TIPS TIDUR KUALITI ANAK:
☑Mula masuk katil/bilik tidur untuk Tidur selepas solat isya',
☑Adakan rutin momen istimewa seperti bacakan buku, storytelling sendiri, golek golek gelak main dsb (tangki layanan dan masa istimewa),
☑Doakan untuk anak, beri dia dengar (tangki perkataan baik)
☑Sebutkan apa mahu dia jadi esok (tangki perkataan baik /hypnoscript),
☑Temani dia tidur bersama (tangki masa istimewa),
☑Gelapkan seluruhnya bilik agar gelombang otak tak terganggu, dengan tiada hp/laptop charging,
☑Pasangkan alunan surah Al Mulk dengan amat perlahan,
☑Cium dahi dan peluk mereka (tangki sentuhan)
.
.
.
.
Macam Mana Nak Buat Anak Kecil Tidur Awal
================================
Bila anak taknak tidur, mulalah kita pun nak jadi naga / raksaksa hijau dah.
Fahami berapa jam anak kecil perlu tidur, ikut usia:
(
https://www.babycenter.com/0_how-much-sleep-do-babies-and-toddlers-need_7645.bc)
.
Sebaiknya latih anak kecil anda tidur awal bermula seawal usia 2 bulan, teringat anak sulong saya dulu mula tidur pukul 7.30 pm kemudian meningkat ke 8.30 malam dan kini pukul 9.30 malam. Adik-adiknya menurut sama gaya 😄 (Alhamdulillah).
Ia jadi mudah untuk malam tidur panjang (jika bayi 4 jam straight dikira tidur panjang) dan siang berjaga dengan 1-3 kali nap ikut keperluan mereka. Ada yang jenis tak nap siang dan malam terus tidur lama.
.
*Nap anak kecil 1-3 kali, ikut usia, manakala orang dewasa 1 kali untuk 27 min tidur tengahari = 33% kualiti tidur malam nanti * sumber rujukan OCOC Dr Rizal
.
Harus diketahui pattern tidur anak juga dipengaruhi oleh cara gaya tidur ibu semasa mengandung. Jadi, usahlah marah anak tidur lewat jika kita sendiri jenis tidur lewat orangnya.
.
Dan tidur yang cukup pada waktu malam banyak bantu perkembangan otak anak dan kita, dari sudut emosi dan fizikal. Sains tidur menunjukkan pada waktu tidur berlaku detox toksin yang terbaik untuk otak manusia.
Beberapa tips asas dari saya :-
.
1)✓ Biasanya, sibukkan anak anak dengan kepenatan waktu petang melalui aktiviti fizikal, agar malam tidur awal, lepas Isya'. Matahari petang sebenarnya amat baik sebab beri / bantu rembes hormon gembira serotonin untuk manusia, elak depress.
.
Tidur selepas Isya' juga baik untuk orang dewasa bagi bangun malam untuk ibadah sunat lain dan kerja rumah lain.
.
2)✓ Key nya tidur awal, untuk bangun awal. Kenapa penting bangun awal ? Sebab banyak aktiviti bermula selepas subuh, seperti ayat Al Quran, bertebaranlah kamu di muka bumi selepas solat (62:10). Sekolah juga banyaknya pagi. Malah tidur selepas subuh juga sangat tak baik untuk badan, otak dan kejayaan kerja yang melibatkan manusia lain di luar.
Jika anak anda bayi, fikir panjang kelebihan memulakan latihan ini sejak anak bayi agar anda suami isteri akan mudah handle anak usia 7 nanti bila dah sekolah formal.
.
3)✓ Malam tu mak teman sekali tidur si kecil. Lepas anak dah tidur kita bangun semula untuk selesaikan aktiviti rumahtangga. Anak kecil suka menurut cara orang dewasa, dan mahu 'sama'.
Jika mak ayah sahaja suruh anak tidur awal tapi mak ayah sendiri sibuk bergajet/ ber tv, (nampak belum selesai aktiviti lagi), anak juga mahu sama macam mak ayah.
Jadi salah seorang mak ayah temani si anak sebentar. Anggap sedekah 1/2 jam berkualiti untuk bonding time dengan si anak anak, dapat selesaikan banyak isu masa yang lain.
.
4)✓ Harus difahami, biasanya anak kecil ni jika dah biasa tidur lewat memang akan lewat lah. Maksud, ia latihan makan masa, bukan terus jadi pada waktu anda mula train contoh usia 7 dah bersekolah formal. Kan mula dari bayi ? Jadi bagaimana nak strategi lagi nih ????
.
5)✓ Nak induce tidur awal tu, tips no 1 aktiviti fizikal petang wajib ada, dan masuk awal ke tempat tidur dalam 1/2 jam - 1 jam, dan beri aktiviti santai sambil baring (atau aktiviti lain secara duduk * untuk induce body ke baring untuk tidur), terbaik ialah STORYTELLING kisah kisah samada anda reka sendiri atau guna buku sahaja. Budak memang suka dengar cerita ceriti hehe.
.
So katakan nak dia tidur pukul 10 pm, anda dah macam ibaratnya ting ting ting annou