en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 759 subscribers, ranking 963 in the Family & Children category and 2 333 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 759 subscribers.

According to the latest data from 24 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -142 over the last 30 days and by -1 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.89%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.14% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 613 views. Within the first day, a publication typically gains 338 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 25 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 759
Subscribers
-124 hours
-277 days
-14230 days
Posts Archive
2 video mengenai konflik / gaduh adik beradik:- . 1. Anak Bergaduh, Cuba 3 Langkah Ini https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/365644490775114/ . 2. Selalu Menangkan Adik, Apa Kesannya ? https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1231380120369903&id=477691842405405 ... Jaga kesihatan diri dan sekeluarga ya Care ❤, Maznah Ibrahim ....... T.mazn.me/chan ............................... Webinar Buli: Luka Yang Tak Nampak sudah dibuka pendaftarannya, segera daftar agar tak ketingalan lagi ya, sudah lebih 700 orang mendaftar 😍👏👍🏼 https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t

Audio Post #18 #Breakthecycle dalam Parenting kita sehari-hari. . . https://open.spotify.com/episode/2Dm4c2FelVsfjKa2gF0c01?si=usjcgg3SRAW-uiqH6XyHCA

Jaga kesihatan diri dan sekeluarga ya Care ❤, Maznah Ibrahim ....... T.mazn.me/chan ............................... Webinar B
Jaga kesihatan diri dan sekeluarga ya Care ❤, Maznah Ibrahim ....... T.mazn.me/chan ............................... Webinar Buli: Luka Yang Tak Nampak sudah dibuka pendaftarannya, segera daftar agar tak ketingalan lagi ya, sudah hampir 700 orang mendaftar 😍👍👏 https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t

Ramai mengadu rasa kesal atas kesilapan lalu dengan anak sewaktu kecil, Dan kini sedang menanggung kesannya. Namun ramai juga yang tidak sedar keterkaitannya malah menafikan kepentingan pembentukan, pengasuhan anak dahulu dengan kesan mereka alami kini. Bukanlah kita sebagai Tuhan yang memberitahu "Ya anda bersalah" kerana hakikatnya ramai sebenarnya tidak tahu cara itu kurang sesuai pada ketika itu. Ilmu yang sampai pada kita kini tidak sampai dahulu kepada diri kita (dulu) atau kepada ibubapa dan tok nenek kita (dahulu). Jadi, maafkanlah diri dan bergeraklah ke hadapan, Atas nama Tuhan Yang Maha Mengampuni dan sentiasa memberi ruang untuk baiki diri, Mari kita bersama berada di atas landasan menuju redha Ilahi, Dan dunia ini hanya singgahan sahaja. Maka apalah sangat nak berlama-lamaan dalam kekesalan yang tak kesudahan. Bangkit ok ❤👍🦾. Care ❤, Maznah Ibrahim ....... T.mazn.me/chan ............................... Webinar Buli: Luka Yang Tak Nampak sudah dibuka pendaftarannya, segera daftar agar tak ketingalan lagi ya, sudah hampir 500 orang mendaftar :). https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t

photo content

BULI Responlah sebanyak mana emosi anak semasa mengadu kepada anda, Katakan dia memberitahu dengan sungguh-sungguh "Mama tadi kan A pukul Abang!" Beri perhatian dengan respon sungguh-sungguh: "Iyer.. ok lepas tu?" (Minima perkataan, dan menggalakkan anak bercerita lagi) Kerana, hakikatnya waktu kecilnya kepada anda sajalah dia akan bercerita, Besarnya nanti ibubapa akan mula menjadi 'pilihan akhir' untuk mereka beritahu. . Maznah Ibrahim https://maznahibrahim.com/buli-anak-perlu-didengari-dan-dibantu-sejak-awal-usia/

Something to ponder.... Care❤, Maznah Ibrahim ............................... T.mazn.me/chan ...............................
Something to ponder.... Care❤, Maznah Ibrahim ............................... T.mazn.me/chan ............................... Webinar Buli: Luka Yang Tak Nampak, segera daftar agar tak ketingalan lagi ya: https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t

Kita Sering Tersilap Melabel Anak, Kini tiba masanya kita melihat dari sudut pandang anak dan membantu, bukan menambah 'permasalahan'/isu yang sedia ada. Apakah 14 sikap anak yang sering buat kita hilang sabar dan bagaimana mengubah persepsi kita? https://maznahibrahim.com/14-sikap-anak-yang-sering-buat-kita-hilang-sabar/

- boleh ke aku buat, nanti silap kang? jatuh kan? sakit kang? (segala yang buruk tu dari ayat kita jika kita sering ucapkan ayat menakut-nakutkan untuk halang dia cth: jangan panjat nanti jatuh). . 3) jadinya dia memang terhalang dari lakukan sesuatu yang dia berhasrat awalnya nak buat (anak kecil otak kanan akan redah sebenarnya), . dan jadilah ragu-ragu, yang mana, mahukah kita, anak kita menjadi seorang dewasa yang tidak yakin diri, dan sering ragu-ragu? Belum cuba sudah fikir dan rasa negatif. Jadi tak buat langsung pun. Ramai tak di kalangan kita macam ni? Ada kemungkinan masa kecil usia 2-3 camtu dihalang lakukan banyak perkara sehari-hari... Gosok gigi, mandi, panjat, makan sendiri. dll. . 4) Jadi, lepas ni, bantu dan beri ruang peluang, puji saja usaha mereka. 😍 OK. Kita juga sebagai manusia bila terniat terdetik nak lakukan sesuatu dan diizinkan, disokong, dan bila dah buat orang puji kita berjaya lakukan ia, wah bukan kah kita juga rasa semangat nak cuba lagi? Berkobar-kobar, kan heheheh. . . Refleksi, Maznah Ibrahim. Video 1: Khairunnisa' dulu semasa usia 2; "Mummy Adik berjaya gunting". https://fb.watch/31XWA8zW4t/ Video 2: Yumna kini pula usia 2 tahun dan guntingnya. https://fb.watch/31XYi61VZP/ Video Fateh usia 2 menggunting pun ada cuma tak termampu mencarinya lama dah. . Telegram Channel parenting dan psikologi anak di sini: T.mazn.me/chan

Macam Mana Nak Dorong Anak Jadi Yakin Diri? =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=- Ramai tanya soalan mengenai nak jadikan anak yakin diri. Di sini saya kongsikan 3 perkara yang boleh kita mulakan walau berapa pun usia anak kita (bonus untuk yang ada anak kecil). . 1. Kita Jadi/ Buat Apa Yang Kita Nak Anak Jadi / Buat. Kita yakin diri dan anak akan mudah tiru. Kita bercakap dengan yakin dan jelas kepada apa yang kita nak capai. Anak nampak dan senang tiru. Kita lakukan sungguh-sungguh apa yang kita yakinkan itu dan anak nampak usaha kita dan hasil kita. Kita ucapkan syukur dan proud (bangga positif) atas keyakinan diri hingga berjaya laksanakan apa-apa itu. . Suami saya selalu berkata, jika kita nak anak jadi kelakar, tak serius sangat, fun dan menyenangkan, kita jadilah seperti itu. . Kita mahu isteri/suami kepada anak kita tak stres sangat dengan anak-anak kita, biar mereka gembira memiliki pasangan yang menyenangkan hati, lawak / gembira, dan ciri positif lain, maka mulakanlah dari sekarang heheh. . 2. Kita letakkan keyakinan kita kepada keinginan anak; Ingat post semalam dalam poem oleh Dorothy Law Nolte; 'If children live with acceptance, they learn to love, If children live with approval, they learn to like themselves, If children live with recognition, they learn it is good to have a goal." Anak memang ada keinginan, banyak. Mereka memerlukan dorongan dan keyakinan dari kita yang YA mereka boleh lakukan. Dan ini amat lah tipikal untuk anak usia 2. . 3. Bilakah bermula anak yakin diri? Ketika itulah waktu paling baik nak pasakkan dalam-dalam, kuat-kuat ciri itu. Sebenarnya masa fasa autonomi itulah yang anak sudah mula menunjukkan keyakinan diri tanpa had (atau ketakutan tak berjaya). Ada anak seawal usia 1 tahun sudah berani dan macam-macam lakukan sendiri. Kebanyakannya usia 2 yang kita rasa mencabar dan sukar itulah yang merupakan momen paling baik untuk kita pasakkan keyakinan dalam dirinya, sebab dia sendiri memang yakin pun dengan dirinya. 😁😅. Saya update post ini dengan tambah di atas dan ambil semula video lama Khairunnisa' semasa usia 2 tahun dengan guntingnya. Dengarkan skrip dia sendiri sebut; . "Mami, Adik berjaya gunting !". (dengan bangganya, hmm yakinnya dia ya). . Dari mana rasa percaya itu boleh timbul? Sebenarnya saat sebelum itu, saya raikan skil menggunting kecil dia - . "Waah, Adik berjaya gunting" (walau of course tak sempurna, tetapi semangat mencuba dan diberi peluang itulah yang kita nak 'grab the chance' tu. . Kan? Sejibik ayat dia sebut sendiri. Saya tambah satu lagi video Yumna pula kini sedang fasa usia 2 dia, selamba relek aja dia guna gunting besar ke, kecil ke, dia ok, sebab dah selalu guna. (ini bukan untuk menunjuk apa ya, ini untuk buktikan budak usia 2 semuanya mampu untuk gunakan alatan seperti ini). , 4. Anak kita dan usia 5,6, 7 tahun. Bagaimana puan? Tak apa, kita raikan minat dan sedikit keyakinan serta kemahuan dia akan sesuatu perkara. Ingat ayat poem Dr Dorothy tadi tu, accept, approve dan recognise. Jadi usia 5 nya dia teringin nak bercakap dengan guru, katakan Mama yakin abang boleh beritahu guru abang nak ke tandas (keyword 'Mama YAKIN'). InsyaAllah boleh pastinya. Usia dah 10-12? Apa dia minat? Cuba berikan dulu dan beri dia alami rasa sukses itu dulu, dengan bantuan. Anak mahu belajar cara melukis di komputer. Ok ayah ajarkan, Anak cuba, sebab perisian mudah dan ayah plan bagi berjaya. Beri pengalaman berjaya pertama kali itu untuk mendorong kejayaan seterusnya. InsyaAllah BOLEH. . *Nota Tambahan . 1) Fikirkan, Rasakan, Ucapkan yang baik-baik kepada anak, exactly sama seperti apa yang kita mahu dia jadi fikir, rasa dan ucap juga. . 2) Peringkat usia 2 ialah autonomi, iaitu buat cara sendiri, dan egosentrik bermula, dia saja betul dan dia saja punyai semua. . Namun, sebalik dari ini, jika dihalang, dan atau dimarahi, boleh membentuk rasa 'ragu-ragu', .

Untuk renungan kita bersama. Di dunia bagaimanakah anak kita hidup sehari-hari ? ❤, Maznah Ibrahim Telegram channel 'positive
Untuk renungan kita bersama. Di dunia bagaimanakah anak kita hidup sehari-hari ? ❤, Maznah Ibrahim Telegram channel 'positive parenting' dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

Luka Yang Tak Nampak: Buli Di Kalangan Adik Beradik Konflik di kalangan adik-beradik adalah satu fenomena biasa dan hampir setiap adik-beradik akan mengalaminya. Namun ada juga konflik berpanjangan sehingga amat melukakan dan sama ada menjauh diri, pendam (pasif) atau lebih agresif (percakapan, perbuatan keras/kasar) kepada satu pihak lagi. Memahami psikologi yang membuli dan yang dibuli, secara kontekstual boleh membantu ibubapa mengendalikan situasi ini dengan lebih baik, bermula dari rumah, dan mengelak 'luka' berpanjangan hingga mungkin akan menyukarkan kehidupan kita sebagai ibubapa tua kelak kepada anak dewasa. Selain itu skil cegah dan hadapi buli boleh digunakan oleh anak sewaktu di taska/tadika/sekolah agar mereka juga mampu hadapi dengan asertif kepada pelaku. Tarikh: 22 Januari 2021 Hari : Jumaat Masa : 9.30 malam Lokasi: Webinar Room Tertutup (link diberi di email) Pengisian: 1. Saya akan berkongsi buku kanak-kanak bertajuk 'Bully' bagi memberi kefahaman kepada ibubapa akan aspek psikologi di sebalik yang membuli dan dibuli, serta tindakan yang boleh dilakukan oleh anak yang dibuli; 2. Resolusi untuk ibubapa lakukan atau latih anak; ia meliputi sudut dua pihak iaitu pelaku dan diperlaku dari segi teknik komunikasi, tips, dan amalan berkaitan. . . Hasrat saya, mudahan kefahaman, strategi dan teknik yang dikongsikan ini nanti boleh :- i) meningkatkan kefahaman ibubapa akan perspektif konflik dan buli adik beradik ii) memberi idea kepada ibubapa dari segi 'tools' untuk pengendalian konflik anak-anak di rumah; iii) secara tidak langsung boleh membantu mencegah luka anak lebih mendalam, dan anak-anak kekal baik hingga dewasa walau kerap bergaduh sekarang, dan iv) anak-anak kita ada skil cegah buli, tahu nak buat apa ketika menghadapi situasi buli di luar lingkungan rumah kelak :) Nilaian: Tidak Terhingga ;) Untuk Anda Semua: Percuma Akses Rakaman : 3 hari ....................................................... Bantu saya sebarkan kepada seramai mungkin mudahan kita semua akan bersama-sama bergerak ke arah pemangkin kepada kesihatan mental yang baik untuk dunia akan datang. Link daftar di sini ya: https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t . P/S: Jangan terlepas peluang ya, sebab biasanya yang terlepas akan menyesal dan bertanya bila lagi saya nak buat tajuk sebegini ;)

photo content

Kenapa Kita Kekal Amal Positive Parenting Walau Banyak Cabarannya ? https://open.spotify.com/episode/6cyzZ64UJMQSONStrYWJaH?si=GOb1zK3_QGGI6NLww2GYJw

Strategi Penat Emosi Agar Kita Ringan Emosi, Memerlukan strategi yang mudah, namun berkesan, kerana ia tepat. Hanya perkuatkan aktiviti yang PENTING, dan bukan lakukan apa yang kelihatan 'urgent'. Sesuatu yang PENTING sebenarnya amat mudah dilakukan cuma perlu prioritikan sahaja. Ia tak beri kesan sekarang serta merta namun ia beri kesan kemudian nanti, secara jangka masa panjang. Renungkan 2 S kita saja: Senaman dan Spiritual, cukupkah? Kita kerapkali 'react' kepada agenda orang lain, Hingga mengabaikan apa yang sangat penting dalam aktiviti seharian kita. Maka jadilah kerja kita tak selesai pula. Aktiviti yang nampak remeh dan kecil namun ia sebenarnya amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kita, emosi kita dan kestabilan diri kita seluruhnya. dan punca kepada kestabilan emosi dalaman kita. Cuba ya. Care❤, Maznah Ibrahim Telegram Channel: T.mazn.me/chan ................................... P/S: Webinar Penat Emosi akan dibuka semula, bertarikh 20 Februari 2021 (Sabtu, 9 pagi) dan peserta Webinar Dengarlah Anakku telah ada yang berjaya mendaftar. Nantikan saya buka link untuk yang lain ya 🙂 Webinar percuma bulan ini kita akan fokus kepada memahami buli, dan tangani dari rumah (konflik adik beradik). InsyaAllah ia akan berlangsung pada 22 Januari 2021, Jumaat 9 malam insyaAllah. Nantikan saya buka link pendaftarannya dalam masa terdekat.

photo content

photo content

WEBINAR PERCUMA PENGURUSAN MASA HARI INI 🤔Selalu rasa tak cukup masa? 🙄Apa yang dirancang selalu tak jadi? 😪Kerja siap tapi selalu tak capai target?.. Ini semua adalah tanda-tanda kita sedang menuju kepada kegagalan. "If you fail to plan, you are planning to fail!" kata Benjamin Franklin. Banyak peluang yang kita terlepas dan masa yang terbazir kerana pengurusan masa kita yang tidak efektif. Tahukah kita, ada beberapa surah dalam AlQuran, Allah gunakan masa sebagai pemula firman. ⏰Surah Al-Asr ⏰Surah Al-Layl ⏰Surah Ad-Dhuha Semua ini menggambarkan betapa pentingnya menguasai skil pengurusan masa yang baik. Mari kita layari tahun 2021 dengan lebih sistematik dan capai impian-impian kita dengan cemerlang melalui teknik-teknik pengurusan masa yang betul. Dengan itu iReal Academy Sdn Bhd dengan kerjasama IQI iRealty Group berbesar hati menjemput, Tuan Zuhairi Nopiah yang berpengalaman lebih 20 tahun akan berkongsi panduan dan tips mudah dalam mengurus masa. Luangkan sedikit MASA anda untuk pelajari teknik efektif menguruskan MASA pada: Tarikh : 14 Januari (Khamis) Masa : 10.00am - 1.00pm Lokasi : Webinar Zoom Nak join? Klik link Pendaftaran ini sekarang ya.👇👇 https://zoom.us/meeting/register/tJYqdu-orT0vGtes0hU8sCW00MzL-suetN9A Penyertaan PERCUMA dan TERHAD untuk mereka yang terawal sahaja ya. Jumpa di sana! #SebarkanKebaikan

Tambahan jawapan kepada pembentukan sikap, karektor bercakap benar mulai anak usia 2-6 tahun nanti. Terima kasih Pn Anie ya.�
+1
Tambahan jawapan kepada pembentukan sikap, karektor bercakap benar mulai anak usia 2-6 tahun nanti. Terima kasih Pn Anie ya.😊😊👍

Geram dan Pening Bila Anak Usia 2 Tahun Bercakap Tidak Benar atau Tidak Mengakui Perbuatan Silapnya? https://maznahibrahim.co
Geram dan Pening Bila Anak Usia 2 Tahun Bercakap Tidak Benar atau Tidak Mengakui Perbuatan Silapnya? https://maznahibrahim.com/geram-dan-pening-bila-anak-usia-2-tahun-bercakap-tidak-benar-atau-tidak-mengakui-perbuatan-silapnya/