak dia. Anaknya memandang ja saya. Saya pun senyum sahajalah semula.
Isterinya ke tandas bawa anak-anak sekali, saya pun tanyalah si ayah, mereka nak ke mana. Jawabnya nak ke Gombak. Balik beraya. Saya tanya lagi kenapa asing-asing, ada naik motor, ada naik kereta. Jawabnya,
“Saja ja bawa mesin ni bang. Ada sehari lagi esok. Mana tahu ada orang nak bersihkan rumah, dapat juga 100-200. Ini nak balik bukan senang, kena bawa duit, raya ni bang.”
Saya angguk sahaja. Mereka ber-4 dari Kemaman mahu pulang beraya. Semua nampak ceria sahaja walau si ayahnya ini siap bawa mesin potong rumput.
Saya tak tanyalah dia kerja apa atau itu hanya kerja part-time beliau. Yang saya duk jadi terfikir itu ialah baiknya si ayah ini masih nak cari rezeki walau duk balik kampung.
Tak tunggu, tak menanti ada yang turun dari langit, namun berusaha sampai ke akhir.
Kita tak tahu susah orang. Namun apabila lihat mereka ini berusaha, kita jadi faham. Entah-entah mesin itu pun pinjam. Mana kita tahu kan?
Saya siap semak semalam berapa jarak antara 2 kawasan tersebut, dalam 300km juga. Kalau naik kereta dalam 3-4 jam juga. Ini mereka tak tahulah duk konvoi motor-kereta, rasanya lebih lagi.
Itulah kesusahan orang, saya naik kereta dan teruskan perjalanan seperti biasa. Sampai di rumah bersyukur yang kita semua ini dah cuti untuk raya.
Namun masih ada yang berusaha sangat mencari rezeki semata nak balik beraya ke rumah emak ayah masing-masing.
Mana yang cukup tahun ini bab belanja, bab itu bab ini, bersyukur. Dan bantulah mana-mana yang lompong terutama adik beradik.
Yang tidak, kita sama-sama belajar dari abang mesin rumput ini. Tak pernah putus harap dalam berusaha. Kita semua tahu yang Allah itu maha pemurah, dan untuk kita dapat kemurahan itu, kita sendiri perlu pemurah juga.
Bab tenaga, bab berusaha, semua kena ada pemurahnya. Bangun, bangkit, cari. Semua itu Tuhan suka.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Salam sahur terakhir semua!
36 181
Akan datang, tak lama lagi, 8 orang penulis berkongsi tips penulisan masing-masing dalam Formula Mudahnya Menjadi Penulis Terhebat di Facebook.
Siapa nak, lompat bintang dan komen nak. Cewah.
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
