Basyeer
الذهاب إلى القناة على Telegram
Wasilah Khabar Gembira 🤗 https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA
إظهار المزيد452
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-17 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
أرشيف المشاركات
452
https://www.facebook.com/share/1dg1qN162n/
Bagi yang belum singgah masuk website DrAAM, saya jemput tuan puan.
Video kuliah terakam lebih 3400. Kalau habiskan rakaman ni, boleh jadi alim, insyaAllah.
Nota tafsir ada 1400 lebih. Sangat bermanfaat kepada pencinta kelas tafsir.
Banyak lagi kelebihan website. Jom masuk dan buka akaun percuma utk simpan nota, rakaman dll.
452
Di situlah iman diuji.
Mungkin sebab itu rahsia “dimudahkan dalam semua urusan” bukan bermaksud semua masalah akan hilang.
Tetapi kita mempunyai Allah ketika menghadapi semua masalah itu.
Pagi bermula dengan Allah.
Ikhtiar dilakukan kerana Allah.
Solat menjadi tempat kembali.
Malam ditutup dengan muhasabah.
Dan esok kita bangun untuk mencuba lagi.
Bukan hidup tanpa masalah.
Tetapi hidup yang semakin tahu kepada siapa kita serahkan segala urusan.
Itulah.
#HarfizHamzah
Sumber : fb Ibn Asadullah Al Banjari
Jum follow t.me/basyeer247
452
Rahsia Agar Selalu Dimudahkan dalam Semua Urusan
Kita selalu minta Allah mudahkan urusan.
Tetapi pernah tak kita fikir…
Mungkin Allah tidak terus mengubah urusan kita. Mungkin Allah terlebih dahulu mahu mengubah cara kita mengurus urusan itu.
Sebab ada orang, masalahnya banyak tetapi hatinya tenang.
Ada pula orang, urusannya nampak mudah tetapi jiwanya sentiasa berserabut.
Apa bezanya?
1. Rahsia Amalan Ke Masjid (Sebelum & Selepas Berikhtiar)
Sebelum keluar mencari rezeki, mulakan dengan Allah.
Lebih kurang begini doanya:
“Ya Allah, Engkau perintahkan aku berikhtiar. Aku sedang berikhtiar. Engkau perintahkan aku merancang. Aku sedang merancang.
Maka bimbinglah aku. Mudahkanlah. Tunjukkan apa yang halal, baik dan Engkau redai.”
Kemudian kita bekerja.
Cari pelanggan.
Buat meeting.
Selesaikan tugasan.
Kejar target.
Tetapi sebelum masuk rumah, singgah sebentar di masjid.
Solat dua rakaat.
Kemudian berdoa lagi:
“Ya Allah, aku sudah berikhtiar. Kalau masih belum cukup, tunjukkan kepadaku apa lagi yang perlu aku usahakan.”
Kadang-kadang kita balik rumah membawa sekali segala tekanan pejabat.
Marah pelanggan.
Stress meeting.
Target tak tercapai.
Kereta di jalan raya pun kita marah.
Akhirnya anak dan pasangan pula terkena tempiasnya.
Mungkin kita perlukan satu ruang peralihan.
Pejabat berhenti di luar.
Kita masuk rumah sebagai suami.
Sebagai ayah.
Sebagai ibu.
Sebagai anak.
Dan sebagai hamba Allah.
2. Solat sebagai Bukti & Pemelihara Keimanan
Allah menyebut solat dalam Surah Al-Baqarah 2:143 dengan perkataan iman:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ
“Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu.”
Solat bukan sekadar aktiviti yang kita masukkan dalam jadual.
Ia sebahagian daripada cara iman dipelihara dalam kehidupan.
Sebab itu pendidikan solat anak bukan bermula dengan,
“Cepat solat!”
Tetapi dengan membina rasa bahawa solat itu tempat dia kembali.
Anak kecil mungkin belum memahami semua makna solat.
Tetapi dia boleh belajar satu perkara:
Apabila hidup terasa berat, ada tempat untuk kita kembali.
3. Falsafah Waktu Subuh / Fajar: Perancangan Hidup (Planning)
Kita selalu anggap Subuh hanya tentang bangun awal.
Tetapi pagi sebenarnya menentukan bagaimana kita menjalani hari.
Sebelum telefon mula berbunyi.
Sebelum WhatsApp masuk.
Sebelum masalah orang lain masuk ke dalam kepala kita.
Kita sudah berdiri di hadapan Allah.
Kemudian susun hari.
Apa yang perlu dibuat?
Siapa yang perlu ditemui?
Apa amanah yang mesti diselesaikan?
Apa yang penting dan apa yang boleh ditangguhkan?
Fajar pula ialah cahaya yang membelah kegelapan.
Indah sebenarnya.
Setiap pagi Allah beri kita satu peluang baru.
Malam sudah berlalu.
Hari baru bermula.
Dan kita pula perlu membuat keputusan:
Hari ini aku mahu menjadi manusia yang bagaimana?
4. Evaluasi Malam Hari & Kuasa Istighfar
Kemudian malam datang.
Jangan terus tidur.
Berhenti sekejap.
Tengok semula hari kita.
Hari ini solat aku bagaimana?
Ilmu bertambah?
Kerja selesai?
Hubungan dengan keluarga bagaimana?
Sebagai ayah, aku hadir atau sekadar berada di rumah?
Sebagai suami, aku menenangkan atau menambahkan tekanan?
Sebagai anak, aku masih menjaga ibu bapa?
Kemudian istighfar.
Bukan sekadar mulut menyebut,
Astaghfirullah.
Tetapi hati mengaku:
“Ya Allah, hari ini aku banyak kekurangan.”
Dan kita tidur dengan satu perasaan:
Esok aku cuba lagi.
Itulah indahnya istighfar.
Ia tidak memadam masa lalu.
Tetapi ia membebaskan kita daripada membawa beban hari ini ke hari esok.
5. Rumus Hubungan Akidah, Ibadah, dan Muamalah
Akhirnya semuanya bersambung:
Akidah → Ibadah → Muamalah → Akhlak
Apa yang kita percaya membentuk cara kita beribadah.
Ibadah membentuk cara kita menjalani kehidupan.
Dan kehidupan kita akan terlihat pada akhlak.
Kalau solat kita benar-benar mendidik jiwa, kesannya bukan hanya di atas sejadah.
Ia akan kelihatan ketika kita berniaga.
Ketika berdepan pelanggan.
Ketika pasangan membuat kesilapan.
Ketika anak tidak mendengar kata.
Ketika orang menghina kita.
Ketika duit belum cukup.
452
Repost from Dzikir Pagi & Petang
🌱 Awali harimu dengan mengingat Allaah, dan tutuplah harimu dengan dzikir kepada-Nya.
Dzikir pagi dan petang adalah amalan yang agung. Dengannya, seorang muslim memohon perlindungan, ketenangan hati, dan keberkahan dari Allaah Ta’ala.
Semoga Allaah menjadikan kita termasuk hamba-hamba-Nya yang senantiasa mengingat-Nya dalam setiap keadaan.
📖 Panduan Dzikir Pagi & Petang dapat diakses melalui:
https://t.me/panduandzikirpagipetang
452
Repost from Berbagi Nasihat
Hidup bersama Al-Qur’an termasuk dari kenikmatan (surga) yang disegerakan di dunia.
❤️🌱452
“Kita benar-benar sibuk, atau kita sendiri yang mencipta kesibukan?”
Antara teguran yang paling dekat dengan kehidupan kita dalam Daurah al-Hikam hari ini, apabila Syeikh sendiri mengangkat telefon dan menyebut tentang إدمان مواقع التواصل — ketagihan media sosial.
Ibn ‘Athaillah رحمه الله mengingatkan:
إِحَالَةُ الأَعْمَالِ عَلَى وُجُودِ الْفَرَاغِ مِنْ رُعُونَاتِ النَّفْسِ
Menangguhkan amal sehingga menunggu waktu lapang adalah antara tipu daya dan kebodohan nafsu.
Syeikh menjelaskan, syaitan tidak semestinya datang berkata: “Jangan solat. Jangan berzikir.” Tetapi dia datang dengan bahasa yang lebih halus:
“Tunggu sekejap… kau penat. Nanti sejam lagi. Nanti balik. Nanti bila dah lapang.”
Sedangkan siapa yang menjamin kita akan sempat sampai kepada waktu lapang itu?
Lebih menyedihkan, ada yang sebenarnya sihat, ada masa dan tiada halangan besar, tetapi waktunya habis dengan perkara yang tidak memberi manfaat. Hari ini, antara penyumbang besarnya ialah telefon dan media sosial — kita mencipta kesibukan ketika sebenarnya tiada kesibukan.
Sebab itu Syeikh pesan supaya kita sentiasa bertanya:
ماذا سيعود عليَّ فيه من نفع؟
“Apakah manfaat yang akan kembali kepadaku daripada perkara ini?”
Bukan semua kesibukan perlu ditinggalkan. Kita ada pekerjaan, keluarga, sakit, ujian dan tanggungjawab. Tetapi kita perlu menyusun keutamaan, sehingga kesibukan dunia tidak memutuskan perjalanan kita kepada Allah.
سِيرُوا إِلَى اللهِ عُرْجًا وَمَكَاسِيرَ، وَلَا تَنْتَظِرُوا الصِّحَّةَ
“Berjalanlah menuju Allah walaupun dalam keadaan tempang dan penuh kekurangan. Jangan menunggu sehingga semuanya sempurna.”
Kerana yang dicari bukan sekadar umur yang panjang, tetapi umur yang diberkati — masa yang sedikit, tetapi dipenuhi zikir, solat, ilmu, amal dan manfaat.
Jangan tunggu lapang untuk mencari Allah.
Jangan sampai telefon penuh dengan perhatian kita, tetapi hati kosong daripada mengingati-Nya.
كَفَى بِالْمَوْتِ وَاعِظًا
Cukuplah kematian sebagai pemberi peringatan.
Sumber : fb Faris Sabari
Jum follow t.me/basyeer247
452
Dan Surah al-Baqarah sendiri mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sunnah, termasuk sebagai salah satu bentuk perlindungan daripada syaitan.
Keenam, basahkan lidah dengan zikir.
Zikir tidak semestinya memerlukan kita berhenti daripada semua aktiviti.
Ketika berjalan.
Memandu.
Memasak.
Menunggu.
Bersenam.
Ada ruang untuk hati mengingati Allah.
Kita tidak perlu menunggu masa lapang untuk mengingati Allah.
Jadikan pekerjaan itu sendiri sebahagian daripada perjalanan mengingati Allah.
Ketujuh, pilih siapa yang kita habiskan masa bersama.
Ini sangat besar kesannya.
Ada orang membuat kita mahu menjadi lebih baik.
Ada orang membuat kita hilang fokus.
Ada orang membuka fikiran.
Ada orang memenuhi kepala kita dengan drama.
Ada orang apabila kita selesai bercakap dengannya, kita rasa lebih dekat kepada Allah.
Ada pula yang membuat kita lupa tujuan hidup.
Ibn Abbas رضي الله عنه memberikan contoh yang sangat kuat.
Pada usia muda, beliau bersungguh-sungguh mencari ilmu daripada para Sahabat.
Rakan sebaya mungkin sibuk dengan permainan mereka.
Beliau memilih sesuatu yang lain.
Bukan kerana masa beliau lebih panjang.
Tetapi kerana beliau tahu masa itu mahu dibawa ke mana.
Dan saya rasa inilah masalah kita hari ini.
Kita bukan semestinya kekurangan masa.
Kita mungkin terlalu banyak memberikan masa kepada perkara yang tidak membawa kita ke mana-mana.
Telefon mengambil sedikit.
Media sosial sedikit.
Drama sedikit.
YouTube sedikit.
Netflix sedikit.
WhatsApp sedikit.
Akhirnya satu hari hilang.
Kemudian kita berkata,
“Cepatnya masa berlalu.”
Masa sebenarnya tidak berubah.
Yang berubah ialah apa yang kita lakukan dengannya.
Sebab itu saya semakin suka melihat produktiviti dari sudut Quran.
Produktiviti bukan:
“Berapa banyak perkara aku boleh buat?”
Tetapi:
“Apakah perkara yang paling bernilai untuk aku gunakan umur yang Allah pinjamkan ini?”
Kita semua mempunyai 24 jam.
Tetapi tidak semua 24 jam mempunyai nilai yang sama.
Satu jam membaca Quran boleh mengubah hati.
Satu jam bersama anak boleh membina hubungan yang bertahan puluhan tahun.
Satu jam membantu seseorang boleh mengubah hidupnya.
Satu jam belajar boleh membuka pintu rezeki bertahun-tahun.
Dan satu jam di media sosial juga boleh hilang tanpa meninggalkan apa-apa.
Itulah barakah.
Bukan masa yang lebih panjang.
Tetapi masa yang lebih bermakna.
Jadi pagi ini, jangan hanya bertanya:
“Berapa banyak masa yang aku ada?”
Tanya:
“Kalau Allah hanya memberikan aku hari ini, apa yang mahu aku pastikan tidak terlepas?”
Kerana kita sebenarnya tidak memiliki masa.
Kita hanya dipinjamkan umur.
Dan pinjaman yang paling mahal ialah pinjaman yang tidak boleh diperbaharui.
Itulah.
#HarfizHamzah
Sumber : fb Ibn Asadullah Al Banjari
Jum follow t.me/basyeer247
452
Masa Makin Singkat, Atau Kita Yang Makin Hilang Arah?
Pernah rasa macam ini?
Baru sahaja hari Isnin.
Tiba-tiba sudah Jumaat.
Baru awal bulan.
Tahu-tahu hujung bulan.
Baru semalam anak kecil.
Sekarang sudah remaja.
Dan kita mula tertanya-tanya…
Ke mana pergi semua masa kita?
Rasulullah ﷺ pernah mengingatkan bahawa antara tanda semakin hampirnya Kiamat ialah masa terasa semakin singkat.
Setahun terasa seperti sebulan.
Sebulan seperti seminggu.
Seminggu seperti sehari.
Dan sehari seperti sejam.
Mungkin kita selalu faham hadis ini dari sudut “masa bergerak semakin laju”.
Tetapi ada satu persoalan yang lebih dekat dengan kehidupan kita.
Bukan berapa banyak masa yang kita ada.
Tetapi…
apa yang sempat kita hasilkan dengan masa yang ada?
Ada orang hidup panjang.
Tetapi sedikit yang ditinggalkan.
Ada orang hidup tidak terlalu lama.
Tetapi kehidupannya penuh dengan manfaat.
Ibn ‘Ata’illah mengingatkan tentang manusia yang umurnya panjang tetapi sedikit buahnya, dan manusia yang umurnya singkat tetapi besar hasilnya.
Itulah yang disebut barakah.
Barakah bukan semestinya mempunyai lebih banyak jam.
Tetapi Allah menjadikan masa yang ada lebih berbuah.
Kita mungkin hanya ada 24 jam.
Tetapi dua orang boleh menghasilkan kehidupan yang sangat berbeza dengan 24 jam yang sama.
Jadi bagaimana kita mahu mencari barakah masa?
Pertama, jangan mulakan hidup terlalu lewat.
Rasulullah ﷺ mendoakan keberkatan untuk umatnya pada waktu pagi.
Ada sesuatu tentang pagi.
Dunia masih tenang.
Fikiran belum dipenuhi terlalu banyak gangguan.
Kita belum habiskan tenaga untuk melayan perkara yang tidak penting.
Sebab itu jangan biarkan waktu pagi habis begitu sahaja.
Bangun.
Solat.
Quran.
Zikir.
Kerja yang penting.
Mulakan hari dengan Allah sebelum dunia mula meminta perhatian kita.
Kedua, kurangkan dosa dan drama.
Ini mungkin perkara yang paling kita tidak sedar.
Kadang-kadang kita kata,
“Aku tak ada masa.”
Tetapi berapa banyak masa sebenarnya habis memikirkan orang?
Marah dengan orang.
Baca komen orang.
Bergaduh dalam WhatsApp.
Mengumpat.
Membalas sindiran.
Mengikuti konflik yang tidak ada kena mengena dengan hidup kita.
Badan kita mungkin sedang duduk di rumah.
Tetapi fikiran kita berada di sepuluh tempat lain.
Itulah hem yang memakan ruang jiwa.
Bukan semua perkara perlu kita respon.
Bukan semua perkara perlu kita tahu.
Bukan semua konflik perlu kita masuk.
Menjaga hati juga sebahagian daripada menjaga masa.
Ketiga, jangan anggap keluarga sebagai gangguan kepada produktiviti.
Kadang-kadang kita terlalu mengejar kerja sampai rasa masa bersama keluarga itu “membuang masa”.
Padahal silaturrahim adalah sebahagian daripada keberkatan hidup.
Ibu.
Ayah.
Pasangan.
Anak-anak.
Saudara-mara.
Masa yang kita berikan kepada mereka bukan semestinya masa yang hilang.
Kadang-kadang itulah masa yang Allah jadikan paling berkat.
Sebab produktiviti dalam Islam bukan sekadar berapa banyak kerja yang siap.
Tetapi berapa banyak kebaikan yang lahir daripada kehidupan kita.
Keempat, infakkan masa.
Kita selalu faham infak sebagai wang.
Tetapi ada satu lagi kekayaan yang sangat mahal.
Masa.
Bila kita gunakan sebahagian masa untuk membantu orang lain, mengajar, melayan orang yang memerlukan, menjadi sukarelawan atau berkhidmat kepada masyarakat…
kita sebenarnya sedang mensyukuri nikmat masa.
Jangan tunggu kaya untuk memberi.
Jangan tunggu lapang untuk berkhidmat.
Kadang-kadang keberkatan datang kerana kita sanggup memberikan sebahagian masa yang kita rasa kita sendiri tidak cukup.
Kelima, jadikan Quran sebahagian daripada rutin, bukan aktiviti bermusim.
Kita selalu mencari masa untuk Quran.
Sedangkan mungkin cara yang lebih baik ialah menjadikan Quran sebahagian daripada masa kita.
Selepas Subuh.
Dalam perjalanan.
Sebelum tidur.
Sedikit tetapi konsisten.
Quran bukan sekadar sesuatu yang kita baca apabila ada masa.
Ia yang membantu menentukan untuk apa masa itu digunakan.
452
berdiri → rukuk → berdiri → sujud → duduk → sujud → berdiri semula.
Dan memang setiap fasa mempunyai pola aktiviti otot yang berbeza.
Kita nampak seperti sedang melakukan beberapa pergerakan yang sangat sederhana.
Tetapi tubuh sebenarnya sedang bekerja sebagai satu sistem.
.
Buku ini juga menyentuh tuma'ninah.
Ini pun menarik untuk difikirkan.
Dalam solat kita tidak sepatutnya bergerak seperti mengejar masa.
Rukuk.
Berhenti.
Bangun.
Berhenti.
Sujud.
Berhenti.
Duduk.
Berhenti.
Ada saat tubuh berada dalam sesuatu posisi sebelum berpindah kepada posisi seterusnya.
Dalam ibadah, kita mengenalinya sebagai tuma'ninah.
Dari sudut tubuh pula, setiap perubahan posisi itu memberikan keadaan mekanikal dan fisiologi yang berbeza.
.
Bila melihat keseluruhan kajian ini, barulah terasa betapa banyak perkara berlaku dalam beberapa minit kita sedang solat.
Otak memberikan respons.
Jantung menyesuaikan kerjanya.
Otot menguncup dan berehat.
Sendi berubah posisi.
Tubuh turun dan bangun.
Dan semua itu berlaku berulang kali, setiap hari.
Tetapi ada sesuatu yang lebih indah.
Kita tidak pernah menunggu semua kajian ini untuk mula solat.
Orang Islam sudah rukuk dan sujud jauh sebelum manusia mencipta EEG dan EMG.
Kita tidak rukuk kerana saintis menemui sesuatu pada otot belakang.
Kita tidak sujud kerana graf menunjukkan perubahan pada denyutan jantung.
Kita juga tidak solat kerana mahu menghasilkan gelombang alpha.
Allah berfirman kepada Nabi Musa AS,
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
(Taha: 14)
Itulah asasnya.
Solat ialah ibadah.
Kemudian dengan ilmu yang Allah izinkan manusia temui, kita dapat melihat sedikit demi sedikit hikmah yang berlaku pada tubuh ketika melakukan ibadah tersebut.
.
Sebab itu membaca kajian begini membuatkan kita melihat tubuh sendiri dengan rasa kagum.
Satu ibadah yang kita lakukan setiap hari melibatkan otak, jantung, otot, sendi dan keseluruhan tubuh.
Setiap perintah Allah itu penuh dengan hikmah yang agung.
#solatdariperspektifsains
Sumber : fb Aqilah Nor
Jum follow t.me/basyeer247
452
Kita solat setiap hari.
Berdiri.
Rukuk.
Sujud.
Duduk.
Kemudian bangun dan mengulanginya lagi.
Pergerakan yang sudah terlalu biasa sampai mungkin kita tak pernah terfikir,
apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh kita sepanjang kita solat?
Ada sebuah buku yang sangat menarik bertajuk Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains oleh Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim bersama rakan-rakan penyelidik.
Buku ini agak akademik.
Banyak graf, nombor dan istilah seperti EEG dan EMG.
Tapi kalau diterjemahkan kepada bahasa kita-kita,
menarik rupanya apa yang mereka cuba kaji.
Mereka melihat apa yang berlaku pada otak ketika solat.
Mereka mengukur denyutan jantung.
Mereka memasang sensor pada otot.
Mereka mengkaji rukuk dan sujud.
Malah cara tubuh bergerak daripada satu posisi kepada posisi yang lain pun diperhatikan.
.
Antara bahagian yang menarik ialah apa yang berlaku pada otak ketika kita solat.
Penyelidik menggunakan EEG.
Alat ini merekod aktiviti elektrik pada otak melalui sensor yang diletakkan pada kepala.
Mereka membandingkan bacaan sebelum, semasa dan selepas solat.
Antara yang diperhatikan ialah gelombang alpha.
Gelombang ini biasanya dikaitkan dengan keadaan seseorang yang lebih relaks tetapi masih sedar.
Dalam kajian yang dibentangkan dalam buku ini, terdapat perubahan pada aktiviti alpha ketika dan selepas solat yang dikaitkan dengan keadaan lebih relaks.
Masyallah!
Selama ini kita mungkin ada rasa,
“Lepas solat rasa tenang sikit.”
Rupanya ada penyelidik yang cuba melihat pengalaman itu dari sudut aktiviti otak.
.
Kemudian mereka melihat pula denyutan jantung.
Peserta berada dalam beberapa posisi solat dan kadar denyutan jantung direkodkan.
Dalam data yang dipaparkan dalam buku itu, purata denyutan jantung berubah mengikut posisi.
Ketika berdiri, bacaannya berbeza.
Ketika rukuk, berubah.
Ketika sujud, berubah lagi.
Dalam sampel kajian tersebut, purata denyutan jantung ketika sujud adalah lebih rendah berbanding beberapa posisi solat lain yang diuji.
Tubuh kita rupanya sentiasa menyesuaikan diri apabila kedudukannya berubah.
Berdiri lain.
Membongkok lain.
Sujud pula meletakkan tubuh dalam kedudukan yang sangat berbeza.
Perkara yang kita lakukan setiap hari tanpa berfikir panjang sebenarnya melibatkan pelbagai tindak balas fisiologi.
.
Kemudian masuk bab rukuk.
Yang ini lagi menarik.
Kita tengok rukuk macam simple saja.
Tunduk.
Belakang diluruskan.
Tangan pada lutut.
Tuma'ninah.
Kemudian bangun.
Tetapi penyelidik memasang sensor untuk melihat apa yang berlaku pada otot bahagian belakang ketika seseorang bergerak daripada berdiri kepada rukuk dan kembali berdiri.
Alat yang digunakan dipanggil EMG.
Penyelidik melihat bila sesuatu otot sedang aktif dan bagaimana aktivitinya berubah sepanjang pergerakan.
Rupanya semasa tubuh mula membongkok, otot belakang bekerja mengawal pergerakan.
Apabila sampai kepada posisi tertentu, corak aktiviti otot juga berubah.
Apabila tubuh mula bangun semula, otot kembali bekerja dengan cara yang berbeza.
Dalam buku itu turut diterangkan satu fenomena yang dikenali sebagai flexion-relaxation.
Pada individu sihat,
apabila tubuh membongkok hingga tahap tertentu,
aktiviti sesetengah otot belakang mengendur dan berehat.
.
Penyelidik kemudian membandingkan pola ini dengan apa yang berlaku pada individu yang mengalami masalah sakit pinggang.
Bahagian ini menarik kerana ia menunjukkan bahawa rukuk bukan sekadar rupa tubuh yang sedang membongkok.
Dari sudut biomekanik, banyak perkara sedang berlaku.
.
Sujud pun sama.
Dari luar nampak macam pergerakan
turun,
letakkan tangan,
lutut,
dahi,
kemudian duduk dan bangun semula.
Tetapi cuba fikir berapa banyak bahagian tubuh yang perlu bekerjasama untuk melakukan semua itu.
Lutut membengkok.
Buku lali berubah kedudukan.
Pinggul bergerak.
Otot kaki bekerja.
Otot belakang terlibat.
Kemudian tubuh perlu mengangkat berat badan untuk kembali berdiri.
.
Dalam satu bab lain, penyelidik memasang sensor pada beberapa kumpulan otot di kaki dan belakang.
Mereka kemudian melihat aktiviti otot sepanjang urutan:
452
DOA UNTUK MENGHAPUSKAN 'KEPANASAN' DOSA.
.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata:
.
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ الْقِرَاءَةِ إِسْكَاتَةً ، قَالَ : أَحْسِبُهُ ، قَالَ : هُنَيَّةً ،
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sering kali mendiamkan diri seketika di antara takbiratul Ihram dan bacaan al-Fatihah.
.
فَقُلْتُ بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِسْكَاتُكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ ،
Aku (Abu Hurairah) berkata: Ya Rasulullah, demi ayah dan ibuku, apakah yang engkau baca ketika mendiamkan diri di antara takbir dan al-Fatihah.
.
قَالَ : أَقُولُ
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Aku membaca:
.
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ،
Ya Allah, jauhilah diriku dari kesalahanku sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat;
.
اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ،
Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahanku sepertimana pakaian putih dibersihkan dari kotoran;
.
اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ " .
Ya Allah cucikanlah diriku dari kesalahanku dengan air, salji dan ais.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 744]
.
Para ulama menerangkan tentang hujung doa ini yang berbunyi 'Ya Allah cucikanlah diriku dari kesalahanku dengan air, salji dan ais'.
.
Ia merupakan satu permintaan agar dosa kita dibersihkan dengan pelbagai jenis rahmat dan keampunan. Keampunan dosa bermaksud tiada dosa lagi. Akan tetapi kesan-kesan dosa itu masih ada pada diri seseorang. Maka ia perlu dibersihkan lagi sehingga tiada kesan yang tersisa.
.
Sebahagian ulama menyatakan bahawa kerana dosa meninggalkan kesan penyesalan dan putus asa yang bersifat 'panas'. Maka ia perlu dihapuskan dengan unsur yang sangat 'sejuk'.
.
Al-Shaikh Ibnu Uthaimin menyebutkan dalam Sharh Riadussolihin:
.
ذكر الثلج والبرد لأنه بارد وذكر الماء لأن به النظافة والذنوب أجارنا الله وإياكم منها عقوبتها حارة فناسب أن يقرن مع الماء الثلج فيحصل بالماء التنظيف ويحصل بالثلج والبرد التبريد
Disebutkan salji dan ais, kerana keduanya penyejuk. Disebutkan pula air kerana ia membersihkan. Allah telah menjadikan dosa itu, antara hukumannya ialah kepanasan. Oleh itu sesuailah digandingkan air bersama dengan salji. Lalu dengan air itu, akan terhasillah kebersihan, dan dengan salji dan ais pula, akan terhasillah kesejukan.
.
Al-Shaikh 'Athiyyah Muhammad Salim dalam Sharh Bulughul Maram menyebutkan:
.
إن الخطيئة عند المؤمن تسبب له الندم، والندم يجعل عند الإنسان حرارة، فإذا غسلت بالماء زال أثرها كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، لكن تبقى حرارتها فتغسل بالثلج فتذهب حرارة الخطيئة في نفسه، ويأتي البرد زيادة على ذلك
Dosa yang dimiliki seorang beriman akan menyebabkan penyesalan. Penyesalan akan menyebabkan seseorang dalam 'kepanasan'. Apabila ia dicuci menggunakan air, maka hilanglah kesan dosa itu sebagaimana pakaian yang putih dibersihkan daripada kotoran. Akan tetapi 'kepanasan' dosa itu masih ada. Lalu ia dibasuh dengan salji, maka hilanglah kepanasan dosa itu daripada dirinya. Kemudian digunakan pula ais sebagai tambahan kepada itu.
.
Marilah kita baca, hafal, dan hayati doa ini.
.
#MMMR
Sumber : fb Masri Ramli
Jum follow t.me/basyeer247
452
Haji seharusnya membuat manusia semakin tunduk kepada Allah, bukan semakin sibuk menuntut Allah memenuhi keinginannya.
Maka sebelum kita bertanya, “Apa yang akan Allah berikan kepadaku setelah aku beribadah?”
Mungkin lebih pantas kita bertanya:
“Setelah semua ibadah ini, apakah aku benar-benar semakin menyerahkan hidupku kepada Allah?”
Sebab bahaya terbesar bukan ketika seseorang memiliki banyak harta.
Bahaya terbesar adalah ketika harta memiliki hatinya.
Dan mungkin yang perlu kita takutkan bukan apakah kita sudah pernah sampai ke Makkah.
Tetapi setelah kembali dari Makkah, siapa yang sebenarnya masih kita sembah dengan seluruh keinginan kita: Allah, atau dunia yang selalu kita minta agar diberikan kepada kita?
Sumber : fb Daily Growth
Jum follow t.me/basyeer247
452
Ternyata Al-Qur’an Sudah Jelaskan! Ketika Haji dan Umrah Justru Dijadikan Jalan Mengejar Dunia
Yang terlihat seperti ibadah belum tentu menunjukkan ke mana hati sedang menghadap.
Kamu kira menjual harta demi berangkat haji atau umrah pasti berarti dunia sudah tidak penting. Al-Qur’an mengajarkan bahwa yang menentukan bukan sekadar ke mana kaki pergi, tetapi kepada siapa hati bergantung.
Bayangkan seseorang menjual sebagian hartanya agar bisa sampai ke Makkah.
Ia menangis di depan Ka'bah.
Ia berdoa dengan khusyuk.
Tangannya terangkat, bibirnya menyebut nama Allah.
Namun di dalam doanya, yang paling ia kejar justru harta, kelapangan rezeki, rumah, kendaraan, bisnis, jabatan, atau kehidupan dunia yang lebih nyaman.
Tidak salah meminta rezeki kepada Allah.
Tidak salah berdoa agar usaha dimudahkan.
Tidak salah berharap kehidupan dunia menjadi lebih baik.
Yang perlu kita takutkan adalah ketika ibadah kepada Allah berubah menjadi alat untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.
Di sinilah persoalannya menjadi jauh lebih dalam.
Haji dan umrah adalah ibadah. Ia bukan transaksi: “Aku sudah datang ke rumah-Mu, maka sekarang berikan apa yang aku minta.”
Allah memang memerintahkan kita berdoa kepada-Nya. Tetapi seorang hamba beribadah karena Allah adalah Rabb-nya, bukan semata-mata karena ia ingin mendapatkan sesuatu dari-Nya.
Al-Qur’an bahkan memberikan keseimbangan yang sangat indah:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu negeri akhirat, tetapi janganlah kamu melupakan bagianmu di dunia...”
QS. Al-Qasas: 77.
Ayat ini tidak mengajarkan manusia untuk membenci dunia.
Justru harta yang Allah berikan boleh menjadi jalan menuju akhirat.
Masalahnya muncul ketika dunia yang seharusnya berada di tangan, perlahan naik menjadi sesuatu yang memenuhi hati.
Seseorang bisa saja meninggalkan hartanya untuk sementara demi berangkat ke Tanah Suci, tetapi setelah sampai di sana pikirannya tetap dipenuhi harta.
Ia thawaf dengan tubuhnya, tetapi pikirannya menghitung keuntungan.
Ia berdoa di tempat suci, tetapi seluruh orientasinya tetap dunia.
Di sinilah kita perlu berhenti sejenak.
Bukan untuk menghakimi siapa pun.
Tetapi untuk bertanya kepada diri sendiri:
Apakah aku mendatangi Allah karena mencintai-Nya, atau karena berharap Allah mengabulkan keinginanku?
Sebab ada perbedaan besar antara meminta kepada Allah dan menjadikan Allah sekadar tempat meminta.
Allah mengingatkan:
“Dan janganlah kamu menyeru selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak pula memberi mudarat kepadamu...”
QS. Yunus: 106.
Ini bukan berarti orang yang berdoa meminta harta di Makkah otomatis sedang menyembah harta atau menjadi musyrik. Tidak sesederhana itu. Memohon rezeki kepada Allah adalah perkara yang dibenarkan.
Yang perlu diperiksa adalah arah ketergantungan hati.
Apakah kita masih melihat harta sebagai amanah dari Allah?
Ataukah kita mulai melihat ibadah sebagai “jalan cepat” untuk mendapatkan harta?
Apakah kita rela kehilangan sebagian harta demi Allah, tetapi setelah beribadah justru menjadikan Allah sebagai sarana untuk mengejar dunia?
Di sinilah perumpamaan tentang berhala menjadi bahan renungan yang sangat keras.
Berhala dahulu disembah karena manusia berharap manfaat atau takut mudarat darinya. Hari ini bentuk benda itu mungkin tidak ada di hadapan kita.
Tetapi nafsu bisa menjadi “berhala” ketika keinginan manusia menjadi pusat hidupnya.
Bukan berarti setiap orang yang mencintai harta telah menyembah hartanya.
Tetapi kita perlu waspada ketika apa yang kita cintai mulai menentukan bagaimana kita memperlakukan Allah.
Kita mungkin menjual tanah untuk berangkat haji.
Menjual kendaraan.
Menguras tabungan.
Itu bisa menjadi pengorbanan yang mulia apabila dilakukan dengan niat yang benar dan tanpa menelantarkan kewajiban.
Tetapi jangan sampai setelah semua pengorbanan itu, yang kita cari dari Allah hanya dunia.
Karena bisa jadi yang perlu diubah bukan tempat kita berdoa.
Bukan Makkahnya.
Bukan doanya.
Tetapi isi hati yang membawa kita ke sana.
452
Repost from Berbagi Nasihat
ما أجمل هذا الدين
Alangkah indahnya agama ini 🤍
تبتسم ولك حسنة
Cukup dengan senyummu, tercatat sebagai kebaikan untukmu
تمرض ولك أجر
Saat kau sakit, pahala mengalir untukmu
تصبر ولك من بعد الصبر يسر
Ketika kau bersabar, setelahnya pasti ada kemudahan dari Allah
تحسن ولك ضعف إحسانك
Setiap kebaikan yang kau lakukan, akan dibalas berlipat ganda
الحمد لله على نعمة الإسلام ..
Segala puji bagi Allah atas nikmat Islam ini... 🤍
452
Repost from Berbagi Nasihat
Nasihat 💌
Jika engkau menjalani hidup tanpa shalat-shalat sunnah rawatib, tanpa witir, shalat dhuha, tanpa membaca sedikit pun dari Al-Qur’an Al-Karim, tanpa zikir pagi dan petang, tanpa menuntut ilmu, tanpa puasa sunnah, tanpa sedekah sunnah, dan tanpa amal yang bermanfaat bagimu di akhirat;
Maka jangan heran jika engkau kehilangan kebahagiaan dan ketenangan di dunia.
Dan jangan heran jika di akhirat engkau berdiri dengan tangan terbelenggu, sementara orang-orang di sekelilingmu dipanggil untuk masuk: salah seorang masuk melalui pintu Ar-Rayyan, yang lain melalui pintu shalat, yang lain melalui pintu sedekah, yang lain melalui pintu silaturahmi, dan yang lain melalui pintu jihad.
Tabungan selama bertahun-tahun membangun rumah untukmu di dunia.
Sedangkan shalat-shalat sunnah rawatib membangun rumah untukmu di surga.
🌱https://whatsapp.com/channel/0029Va9cUUd3LdQTZevVD001
