en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 001 subscribers, ranking 963 in the Family & Children category and 2 298 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 001 subscribers.

According to the latest data from 31 August, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -114 over the last 30 days and by -4 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 5.03%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.17% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 805 views. Within the first day, a publication typically gains 347 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 01 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 001
Subscribers
-424 hours
-227 days
-11430 days
Posts Archive
Kali kedua buat dadu emosi dan coping strategies wheel (kali pertama ialah tahun lalu, 2020, awal tahun) - ada peningkatan dari segi kefahaman dirinya mengenai emotions (dia panggil emojies) (more aware / alert - self awareness, dan emotional regulation) dan sekurangnya kita akan tahu, ada apa-apa momen? yang masih tersekat/tersimpan.. 😃 Alhamdulillah. *rupanya dia masih ingat/jealous pasal abang nya beg hijau tahun lepas sebab ada 3 zip dan dia nya 1 zip, kami dah selesaikan. *lain-lain semuanya diketahui sudah mengenai peel emosinya. https://www.youtube.com/watch?v=2XFPjQBqCmk

photo content

KITA TAKKAN SABAR SEHINGGA KITA FAHAM KENAPA DAN UNTUK APA KITA SABAR.... Allah As Sobuur Tahu kenapa kita diuji sebegitu, Bila kita tahu kita diuji dengan emosi tertentu terutama cepat marah, tak boleh menunggu, dan lain-lain, Ia sebenarnya petanda kita sedang dilatih untuk jadi lebih SABAR, Dan ia tentulah ntuk kebaikan diri kita sendiri. Kita takkan jadi ibubapa lebih SABAR sehingga : 🌈 Kita kenal anak, kenapa anak menguji kita sebegitu? atau sebenarnya melalui anaklah kita diuji emosi sekian sekian untuk jadi lebih yakin dan sabar. Bukan sebab anak, tapi lebih kepada untuk kita. Contoh anak sedang fasa autonomi dan ego, maka banyaklah dia tak faham dan buat salah berulang. Ia normal untuk usia itu. Sabar dan tegur berhemah aja usia 3 nanti oklah dia insyaAllah. 🌈 Kita kenal diri (kenapa kita marah-marah, apa sensitiviti kita, puncanya apa) dan usahalah cegah atau atasi/selesaikannya. Penting kenal diri ini. Kadangkala sekecil-kecil sebab trigger adalah dari minda separa sedar dari pengalaman peribadi serta ekspektasi sendiri yang kita tetapkan. Berubahlah, jadilah lebih relaks, dan fleksibel sedikit jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat besar. Contoh kita jenis pengemas, berSOP, kita tak boleh rumah sepah, adakanlah SISTEM untuk kemas cepat oleh tentera kecil (anak-anak) semua. 🌈 Kita faham kenapa perilaku SABAR/ MENAHAN MARAH itu amat penting untuk diri kita sendiri dan apa sumbangannya ke dalam perkembangan dan hidup anak kita. Ia penting untuk hidup kemudian kita juga nanti, tua kita nanti, generasi kita nanti. Kini - Beri kesan kemudian. Contoh kita sedar kita cepat marah sebab mak/ayah atau atok kita stail sama, kita taknak ia berterusan ke anak cucu kita pula kan. Jadilah pemula. Pasti boleh. . Ha... basically: 5 CARA SEGERA UNTUK TAHAN MARAH KEPADA ANAK: . 1️⃣ Ketapkan bibir, tahan jangan bercakap apa-apa (NONVERBAL) . 2️⃣ Menunjukkan wajah tak suka (serius, marah) dengan perilaku anak (tidak bersuara) (NONVERBAL) . 3️⃣ Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (FISIOLOGI NONVERBAL) . 4️⃣ Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (GUNA TANGAN DAN KAKI SECARA SELAMAT) . 5️⃣ Pergi dari situ untuk akses air – samada minum air, ambil wudhu’, mandi laju-laju. . *Ini untuk beri anak tidak kena tempias lahar gunung berapi anda. *Setelah tenang, perlu lah bercakap dengan anak dengan jelas apa yang anda tak suka tadi. *Kadangkala biarkan seketika situasi yang buat marah tu, anak dan situasi akan selesai sendiri (contoh gaduh adik beradik). . Hidup ini ada indahnya bukan semua buruk aja... pandang dari sudut kebaikan dan kesyukuran selalu. Ujian pun memang sebahagian dari pembentukan personaliti diri kita, dan untuk tingkatkan darjat kesabaran kita. . Refleksi Diri, CARE , MAZNAH IBRAHIM * Sharekan dengan rakan anda untuk sama-sama berkongsi tips ini. * Join telegram channel saya untuk sentiasa dapat input parenting dan psikologi anak di : T.mazn.me/chan * Siap sedia peserta 'Webinar EQ Anak Penting', Webinar Lanjutan BONUS malam ini, nota tambahan semua sudah di upload ke sistem webinar live kita, jumpa malam nanti ya 😍😍😍. Kita ceria-ceria aja dengan teknik release emosi anak ini, sebab kita juga confirm akan release hehehe. * Jika ada mahu join, sempat lagi di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t9

photo content

Cara Lain Beritahu Anak Agar Berhenti Menangis Kerapkali kita ibubapa mudah rasa buntu dan hanya mahu anak stop menangis saja. Sebenarnya bila suruh anak stop aja menangis, anak akan rasa diri tidak difahami dan diempati akan situasi dan emosi benar (real emotion) nya bila kita terus arah anak untuk "Dah dah berhenti menangis". . Cuba kita bantu anak dengan 'big emotion' ini dengan 3 langkah ini: 1. turunkan badan mendekati dan menyamai ketinggiannya 2. dekati anak dan usap perlahan di bahagian belakang badannya (tengah) 3. ucapkan perkataan di dalam poster (salah satu atau beberapa). . . Disclaimer: 10 ayat ini saya ambil dan modify dari happinessishereblog.com ----------- Kenapa Penting Ubah Cara / Ayat Kebiasaan? 1) Sekurangnya anak akan lega sedikit dan kurang rasa terancam jika kita gunakan kekerasan atau paksaan untuk dia berhenti menangis. 2) Anak akan belajar regulasi (urus) emosinya, dan ini penting untuk EQ skill dia kelak. 3) Dia juga akan jadi seorang yang mudah memahami situasi orang lain dan tahu bagaimana nak offer help/ support pada kawan atau adik beradik dia kelak. . p/s : Sebab jika kita perasan, kita sendiri pun kurang tahu cara lebih baik nak respon kepada seseorang yang dalam kesedihan, grief dsb kan. . Jum cuba. Sharekan ya. CARE, Maznah Ibrahim ---- Join telegram saya untuk tips keibubapaan dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

Sesuatu mesej yang ingin disampaikan dari hati luhur mereka. Mereka diempati, dan disentiviti keperluan dan kemampuan mereka, InsyaAllah mereka juga akan empati dan sensitif kepada keperluan dan keberadaan kita. CARE, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan .. *Kepada peserta berdaftar, sambungan webinar Bonus lanjutan EQ Anak Penting, pada Rabu malam ini ya. Rakaman kemas dan nota skrip tambahan diupdate dalam sistem malam ini. Stay tune. 0

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Last Call: Webinar EQ Anak Penting, boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t8 p/s : P
Last Call: Webinar EQ Anak Penting, boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t8 p/s : Peserta yang sudah daftar, Workbook Pdf sudah ada dalam sistem ya 💝😊

Renungan kita bersama, dan untuk merendahkan ego kita bukanlah mudah, namun juga tidaklah mustahil. Kita ada jawapan dan solu
Renungan kita bersama, dan untuk merendahkan ego kita bukanlah mudah, namun juga tidaklah mustahil. Kita ada jawapan dan solusinya, dan kita bertindak dengan berubah diri dahulu. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Kita Boleh TerMarah Anak Sebab Kita Terasa Hati Orang Cakap Buruk Pasal Anak Kita Sendiri... Cukup Kenal Anak Kita = PERISAI PENTING untuk Pelihara Emosi Anak . Cukup kenal anak kita sendiri merupakan satu ‘perisai’ untuk melindungi 'self esteem' anak kita yang originalnya tinggi sejak bayi dan awal kanak-kanak. . Apabila kita cukup tahu sensitiviti anak, kita mampu mempertahan, menjawab, dan mengubah arah haluan anak di sepanjang kehidupannya yang berkemungkinan boleh mencederakan emosinya, tanpa kita sedar dan mahu. . Ini agar anak memperoleh pengalaman yang sebaiknya, agar ‘self esteem’ dirinya terpelihara yang tidak akan menggagalkan konsep kendirinya, hanya semata kita membenarkan label orang lain kepadanya. . Contohnya ya anak saya kelihatan degil namun dia sebenarnya kental dengan pendirian yang dirasakannya benar, sehingga dia mampu untuk menjadi lebih matang dan empati dalam sedikit masa lagi. . Ya anak saya kelihatan kurang sensitif kepada perasaan orang lain namun dia jenis ‘straight forward’ yang mengikut peraturan. InsyaAllah nanti dia akan mula mengambil berat perasaan orang lain secara perlahan-lahan, saya akan terus menasihati dan mendoakannya. . Ya anak saya nampak kuat merajuk namun dia sebenarnya seorang yang berhati lembut dan paling ‘sweet’ pandai menjaga adik ‘baby’nya bila saya ada kerja di dapur. . Jika bukan kita melindunginya dengan ‘perisai’ ini, kerana cukup kenal dengan sifat, sikap dan sensitivitinya, siapa lagi yang akan memahamkan orang lain mengenai dirinya? . Orang lain hanya melihat dan menilai anak kita pada saat/momen itu, dan mereka bukanlah 24-7 duduk bersama anak kita, kan? . Fikirkan apakah peranan kita apabila orang luar mula meletakkan nilai atau label negatif kepada anak kita. . Adakah kita mengiyakan tanpa sedar, menambah lagi cerita untuk sedapkan hati orang lain atau kita ada memberi perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada orang lain itu? Cari jawapan/ kepastian juga dari individu yang arif dan positif. Doa berterusan. Untuk anak, dan lebih lagi untuk diri kita sendiri. . Refleksi, Maznah Ibrahim. *Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di : t.mazn.me/chan p/s: Malam ini, adalah terakhir untuk 'less' bagi webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak) pada Sabtu 18 September 2021 (malam). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t7 https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t7 https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t7 .

photo content

Marah dan Maaf Hayati mesej ini. Jum. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan
Marah dan Maaf Hayati mesej ini. Jum. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Boleh dengarkan/tonton/tanya soalan petang ini ya, untuk anak kita usia 3-6 tahun. Selalu bila peringkat usia ini kita alami
Boleh dengarkan/tonton/tanya soalan petang ini ya, untuk anak kita usia 3-6 tahun. Selalu bila peringkat usia ini kita alami rasa rimas dengan permintaan dan idea serta aksi anak-anak usia ini. Bukan setakat bergaduh berebut dan 'bercakau' malahan permintaan yang kita rasa bukan-bukan dan tak dengar kata kita juga kerap berlaku. Dah terang berulang kali pun masih tidak faham-faham? Siap salahkan ibubapa nya lagi, ada lah. Dengarkan perkongsian webinar pendek saya berkenaan perkembangan anak kita yang berusia 3-6 tahun dari sudut perkembangan sosio-emosi, pemikiran dan psikoseksual. Soalan juga boleh dikemukakan untuk isu harian yang ibu ayah hadapi dan rasa buntu pada peringkat usia ini, ya. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama dalam webinar khusus ini.

Berjumpa esok, Webinar Live di Page/Youtube saya, Untuk kita mengupas/ berbincang mengenai anak kita yang berusia 3-6 tahun y
Berjumpa esok, Webinar Live di Page/Youtube saya, Untuk kita mengupas/ berbincang mengenai anak kita yang berusia 3-6 tahun ya. Stay tune 😍👍 Kongsikan dengan kawan-kawan / kenalan kita.