Basyeer
Open in Telegram
Wasilah Khabar Gembira 🤗 https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA
Show more453
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
+630 days
Posts Archive
453
berdiri → rukuk → berdiri → sujud → duduk → sujud → berdiri semula.
Dan memang setiap fasa mempunyai pola aktiviti otot yang berbeza.
Kita nampak seperti sedang melakukan beberapa pergerakan yang sangat sederhana.
Tetapi tubuh sebenarnya sedang bekerja sebagai satu sistem.
.
Buku ini juga menyentuh tuma'ninah.
Ini pun menarik untuk difikirkan.
Dalam solat kita tidak sepatutnya bergerak seperti mengejar masa.
Rukuk.
Berhenti.
Bangun.
Berhenti.
Sujud.
Berhenti.
Duduk.
Berhenti.
Ada saat tubuh berada dalam sesuatu posisi sebelum berpindah kepada posisi seterusnya.
Dalam ibadah, kita mengenalinya sebagai tuma'ninah.
Dari sudut tubuh pula, setiap perubahan posisi itu memberikan keadaan mekanikal dan fisiologi yang berbeza.
.
Bila melihat keseluruhan kajian ini, barulah terasa betapa banyak perkara berlaku dalam beberapa minit kita sedang solat.
Otak memberikan respons.
Jantung menyesuaikan kerjanya.
Otot menguncup dan berehat.
Sendi berubah posisi.
Tubuh turun dan bangun.
Dan semua itu berlaku berulang kali, setiap hari.
Tetapi ada sesuatu yang lebih indah.
Kita tidak pernah menunggu semua kajian ini untuk mula solat.
Orang Islam sudah rukuk dan sujud jauh sebelum manusia mencipta EEG dan EMG.
Kita tidak rukuk kerana saintis menemui sesuatu pada otot belakang.
Kita tidak sujud kerana graf menunjukkan perubahan pada denyutan jantung.
Kita juga tidak solat kerana mahu menghasilkan gelombang alpha.
Allah berfirman kepada Nabi Musa AS,
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
(Taha: 14)
Itulah asasnya.
Solat ialah ibadah.
Kemudian dengan ilmu yang Allah izinkan manusia temui, kita dapat melihat sedikit demi sedikit hikmah yang berlaku pada tubuh ketika melakukan ibadah tersebut.
.
Sebab itu membaca kajian begini membuatkan kita melihat tubuh sendiri dengan rasa kagum.
Satu ibadah yang kita lakukan setiap hari melibatkan otak, jantung, otot, sendi dan keseluruhan tubuh.
Setiap perintah Allah itu penuh dengan hikmah yang agung.
#solatdariperspektifsains
Sumber : fb Aqilah Nor
Jum follow t.me/basyeer247
453
Kita solat setiap hari.
Berdiri.
Rukuk.
Sujud.
Duduk.
Kemudian bangun dan mengulanginya lagi.
Pergerakan yang sudah terlalu biasa sampai mungkin kita tak pernah terfikir,
apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh kita sepanjang kita solat?
Ada sebuah buku yang sangat menarik bertajuk Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains oleh Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim bersama rakan-rakan penyelidik.
Buku ini agak akademik.
Banyak graf, nombor dan istilah seperti EEG dan EMG.
Tapi kalau diterjemahkan kepada bahasa kita-kita,
menarik rupanya apa yang mereka cuba kaji.
Mereka melihat apa yang berlaku pada otak ketika solat.
Mereka mengukur denyutan jantung.
Mereka memasang sensor pada otot.
Mereka mengkaji rukuk dan sujud.
Malah cara tubuh bergerak daripada satu posisi kepada posisi yang lain pun diperhatikan.
.
Antara bahagian yang menarik ialah apa yang berlaku pada otak ketika kita solat.
Penyelidik menggunakan EEG.
Alat ini merekod aktiviti elektrik pada otak melalui sensor yang diletakkan pada kepala.
Mereka membandingkan bacaan sebelum, semasa dan selepas solat.
Antara yang diperhatikan ialah gelombang alpha.
Gelombang ini biasanya dikaitkan dengan keadaan seseorang yang lebih relaks tetapi masih sedar.
Dalam kajian yang dibentangkan dalam buku ini, terdapat perubahan pada aktiviti alpha ketika dan selepas solat yang dikaitkan dengan keadaan lebih relaks.
Masyallah!
Selama ini kita mungkin ada rasa,
“Lepas solat rasa tenang sikit.”
Rupanya ada penyelidik yang cuba melihat pengalaman itu dari sudut aktiviti otak.
.
Kemudian mereka melihat pula denyutan jantung.
Peserta berada dalam beberapa posisi solat dan kadar denyutan jantung direkodkan.
Dalam data yang dipaparkan dalam buku itu, purata denyutan jantung berubah mengikut posisi.
Ketika berdiri, bacaannya berbeza.
Ketika rukuk, berubah.
Ketika sujud, berubah lagi.
Dalam sampel kajian tersebut, purata denyutan jantung ketika sujud adalah lebih rendah berbanding beberapa posisi solat lain yang diuji.
Tubuh kita rupanya sentiasa menyesuaikan diri apabila kedudukannya berubah.
Berdiri lain.
Membongkok lain.
Sujud pula meletakkan tubuh dalam kedudukan yang sangat berbeza.
Perkara yang kita lakukan setiap hari tanpa berfikir panjang sebenarnya melibatkan pelbagai tindak balas fisiologi.
.
Kemudian masuk bab rukuk.
Yang ini lagi menarik.
Kita tengok rukuk macam simple saja.
Tunduk.
Belakang diluruskan.
Tangan pada lutut.
Tuma'ninah.
Kemudian bangun.
Tetapi penyelidik memasang sensor untuk melihat apa yang berlaku pada otot bahagian belakang ketika seseorang bergerak daripada berdiri kepada rukuk dan kembali berdiri.
Alat yang digunakan dipanggil EMG.
Penyelidik melihat bila sesuatu otot sedang aktif dan bagaimana aktivitinya berubah sepanjang pergerakan.
Rupanya semasa tubuh mula membongkok, otot belakang bekerja mengawal pergerakan.
Apabila sampai kepada posisi tertentu, corak aktiviti otot juga berubah.
Apabila tubuh mula bangun semula, otot kembali bekerja dengan cara yang berbeza.
Dalam buku itu turut diterangkan satu fenomena yang dikenali sebagai flexion-relaxation.
Pada individu sihat,
apabila tubuh membongkok hingga tahap tertentu,
aktiviti sesetengah otot belakang mengendur dan berehat.
.
Penyelidik kemudian membandingkan pola ini dengan apa yang berlaku pada individu yang mengalami masalah sakit pinggang.
Bahagian ini menarik kerana ia menunjukkan bahawa rukuk bukan sekadar rupa tubuh yang sedang membongkok.
Dari sudut biomekanik, banyak perkara sedang berlaku.
.
Sujud pun sama.
Dari luar nampak macam pergerakan
turun,
letakkan tangan,
lutut,
dahi,
kemudian duduk dan bangun semula.
Tetapi cuba fikir berapa banyak bahagian tubuh yang perlu bekerjasama untuk melakukan semua itu.
Lutut membengkok.
Buku lali berubah kedudukan.
Pinggul bergerak.
Otot kaki bekerja.
Otot belakang terlibat.
Kemudian tubuh perlu mengangkat berat badan untuk kembali berdiri.
.
Dalam satu bab lain, penyelidik memasang sensor pada beberapa kumpulan otot di kaki dan belakang.
Mereka kemudian melihat aktiviti otot sepanjang urutan:
453
DOA UNTUK MENGHAPUSKAN 'KEPANASAN' DOSA.
.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata:
.
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ الْقِرَاءَةِ إِسْكَاتَةً ، قَالَ : أَحْسِبُهُ ، قَالَ : هُنَيَّةً ،
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sering kali mendiamkan diri seketika di antara takbiratul Ihram dan bacaan al-Fatihah.
.
فَقُلْتُ بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِسْكَاتُكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ ،
Aku (Abu Hurairah) berkata: Ya Rasulullah, demi ayah dan ibuku, apakah yang engkau baca ketika mendiamkan diri di antara takbir dan al-Fatihah.
.
قَالَ : أَقُولُ
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Aku membaca:
.
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ،
Ya Allah, jauhilah diriku dari kesalahanku sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat;
.
اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ،
Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahanku sepertimana pakaian putih dibersihkan dari kotoran;
.
اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ " .
Ya Allah cucikanlah diriku dari kesalahanku dengan air, salji dan ais.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 744]
.
Para ulama menerangkan tentang hujung doa ini yang berbunyi 'Ya Allah cucikanlah diriku dari kesalahanku dengan air, salji dan ais'.
.
Ia merupakan satu permintaan agar dosa kita dibersihkan dengan pelbagai jenis rahmat dan keampunan. Keampunan dosa bermaksud tiada dosa lagi. Akan tetapi kesan-kesan dosa itu masih ada pada diri seseorang. Maka ia perlu dibersihkan lagi sehingga tiada kesan yang tersisa.
.
Sebahagian ulama menyatakan bahawa kerana dosa meninggalkan kesan penyesalan dan putus asa yang bersifat 'panas'. Maka ia perlu dihapuskan dengan unsur yang sangat 'sejuk'.
.
Al-Shaikh Ibnu Uthaimin menyebutkan dalam Sharh Riadussolihin:
.
ذكر الثلج والبرد لأنه بارد وذكر الماء لأن به النظافة والذنوب أجارنا الله وإياكم منها عقوبتها حارة فناسب أن يقرن مع الماء الثلج فيحصل بالماء التنظيف ويحصل بالثلج والبرد التبريد
Disebutkan salji dan ais, kerana keduanya penyejuk. Disebutkan pula air kerana ia membersihkan. Allah telah menjadikan dosa itu, antara hukumannya ialah kepanasan. Oleh itu sesuailah digandingkan air bersama dengan salji. Lalu dengan air itu, akan terhasillah kebersihan, dan dengan salji dan ais pula, akan terhasillah kesejukan.
.
Al-Shaikh 'Athiyyah Muhammad Salim dalam Sharh Bulughul Maram menyebutkan:
.
إن الخطيئة عند المؤمن تسبب له الندم، والندم يجعل عند الإنسان حرارة، فإذا غسلت بالماء زال أثرها كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، لكن تبقى حرارتها فتغسل بالثلج فتذهب حرارة الخطيئة في نفسه، ويأتي البرد زيادة على ذلك
Dosa yang dimiliki seorang beriman akan menyebabkan penyesalan. Penyesalan akan menyebabkan seseorang dalam 'kepanasan'. Apabila ia dicuci menggunakan air, maka hilanglah kesan dosa itu sebagaimana pakaian yang putih dibersihkan daripada kotoran. Akan tetapi 'kepanasan' dosa itu masih ada. Lalu ia dibasuh dengan salji, maka hilanglah kepanasan dosa itu daripada dirinya. Kemudian digunakan pula ais sebagai tambahan kepada itu.
.
Marilah kita baca, hafal, dan hayati doa ini.
.
#MMMR
Sumber : fb Masri Ramli
Jum follow t.me/basyeer247
453
Haji seharusnya membuat manusia semakin tunduk kepada Allah, bukan semakin sibuk menuntut Allah memenuhi keinginannya.
Maka sebelum kita bertanya, “Apa yang akan Allah berikan kepadaku setelah aku beribadah?”
Mungkin lebih pantas kita bertanya:
“Setelah semua ibadah ini, apakah aku benar-benar semakin menyerahkan hidupku kepada Allah?”
Sebab bahaya terbesar bukan ketika seseorang memiliki banyak harta.
Bahaya terbesar adalah ketika harta memiliki hatinya.
Dan mungkin yang perlu kita takutkan bukan apakah kita sudah pernah sampai ke Makkah.
Tetapi setelah kembali dari Makkah, siapa yang sebenarnya masih kita sembah dengan seluruh keinginan kita: Allah, atau dunia yang selalu kita minta agar diberikan kepada kita?
Sumber : fb Daily Growth
Jum follow t.me/basyeer247
453
Ternyata Al-Qur’an Sudah Jelaskan! Ketika Haji dan Umrah Justru Dijadikan Jalan Mengejar Dunia
Yang terlihat seperti ibadah belum tentu menunjukkan ke mana hati sedang menghadap.
Kamu kira menjual harta demi berangkat haji atau umrah pasti berarti dunia sudah tidak penting. Al-Qur’an mengajarkan bahwa yang menentukan bukan sekadar ke mana kaki pergi, tetapi kepada siapa hati bergantung.
Bayangkan seseorang menjual sebagian hartanya agar bisa sampai ke Makkah.
Ia menangis di depan Ka'bah.
Ia berdoa dengan khusyuk.
Tangannya terangkat, bibirnya menyebut nama Allah.
Namun di dalam doanya, yang paling ia kejar justru harta, kelapangan rezeki, rumah, kendaraan, bisnis, jabatan, atau kehidupan dunia yang lebih nyaman.
Tidak salah meminta rezeki kepada Allah.
Tidak salah berdoa agar usaha dimudahkan.
Tidak salah berharap kehidupan dunia menjadi lebih baik.
Yang perlu kita takutkan adalah ketika ibadah kepada Allah berubah menjadi alat untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.
Di sinilah persoalannya menjadi jauh lebih dalam.
Haji dan umrah adalah ibadah. Ia bukan transaksi: “Aku sudah datang ke rumah-Mu, maka sekarang berikan apa yang aku minta.”
Allah memang memerintahkan kita berdoa kepada-Nya. Tetapi seorang hamba beribadah karena Allah adalah Rabb-nya, bukan semata-mata karena ia ingin mendapatkan sesuatu dari-Nya.
Al-Qur’an bahkan memberikan keseimbangan yang sangat indah:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu negeri akhirat, tetapi janganlah kamu melupakan bagianmu di dunia...”
QS. Al-Qasas: 77.
Ayat ini tidak mengajarkan manusia untuk membenci dunia.
Justru harta yang Allah berikan boleh menjadi jalan menuju akhirat.
Masalahnya muncul ketika dunia yang seharusnya berada di tangan, perlahan naik menjadi sesuatu yang memenuhi hati.
Seseorang bisa saja meninggalkan hartanya untuk sementara demi berangkat ke Tanah Suci, tetapi setelah sampai di sana pikirannya tetap dipenuhi harta.
Ia thawaf dengan tubuhnya, tetapi pikirannya menghitung keuntungan.
Ia berdoa di tempat suci, tetapi seluruh orientasinya tetap dunia.
Di sinilah kita perlu berhenti sejenak.
Bukan untuk menghakimi siapa pun.
Tetapi untuk bertanya kepada diri sendiri:
Apakah aku mendatangi Allah karena mencintai-Nya, atau karena berharap Allah mengabulkan keinginanku?
Sebab ada perbedaan besar antara meminta kepada Allah dan menjadikan Allah sekadar tempat meminta.
Allah mengingatkan:
“Dan janganlah kamu menyeru selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak pula memberi mudarat kepadamu...”
QS. Yunus: 106.
Ini bukan berarti orang yang berdoa meminta harta di Makkah otomatis sedang menyembah harta atau menjadi musyrik. Tidak sesederhana itu. Memohon rezeki kepada Allah adalah perkara yang dibenarkan.
Yang perlu diperiksa adalah arah ketergantungan hati.
Apakah kita masih melihat harta sebagai amanah dari Allah?
Ataukah kita mulai melihat ibadah sebagai “jalan cepat” untuk mendapatkan harta?
Apakah kita rela kehilangan sebagian harta demi Allah, tetapi setelah beribadah justru menjadikan Allah sebagai sarana untuk mengejar dunia?
Di sinilah perumpamaan tentang berhala menjadi bahan renungan yang sangat keras.
Berhala dahulu disembah karena manusia berharap manfaat atau takut mudarat darinya. Hari ini bentuk benda itu mungkin tidak ada di hadapan kita.
Tetapi nafsu bisa menjadi “berhala” ketika keinginan manusia menjadi pusat hidupnya.
Bukan berarti setiap orang yang mencintai harta telah menyembah hartanya.
Tetapi kita perlu waspada ketika apa yang kita cintai mulai menentukan bagaimana kita memperlakukan Allah.
Kita mungkin menjual tanah untuk berangkat haji.
Menjual kendaraan.
Menguras tabungan.
Itu bisa menjadi pengorbanan yang mulia apabila dilakukan dengan niat yang benar dan tanpa menelantarkan kewajiban.
Tetapi jangan sampai setelah semua pengorbanan itu, yang kita cari dari Allah hanya dunia.
Karena bisa jadi yang perlu diubah bukan tempat kita berdoa.
Bukan Makkahnya.
Bukan doanya.
Tetapi isi hati yang membawa kita ke sana.
453
Repost from Berbagi Nasihat
ما أجمل هذا الدين
Alangkah indahnya agama ini 🤍
تبتسم ولك حسنة
Cukup dengan senyummu, tercatat sebagai kebaikan untukmu
تمرض ولك أجر
Saat kau sakit, pahala mengalir untukmu
تصبر ولك من بعد الصبر يسر
Ketika kau bersabar, setelahnya pasti ada kemudahan dari Allah
تحسن ولك ضعف إحسانك
Setiap kebaikan yang kau lakukan, akan dibalas berlipat ganda
الحمد لله على نعمة الإسلام ..
Segala puji bagi Allah atas nikmat Islam ini... 🤍
453
Repost from Berbagi Nasihat
Nasihat 💌
Jika engkau menjalani hidup tanpa shalat-shalat sunnah rawatib, tanpa witir, shalat dhuha, tanpa membaca sedikit pun dari Al-Qur’an Al-Karim, tanpa zikir pagi dan petang, tanpa menuntut ilmu, tanpa puasa sunnah, tanpa sedekah sunnah, dan tanpa amal yang bermanfaat bagimu di akhirat;
Maka jangan heran jika engkau kehilangan kebahagiaan dan ketenangan di dunia.
Dan jangan heran jika di akhirat engkau berdiri dengan tangan terbelenggu, sementara orang-orang di sekelilingmu dipanggil untuk masuk: salah seorang masuk melalui pintu Ar-Rayyan, yang lain melalui pintu shalat, yang lain melalui pintu sedekah, yang lain melalui pintu silaturahmi, dan yang lain melalui pintu jihad.
Tabungan selama bertahun-tahun membangun rumah untukmu di dunia.
Sedangkan shalat-shalat sunnah rawatib membangun rumah untukmu di surga.
🌱https://whatsapp.com/channel/0029Va9cUUd3LdQTZevVD001
453
Repost from Berbagi Nasihat
Apakah setiap mukmin pasti diberi taufik untuk bertaubat?
Seseorang bertanya, “Apakah setiap orang yang beriman pasti akan diberi taufik untuk bertaubat?”
Jawabannya, tidak.
Sebab, jika setiap mukmin pasti diberi taufik untuk bertaubat, niscaya setiap mukmin akan meninggal dalam keadaan tidak membawa maksiat sedikit pun. Padahal kenyataannya tidak demikian.
Manusia memiliki berbagai sebab yang Allah jadikan sebagai jalan penghapusan dosa.
Di antara mereka ada yang diberi taufik untuk bertaubat.
Ada pula yang Allah hapus dosa-dosanya melalui amal-amal kebaikan yang menghapus keburukan.
Ada yang Allah uji dengan berbagai musibah sehingga musibah itu menjadi sebab diampuninya dosa-dosanya.
Dan ada pula yang Allah takdirkan memperoleh doa dari orang lain, lalu Allah mengampuninya karena doa tersebut.
Sungguh, sebab-sebab untuk memperoleh ampunan Allah itu banyak.
At-Ta’liq ’ala Shahih al-Bukhari karya Syaikh Muhammad bin Shalih al-’Utsaimin rahimahullah (9/686)
🌱 حين ينهمر وا بل الأثر
453
Repost from مجموعــة طريق السلف
Ketenteraman Jasad, Jiwa & Lisan
Tsabit bin Qurroh رحمه الله berkata:
“Ketenteraman jasad (itu terdapat) pada sedikitnya makan. Ketenteraman jiwa (itu terdapat) pada meninggalkan dosa. Ketenteraman lisan (itu terdapat) pada sedikitnya bicara.”
(Zaadul Maad 4/187)
453
Repost from Kisah-kisah dalam Al-Quran
🌤️ SOLAT DHUHA: SEDEKAH BUAT SETIAP SENDI
Ada amalan yang kelihatan ringan, tetapi nilainya besar di sisi Allah. Salah satunya ialah solat Dhuha.
Solat Dhuha merupakan antara solat sunat yang sangat dianjurkan. Bahkan Rasulullah ﷺ sendiri berpesan kepada Abu Hurairah agar menjaga dua rakaat solat Dhuha.
🌿 Setiap sendi memerlukan sedekah
Daripada Abu Zar, Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:
“Setiap sendi daripada tubuh seseorang daripada kamu pada setiap pagi mempunyai kewajipan bersedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyeru kepada kebaikan adalah sedekah dan mencegah kemungkaran juga adalah sedekah. Dan semua itu memadai dengan dua rakaat yang dilakukannya daripada solat Dhuha.” (Riwayat Muslim)Bayangkan setiap pagi tubuh kita dikurniakan begitu banyak nikmat. Setiap pergerakan, setiap sendi dan setiap anggota adalah pemberian Allah. Namun, bagaimana kita hendak membalas nikmat tersebut? Rasulullah ﷺ menunjukkan satu jalan yang begitu mudah — dua rakaat solat Dhuha. Tidak semestinya kita perlu mempunyai banyak harta untuk bersedekah. Zikir adalah sedekah. Mengajak kepada kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan dua rakaat Dhuha menjadi salah satu cara untuk menunaikan “sedekah” bagi nikmat tubuh yang Allah berikan kepada kita. 🤲 Pesanan Rasulullah ﷺ kepada Abu Hurairah
Abu Hurairah meriwayatkan: “Kekasihku Rasulullah ﷺ berwasiat kepadaku dengan tiga perkara: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Perhatikan bagaimana dua rakaat Dhuha termasuk dalam tiga pesanan Rasulullah ﷺ kepada Abu Hurairah. Ini menunjukkan bahawa Dhuha bukan sekadar amalan tambahan yang boleh dipandang ringan. Ia merupakan antara amalan yang sangat baik untuk dijadikan rutin seorang Muslim. 🌅 Bila waktu terbaik untuk solat Dhuha? Waktu Dhuha bermula setelah matahari terbit dan naik sedikit, dan berakhir sebelum masuk waktu Zuhur. Namun, terdapat satu waktu yang lebih utama.
Rasulullah ﷺ bersabda: «صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ» Maksudnya: “Solat orang-orang yang kembali kepada Allah (al-Awwabin) ialah ketika anak-anak unta berasa kepanasan pada tapak kakinya.” (Riwayat Muslim)Ungkapan “ketika anak-anak unta berasa panas” menggambarkan ketika matahari sudah semakin tinggi dan pasir mula terasa panas. Justeru, walaupun solat Dhuha boleh dilakukan sejak waktu Dhuha bermula, melakukannya ketika matahari sudah semakin panas merupakan waktu yang lebih utama. 🕊️ Solat Dhuha dan gelaran “Al-Awwabin” Hadis tersebut menggunakan istilah al-Awwabin, iaitu orang-orang yang banyak kembali kepada Allah dan taat kepada-Nya. Ini memberikan satu gambaran yang indah. Orang yang menjaga Dhuha bukan sekadar menjaga beberapa rakaat solat. Ia seolah-olah melatih dirinya untuk sentiasa kembali kepada Allah di tengah-tengah kesibukan dunia. Pagi kita mungkin dipenuhi dengan urusan kerja, mencari rezeki, mengurus keluarga dan mengejar pelbagai keperluan hidup. Namun di tengah-tengah kesibukan itu, seorang hamba berhenti seketika. Dia mengambil wuduk. Dia menghadap kiblat. Dia meninggalkan urusan dunia untuk beberapa minit. Kemudian dia berdiri di hadapan Allah. Itulah antara keindahan solat Dhuha. 🌱 Mulakan dengan dua rakaat Tidak perlu menunggu menjadi orang yang sangat alim. Tidak perlu menunggu mempunyai banyak masa. Tidak perlu menunggu hidup menjadi lapang. Mulakan dengan dua rakaat. Dua rakaat yang mungkin hanya mengambil beberapa minit, tetapi menjadi tanda syukur atas nikmat tubuh yang Allah berikan. Ketika orang lain memulakan pagi dengan mengejar dunia, kita mulakan dengan mengingati Pemberi dunia. Mudah-mudahan dua rakaat itu menjadi sebab hati lebih dekat kepada Allah, rezeki dicari dengan penuh keberkatan dan kita termasuk dalam kalangan al-Awwabin — hamba-hamba yang sentiasa kembali kepada Allah. Hari ini, sudahkah kita tunaikan “sedekah” untuk setiap sendi kita? 🌤️
453
Khatib hari ini, Prof. Dato’ Dr. Aznan Hasan, dalam khutbahnya mengajar satu doa yang ringkas, ini di luar daripada teks khutbah.
Sentiasalah berdoa mendidik hati:
اللَّهُمَّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي
𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶𝘮𝘮𝘢 𝘲𝘢𝘯𝘯𝘪‘𝘯ī 𝘣𝘪𝘮ā 𝘳𝘢𝘻𝘢𝘲𝘵𝘢𝘯ī
“𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘌𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘳𝘦𝘻𝘦𝘬𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶.”
Doanya pendek, tetapi sangat penting.
Kerana di zaman ini, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dihajati.
Sifat merasa cukup, atau qanaah, penting agar hati kita tidak sampai ke tahap sanggup menolak yang halal semata-mata untuk mendapatkan yang haram.
Kebetulan tajuk khutbah hari ini pun berkaitan rasuah.
Qanaah mengajar kita supaya dunia berada di tangan, bukan di hati.
Satu lagi petikan yang disampaikan di luar teks khutbah ialah ungkapan yang masyhur daripada Umar bin ‘Abdul Aziz:
رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً عَرَفَ قَدْرَهُ
“𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘩𝘮𝘢𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪 𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘳𝘪𝘯𝘺𝘢.”
Rupanya ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.
Umar bin ‘Abdul Aziz mendapat tahu anaknya membeli batu cincin yang bernilai 1,000 dirham.
Kelihatan bermewah.
Beliau memintanya menjual batu tersebut dan menyedekahkan wangnya.
Kemudian beliau menyuruh anaknya membeli batu cincin yang murah dan mengukir padanya:
رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً عَرَفَ قَدْرَهُ
Kisah ini ada dinukilkan oleh Abu Nu‘aym dalam Hilyat al-Awliya’.
Moralnya sederhana, tetapi mendalam:
Kenalilah nilai diri dan hiduplah sesuai dengan kemampuan serta kedudukan kita.
Yang kita perlukan bukanlah lebih banyak harta, tetapi hati yang lebih pandai merasa cukup.
Kerana tidak semua yang kita mampu miliki, perlu kita miliki.
Sumber : fb Ezry Fahmy
Jum follow t.me/basyeer247
453
3)Punca manusia tidak beriman kepada Allah atau bersifat munafiq ialah mereka tidak mentadabbur ayat - ayat Allah.
4)Rasul adalah salah satu daripada sunnatullah yang Allah telah utuskan kepada umat-umat terdahulu oleh itu kedatangan Rasulullah bukanlah satu perkara yang baru yang perlu diingkari.
Ayat 69
————-
1)Sifat manusia tidak suka kepada kebenaran dan ia akan menolaknya walaupun datang daripada orang yang paling dikenali dan dipercayainya.
2)Sesiapa yang mengingkari sunnah-sunnah Nabi maka dia menyerupai orang-orang musyrikin.
Ayat 70
————
1)Hanya manusia yang tidak waras sahaja yang menuduh orang membawa kebaikkan adalah gila.
2)Allah tidak akan menghukum manusia sehinggalah kebenaran telah sampai kepada mereka dan mereka menolaknya.
Sumber : Grup GAD Tadabbur N9
Jum follow t.me/basyeer247
453
وَإِنَّهُۥ لَذِكۡرٞ لَّكَ وَلِقَوۡمِكَۖ وَسَوۡفَ تُسۡـَٔلُونَ
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
Dalam hadis menyebut.
- Bersuci daripada hadas dan bersih jiwa separuh daripada iman.
- Memuji Allah ( zikir )memenuhi timbangan.
- Kita susah nak ucap Alhamdulillah sebab hati tidak bersih.
- Zikir Subahanallah Alhamdulillah memenuhi seluas langit dan bumi.
- Solat adalah cahaya, siapa yang tidak solat dia berada didalam kegelapan.
- Sedekah bukti keimanan.
- Sabar adalah cahaya yang menyejukkan ketika panas.
- Sabar lebih penting daripada solat sebab tanpa sabar tidak mungkin ada 5 rukun islam.
- Al Quran hujjah sama ada membantu atau mendakwa kita ke neraka.
- Setiap pagi kita semua akan keluar rumah sama ada untuk menjualnya diri untuk Allah atau menjual nafsunya kerana dunia dan dia akan membinasakan nafsunya.
==================
Al-Mu'minun 23:72
أَمۡ تَسۡـَٔلُهُمۡ خَرۡجٗا فَخَرَاجُ رَبِّكَ خَيۡرٞۖ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
Tadabbur Ayat
⬇️
Sambungan soalan yang Allah tanya kepada Nabi, apa sebab orang musyrikin Mekah tidak beriman..
- Adakah sebab mereka tidak tadabbur Al Quran atau
- Yang datang kepada mereka benda baru atau
- Yang datang kepada mereka, mereka tidak kenal atau
- Nabi meminta upah ..?
Orang musyrikin kenal Nabi tetapi bila Nabi bawa kebenaran mereka tolak cara dengan menuduh Nabi gila.
- Salah pendakwah jika berdakwah dengan cara minta upah dan orang tolak.
- Orang musyrikin tolak dakwah menandakan mereka sangat teruk.
- Jangan minta upah bila berdakwah sehingga orang ada alasan untuk menolak.
- Dakwah adalah kewajipan seperti mana kita solat dan tidak patut minta upah supaya dakwah sampai kepada semua orang termasuk kepada orang miskin.
- Allah akan bagi upah yang terbaik kepada pendakwah.
Kaitan surah As Syu’ara’ 26: ayat 109
- Kisah Nabi Nuh berdakwah dan dipulau oleh kaumnya tanpa meminta upah.
- Kita lebih takut tak boleh makan sebab itu kita tak berdakwah daripada takut dosa tidak berdakwah.
- Sekarang dakwah tidak tersebar luas sebab ramai yang tak nak berdakwah dengan alasan ‘aku nak makan apa ‘ sebbab tidak ada upah.
وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Berdakwah tanpa mengambil upah lebih berkesan kepada mad’u sebab keikhlasan.
Sambungan ayat tadabbur
⬇️
Mesej pendakwah ikut para Nabi yang tidak mengambil upah dan tidak ada alasan untuk menolak dalam surah Ya Sin 36:20 - 21.
- Siapa sahaja yang ada ilmu kena berdakwah.
- Berdakwah dan belajar kena segera.
- Mesej dakwah kena jelas ajak ikut Nabi.
- Sifat utama Rasul ikhlas tidak minta upah.
وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٞ يَسۡعَىٰ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرٗا وَهُم مُّهۡتَدُونَ
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
Sambungan ayat tadabbur
⬇️
Sentiasa berdakwah
Ajak orang kepada jalan yang lurus.
=========================
PENGAJARAN AYAT LEPAS.
Ayat 68
————
1)Allah mencela orang-orang musyrikin yang tidak mentadabbur Al Quran dan beramal dengannya, maka celaan itu lebih patut dikenakan kepada orang yang mengaku beriman.
2)Sesiapa yang tidak memahami kata - kata Pencipta dan Tuhannya, maka dia tidak layak untuk memahami kata-kata manusia.
453
Nota Tadabbur
Surah Al Mu’minun 23 : 71 - 72
Selasa 11 Ogos 2026
Ust. Abdul Muein.
BILA KEBENARAN MENGIKUT HAWA NAFSU
Ayat lepas setelah Allah memberitahu bukti-bukti kebenaran Al Quran dan Nabi Muhammad, tetapi mereka tetap menolak dengan berbagai-bagai alasan seolah mereka nak agama yang diturunkan oleh Allah selari dengan nafsu mereka.
Al-Mu'minun 23:71
وَلَوِ ٱتَّبَعَ ٱلۡحَقُّ أَهۡوَآءَهُمۡ لَفَسَدَتِ ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهِنَّۚ بَلۡ أَتَيۡنَٰهُم بِذِكۡرِهِمۡ فَهُمۡ عَن ذِكۡرِهِم مُّعۡرِضُونَ
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
Tadabbur Ayat
⬇️
Makna Al Haq
- Allah
- Kebenaran
- Al Quran.
Jika Allah / kebenaran/ Al Quran mengikut hawa nafsu manusia semuanya akan hancur termasuk bumi dan langit sebab nafsu manusia berbagai-bagai dan nafsu sentiasa menyuruh kepada kejahatan.
Kaitan ayat Surah Al Baqarah ayat 120 - 122
- Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada Nabi sehingga Nabi ikut agama mereka.
- Petunjuk yang sebenar ialah petunjuk Allah.
- Wali ialah yang mengurus, Nasir mengelakkan musibah.
- Selain petunjuk daripada Al Quran dan sunnah semuanya hawa nafsu termasuk bidaah.
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي
جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Surah Al Anbiya ayat 22
- Maha Suci Allah daripada apa yang orang musyrikin sifatkan iaitu Allah ada lebih daripada satu.
لَوۡ كَانَ فِيهِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا ٱللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلۡعَرۡشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
Musyrikin Mekah tahu hanya Allah tempat meminta pertolongan tetapi mereka tidak tahu Tuhan hanya satu sebab tuhan mereka banyak.
Sambungan ayat tadabbur
⬇️
Maksud zikri.
i) peringatan
ii) Kemuliaan.
- Fungsi Al Quran memberi peringatan dan kemuliaan.
- Allah hanya satu dan kebenaran tidak boleh mengikut hawa nafsu.
- Siapa yang ambil Al Quran dia pasti mulia.
- Apa dan siapa sahaja yang ada kaitan dengan Al Quran semua akan menjadi mulia.
- Nak mulia jangan tinggal Al Quran sebab sebaik-baik kamu ialah yang belajar dan mengajar Al Quran.
Manusia paling rugi yang tak nak kemuliaan.
Kaitan ayat surah Az Zukhruf ayat 43 : Ayat 43 - 44
- Allah perintah Nabi pegang wahyu, kita lagi kena pegang.
- Selagi tidak berpegang dengan wahyu atau Al Quran kita bukan berada diatas jalan yang lurus ( dalam surah Al Fatihah )
- Nabi dan umatnya tidak akan jadi terbaik jika tidak ada Al Quran.
- Kita akan ditanya tentang Al Quran sama ada kita baca,faham, beramal dan sampaikan atau tidak.
فَٱسۡتَمۡسِكۡ بِٱلَّذِيٓ أُوحِيَ إِلَيۡكَۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
453
Pesan Ustaz Adi Hidayat. Selepas bertahajud dan stighfar amalkan doa ini
Selepas kita beristighfar kepada Allah, tahan dulu doa-doa permintaan yang lain.
Dahulukan satu perkara ini:
“Ya Allah, aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu.”
Seolah-olah kita sedang berkata:
“Ya Allah, sebelum aku meminta apa-apa daripada-Mu, aku mohon satu perkara yang paling utama, jangan Engkau murka kepadaku. Jadikan aku dalam keredaan-Mu.”
Kerana apabila Allah reda kepada kita, bukankah itu jauh lebih besar daripada apa sahaja yang kita minta?
Kita mungkin datang kepada Allah dengan banyak permintaan:
“Ya Allah, sembuhkan aku.”
“Ya Allah, murahkan rezekiku.”
“Ya Allah, permudahkan urusanku.”
“Ya Allah, berikan aku apa yang aku inginkan.”
Tetapi sebelum semua itu…
Mintalah Allah reda kepada kita.
Kerana apa gunanya kita mendapatkan apa yang kita mahu, tetapi jauh daripada reda Allah?
Maka selepas istighfar, cuba jadikan doa ini antara doa yang kita dahulukan:
“Ya Allah, aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu.”
Kemudian barulah kita teruskan dengan segala doa dan hajat yang kita perlukan.
Moga Allah mengampuni dosa kita, meredai kita dan menjadikan setiap doa yang kita panjatkan dekat dengan rahmat-Nya. Aamiin.
#DrAzuraHashim
Sumber : fb Azura Hashim
Jum follow t.me/basyeer247
453
Repost from Berbagi Nasihat
Allah tidak akan pernah melupakan kebaikan yang telah engkau lakukan, kesusahan yang telah engkau bantu ringankan, dan mata yang hampir menangis lalu engkau buat bahagia.
Jalani hidupmu dengan prinsip:
“Jadilah orang yang berbuat baik, meskipun engkau tidak mendapatkan balasan kebaikan.”
