cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

Advertising posts
336
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Salam Maal Hijrah semua. Ramai yang tertanya-tanya, kenapa permulaan tahun Hijrah dipilih daripada bulan Muharram, sedangkan Nabi SAW mendapat perintah untuk berhijrah pada Safar-Rabiul Awwal? Sebabnya adalah kerana permulaan azam Nabi SAW untuk berhijrah timbul pada bulan Muharram setelah peristiwa baiah yang terjadi pada bulan Dzul Hijjah. Kemudian Allah memperkenankan hasrat baginda untuk berhijrah pada bulan seterusnya. Demikianlah jawapan Ibn Hajar dalam Fath al-Bāri. Hijrah mewakili perubahan ke arah yang lebih baik, baik agama dan kualiti hidup. Setiap perubahan itu pastilah bermula dengan niat, keazaman dan doa. Justeru sebahagian para sahabat RA diriwayatkan sering berdoa seiring dengan peningkatan usia kerana kemasukan bulan baru atau tahun baru: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ، وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ، وَالْإِسْلَامِ، وَجوار مِنَ الشَّيْطَانِ، وَرِضْوَانٍ مِنَ الرَّحْمَنِ "Ya Allah, masukkanlah kami pada bulan ini dengan rasa aman, keimanan, keselamatan dan Islam. Dan (juga lindungilah kami) daripada gangguan syaitan, serta (kurniakanlah kami) keredaan daripada Tuhan Yang Maha Pemurah" [hadis riwayat al-Baghawi dan al-Tabrani]. Sumber : fb Dr. Kamilin Jamilin Jum follow t.me/basyeer247
Show all...
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗

https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

Selepas mengejek pemain Liverpool Senegal, Sadio Mane kerana membawa telefon yang rosak, yang boleh ditukarnya setiap hari, dia menjawab: Mengapa saya mahu 10 Ferrari, 20 jam tangan, atau 2 pesawat?! Saya lapar dan terpaksa bekerja di lapangan Saya bertahan dalam peperangan dan bermain bola sepak tanpa alas kaki, dan saya tidak belajar dan banyak perkara lain, tetapi hari ini, terima kasih kepada apa yang saya peroleh daripada bola sepak, saya boleh membantu rakyat saya, yang paling banyak. penting bagi saya. Saya membina sekolah dan taman permainan, dan kami menyediakan pakaian, kasut dan makanan untuk mereka yang hidup dalam kemiskinan tegar. Di samping itu, dia memberi 70 euro sebulan kepada semua orang di kawasan yang sangat miskin di Senegal, yang menyumbang kepada ekonomi keluarga. Anda tidak perlu berbelanja besar dengan kereta mewah, rumah mewah dan perjalanan jet peribadi Lebih baik orang saya menerima sedikit daripada apa yang telah diberikan oleh kehidupan kepada saya. Memerangi sikap mementingkan diri sendiri, kemiskinan, kelaparan dan penindasan adalah kerja yang hebat dan di sinilah terletaknya kemanusiaan sejati..♥♥♥ Tegaklah, semoga Allah merahmatimu. Sumber : fb Omar Baihaki Jum follow t.me/basyeer247
Show all...
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗

https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

Photo unavailableShow in Telegram
Ketiga, sentiasa taat dalam agama dan berusaha memberikan kebaikan membantu suaminya dalam perkara dunia mahupun akhirat. Jika seandainya seorang isteri bersabar dengan kekurangan suaminya, mengharapkan pahala, meminta pertolongan dari Allah dalam urusan rumatangganya serta tetap menunaikan hak suaminya walau suaminya kurang memenuhi hak si isteri, maka kesudahan yang baik akan diberikan kepada isteri mulia ini. 20. Allah tidak pernah salah dalam menciptakan takdirNYA dan tidak pernah keliru untuk memilih siapakah pasangan yang paling baik untuk kita. Hanya kita sahaja yang sering hilang hikmah dalam melayari rumahtangga kita. Sesukar apapun tetaplah bersama. Ajari hati kita untuk menerima keadaan tanpa membenci kenyataan. 21. Bangunkan visi rumahtangga kita dengan ‘Cinta Sehidup Sesyurga.’ Tidak mudah, tetapi pertolongan Allah selalu ada dalam pernikahan kita. Hidup penuh berkat, rahmat dan penuh cinta dari Allah kerana cinta dan kasih sayang yang kita bangunkan dalam rumahtangga kita. Saya doakan kebahagian puan isteri yang bertanya dan para suami mulia yang membaca posting ini. 💖💖💖💖 Sumber : fb Faridah Mohd Ali Jum follow t.me/basyeer247
Show all...
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗

https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

1. Seorang isteri wasap saya, mohon nasihat. Katanya… “Bagaimana mahu saya taat kepada suami, sedang suami sendiri masih tidak sempurna menunaikan tanggungjawabnya kepada saya. Ada yang masih culas di sana sini. Saya rasa tidak happy. Kami sudah berkahwin 15 tahun dengan tiga orang anak semuanya lelaki. Dia solat ala kadar, taat kepada Allah masih gitu-gitu saja. Saya yang banyak berkorban wang, tenaga dan perasaan untuk rumahtangga. Sudah lama saya mahu berpisah tetapi kami masih sayang menyayangi. Saya juga kesian pada anak-anak.” 2. Saya tidak menjawab. Tidak pula membalas. Sebetulnya ramai juga isteri yang meminta nasihat saya. Gayanya saya seorang kaunselor perkahwinan atau seorang pakar rumahtangga bahagia. Sebetulnya tidak. Saya bukan sesiapa dalam bidang perkahwinan. Tidak layak saya memberi nasihat perkahwinan kepada sesiapa. 3. Mungkin pengalaman sendiri bergelar isteri selama 34 tahun kepada suami saya Dzul. Saya kongsikan pendapat dan pengalaman sendiri kepada Puan isteri yang bertanya. Mungkin tidak sesuai dengan situasi atau pandangan peribadi anda. Kerana pandangan setiap orang itu berbeza. Saya berharap beliau membaca posting ini. Moga ada kebaikan. 4. Sejak awal bernikah, saya menanam mindset ini dalam hal ketaatan kepada suami. Kerana dari awal berkahwin, dalam beberapa aspek saya melihat perbezaan saya dan Dzul. Keluarga saya lebih senang berbanding keluarga Dzul, saya guru graduate sedangkan Dzul berkelulusan guru Maktab Perguruan ketika itu. (Selapas berkahwin barulah Dzul menyambung pengajian degree dan master di UPM). Gaji saya jauh lebih mahal darinya ketika itu. Watak dan perangai juga berbeza. Saya cakap banyak dia pula sangat pendiam. Saya lebih menonjol, Dzul lebih suka berperanan di belakang tabir. Pendeknya saya sedari dari awal tentang perbezaan latar belakang, watak dan karektor antara kami. 5. Tetapi untuk taat kepada suami, saya tidak melihat siapa orangnya. Taat kepada suami adalah perintah Allah. Sangat besar tuntutan ketaatan itu. Maka jika kita ingin taat kepada Allah, maka jangan lihat suami kita itu. Tetapi lihatlah Allah yang memerintahkan kita taat kepada suami. Perintah itu dari Allah Yang Maha Besar. Diri kita dan suami kita hanyalah hamba. Namun tiada ketaatan membuta tuli. Selagi suami tidak mencedera atau mendera kita mental atau fizikal, tidak terlibat dengan najis dadah, tidak melakukan maksiat, tidak terlibat dengan arak atau terlibat perempuan lain secara salah, maka jalan kebaikan untuk membetulkan rumahtangga kita masih ada. Di sinilah peranan kita sebagai isteri solehan. 6. Jika kita melihat kepada suami, agak susah untuk taat. Kerana dia manusia yang banyak kelemahan. Solatnya masih lambat, buat kerja slow, cakapnya tak sama dengan kata, kerjanya tak beres, gajinya tidak seberapa, sikapnya jauh beda dengan kita, suka tidur, banyak malas dan mahu bersenang sahaja contohnya, disuruh buat apapun tidak mahu membantu, keras kepala, nafkah pada kita pun masih culas, akhlakpun tak bagus sangat, selalu tidak jujur dan sebagainya. Itu antara contohnya. Masih ramai yang merasa begini… “Apakah isteri masih wajib taat kepada suami sedangkan suaminya begini begini begini begini…ya dengan seribu satu kekurangannya.” 7. Sikap saya dari awal pernikahan kami 34 tahun lalu.. Jangan lihat suami kita. Jangan lihat dia. Tetapi lihatlah Allah yang mahu kita taat kepadanya. Jika melihat suami kita semata-mata, susah untuk kita taat kepada suami kita. Kenapa? 8. Ya jika taat kepada ibu ayah sebetulnya jauh lebih mudah. Kerana mereka yang melahirkan kita, membesarkan kita, merawat, mendidik dan berkorban untuk kejayaan dan kesenangan kita. Itu dengan ibu ayah yang kita lihat sedari awal kehidupan kita. Mudah untuk kita taat kepada mereka. 9. Tetapi ketika mahu taat kepada suami, itu tidak mudah jika kita tidak faham dengan kefahaman yang benar.
Show all...
Kerana kita sudah dewasa, berkelulusan tinggi dengan ijazah, master atau PhD, mempunyai kerjaya yang selesa, gaji yang mahal, mempunyai rumah atau kereta sendiri, mempunyai bisnes sendiri, ada pangkat atau pengaruh, apa lagi jika kita mempunyai mindset bahawa suami yang menumpang kesenangan hidup dengan kita, mempunyai kefahaman kita sendiri, apa lagi jika kita merasa boleh hidup berdikari tanpa suami. Tidak mudah untuk kita taat kepadanya. Ketika diminta taat kepaa suami, agak susah di sana. 10. Belum lagi dikira campurtangan syaitan iblis yang mahu merosakkan kita, menghancurkan rumahtangga kita, menjadikan kita isteri yang engkar, melawan suami, syaitan yang mahu kita menjadi kawannya, mahu kita bercerai berai, mahu kita bergaduh setiap hari. Apa bisikan-bisikan syaitan di telinga kita… “Rugilah kamu dapat suami seperti dia.” “Tak payah ada suami pun takpa jika begini hidupmu, kamu boleh hidup jauh lebih berjaya jika kamu bebas dari suami begini.” “Ramai lagi lelaki lain yang akan menghargaimu, cari yang baru. Tinggalkan suamimu sekarang.” “Buat apa taat kepada suami begitu, nafkahnya culas, pentingkan diri sendiri, solatpun buat ala kadar, akhlakpun bukan bagus sangat, ramai lagi lelaki yang lebih baik ada di luar sana.” “Kamu yang menyenangkan suamimu. Dia yang menumpang kejayaan kamu. Gajimu lebih mahal, keretamu lebih besar, kamu lebih hebat.” Ini semua perangkap syaitan yang masuk kepada hati isteri. 11. Nanti perasaan itu akan ditransfer pula kepada suami. Maka kita mulai rasa tidak wajib taat kepadanya, mengabaikannya, tidak menghormatinya, bercakap kasar dengannya, mengungkit-ngungkit gaji kita, atau mengungkit pemberian suami kepada kita, menyakitkan hatinya, membelakangkannya dalam urusan hidup kita, tidak memohon izinnya dalam keperluan kita dengannya, merendah-rendahkannya konon dia menumpang kesenangan kita. Lebih malang lagi apabila kita mulai membayangkan bahawa kita boleh hidup tanpanya, suami kita tidak memberi kebaikan dalam hidup kita, mulai angkuh dan sombong kepada suami. Dan mulai menyebut perkataan cerai kepadanya. Masyaallah. 12. Jika ditanya kepada saya… “Dalam tempoh 34 tahun berkahwin, apakah suami saya mempunyai banyak kelemahan?” Jawab saya.. “Ya sangat banyak kekurangannya, sebanyak bintang di langit.” Ditanya lagi… “Apakah suami saya memiliki kelebihan? Jawapan saya.. “Sangat sedikit, seumpama matahari yang hanya satu sahaja.” Ditanya pula… “Jadi mengapa kamu sangup setia dan taat bersamanya selama 34 tahun? Sangat lama tu.” Jawapan saya simple… “Kerana ketika matahari terbit dan memancarkan sinarnya, bintang-bintang di langit itu tidak kelihatan. Saya tidak nampak langsung.”💖💖💖💖💖 13. Tidak bermanfaat kecantikan isteri tanpa agama, tidak bermanfaat harta isteri tanpa agama, tidak bermanfaat keturunan hebat si isteri tanpa agama. Dan agama itu wajib disertai dengan akhlak yang mulia kerana jalan kehidupan perkahwinan itu sangatlah panjang. Semua keperluan, pergaulan dan kasih sayang yang berterusan dalam perkahwinan itu memerlukan motivasi dan inspirasi yang keberlangsungannya wajib dibangunkan atas nama agama dan akhlak yang baik. Jika rumahtangga selalu dipenuhi suara yang keras, lantang lagi kasar, bentakan dan amukan, pukulan, meninggikan suara di hadapan suami, isteri atau anak-anak, ketahuilah bahawa rumahtangga kita sedang semakin jauh dari kebaikan dan rahmat. Sebaliknya kelembutan, berhemah dan berhikmah, saling mengasihi, saling ada belas kasihan, saling berkorban, akan didekatkan dengan kebaikan dan kerahmatan. Hati sejuk, harmoni dan damai di antara suami isteri. 14. Dalam perkahwinan terlalu banyak halus dan seninya. Sederhanakan pengharapan kita kepada pasangan, tinggikan kesabaran, rendah dan kecilkan ego sendiri, perbanyakkan syukur, berhenti menuntut hak tetapi memberilah hak kepada pasangan sama ada suami atau isteri. Mulailah memenuhi kewajipan dan tanggungjawab kita. Peliharalah lisan kita. Belajar memuliakan pasangan kita walau kita jauh lebih tinggi darinya, berusahalah merendah diri.
Show all...
Perbesarkan niat bahawa rumahtangga kita mesti menjadi sebuah pernikahan yang dipandang Allah, bukan dipandang manusia. 15. Ujian sepanjang pernikahan itu tetap ada. Akan selalu ada rasa kecewa dan bahagia, di sanalah kita wajib membesarkan rasa syukur ketika Allah memberikan kebahagiaan. Dan bagaimana meningkatkan rasa sabar serta mempertahankan tali kesucian perkahwinan yang telah halal itu. Rumahtangga tidak akan menghasilkan buah yang ranum dan manis kecuali adanya semangat perjuangan, keserasian dan kebersamaan keduanya membangunkan kasih sayang dan cinta. Dan ia mesti dibina berterusan agar perkahwinan boleh terbang tinggi dan tidak terjatuh ketika menghadapi gelombang kehidupan. 16. Ada yang bertanya saya…. “Puan Faridah pernah bergaduh atau bertengkar? Nampak macam serasi setiap masa? Macam tidak pernah ada masalah. Selalu berdua-duaan ke mana sahaja. 😄 😅😅😅😅Ha ha ha, ketawa saya. Mana mungkin tidak pernah ada duri dan kaca yang tertusuk kaki dan hati dalam rumahtangga. Mustahil kan. Sama juga dengan perkahwinan kami. Tetapi saya sentiasa ingat pesanan aruah bonda saya. Katanya pantas saja bagi seorang isteri mendapat jaminan syurga jika… Memilih diam jika suami mengangkat suara walaupun hal itu tidak mudah. Biarkan dia berbicara dahulu, selepas sejuk dan dia diam, barulah kita terangkan hal perkara sebenar. Memilih patuh kepadanya ketika suami memberi keputusannya. Walau tidak sama dengan kehendak kita. Memilih sabar ketika suami banyak kekurangannya. Lihatlah kekurangan diri kita yang diterima oleh suami. Kita bukan sempurna. Kekuarangan kita disempurnakan oleh suami. Berterima kasih kerana suami juga menerima segala kelemahan dan kekurangan kita. Memilih setia ketika suami didatangi ujian yang menguji. Sabar ketika suami mengalami kepayahan dalam hidup. Walaupun tidak mudah. Memilih bersetuju dengan pilihan suami walaupun itu tidak mudah. 17. Ingat, jika seorang isteri diperintahkan untuk mentaati suami dan mencari keredaannya, maka suami pula diperintahkan Allah untuk berbuat baik kepada isterinya dengan sebenar-benar kebaikan. Jangan sesekali membandingkan perkahwinan kita dengan pernikahan orang lain. Setiap perkahwinan mempunyai ujian yang berbeza. Ada kelebihan dan kesulitan yang berbeza pula. Nabi Muhammad SAW bersabda… “ Wanita mana saja yang meninggal dunia lalu suaminya reda kepadanya, maka dia akan masuk syurga dari pintu syurga yang dipilihnya.” (Riwayat Tarmizi) 18. Kebahagiaan suami isteri tidak akan wujud kecuali dengan saling bersabarnya mereka berdua terhadap kekurangan yang lain, dan saling tolong menolong mereka dalam kebaikan serta mendidik anak-anak mereka. Kepada Allah jua kita memohon pertolongan. Allah akan senyum ketika melihat seorang isteri yang selalu mendampingi suami tidak hanya ketika suaminya gembira. Mulianya seorang isteri ketika dia tetap setia mendampingi suaminya walau ketika suaminya berduka ditimpa kesusahan. Teduhnya jiwa isteri akan nampak nyata ketika dia berusaha menghiburkan suaminya, memberi semangat dan mendorongnya untuk terus berusaha menyelesaikan apa jua persoalan hidupnya, kerjayanya, bisnesnya. Jika bukan isteri, siapa lagi? Itulah sebuah pelajaran berharga untuk saya sendiri pada saat Dzul mengalami ujian dalam hidupnya. 19. Bagi isteri, berusahalah untuk menjauhi tiga perkara ini.. Pertama, mengingkari segala kebaikan suami. Kedua, sentiasa mengeluh ketika kepenatan menguruskan tugas rumahtangga dan anak-anak. Ketiga, menggunakan lisan kesat, kasar dan melaknat dalam bahasanya dengan suami dan anak-anak. Kerana tiga perkara ini akan membinasakan kerahmatan bagi seorang isteri mulia, memusnahkan keberkatan dari Allah bagi seorang isteri dan menghilangkan kenikmatan jiwa bagi seorang isteri serta menghapuskan segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh seorang isteri kepada suaminya. 20. Sebaliknya kita akan menjadi isteri yang paling bahagia dan diberikan segala kebaikan dengan melakukan tiga hal ini iaitu… Pertama, hati yang sentiasa bersyukur Kedua, lisan yang sentiasa berzikir dan berterima kasih kepada suaminya
Show all...
[[Sekurang-kurangnya 17 kali sehari menipu Allah]] Setiap hari kita sebagai Muslim akan membaca di dalam solat Surah Al-Fatihah kerana ianya rukun qauli solat di sisi mazhab Al-Syafie. Justeru paling minima kita akan baca ialah sebanyak 17 kali sehari semalam jika tidak mengerjakan solat sunat yang lainnya. Dan di dalam ayat 5, surah Al-Fatihah, kita akan menyebut; إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ "...Hanya kepada Engkau Kami beribadah atau sembah dan Hanya kepada Engkau kami berdoa..." (Al-Fatihah: 5) Perkataan إِيَّاكَ sebelum نَعْبُدُ menunjukkan hanya khusus kepada Allah sahaja pengabdian, ibadah atau sembahan itu dibuat. Namun realiti dalam kehidupan, kita akan menyembah kepada selain Allah di mana-mana sahaja kita berada. Kita mungkin akan menyembah duit, pangkat, harta, kedudukan, wanita, cinta, pekerjaan, kuasa, politik dan sebagainya. Kita akan patuh dan tunduk kepada selain Allah kerana lutut kita lemah ketika berhadapan dengan kuasa dan pangkat, wang atau berhadapan dengan keperluan hidup. Kita sukar menyakini rezeki kita, takdir kita sudah ditetapkan oleh Allah. Begitu juga ketika berharap dan berdoa, إِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ Hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan itu hanyalah slogan. Realiti ramai di kalangan kita khususnya ahli persatuan "mawjud bila makan" cepat sekali menghurungi kubur, gunung Jerai, makam-makam tok wall-E seperti lalat untuk berdoa memohon bantuan dari orang mati dan habib-habib mereka. Seolah-olah ayat إِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tidak wujud dalam bacaan solat mereka.... Sumber : fb Emran Ahmad Juk follow t.me/basyeer247
Show all...
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗

https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

Photo unavailableShow in Telegram
Show all...
HARI INI HARI TERBAIK MEMAHAMI PERISTIWA LAUT MERAH Sekurang-kurangnya ada empat fakta penting perlu diketahui telah berlaku pada hari Allah selamatkan Bani Israil dari regim Firaun di Laut Merah. 1. Pemimpin Bani Israil menyatakan Musa membawa mereka kepada kematian apabila sampai di Laut Merah. 2. Jalan dalam perut laut dikeringkan untuk memudahkan larian atau berjalannya ratusan ribu Bani Israil. 3. Laut Merah terbelah. Bani Israil merentasinya. Kemudian dikekalkan Allah untuk memerangkap regim Firaun memasukinya. 4. Taubat Firaun tidak diterima dan tubuhnya diapungkan ke daratan. Berdasarkan empat fakta di atas, terdapat empat "kamera" utama dalam al-Quran yang merakamkan peristiwa tenggelamnya Firaun di laut merah. 1. Surah al-Shu'araa (surah 26, ayat 62, halaman 370). Antara keunikan rakaman dalam surah ini ialah ucapan Ashab Musa yang sangat berpengaruh dalam Bani Israil dan boleh melemahkan iman kesemua kaum baginda. Fakta ini tidak terdapat dalam mana-mana surah melainkan dalam surah ini. 2. Surah Taha (surah 20, ayat 77, halaman 317). Antara keunikan rakaman dalam surah ini ialah jalan dalam perut laut Merah dikeringkan Allah. Fakta ini tidak terdapat dalam mana-mana surah melainkan dalam surah ini. 3. Surah al-Dukhan (surah 44, ayat 24, halaman 497). Antara keunikan rakaman dalam surah ini ialah laut Merah yang telah terbelah, Musa diperintahkan Allah untuk membiarkan laut itu kekal sebegitu untuk menyebabkan Firaun dan tenteranya pula masuk. Fakta ini tidak terdapat dalam mana-mana surah melainkan dalam surah ini. 4. Surah Yunus (surah 10, ayat 90-91, halaman 219). Antara keunikan rakaman dalam surah ini ialah Firaun cuba melafazkan taubat hanya untuk mengelakkan dari maut mendatanginya. Fakta ini tidak terdapat dalam mana-mana surah melainkan dalam surah ini. Kekadang, kita hanya fokus pada menghimpunkan babak-babak ini lalu disatukan dalam satu kronologi. Harusnya kita bertanya juga mengapa agaknya babak-babak yang spesifik itu dirakamkan dalam surah yang berbeza-beza sedangkan ia boleh dihimpunkan dalam satu kronologi sahaja dan dimuatkan dalam satu surah sahaja. Apa agaknya tema surah-surah ini sehingga ia mencorak babak spesifik mana di Laut Merah itu yang dipilih Allah untuk berada di dalamnya ? Saya usahakan pencerahan hanya dengan quwwah dan ilham dari Allah jua. Sumber : fb Ust Syaari Ab Rahman Jum follow t.me/basyeer247
Show all...
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗

https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.